PELAJAR 3Y, Kalau tidak dapat melihat soalan dengan jelas, sila klik pada soalan, anda akan dapat melihat paparan yang lebih jelas.
Monday, April 30, 2012
Thursday, April 26, 2012
原来你是那么好的老师
今天当坐在车里,带个牙痛的学生去看医生时,有位同学很大力的敲我的车镜,有点怕,因为来者不善。最后还是没法子,把车窗搅下。这位同学说话了“老师,原来你是那么好的老师,对不起”。听了有一点满头雾水。现在还是不明白是什么事情让他会那么说。
Saturday, April 21, 2012
Sistem Pertukaran Guru Secara Online
Dah dua hari berturut-turut cuba mengisi borang pertukaran guru secara online, gagal dan gagal lagi. Macam mana ni, saya memang ingin tukar persekitaran baharu selepas 8 tahun bertugas di sekolah yang sama. Sekolah pertama saya ialah tempat saya menimba ilmu, kembali ke sekolah asal ada baik dan tak berapa baiknya. Haha,sudah itu sudah menjadi sejarah, sekolah kedua ini dah 8 tahun, tak dapat tukar-tukar lagi, dah mohon hampir 10 kali tapi tiada nasib. Betul-betul berharap permohonan kali ni akan diluluskan oleh pengetua. Akan berjumpa dengan pengetua untuk menjelaskan niat pertukaran saya ni, tapi mengapa tak dapat mengisi borang online, apakah masalahnya!!!!!!!!
Wednesday, April 18, 2012
Program BSB(Belajar&Berlatih Sambil Bercuti) Kelas 3Y
Program BSB Fasa 1:Penggunaan kata yang paling sesuai
1.
Abang Haidar menghadiahkan cincin (bersulamkan,
bertatahkan) berlian kepada isterinya pada hari perkahwinan mereka.
2.
Datuk Nazim ( bergegas, berlepas) ke pejabat
untuk menghadiri mesyuarat tentang penggabungan banak-bank di Malaysia
3.
Murid-murid yang (berhamburan, berpelesiran) di
pusat beli-belah itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki ponteng
sekolah
4.
Panglima dari negeri Inderagiri itu ( terintai-intai,
terbayang-bayang) akan kecantikan Tuan Puteri Kayangan yang bakal dikahwininya.
5.
Para peserta ekspedisi itu menghadapi pelbagai
cabaran ketika (mendaki, menaiki)_gunung itu.
6.
Penjenayah yang paling (ditakuti, dikehendaki) oleh
pihak polis kerana menyeludup dadah itu berjaya ditangkap semalam.
7.
Beberapa orang mangsa kapal karam itu (terdampar,
terhumban) di tepi pantai di Pulau
Unggas.
8.
Sebaik-baik sahaja melangkah masuk ke dalam
galeri itu, Majid (terpegun, terkesima) apabila melihat keindahan lukisan yang
berwarna emas itu.
9.
Setelah dua hari Sukan Sukma diadakan di negeri
Kedah, pasukan Selangor (menjauhi, mendahului)_pasukan dari negeri yang lain.
10.
Cerita keperitan hidup keluarga miskin yang saya
tonton dalam program “Bersamamu”amat (menyentuh, menyayatkan) perasaan.
11.
Semasa ayah pulang dari pejabat, ibu sedang (
meletakkan, menidurkan)_adik di dalam buaian.
12.
Keadaan kesihatan Dato’Putih yang dimasukkan ke
hospital kerana sakit jantung semakin (menyusahkan, membimbangkan) anak-anaknya.
13.
Dia gagal menangkis (libasan, rembatan)bola
takraw yang dilakukan oleh pemain apit kiri pasukan lawan.
14.
(Larian, Pecutan) Usain Bolt pada jarak 30meter
yang terakhir meninggalkan pelari-pelari lain agak jauh di belakang
15.
“Tolong beratur berdua-dua dalam satu (deretan,
barisan)”kata pengawas itu kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu Anggerik.
16.
Proses (pemangkahan, pembuangan) undi di kawasan
itu berjalan lancer hasil kerjasama pihak polis
17.
Biskut coklat yang baru dibeli oleh Sofiah itu
telah (lemau, lembik) kerana penutup tin itu tidak ditutup dengan rapat.
