Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Sistem Pertukaran Guru Secara Online

Dah dua hari berturut-turut cuba mengisi borang pertukaran guru secara online, gagal dan gagal lagi. Macam mana ni, saya memang ingin tukar persekitaran baharu selepas 8 tahun bertugas di sekolah yang sama. Sekolah pertama saya ialah tempat saya menimba ilmu, kembali ke sekolah asal ada baik dan tak berapa baiknya. Haha,sudah itu sudah menjadi sejarah, sekolah kedua ini dah 8 tahun, tak dapat tukar-tukar lagi, dah mohon hampir 10 kali tapi tiada nasib. Betul-betul berharap permohonan kali ni akan diluluskan oleh pengetua. Akan berjumpa dengan pengetua untuk menjelaskan niat pertukaran saya ni, tapi mengapa tak dapat mengisi borang online, apakah masalahnya!!!!!!!!

Monday, November 14, 2011

SPM 2011

Bermulalah peperiksaan yang dinanti-nantikan oleh pelajar SPM. Saya berharap pelajar SPM di seluruh negara akan dapat menduduki peperiksaan dengan lancar dan berusaha mencapai matlamat dan target masing-masing. Buat pelajar sekolah saya, cikgu berharap anda semua akan berusaha menjawab kertas BM. Selamat maju jaya.

Wednesday, August 17, 2011

Tak Tahu Apa Nak Buat

Semalam, losen tangan saya telah diambil oleh pelajar tanpa pengetahuan saya dan dibawa ke kelas mereka, ditaburkan di atas lantai, kemudian mereka meluncur dan bermain dengan seronoknya.

Pelajar semakin berani untuk mengambil barang-barang guru macam tu aje. Dahsyat betul, bukankah itu mencuri namanya? Kalau depa sapu kata tangan tak apa, ini ditaburkan atas lantai.

Masalahnya saya tidak mengajar kelas ini, satu kemungkinan yang terlintas dalam kotak minda ni, mungkin semalam dua orang pelajar perempuan saya masuk lewat ke kelas telah saya denda berdiri kat luar, tapi denda ini sudah lama saya praktikkan dan pelajar memamg dah masak dengan tindakan saya ini. oleh sebab itu, setiap kali waktu saya, mereka akan cepat-cepat masuk ke dalam kelas.

Saya musykil apa silap dan salah saya? adakah ini satu amaran yang cuba disampaikan oleh pelajar-pelajar ini bahawa mereka tidak puas hati?

Niat di hati untuk mendidik mereka menepati masa, tapi itu balasan yang diterima. Biasalah..........mungkin..........

Tuesday, August 2, 2011

Percubaan PMR 2011

Bermula esok, Peperiksaan Percubaan PMR 2011 akan bermula. Cikgu berharap pelajar-pelajar akan menjawab soalan dengan teliti. Faktor kelalaian menjadi antara punca pelajar gagal memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ternyata pelajar-pelajar belum bersedia sepenuhnya dalam menghadapi peperiksaan ini. Walau bagaimanapun, sudah terlambat untuk membuat persediaan pada saat-saat terakhir, harap semua dapat menjawab dengan lancar dan berjaya memperoleh keputusan yang baik, buat yang terbaik dan cikgu ucapkan selamat menjawab soalan dengan tenang dan penuh teliti.

Friday, July 1, 2011

Keluhan Hari Ibu Bapa

Semalam merupakan Hari Ibu Bapa, tidak ramai ibu bapa yang hadir. Dua orang ibu bapa menyentuh perasaan saya. Yang pertama, ibunya menangis, anaknya menangis, gurunya hampir menangis juga. Keluhan rasa si ibu yang terpaksa menyara keluarga kerana si suami tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut atas sebab tertentu. Keletihan dan kekesalan si ibu diluahkan, mengharap anak sulungnya anak perempuannya mengerti isi hati seorang ibu yang merangkap tanggungjawab yang begitu meletihkannya setiap hari. Walaupun sibuk, si ibu tetap datang kerana anak-anaknya amat mengecewakannya. Intonasi si anak apabila bercakap dengan si ibu sungguh mengejutkan. Rasanya si anak dan si ibu mengalami tekanan. Si ibu bimbang anaknya diperangkap teman lekaki, sebab pernah 2 kali seorang lelaki datang ke sekolah mencari si anak dan kali kedua, dua orang lelaki berpakaian seperti mekanik kereta datang ke sekolah untuk berjumpa dengan si anak. Saya amat terkejut dan sejak itu memberi perhatian kepada si pelajar ini. Harap si ibu dan si anak dapat mencari jalan penyelesaian untuk merapatkan hubungan mereka yang regang dan tegang ini.

