Saturday, May 15, 2010
教师节的期望
Wednesday, October 28, 2009
为了硕士学位
Tuesday, July 21, 2009
Pendidikan Abad Ke-21
Jadi daripada KLSM kita merombak sistem pendidikan kita kepada KBSM. Sudah hampir 30 tahun KBSM dilaksanakan. Kajian perlu dilakukan tentang hasil pelaksanaan KBSM dan keperluan sistem pendidikan pada abad ke-21, sama ada KBSM masih relevan?
Sistem pendidikan pada abad ke-21, lebih bertumpu pada pembelajaran, kepada rangkaian(network). Banyak kita perkatakan tentang e-pembelajaran, pembelajaran jarak jauh, pembelajaran 24/7 dan lain-lain. Hal ini kerana teori pembelajaran yang menunjangi perubahan ini ialah teori connectivism yang dikemukakan oleh George Siemes.
Proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi berfokus kepada sama ada guru atau pelajar, tetapi kepada pembelajaran. Akibat daripada ledakan maklumat yang terdapat dalam tapak sesawang, kita perlu tahu memilih, menapis dan memproses maklumat tersebut. Oleh sebab itu, guru bukan sebagai pengajar tetapi pembimbing dan sebagai pelajar juga. Guru juga berperanan sebagai pelajar belajar cara untuk menggunakan maklumat yang ada dan mendidik pelajar kemahiran untuk memilih, menapis dan memproses maklumat yang diterima. Jadi, fokus dan sasaran adalah pada pembelajaran!
Wednesday, July 15, 2009
10 Prinsip Mereka Bentuk Institusi Pendidikan
Ten Principles for Redesigning Learning Institutions
The authors offer ten principles that can guide universities and other institutions of learning in adapting to learning in a digital age. They focus on college-aged students, although the recommendations also apply generally for all age groups.
Self-learning: Today’s learners are self-learners. They browse, scan, follow links in mid-paragraph to related material. They look up information and follow new threads. They create their own paths to understanding.
Horizontal structures: Rather than top-down teaching and standardized curriculum, today’s learning is collaborative; learners multitask and work out solutions together on projects. Learning strategy shifts from a focus on information as such to learning to judge reliable information. It shifts from memorizing information to finding reliable sources. In short, it shifts from learning that to learning how.
From presumed authority to collective credibility: Reliance on the knowledge authorities or certified experts is no longer tenable amid the growing complexities of collaborative and interdisciplinary learning. A key challenge in collaborative environments will be fostering and managing levels of trust.
A de-centered pedagogy: To ban or limit collective knowledge sources such as Wikipedia in classrooms is to miss the importance of collaborative knowledge-making. Learning institutions should instead adopt a more inductive, collective pedagogy based on collective checking, inquisitive skepticism, and group assessment.
Networked learning: Learning has traditionally often assumed a winner-take-all competitive form rather than a cooperative form. One cooperates in a classroom only if it maximizes narrow self-interest. Networked learning, in contrast, is committed to a vision of the social that stresses cooperation, interactivity, mutual benefit, and social engagement. The power of ten working interactively will invariably outstrip the power of one looking to beat out the other nine.
Open source education: Traditional learning environments convey knowledge via overwhelmingly copyright-protected publications. Networked learning, contrastingly, is an “open source” culture that seeks to share openly and freely in both creating and distributing knowledge and products.
Learning as connectivity and interactivity: Challenges in a networked learning environment are not an individual’s alone. Digital tools and software make working in isolation on a project unnecessary. Networking through file-sharing, data sharing, and seamless, instant communication is now possible.
Lifelong learning: The speed of change in this digital world requires individuals to learn anew, face novel conditions, and adapt at a record pace. Learning never ends. How we know has changed radically.
Learning institutions as mobilizing networks: Rather than thinking of learning institutions as a bundle of rules, regulations, and norms governing the actions within its structure, new institutions must begin to think of themselves as mobilizing networks. These institutions mobilize flexibility, interactivity, and outcomes. Issues of consideration in these institutions are ones of reliability and predictability alongside flexibility and innovation.
