Saturday, March 5, 2011

Tiang Cengal Dinding Sayung

Drama 1: Tiang Cengal Dinding Sayung

Babak 1

Pak Man yang berbasikal melihat Sani membersihkan barang-barang di bawah rumah, berhenti menyandarkan basikalnya dan memberikan Sani ikan-ikan yang baharu ditangkapnya. Pak Man menerangkan hanya ikan kecil yang dapat ditangkapnya setelah kejadian tsunami, belum ada ikan-ikan besar.Pada hari tsunami melanda, Pak Man kebetulan sakit tidak turun ke laut, ombak besar tidak ke rumah Pak Man dan Sani, mereka masih menunggu berita Jumaat bapa sani yang hingga sekarang tidak ditemui mayatnya. Pak Man risau melihat keadaan emak Sani yang tidak percaya bahawa suaminya sudah tidak ada, walaupun Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah menasihati emak Sani tetapi tidak berhasil. Ibunya ke pantai setiap hari dan menanya nelayan yang pulang dari laut tentang bapa Sani(Jumaat). Kakak Sani tak balik kerana berada di London dan seorang lagi susah hendak tinggalkan kedainya. Pak Man tidak bersetuju lalu mengatakan bahawa seorang ibu tidak kira sama ada sakit atau tidak dalam apa jua keadaannya tidak akan berhenti menjaga anak-anaknya, kalau emak sanggup berkorban kenapa anak tidak? Sebelum pulang, Pak Man berpesan kepada Sani agar tidak tinggalkan emaknya sendirian, ibu bapanya telah membesarkan mereka adik-beradik dengan ilmu pengetahuan, bahawa ibu Sani sedang menghadapi dugaan paling getir dalam hidupnya. Shahrul memberitahu Sani bahawa dia perlu pulang ke KL petang itu kerana keesokan hari dia mula bekerja, dia meminta Sani memberithau ibu mereka, Sani menyuruh Shahrul memberitahu sendiri, tetapi Shahrul enggan kerana ibunya enggan bercakap dengan Shahrul tetapi ada bercakap dengan Sani, Sani mengatakan bahawa ibunya hanya menanyakan beberapa perkara sahaja kepada Sani iaitu Pukul berapa? Sudah masuk waktu atau belum? Hari ini hari apa dan ada bapa mereka balik

Shahrul mengatakan sudah 3 hari bapanya hilang mengapa ibunya masih tidak mahu menerima kenyataan dan buat sembahyang ghaib dan buat kenduri arwah. Sani menegur abangnya yang mengeluarkan kata seperti itu dan menyuruh Shahrul tinggal lama sikit sehingga mereka tahu akan keputusannya. Shahrul naik angin dan mengatakaan bank di KL bukan banknya, dia hanya bekerja. Sani mengatakan Shahrul tidak perlu takut tidak ada kerja kerana dia graduan, Shahrul mengatakan bahawa ramai graduan yang menganggur. Sani mengatakan Shahrul marah kerana dia kahwin dulu daripada Shahrul, Shahrul menafikannya, Sani meminta maaf dia tidak berniat untuk perlu abangnya dan dia hendak ke pantai melihat ibu mereka.

Sani berselisih dengan Sabri abang sulungnya yang baru pulang dari pantai, Sani menanyakan keadaan emak mereka, Sabri mengatakan sama sahaja keadaannya. Shahrul yang terdengar kepulangan Sabri menanyakan apa yang perlu dilakukan oleh mereka, Sabri mengatakan bahawa selagi bapa mereka tidak ditemui, begitulah keadaan mereka. Shahrul memberitahu Sabri bahawa dia perlu pulang ke KL, apabila ditanya cutinya sudah habis, Shahrul kata belum. Sabri suruh Shahrul telefon untuk sambung cuti, Shahrul enggan katanya kalau bukan tsunami, cutinya tidak akan diluluskan.