seorang ayah pula dengan dua orang anak lelakinya, seorang di tingkatan 4, seorang tingkatan 3, kedua-dua saya ajar. Si ayah ternyata amat kecewa akan sikap si anak sulung, hingga mengaku segala aduan dan komen guru terhadap anaknya tu. Di depan saya, si ayah terus terang mengatakan si anak ini sudah tiada harapan, pernah meminta anaknya berhenti sekolah, malah si ayah tidak pun memandang si anak ini. Jelas sangat si ayah hatinya sudah hancur luluh. Memandang keadaan ini, selepas perjumpaan, saya berjumpa dengan si anak sulung agar berusaha mendapatkan keputusan yang baik pada SPM, dan dengan keputusan itu meminta maaf daripada ayahnya, menebus segala kesilapannya dan mengembalikan kepercayaan si ayah terhadapnya. Adakah si anak akan melakukannya?

Wednesday, June 15, 2011

LATIHAN SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa
Berikan maksud Simpulan Bahasa di bawah dengan tidak melebihi 5 perkataan.

1. Ada hati
2. Ada jalan
3. Ajak-ajak ayam
4. Ambil angin
5. Anak kandung
6. Angkat diri
7. Angkat kaki
8. Banyak lemak
9. Banyak mulut
10. Batu api
11. Bau-bau bacang
12. Bekas tangan
13. Bendera putih
14. Berat mulut
15. Berat tulang
16. Besar kepala
17. Bintang gelap
18. Buah hati
19. Buah tangan
20. Bulat hati
21. Cahaya mata
22. Cangkul angin
23. Cari jalan
24. Dalam tangan
25. Darah daging
26. Gaji buta
27. Gila bahasa
28. Geli hati
29. Harga diri
30. Harga mati
31. Harga pokok
32. Hati batu
33. Hentam keromo
34. Hidung tinggi
35. Hisap darah
36. Ikat perut
37. Iri hati
38. Jalan buntu
39. Jauh hati
40. Kaki ayam
41. Kaki botol
42. Kepala batu
43. Kecil hati
44. Kucing bertanduk
45. Langkah seribu
46. Lepas tangan
47. Lipas kudung
48. Lupa daratan
49. Makan angkat
50. Makan suap
51. Mandi kerbau
52. Mandi peluh
53. Mata duitan
54. Mati katak
55. Membanting tulang
56. Muka tembok
57. Mulut murai
58. Naik angin
59. Nyawa-nyawa ikan
60. Orang dagang
61. Orang rumah
62. Otak cair
63. Otak udang
64. Panjang tangan
65. Pasang telinga
66. Patah hati
67. Perang mulut
68. Pilih kasih
69. Putih mata
70. Rabun ayam
71. Raja sehari
72. Ringan tulang
73. Serkap jarang
74. Tangkai jering
75. Telinga nipis

JAWAPAN LATIHAN SIMPULAN BAHASA

Berikan maksud Simpulan Bahasa di bawah dengan tidak melebihi 5 perkataan.