Flexible scalability and simulation: Learning institutions must be open to changing scale. Students may work in small groups on a specific topic or together in an open-ended and open-sourced contribution.
The Full Report on Future of Learning in pdf 
Cathy N. Davidson and David Theo Goldberg
With the assistance of Zoë Marie Jones
The MIT Press
Cambridge, Massachusetts
London, England
Thursday, July 2, 2009
Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa 2
Ada pihak yang berpendapat bahawa penguasaan bahasa kedua perlu melalui proses pemerolehan bahasa seperti bahasa pertama, bukan secara pembelajaran secara sedar. Tidak melalui pembelajaran rumus tatabahasa yang dikatakan tidak membantu dalam pembelajaran bahasa kedua. Contohnya, seperti kanak-kanak apabila mempelajari bahasa pertama tidak diajar tentang rumus tatabahasa. Apa yang penting ialah pendengaran, mendengar dengan banyak. Apabila sudah tiba masa untuk bertutur dalam bahasa pertama, kanak-kanak itu akan mengujarkan apa yang pernah didengarinya berulang-ulang kali. Jadi, mendengar dan membaca merupakan langkah awal dalam pembelajaran bahasa.
Satu pihak lagi menyokong penguasaan bahasa secara sedar iaitu melalui pembelajaran bukan pemerolehan. Belajar tentang rumus tatabahasa dan membina kosa kata bahasa kedua. Pembelajaran mengutamakan latih tubi dan mempraktikkan penggunaan bahasa kedua dalam pelbagai situasi.
Pendekatan terbaharu adalah menggabungkan kedua-dua cara iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Pendekatan Pemerolehan bahasa kedua dilakukan pada peringkat awal semasa seseorang itu mula didedahkan kepada bahasa kedua dan pembelajaran bahasa secara sedar apabila memperoleh bahasa kedua. Pembelajaran bahasa kedua adalah untuk mengukuhan pemerolehan bahasa.
Wednesday, July 1, 2009
Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Pada pendapat Steve, untuk belajar bahasa kita perlu banyak membaca dan mendengar. Pendapat ini selaras dengan Comprehensible or Input Hypothesis yang dikemukakan oleh Stephen Krashen.
Tuesday, June 30, 2009
3 Steps for 21st Century Learning
What is Next Generation Learning
Monday, June 22, 2009
Penutupan Sekolah Akibat Virus H1N1
Sebenarnya, perkembangan teknologi web 2.0 telah menyediakan pelbagai platform secara percuma yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran lebih-lebih lagi pada masa jangkitan wabak penyakit yang berbahaya seperti virus H1N1.
Walaupun begitu, bukan semua pelajar mempunyai rangkaian internet di rumah yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
Saturday, June 13, 2009
Masalah Program Nilam / Projek Baca Membaca
Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya iaitu Kesan Program Nilan terhadap Tabiat Membaca Menurut Pandangan Murid dan Guru menunjukkan tahap penyertaan pelajar dalam Program Nilam masih rendah.
Sebenarnya, terdapat banyak sekolah yang menghadapi masalah untuk melaksanakan program ini. Bacaan yang dibenarkan merupakan buku cerita, cerpen ataupun novel. Sesetengah pelajar berasa Program Nilam ini merupakan satu bebanan kerja sekolah. Mereka dibeban dengan bilangan mata pelajaran yang banyak dan aktiviti kokurikulum dan yang mungkin menjadi penyumbang kepada masalah ini ialah kelas tuisyen yang banyak. Oleh itu ramai yang mengambil jalan mudah dengan mencari buku yang mempunyai catatan sinopsis cerita pada bahagian belakang kulit buku. Mereka akan menyalin sinopsis cerita tanpa membaca buku tersebut.
Blog boleh digunakan sebagai satu platform dalam pelaksanaan Program Nilam yang lebih berkesan dan menarik minat pelajar untuk membaca. Bahan Bacaan tidak dihadkan kepada buku cerita, cerpen atau novel sahaja. Artikel yang menarik dan sumber bacaan yang banyak dalam internet boleh digunakan untuk menarik minat pelajar membaca. Mereka bebasa memilih bahan bacaan mengikut minat daripada terhadap kepada genre tertentu sahaja.