Man Bengap tiba di rumah mereka, Sabri menanya Man Bengap tentang berita bapanya, Man Bengap mengatakan bahawa sebelum Pak Jumaat kena ombank susunani, dia akan menceritakan dugaan-dugaan Tuhan, kisah Nabi Lut, Nabi Nuh. Shahrul mengatakan cerita itu sudah diketahui oleh mereka. Man Bengap mengatakan bahawa tentulah abang Sabri dan Shahrul tahu akan cerita nabi-nabi sebab belajar tinggi, dia berhenti sekolah darjah dua, datuknya menyuruh Man Bengap ikut ke laut, jadi nelayan boleh jaga datuk dan nenek, kalau datuk dan nenek sakit, Man Bengap tidak perlu minta cuti. Man Bengap ingin ikut Shahrul balik ke KL mahu tangkap ikan besar di KL, Shahrul menyuruh Man Bengap ikutnya apabila datuk nenek Man Bengap sudah tidak ada lagi. Sabri menyuruh Shahrul cepat berkemas kalau betul-betul hendak balik ke KL jangan sampai ibu mereka sudah pulang ke rumah. Cuti hujung minggu balik ke rumah tetapi Shahrul mengatakan cara itu akan menelan belanja besar. Tiba-tiba Man Bengap berlari masukdan memberitahu bahawa dia telah mencuci kereta Sabri dan Shahrul dan meminta upah, Sabri memberinya RM 10.

Kemudian muncul Sabariah menjinjing dua beg pakaian, mereka bersalamanan dan Sabariah menanyakan keadaan bapa dan ibu mereka. Merungut tentang bapa mereka yang degil sudah tua tetapi masih mahu ke laut, Sabariah menangis-nangis dan menanyakan ibu mereka, Sabri memberitahu sudah puas mereka pujuk ibu tetapi ibunya ingin tunggu di pantai sampai bapa mereka balik. Sabariah menyalahkan bapanya yang masih ke laut, tidak cukup duit yang dikirminya setiap bulan. Sabri menegur Sabariah berharap dia bersabar, Sabariah mengatakan bahawa dia berasa kesal tidak dapat menemani ibu dan tidak dapat menatap wajah bapa. Sabri cuba menasihatinya, Sabariah kena tengok emaknya dan Sabri mengatakan bahawa dia akan bawa Sabariah ke situ, Shahrul yang mendengar suara Sabariah turun membawa beg pakaiannya. Sabariah menanyakan tempat Shahrul hendak pergi, Shahrul mengatakan bahawa cutinya sudah habis, dia terpaksa balik. Sabariah marah mengatakan bahawa dia di London pun boleh balik kenapa Shahrul di KL tidak sanggup tunggu. Sabariah mengatakan bahawa itu soal hidup mata ketua keluarga mereka, dia juga bekerja seperti Shahrul, kalau bos Shahrul tidak berperikemanusiaan , adakah ibu bapa tidak penting, kalau Sabariah, dia akan letak jawatan 24jam. Sabri meleraikan ketegangan dengan mengatakan Sabariah balik hendak tengok emak mereka atau bertengkar dengan Shahrul? Sabariah memberitahu Shahrul agar tidak balik ke kampung lagi dan meminta Sabri mengajak Putih ikut mereka ke pantai, Sabariah baru mengetahui bahawa Putih masih belum pulang ke kampung. Sabariah mengatakan bahawa dia dari London sudah sampai tetapi Putih yang berada di Ipoh tak sampai lagi, Sabariah menanyakan Sabri apa sudah berlaku kepada keluarga mereka. Sabri meminta Sabariah diam malu kalau orang luar dapat tahu, adik beradik tak ramai tetapi bercakaran seperti kucing dengan anjing. Sabri menarik tangan Sabariah dan pergi dari situ. Shahrul duduk termenung kerana dimarahi oleh Sabariah.