18.
Puan Julia (meletakkan, mengalaskan) sehelai
kain yang berwarna biru di atas meja makan itu.
19.
Setelah kematian ayah, ibu terpaksa bekerja
keras untuk (membiayai, membayar) persekolahan saya dan adik
20.
Pakaian yang sedang digayakan oleh (peragawati,
pramugari) itu dihasilkan oleh seorang pereka fesyen yang masih muda
21.
Daging yang telah (dicencang, dihiris) sehingga
lumat itu dibasuh oleh kakak untuk dibuat inti karipap
22.
Mak Jarah (terjelepok, terperosok) sebaik-baik mendengar
berita kemalangan yang telah mengorbankan nyawa suami dan anaknya
23.
Wajah Ayuni kelihatan (padur, muram) setelah
menatap keputusan peperiksaannya
24.
Bayi itu berhenti menangis setelah (didukung,
dijunjung) oleh ibunya
25.
Gadis itu (menggosok, mengesat) air matanya
dengan sehelai tisu
26.
Ïntan (kunyah, baham) makanan yang kamu makan
sehingga hancur sebelum menelannya,”kata Puan Mas
27.
Kesihatan kita akan terjejas sekiranya kita
sering ( menghirup, menyedut) asap rokok
28.
“Ayah beberapa ekor kambing kita telah mati
kerana ( dimamah, dibaham) oleh harimau,”kata Omar
29.
“Eh, nasi yang kakak tanak telah (tengik,
hangit) kata Kak Shira
30.
Perangai buruknya masih tidak (beralih, berubah)
walaupun telah puas kami menasihatinya
31.
Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan
sampah yang (berkeliaran, berhamburan) di tapak pesta Karnival Rakyat itu
32.
“Baiklah, saya akan (melihat, meneliti) laporan
ini sebelum mengambil tindakan yang selanjutnya,”kata Encik Naim kepada
pekerjanya
33.
Pembantu rumah Puan Zainab dikehendaki
(mengelap, menggilap) barang-barang tembaga di dalam almari perhiasan itu
sehingga berkilat pada setiap bulan
34.
Beberapa orang pekerja Tauke Seng sedang (
memungut, memunggah berguni-guni beras dari lori untuk disimpan di dalam stor
35.
Farina suka (mengubbah, mengubah) bunga untuk
mencantikkan ruang tamu rumahnya
36.
Pelbagai taktik digunakan oleh sindiket terbabit
untuk (mengabui, mengaburi) mata orang ramai agar menggunakan perkhidmatan
mereka
37.
Kami mewakili sekolah dalam acara( lontar,
baling) peluru dalam kejohanan sukan tersebut
38.
Äni, mengapakah kamu goreng ikan menggunakan
minyak masak yang sudah berbau (basi, tengik)? Tanya emak
39.
Sayur-sayuran yang (disiram, disembur) dengan
racun serangga perlu dibasuh dengan bersih sebelum dimasak
40.
Pasangan pengantin di atas pelamin itu tersipu-sipu
malu ketika (disimbah, direnjis) air mawar oleh beberapa orang tetamu
41.
Mak Jamilah ( mencantum, menampal) seluar anak
lelakinya yang koyak dengan secebis kain
42.
Mereka lari (bertempiaran, berkeliaran) apabila
dikejar oleh seekor anjing
43.
Para penonton (tersengih, tergelak) besar ketika
mendengar ucapan yang melucukan daripada pelawak itu
44.
Kak Rini berdebar-debar ketika menanti (
kemunculan, kedatangan) rombongan pengantin lelaki
45.
Hasrul berazam untuk berusaha dengan lebih gigih
setelah namanya (dilenyapkan, digugurkan) daripada senarai pemain bola sepak
sekolahnya
46.
Penduduk di Taman Muhibah bergotong-royong untuk
(menghapuskan, melenyapkan) sarang pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan
wabak demam denggi menular di taman itu
47.
Karina menegur sikap adiknya yang langsung tidak
( mendengar, menghiraukan) panggilan ibu mereka kerana terlalu leka bermain
permainan video
48.
Mak Timah sedang sibuk( menggoreng, menumis)
ikan untuk makan malam
49.