  1. Ada hati =mempunyai kemahuan untuk melakukan sesuatu
  2. Ada jalan =mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah
  3. Ajak-ajak ayam =pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh
  4. Ambil angin =pergi bersiar-siar
  5. Anak kandung =anak sendiri
  6. Angkat diri =memuji diri sendri
  7. Angkat kaki =lari meninggalkan sesuatu tempat
  8. Banyak lemak =terlalu dimanjakan
  9. Banyak mulut =terlalu banyak bercakap
  10. Batu api =orang yang suka menghasut
  11. Bau-bau bacang =pertalian saudara yang jauh
  12. Bekas tangan =hasil kerja tangan seseorang
  13. Bendera putih =mengaku kalah
  14. Berat mulut =pendiam
  15. Berat tulang =malas
  16. Besar kepala =degil
  17. Bintang gelap =tidak bernasib baik
  18. Buah hati =orang yang sangat disayangi
  19. Buah tangan =hadiah yang dibawa ketika melawat
  20. Bulat hati =keputusan muktamad
  21. Cahaya mata =anak
  22. Cangkul angin =membuat kerja yang sia-sia
  23. Cari jalan =berikhtiar untuk melakukan sesuatu
  24. Dalam tangan =sesuatu yang sudah pasti dapat
  25. Darah daging =kaum keluarga sendiri
  26. Gaji buta =memperoleh gaji tanpa bekerja
  27. Gila bahasa =kurang waras
  28. Geli hati =lucu
  29. Harga diri =kehormatan diri
  30. Harga mati =harga tetap
  31. Harga pokok =harga asal
  32. Hati batu =orang yang sangat keras hati
  33. Hentam keromo =membuat sesuatu tanpa perhitungan
  34. Hidung tinggi =sombong
  35. Hisap darah =mengambil untung yang banyak
  36. Ikat perut =kurangkan makan kerana berjimat
  37. Iri hati =cemburu
  38. Jalan buntu =gagal mendapat penyelesaian
  39. Jauh hati =merajuk
  40. Kaki ayam =tidak memakai kasut
  41. Kaki botol =orang yang suka minum arak
  42. Kepala batu =degil
  43. Kecil hati =merajuk
  44. Kucing bertanduk =perkara yang mustahil berlaku
  45. Langkah seribu =lari dengan pantas kerana takut
  46. Lepas tangan =tidak mahu bertanggung jawab
  47. Lipas kudung =membuat kerja dengan cepat
  48. Lupa daratan =tidak mengenang budi orang
  49. Makan angkat =suka dipuji
  50. Makan suap =rasuah
  51. Mandi kerbau =mandi tidak bergosok
  52. Mandi peluh =bekerja dengan kuat
  53. Mata duitan =orang yang tamak akan wang
  54. Mati katak =mati dengan sia-sia
  55. Membanting tulang =bekerja keras
  56. Muka tembok =tidak tahu malu
  57. Mulut murai =orang yang suka bercakap
  58. Naik angin =marah
  59. Nyawa-nyawa ikan =keadaan hampir-hampir mati
  60. Orang dagang =orang asing yang merantau
  61. Orang rumah =isteri
  62. Otak cair =cerdik
  63. Otak udang =bodoh
  64. Panjang tangan =suka mencuri
  65. Pasang telinga =mendengar dengan berhati-hati
  66. Patah hati =kecewa
  67. Perang mulut =bertengkar
  68. Pilih kasih =berat sebelah
  69. Putih mata =mendapat malu
  70. Rabun ayam =tidak dapat melihat dengan jelas
  71. Raja sehari =pengantin
  72. Ringan tulang =rajin
  73. Serkap jarang =menuduh tanpa usul periksa
  74. Tangkai jering =kedekut
  75. Telinga nipis =orang yang cepat marah

Wednesday, May 25, 2011

Surat Gagal

KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU DALAM NEGERI BAGI SESI JUN 2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru Dalam Negeri Sesi Jun 2011 telah mempertimbangkan permohonan tuan dan memutuskan bahawa permohonan tersebut TIDAK DILULUSKAN.
3. Keputusan adalah muktamad. Permohonan pertukaran guru secara on-line bagi sesi JANUARI
2012 akan dibuka mulai 1 September 2011.

Ucapan

Monday, May 16, 2011

Hadiah & Bunga




Terima Kasih Cikgu

Hari ini merupakan sambutan Hari Guru : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
Sudah 15 menyambut Hari Guru. Tak lupa pada tahun ini, saya ingin mengirimkan ucapan terima kasih dan selamat Hari Guru kepada guru saya iaitu Guru sekolah rendah: Puan Wong Fong Choo,En. Guok, En. Saw, En. Siah Pang Hwa, Pn. Mah. Sekolah Menengah: Pn. Esah, Cikgu Mohamad bin Bahari, Cikgu Mohamad Basri, En. Looi, En. Michael Choong, En. Chai Ming Fatt, En. Mohamad Hassan. Pn. Fauziah.