Mak Jah yang lalu nampak Shahrul termenung lalu singgah dan memerhatikan 2 buah beg pakaian dan menanyakan tempat Shahrul hendak pergi. Shahrul menerangkan beg itu milik kakaknya yang baru balik, dan menerangkan beg dia pun ada kerana hendak balik ke KL tetapi berbelah bahagi.Shahrul menerangkan bahawa banyak perkara tidak baik berlaku kepadanya, bapanya hilang di laut, emak hari-hari menanti bapa di pantai, adik-beradik menjadi tegang. Mak Jah menasihati Shahrul agar tidak perlu berduka kerana itu semua lumrah hidup dan memberitahu bahawa dalam hidup ini, kita diberi dua pilihan, satu keperluan dan satu keinginan, Shahrul perlu membuat pilihan bijak. Mak Jah menasihati Shahrul agar tenangkan fikiran dan memberitahu Shahrul bahawa nafsu keinginan manusia selalu mengawasi manusia, tetapi keperluan mengajak manusia berfikiran waras dan terbuka. Meminta Shahrul jangan balik ke KL. Katanya kalau tidak ada ibu dan bapa Shahrul, tidak akan ada Shahrul. Lalu menceritakan dirinya yang tidak ada anak, tetapi Mak Jah tetapi bersyukur, Pak Man suaminya tidak menyalahkan Mak Jah, menganggap rezeki mereka tidak ada, Cuma ada rezeki mata sahaja, mereka cukup tumpang gembira melihat Shahrul dan adik-beradiknya membesar dan sudah menganggap mereka sebagai anak sendiri.Setelah mendengar kata-kata Mak Jah, Shahrul menangis dan memeluk Mak Jah. Mak Jah menyuruh Shahrul menyimpan begnya dan mengajak Shahrul ke pantai melihat Jimah. Semasa Shahrul menyimpan beg, Wahid dan Senin muncul menghampiri Mak Jah.

Mak Jah menanyakan orang yang hendak dicari oleh Senin, Senin memberitahu bahawa dia daripada pertubuhan pertolongan bencana tsunami, PBB. Hendak membuat bancian tentang kerugian keluarga Mak Jah dan meminta Mak Jah memberikan nombor Kad Pengenalan dan Nama. Shahrul turun dan menanyakan orang yang datang, Mak Jah menerangkan mereka daripada persatuan tak tau apa yang mereka mau.

Mak Jah dan Shahrul keluar tetapi dihalang oleh Man Bengap yang mengatakan ada orang jumpa mayat tetapi tidak tau mayat siapa kerana perutnya kembung, biji mata sudah tidak ada, Shahrul, Mak Jah dan Man Bengap segera beredar, Wahid dan Senin memerhatikan mereka pergi. Selepas itu, Wahid dan Senin naik ke rumah Jumaat, Man Bengap muncul semula, menanyakan apa yang dilakukan oleh mereka, Wahid dan Senin cuba menerangkan bahawa mereka ingin buat bancian dan membantu orang yang dilanda tsunami tetapi Man Bengap tidak percaya dan mengajukan banyak soalan, mendakwa mereka hendak mencuri, kerana buat bancian di rumah kosong yang tidak ada penghuni, Meminta Wahid dan Senin memberikan RM 500 kalau hendak bantu, mereka cuba menerangkan bahawa bukan itu cara mereka membantu mangsa tsunami, Man Bengap menghalau mereka dan mengugut hendak melastik mereka jika mereka enggan beredar. Wahid dan Senin melarikan diri dan Man Bengap melepaskan satu das peluru kea rah Wahid, dan mengatakan bahawa kalau hendak menipu perlu tengok orangnya, jangan harap dapat tipunya.