Penghuni rumah banglo itu (menebang, menebas)
semak di sekitar kawasan rumahnya dua minggu sekali
50.
Persatuan Sains dan Matematik telah menganjurkan
pertandingan reka cipta untuk menonjolkan ( daya saing, daya cipta) dalam
kalangan pelajar sekolah itu
Wednesday, April 11, 2012
the 12th Blood Donation
Finally, since August last year. It is my 12th. Wanted to donate 4 times a year but didn't manage to do so till now. Well, I guess twice a year also good enough.
Tuesday, April 10, 2012
Latihan Kelas 3Y
Betulkan Ayat-ayat yang salah di bawah
- Saya sayang ayah
- Dialah pelari yang terhandal sekali
- Itulah baju yang amat tercantik
- Dia bertanya saya
- Pemimpin itu lupa janji-janjinya
- Meja itu beralaskan dengan sehelai kain
- Dia mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan
- Mereka akan memperdalamkan sungai ini
- Jambangan bunga ini digubah olehku
- Meja-meja ini disusun oleh kami
- Keropok itu ibu goreng
- Dinding itu dia conteng
- Tempat itu saya belum kunjungi
- Buku itu anda mesti pulangkan
- Kami berdoa anda cepat sembuh
- Semua pelajar tahu dia anak hartawan
- Dia menyatakan yang dia sakit
- Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya
- Bangunan itu yang tinggi menjangkau langit Menara Maybank
- Terdapat berapa orang tokoh parti itu ditangkap polis.
- Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan diminta mengurus pendaftaran pelajar-pelajar baru pada hari Isnin nanti
- Di antara masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan ialah masalah rasuah
- Berbagai masalah dihadapi oleh penduduk kampung
- Leong menaikkan bendera sambil menyanyi lagu Negaraku
- Pepohon-pepohon yang rendang terdapat di sepanjang jalan
- Pelumba-pelumba motosikal itu saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan
- Dia telah bercerai daripada isterinya
- Dia tiba tepat waktunya bagaimana yang dijanjikan
- Kita wajib tegakkan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi rintangan
- Sudah berbulan dia tidak membayar sewa rumahnya
- Semua soalan di dalam kertas ujian tidak dapat ku jawab kecuali akhir
- Ketiga orang anaknya terkorban dalam kemalangan yang ngeri itu
- Pemuda itu sesak di pusat bandar raya
- Kakak bekerja di pasaraya
- Mereka telah meminta tolong daripada pihak polis
- Ali duduk antara Siva dan Ah Chong di dalam kelasnya
*ingin tahu berapa orang pelajar kelas 3Y yang akan membuat latihan ini tanpa disuruh.
Friday, April 6, 2012
我真的很想走了
已经8年了,想走的念头一天比一天强烈。让我有那么一点点会留下来的念头,今天彻底消失了。为了你们,我们是多么的努力,用心的为你们付出,没有你要求你们给我们什么样i的回报,只有你们尽力做到最好已经够了。可是,失望的是我们对你们的用心,换来的只有失望和无奈。
所以我真的要走了,不能再留下了,因为我不能再这样的过活。骂到累了,真的没有力气再骂下去,我们是一天比一天的老,一天比一天的累,一天比一天的失望,你们却一天比一天的难以教导,一天比一天的吵闹,一天比一天的说不完。
所以我真的要走了,不能再留下了,因为我不能再这样的过活。骂到累了,真的没有力气再骂下去,我们是一天比一天的老,一天比一天的累,一天比一天的失望,你们却一天比一天的难以教导,一天比一天的吵闹,一天比一天的说不完。
Tuesday, April 3, 2012
Kelas 3Y
Kelas 3Y, latihan
anda berupa karangan, anda hanya perlu menulis pendahuluan dan satu perenggan
isi sahaja bagi setiap tajuk yang diberikan.
1.
Ibu bapa merupkan model yang terbaik untuk
dijadikan ikutan anak-anak. Bincangkan
2.
Ibu bapa perlu merancang aktiviti yang berfaedah
sepanjang cuti persekolahan anak-anak. Huraikan pernyataan di atas
3.
Ibu bapa mempunyai peranan yang penting untuk
mengelakkan anak-anak mereka daripada terjebak dalam pelbagai masalah sosial
LATIHAN KELAS 4Y 4/4/12
KELAS 4Y :
Latihan Melengkapkan Ayat
Latihan Melengkapkan Ayat
1.