Laporan pembacaan boleh dibuat dalam blog pelajar. Guru dan rakan sebaya mereka boleh memberi komen tentang apa yang mereka baca. Di samping menggalakkan mereka membaca, cara ini juga menggalakkan mereka menulis secara kritis dan kreatif. Kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar menyalin bulat-bulat sinopsis cerita yang dibekalkan pada bahagian kulit buku.
Malahan, pelajar juga diajar tentang Hak dan Harta Intelek, bagaimana hendak membuat citation, apa yang dikatakan sebagai plagiarism atau menciplak. Pelajar akan belajar untuk menghormati hak dan harta intelek orang lain.
Pelajar dapat berkongsi maklumat, buku yang dibaca daripada hanya mencatat apa yang dibaca dalam buku Program Nilam dan dihantar kepada guru yang disemak.
Blog membolehkan pelajar menyimpan bahan bacaan mereka, apa yang telah dibaca oleh mereka sepanjang tahun. Hal ini akan memberi satu gambaran kepada pelajar tentang tahap pembacaan mereka, perkembangan diri mereka dalam pelajaran mereka, kemajuan mereka dan lain-lain.
Perbincangan tentang sesebuah buku yang dibaca akan menarik minat pelajar lain atau rakan lain yang berminat untuk membacanya dan memberikan pandangan dan membuat perbincangan dan berkongsi idea dan kritikan yang mantap tentang sesuatu karya.
Wednesday, June 10, 2009
Isu Bahasa Inggeris dan PPSMI
Apa jua bahasa yang akan digunakan untuk menyampaikan mata pelajaran sains dan matematik, apa yang lebih penting adalah adakah bahasa yang digunakan itu dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan tepat? Tiada belas kasihankah kita kepada anak-anak bangsa kita yang menjadi mangsa akibat daripada ketidaktetapan kita dalam membuat sesuatu dasar? Kejap ini kejap itu..........pi mai pi mai tang tu.........
Isu Bahasa Inggeris pula bukan diwajibkan lulus atau tidak, yang penting ialah bagaimana hendak memastikan pelajar-pelajar kita dapat menguasai Bahasa Inggeris. Contohnya, mewajibkan pelajar-pelajar lulus Bahasa Melayu untuk mendapatkan sijil SPM, adakah sekian lama syarat ini dikuatkuasakan, prestasi dan kelulusan pelajar dalam Bahasa Melayu telah bertambah?
Monday, June 8, 2009
Pelajar Kita Masih Ketinggalan
Daripada KLSM ke KBSM yang berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar, masih kurang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang betul-betul berkualiti dan dapat berdikari. Pelajar yang betul-betul berilmu pengetahuan bukan pelajar yang menghafal ilmu yang dipelajari. Satu senario pelajar-pelajar kita ialah mereka suka membeli dan membaca buku rujukan yang isi kandungannya lebih kurang sama seperti buku teks cuma lebih ringkas dan padat. Walaupun pelajar-pelajar secara umumnya kelihatan seperti lebih berkualiti tetapi sebenarnya tidak. Banyak perkara dan isu semasa dan hal-ehwal yang tidak diketahui mereka. Hal ini disebabkan mereka hanya tahu apa yang dibaca dalam buku dan apa yang diajar dan yang paling penting apa yang akan keluar dalam peperiksaan sahaja. Topik yang tidak diuji tidak akan dibaca.
Semasa dalam peperiksaan, pelajar akan memberi jawapan yang sebiji sama dengan apa yang telah diajar oleh guru-guru atau apa yang tercatat dalam buku rujukan. Mereka cenderung menghafal jawapan. Tidak mampu menjawab dengan menggunakan perkataan sendiri. Sebenarnya, fenomena ini menunjukkan mereka tidak faham akan apa yang dipelajari walaupun mereka mampu memberikan jawapan yang tepat.