Babak 2:

Di tepi pantai, Sabariah dan Sabri menasihati dan memujuk emak mereka menunggu bapa mereka di rumah sahaja kerana cuaca di tepi pantai panas dan tentu emak mereka berasa tidak selesa. Sabariah menerangkan bahawa mayat yang ditemui tadi mayat Pak Ali sudah reput, bapanya satu bot dengan Pak Ali, maksudnya bot bapanya karam, mungkin mayat bapanya sudah hancur dimakan ikan. Jimah tidak mahu mendengar kata-kata Sabariah lalu berjalan menyusur gigi air. Sani cuba memujuk emaknya setelah mendengar kata Sabariah, Mak Jah dan Shahrul yang baru sampai terdengar kata Sabariah. Sani memujuk emaknya balik makan dulu kerana sejak pagi tadi emaknya tidak makan apa-apa, Sani juga menerangkan jika perut emaknya masuk angin dan emaknya sakit, siapa pula yang akan tunggu bapa mereka di pantai. Jimah mempercayai Jumaat masih hidup di tengah laut, sedang mencari haluan balik, mengatakan laut tidak seganas yang disangkakan, laut anugerah Tuhan kepada manusia untuk mencari rezeki, laut seperti kilang untuk manusia mencari rezeki, laut tidak akan musnahkan harapan Jimah, Jimah tetap percaya Jumaat masih hidup. Sani juga yakin bapa masih hidup tetapi dimarahi oleh Sabariah kerana memberi harapan kosong kepada ibu mereka, jangan berkhayal, jangan hendak tunjuk pandai sebab Sani orang luar bukan keluarga mereka, sudah dapat menumpang sudah kira bagus. Sani cuba memberi penjelasan tetapi Sabariah enggan mendengarnya, padanya yang hilang bapa Sabariah tidak ada kena mengena dengan Sani. Sabariah terus memarahi Sani tetapi dihalang oleh Sabri. Jimah kecewa Sabariah sekolah tinggi-tinggi, tetapi sombong tidak kena tempat. Sabariah masih tetap dengan pendiriannya hingga berani potong jarinya jika bapa mereka masih hidup.

Jimah amat terasa dengan kata-kata Sabariah berjalan semakin jauh meniti gigi air. Sabri cuba menasihati Sabariah agar bercakap lebih lembut dengan emak tetapi Sabariah tidak berhenti-henti menengking, menyalahkan bapanya yang menyusahkan dia terpaksa membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk pulang dan mengatakan setiap bulan dia mengirimkan 100 paun untuk belanja bapanya, sudah cukup tetapi bapanya masih hendak ke laut, mungkin Sani yang suruh bapa mereka ke laut, dan menuduh yang bukan-bukan. Sabri membalas apabila mendengar kata Sabariah, semua adik-beradik memberi belanja bukan Sabariah sahaja, bukan masalah duit tetapi soal tanggungjawab. Sabariah mengatakan tindakan bapanya turun ke laut hanya memalukan mereka, orang akan ingat anak-anaknya tidak membalas budi orang tua.

Sayu hati Jimah mendengar Sabariah menengking Sabri lalu memberitahu Sani bahawa dia tidak menyuruh sesiapa pun untuk balik, dia menunggu suaminya, mereka semua boleh balik lalu membuka bungkusan kain batik yang dijinjing dari tadi, di dalamnya ada 5 buah buku bank, Jimah minta Sani pulang kepada adik-beradiknya, bahawa bapanya tidak menyimpan duit yang dikirim oleh mereka dalam bank, sesen pun ibu dan bapa tidak guna. Sani terperanjat melihat isi kandungan buku bank memang ibu dan bapanya tidak pernah keluarkan duit, Sani menanyakan sebabnya, Jimah memberitahu bahawa bapanya tidak mahu menyusahkan anak-anaknya, kudrat dia masih ada, masih boleh mencari duit sendiri, dan memberitahu suatu hari anak-anak akan ungkit hal tentang duit. Sani cuba memujuk Jimah mengatakan Sabariah tidak berniat berkata-kata begitu, mungkin sebab penat atau hatinya tidak tenteram lagi, walau bagaimanapun, Sani berjanji akan menemani ibunya menunggu bapa hingga bapa pulang, Wan(isteri Sani) juga berkata begitu.