Walaupun sudah bergelar pendidik, kalau bukan disebabkan guru-guru yang telah banyak mendorong diri ini, tak mungkin saya dapat menjadi seorang yang akan meneruskan usaha guru-guru saya yang lalu. Mereka merupakan guru saya selama-lamanya. Jasamu Dikenang Cikgu. Selamat Hari Guru.

Thursday, October 28, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010





Antara buku program yang saya hasilkan sepanjang bertugas di sekolah ini. Tahun ini mungkin tahun terakhir. Sejak bertugas di sekolah, inilah tugas saya setiap kali tibanya Majlis Anugerah Cemerlang dan Majlis Tamat Pengajian Tingkatan 5.

Thursday, July 22, 2010

The Joy of Being A Teacher

Su Ejay: ‎8 年前,CIK LEE 是我的班级任老师,我UPSR马来文作文拿E的,经过她的教导,还有不断的功课,还记得每星期一篇KARANGAN,使我的马来文突飞猛进,结果PMR拿A。老师,谢谢您!
你们身为她的学生不要身在福中不知福哦!加油!
Translate:
8 years ago, Cik Lee was my form teacher, I got E for my UPSR Bahasa Melayu Karangan. Through her guidance and teaching, with continuous exercises, I still remember one essay every week. My bahasa improved tremendously, finally I got an A in PMR examination. Cikgu, Thank you. To her students now, be grateful.

Saturday, July 17, 2010

Tuisyen VS Sekolah

Baru-baru ini, ada beberapa orang pelajar membawa bahan tuisyen ke sekolah dan meminta saya memberikan penjelasan dan penerangan kepadanya. Memang rasa gembira apabila pelajar ingin belajar, tetapi rasa dipergunakan sahaja. Sebab selepas pelajar mendapat penjelasan dan penerangan ayat-ayat demi daripada saya, keesokan hari dia ponteng kelas saya, kalau tidak ponteng, dia akan bersembang dengan rakannya. Tegur punya tegur, apalagi marah je lah. Mengapa bukan macam tu kat cikgu? Mereka nak belajar tapi hanya dari kelas tuisyen bukan di sekolah. Ingin mencari kesempatan untuk menanya budak-budak ini apa yang dipelajari di kelas tuisyen atau apa yang dikatakan oleh guru tuisyen mereka itu hinggakan mereka rasa tak perlu lagi menghadiri kelas saya? Saya difahamkan guru tuisyen itu bukan opsyen BM, guru seorang guru yang mengajar di mana-mana sekolah, mengapa pelajar begitu percayakan guru ini? Saya yang opsyen BM dan dah mengajar lebih daripada 10 tahun ini dipinggirkan? Aku mesti dapatkan jawapannya!

Wednesday, July 14, 2010

Ponteng Lagi

Hari ini, tertangkap lagi dua orang pelajar yang ponteng kelas, walaupun bukan kelas saya, tetapi tetap saya tangkap dan bawa balik ke kelas. Kali dua orang pelajar perempuan yang ponteng. Saya sudah bosan hendak menangkap pelajar yang ponteng ini, setiap hari pasti ada, bukan seorang dua tetapi sekumpulan. Tindakan dan hukuman telah dikenakan namun nampaknya pelajar tidak takut atau kisah pun yang tindakan yang akan diambil terhadap mereka. Malah, ramai sudah berani keluar dan masuk ke dalam kelas tanpa meminta kebenaran, apabila ditahan, tidak pun mereka peduli. Apa sudah jadi dengan pendidikan kita?

Tuesday, July 13, 2010

Ponteng Sekolah

Hari ini, seorang pelajar telah saya tangkap kerana ponteng sekolah. Apa yang menyebabkan saya berasa kecewa dan sedih ialah pelajar ini seorang pengawas sekolah. Ini kali kedua pelajar ini ponteng sekolah untuk ke CC melayari internet dan bermain permainan dalam internet. Bayangkan pelajar ini telah menghabiskan 5 jam lebih dalam CC, duduk 5 jam di dalam CC, membazirkan masa yang begitu berharga. Peperiksaan Percubaan SPM bakal menjelang tak sampai pun sebulan, tetapi pelajar masih dibuai mimpi. Cukup menyedihkan hari saya apabila tertangkap pelajar ini.