Perkembangan teknologi internet dan web 2.0 sepatutnya didedahkan kepada pelajar-pelajar tentang cara penggunaan yang akan membawa manfaat yang tidak terhingga dan akan memudahkan pembelajaran mereka serta meluaskan ilmu dan pandangan mereka. Akan tetapi, pelajar kita masih banyak menggunakan teknologi ini untuk tujuan lain daripada pembelajaran.
Mewajibkan pelajar lulus dalam Bahasa Inggeris jika ingin mendapatkan sijil SPM mungkin hanya berkesan kepada pelajar yang mengambil berat tentang prestasi dan pelajaran mereka. Kepada mereka yang tidak berminat, apa jua cara tidak akan membawa apa-apa perubahan. Pemikiran dan tanggapan ibu bapa, guru, masyarakat serta pelajar itu sendiri perlu anjakan sebelum mereka mengerti dan faham akan matlamat sebenar pendidikan yang diberikan kepada anak-anak mereka.
Ibu bapa masih tidak dapat menerima kaedah pengajaran yang dipratikkan oleh guru-guru. Jika guru menggunakan self-direted learning, self-paced learning, meminta pelajar-pelajar membina ilmu pengetahuan sendiri, guru-guru ini akan dikecam dan dikritik kerana tidak mengajar, tidak tahu mengajar dan hingga ada yang dituduh MALAS.
Sunday, May 31, 2009
Kerapuhan Dasar Pendidikan
1. Isu PPSMI
2.Isu Mat Rempit hendak ditukarkan nama kepada Samseng Jalan Raya
3. Isu bilangan mata pelajaran yang boleh diambil dalam peperiksaan SPM
Sebelum sesuatu dasar berkenaan pendidikan atau apa-apa sahaja dasar yang ingin dilaksanakan akan dikaji dengan teliti, barulah dilaksanakan. Bukan daripada bukti kajian yang dibuat cukup dan kukuh menjadi asas kepda sesuatu dasar diimplemen seperti dasar pendidikan.
Mengapa perlu dilaksanakan untuk satu jangka waktu, baru mendapati bahawa sebenarnya dasar itu mendatangkan implikasi yang pelbagai seperti Pensijilan Terbuka pada tahun 2000
PENSIJILAN TERBUKA – SPM 2000
- Para pengguna keputusan SPM tidak memerlukan maklumat tentang pangkat sijil, sebaliknya memberikan tumpuan kepada pencapaian kelompok-kelompok mata pelajaran yang releven mengikut keperluan khusus pengguna
- Pensijilan terbuka sepenuhnya akan diberikan kepada pelajar asalkan lulus mana-mana satu mata pelajaran
- Pensijilan terbuka bersyarat akan diberikan dengan syarat kelulusan tertentu (atas sebab-sebab dasar dan sebagainya)
- Pensijilan atas merit mata pelajaran dan bukannya kerana syarat kelompok mata pelajaran
- Tidak memeringkatkan pelajar dalam penganugerahan sijil
PRINSIP PENSIJILAN TERBUKA SPM 2000
- Memenuhi hasrat dan selaras dengan kehendak dasar kurikulum dan pendidikan kebangsaan
- Mengekalkan pengiktirafan sijil sama ada dalam atau luar negeri
- Mengekalkan standard (benchmark) mata pelajaran
- Keterbukaan dan fleksibal
- Mata pelajaran tidak dikelompokkan dalam kumpulan-kumpulan elektif
- Mata pelajaran SPMV kini akan diletakkan di bawah satu senarai skema SPM
- Senarai dan kod mata pelajaran SPM dan SPMV masa kini akan dikekalkan
PERATURAN PEPERIKSAAN
- Pengendalian peperiksaan masa kini akan dikekalkan
- Syarat layak mengambil peperiksaan dikekalkan
- Kaedah memperbaiki keputusan mata pelajaran tertentu secara 'patching' yang mula dilaksanakan dalam peperiksaan SPM (Julai) 1998 akan diteruskan dengan syarat menduduki dan memenuhi syarat pensijilan kali yang pertama, atau dengan mengulang peperiksaan semula
Sebenarnya, kalau benar-benar sesuatu dasar pendidikan itu hendak dilaksanakan, lakukanlah dengan penyelidikan dan melibatkan guru-guru(mendapatkan maklumat dan pandangan daripada guru-guru berkenaan dengan sesuatu dasar itu)kerana merekalah yang paling rapat dan mengetahui situasi dan masalah yang dihadapi oleh sekolah.