Di tengah-tengah sawah yang terbentang
kedengaran gelak hilai gadis-gadis remaja sedang padi
2.
Setiap dia datang ke rumah saya pasti buah
tangan yang dibawa dari kampong
3.
Sementara menantikan Berita Perdana saya
mengemaskan buku-buku yang di atas meja.
4.
Bilik itu berkunci awak bolehlah ambil barang
itu
5.
Dia dibuang kerja selalu memberi alasan yang
remeh setiap kali datang kerja
6.
Saya belum surat khabar hari ni kerana mengemas
rumah
7.
Setiap orang perlu bertenang dan bersabar
menghadapi tekanan yang tidak dijangkakan hidup mereka
8.
Pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan
impian setiap pelajar, namun peperiksaan menjanjikan kecemerlangan kepada semua
pelajar
9.
Kewujudan kilang haram bertambah pelbagai
tindakan tegas untuk membanterasnya dilaksanakan oleh kerajaan
10.
Kita tidak membiarkan golongan remaja terjebak
dalam amalan yang bertentangan nilai hidup masyarakat
11.
Media yang meliputi penerbitan buku, majalah,
dan akhbar menghadapi saingan yang amat hebat media elektronik
12.
Kegiatan pembangunan yang pesat tidak teratur
telah meningkatkan tanah runtuh.
13.
Gugusan
Melayu memang masyhur semenjak abad ke-15 sebagai kawasan rempah ratus.
14.
Persatuan
Bekas Perajurit mengadakan program untuk ahlinya pada persaraan mereka.
15.
Putrajaya
sebagai pusat pentadbiran kerajaan akan pembangunan di Sepang.
Latihan Ayat Penyata ke Ayat Tanya
1.
Mereka suka bermain bola sepak pada waktu petang
kerana cuacanya agak redup
2.
Ayah Rizalman bekerja sebagai anggota tentera
3.
Saya kana balik ke kampong pada hari Ahad ini
4.
Mereka mendaki bukit itu dengan menggunakan tali
5.
Ibu yang membuat kek hari lahir untuk adik
Bina ayat perintah dengan menggunakan kata perintah yang
betul. Kata perintah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata
yang berhuruf condong dalam ayat yang diberi
1.
Lelaki itu menjemput jirannya datang ke majlis
perkahwinan anaknya
2.
Guru kelas meminta murid-muridnya menampalkan
poster gaya hidup sihat pada papan kenyataan
3.
Ketua kampung melarang penduduk di situ
membuang sampah ke dalam sungai
4.
Ayah menyuruh abang menyertai kem remaja
semasa cuti persekolahan nanti
5.
Pengurus itu mengarahkan pegawainya
menyiapkan laporan kewangan syarikat dengan cepat
6.
Ibu menasihati saya supaya tidak
bersedih kerana gagal mendaki Gunung Kinabalu
Latihan Analisis Ayat
(1)
Dewan Ekonomi ialah wadah bagi setiap
golongan termasuk pelajar menengah atas, pelajar university, usahawan,
ahli-ahli korporat, dan mereka yang ingin
menambah pengetahuan tentang perkembangan ekonomi.
a.
Berikan satu contoh kata nama khas
b.
Berikan satu contoh kata pemeri
c.
Berikan satu contoh frasa nama
d.
Nyatakan jenis ayat bagi ayat yang (1)
(2)
Bagaimanakah Shaiful dapat memecahkan rekod
lariannya itu? Tanya Rahim kepada Anwar
(3)
“Shaiful
berlari dengan kemahiran sedia ada malah saingan hebat daripada pelari
pecut dari negeri Sarawak itu telah menambahkan keazaman dan kekuatan pada
dirinya,”Anwar menjelaskan pendapatnya.
a.
Berikan satu contoh kata bantu ragam
b.
Berikan satu contoh kata bantu aspek
c.
Berikan satu contoh kata ganti diri
d.
Nyatakan pola ayat (3) yang bertulisan condong
e.
Tulis satu partikel yang terdapat dalam ayat (2)
f.
Nyatakan jenis ayat (1)
Subscribe to:
Posts (Atom)