Sebenarnya, saya berasa bangga dan gembira kerana sepanjang minggu ini saya nampak terdapat sebilangan pelajar telah mula menunjukkan perubahan dengan membuat latihan dan kerja rumah yang saya berikan dengan bersungguh-sungguh. Dapat menyiapkan kerja yang diberi tanpa perlu ditegur, dimarahi atau diugut.

Wednesday, June 9, 2010

Hari Ketiga-Cuti Sekolah

Hari ni bangun pada pukul 2.19 pagi, dan membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PTK esok. Tetapi tertidur pada jam 3.oo pagi. Kemudian, alarm clock berbunyi pada jam 4.00pagi. Menjerang air, mencuci botol susu anak dan mengemop lantai. Pada jam 5.00pagi, membuat senaman dengan cross trainer yang ada di ruang tamu. Pada jam 5.30pagi, baca lagi buku PTK sekejap. Kemudian, nak ke bilik tidur bercadang nak mandi, tapi anak sudah bangun, so bermain sekejap dengan Ethan. Kemudian mandi lepas tu mandikan anak dan bawa anak ke pasar untuk membeli sarapan pagi. Oleh sebab ada kelas tambahan di sekolah pada jam 8pagi, jadi tak sempat nak menyuap anak, kesian hanya sempat menjamah makanan 4 suap sahaja. Pada masa hantar ke taska, jam sudah pukul 7.50 pagi. Jadi pecut agar sempat sampai ke sekolah tepat pada masa tapi terlewat 3 minit. Seramai 30 orang pelajar yang hadir daripada 40 orang keseluruhannya.
Lepas itu, ajak lab assistant Shikin nama singkatnya bersarapan, sempat ke pasar raya untuk membeli sedikit barang keperluan sebelum pulang ke rumah pada jam 10.30pagi. Sebaik sampai, memasak bubur untuk anak. Lepas ini, nak concentrate baca buku PTK je. Harap lulus.

Tuesday, June 8, 2010

Hari Kedua-Cuti Sekolah

Hari ini dah hari kedua cuti sekolah, tapi PTK tak baca lagi. Rancang hendak baca hari ini, tapi tiada mood nak baca sebab dua kali peperiksaan PTK bukan main pulun baca tapi result macam tu jugak. Semalan sibuk menyiapkan bahan untuk kelas tambahan, tuisyen sekolah hari Rabu, PTK hari Khamis (haha...).

Friday, June 4, 2010

Belajar Sambil Bercuti

Masih menulis surat kepada pelajar-pelajar saya di kelas 5K, pesanan agar mereka akan belajar sambil bercuti bukan bercuti sambil belajar. Tahun ini tahun menduduki peperiksaan, jadi setelah berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk menulis surat ringkas memberi pesanan dan dorongan kepada pelajar agar menggunakan cuti 2 minggu ini untuk mengulangkaji pelajaran terutamanya Bahasa Melayu.

Sudah saya berikan 5 tajuk karangan untuk disiapkan dalam masa cuti, entah berapa orang pelajar yang akan menulis karangan yang diberi. Budak-budak ini masih "happy go lucky", pada hal, separuh daripada mereka gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun yang masih berjalan hingga hari ini. Oleh sebab itu, saya tidak berkesempatan hendak menyampaikan pesanan saya kepada mereka. Jadi, saya menulis surat kepada setiap pelajar supaya mereka faham dan akan berusaha membaiki kelemahan mereka dalam Bahasa Melayu. Saya amat berharap usaha saya ini akan membuahkan hasil.

Wednesday, May 5, 2010

明白了吗?懂了吗?

今天代课两节,分了纸,叫学生做功课。跟平常一样,有的一边做一边讲话。有的静静地专心的在读。大部分的忙的不知有什么事情在讲个不停。忍不住了,开始骂全班的学生。把心里的话全都说了。骂他们不专心,爱说废话,抄功课不是做功课。功课好像是做给老师的。不爱学马来语,觉得学马来语没用。还有骂他们对老师没礼貌,什么事情都怪别人,从来不看看自己是不是有听课,学习的态度如何?说了整半个小时,不知他们听了多少,明白我所说的吗?