Kalau didapati sesuatu dasar itu tidak perlu dilaksanakan, jadi tidak perlu dilaksanakan kerana mungkin kebanyakan sekolah di negara kita belum bersedia dengan perubahan yang akan dilaksanakan. Dasar pendidikan kita terlalu banyak, kejap ini kejap itu. Walaupun perubahan bertujuan membawa kebaikan, adakah sekolah kita, guru kita, sistem pendidikan, pelajar kita, ibu bapa kita sudah bersedia?
JURANG perbezaan antara sekolah di negara kita masih begitu besar. Masalah DISIPLIN pelajar makin merosot dan membimbangkan.
Sepatutnya perkara-perkara di atas harus ditangani dahulu? Betul tak?
Saturday, May 16, 2009
Taught Versus Learn
1. Waiting to be taught Versus Willing to Learn
2. Teaching Versus Learning
Sunday, April 12, 2009
Paralinguistik

di khalayak ramai. Usaha ini perlu dilakukan sejak pelajar ini di bangku sekolah. Bermula dengan setiap pelajar harus boleh bercerita atau keluar berucap di hadapan kelas. Latihan dan bimbingan guru akan menambah keyakinan pelajar untuk berucap dengan baik dan betul. Jika tidak, amatlah sukar untuk guru-guru di peringkat sekolah menengah meyakinkan pelajar-pelajar bahawa berucap di hadapan kelas atau di khalayak ramai itu penting pada masa depan apabila mereka memasuki kolej atau universiti atau semasa mereka bekerja. Mereka harus berupaya untuk menyampaikan idea dan pendapat mereka secara berkesan.Monday, April 6, 2009
Angin Perubahan

Desakan untuk perubahan begitu kuat sekali, terutamanya dalam bidang politik. Apa pula dengan bidang pendidikan, adakah kita benar-benar berubah dari segi pendekatan kita mengajar, kurikulum kita dan segalanya.
Sebenarnya, walaupun ledakan maklumat dan kecanggihan teknologi dan komunikasi begitu pesat membangun, pendidikan kita di sekolah masih berada di takuk lama. Tidak banyak berubah. Contohnya, kalau 20 tahun dahulu semasa saya masih di bangku sekolah, Kempen Antidadah diadakan dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyedarkan pelajar tentang bahaya dadah. Kini, kempen yang sama masih dijalankan dengan aktiviti yang sama seperti peraduan melukis poster, syarahan, ceramah dan lain-lain. Pi mai pi mai tang tu. Adakah kerana kita ketandusan idea baharu atau apa yang dijalankan 20 tahun lalu memang berkesan dan tidak perlu berubah. Adakah kita sedar bahawa dunia dah berubah, negara dah maju. Kita masih berpegang teguh kepada teori behaviourisme, sepatutnya kita patut lebih berpegang kepada teori konstruktivisme and connectivisme.
Pelajar perlu membina ilmu dan pengetahuan mereka sendiri ( they have to incharge of their own learning). Pelajar kita masih terlalu bergantung kepada guru, masih kurang berdikari ketika belajar, melakukan sesuatu aktiviti kokurikulum. Adakah kita boleh berbangga dengan pelajar kita hari ini yang mampu mencapai keputusan yang amat cemerlang dari 12A ke 21A. Apakah makna di sebalik pencapaian ini? Adakah pelajar kita semakin pintar? bijak? Pada hakikatnya, kita sebagai guru kita faham dan tahu akan tahap pencapaian sebenar pelajar kita. Memang terdapat pelajar yang memang cemerlang, namun jangan lupa akan mereka yang masih ketinggalan begitu jauh sekali.
Artikel Will Richardson ini menerangkan bagaimana pelajar menguasai dan menentukan pembelajaran mereka sendiri dalam artikel Kids Owing the Learning