Hari ini, seorang pelajar telah saya tangkap kerana ponteng sekolah. Apa yang menyebabkan saya berasa kecewa dan sedih ialah pelajar ini seorang pengawas sekolah. Ini kali kedua pelajar ini ponteng sekolah untuk ke CC melayari internet dan bermain permainan dalam internet. Bayangkan pelajar ini telah menghabiskan 5 jam lebih dalam CC, duduk 5 jam di dalam CC, membazirkan masa yang begitu berharga. Peperiksaan Percubaan SPM bakal menjelang tak sampai pun sebulan, tetapi pelajar masih dibuai mimpi. Cukup menyedihkan hari saya apabila tertangkap pelajar ini.
Sebenarnya, saya berasa bangga dan gembira kerana sepanjang minggu ini saya nampak terdapat sebilangan pelajar telah mula menunjukkan perubahan dengan membuat latihan dan kerja rumah yang saya berikan dengan bersungguh-sungguh. Dapat menyiapkan kerja yang diberi tanpa perlu ditegur, dimarahi atau diugut.
No comments:
Post a Comment