Babak 3:

Sabariah duduk termenung di anak tangga rumah ketika adiknya Salmah pulang dari Ipoh dengan pakaian seksi seperti hendak pergi ke parti, lalu dimarahi oleh Sabariah dan menyuruhnya menukar pakaian, Sabariah yang tinggal di kota London, pun tidak berpakaian begitu, adiknya lebih seksi (skrit pendek) daripada mat salleh di London. Ketika Salmah naik ke rumah menukar baju, Sabariah didatangi oleh Wahid dan Senin yg mengaku daripada PBB, iaitu Persatuan Bantu Bangsaku, tetapi dihalau oleh Sabariah dan kebetulan Man Bengap datang lalu melastik mereka, mereka lari lintang pukang dan bertembung dengan pihak polis, lalu digari. Shahrul dan Sabri pulang dari pantai dan duduk di bangsal, Sabariah mendekati mereka menanyakan siapa yang akan menjaga emak mereka jika betul bapanya sudah tidak ada, Sabri mengatakan tanggungjawab anak perempuan untuk menjaga ibu, Sabariah merasakan tak adil. Shahrul tidak mahu campur tangan dalam hal sensitif. Sabri mengatakan sudah menjadi lazim anak perempuan buat kerja rumah, uruskan rumah dan jaga ibu bapa. Sabariah tidak bersetuju, kalau suruh Salmah jaga, Salmah itu businesswoman, tak boleh harap boleh jaga emak. Sabri suruh Sabariah jaga kerana dia kakak, Sabariah memberi alasan emak sejak lahir tinggal di kampung, paling jauh ke Alor Setar, Sabariah tak bersetuju emak ikut dia ke London, Sabri berpendapat Sabariah takut suaminya tidak suka menyusahkan hidup mereka, emaknya boleh menjaga 4 atau 5 orang anak, tidak pernah merungut. Sabariah cadangkan Sani dan Wan yang jaga emak untuk membalas budi emak dan bapa mengasuh dia sampai jadi doktor. Sabri memberitahu Sabariah bahawa Sani yang balik menjenguk ibu bapa setiap minggu dan paling rapat dengan mak bapa. Sabri mencadangkan kalau semua tidak mau menjaga emak, hantar ke welfare. Perbincangan mereka terhenti dengan kedatangan Pak Man dan Mak Jah. Salmah yang sudah tukar pakaian turun dan memberitahu bahawa susah dia hendak mencari orang yg amanah untuk menjaga kedainya, dan meminta maaf kepada Sabri kerana balik lewat. Pak Man menyuruh Salmah pergi melihat emaknya di pantai, Salmah meminta diri.

Sabariah tidak berpuas hati kerana sudah masuk hari keempat, Salmah baru balik. Pak Man cuba memberi nasihat kerana sebagai anak, perlu bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga, kalau tidak siapa lagi yang boleh diharapkan oleh ibu bapa.Mengatakan Jimah seorang isteri yang setia, seorang ibu dan isteri mithali, dia yakin suaminya belum mati, orang seperti itu akan menjadi ahli syurga.

Sabariah terasa dengan sindiran Pak Man, mereka terdiam tidak dapat menjawab , ketika itu, Sani sampai membawa buku-buku bank dan bahagi-bahagikan dan memberitahu bahawa bapa mereka membuka akaun bank untuk mereka dan meminta mereka melihat isi kandungan buku bank. Sabri, Sabariah dan Shahrul tidak percaya bahawa bapa tidak pernah gunakan duit yang dikirim oleh mereka dan menyampaikan pesan Jimah agar mereka membawa balik duit itu. Sabariah pula mengatakan ibu bapa memalukan anak-anak, mereka hendak senangkan hidup ibu bapa tetapi ibu bapa sendiri cari susah. Pak Man berasa kecewa dengan kata-kata Sabariah lalu memberitahu bahawa kata-kata Sabariah kalau didengar oleh ibunya akan bertambah kekecewaannya. Menyatakan bagaimana emak Sabariah mengandungkan Sabariah 9 bulan 10 hari, ke hulu dan ke hilir, membesarkan Sabariah dengan susu di badan, mendidik hingga menjadi engineer, arkitek dan manager, itukah balasan Sabariah, Pak Man mengingatkan bahawa sumpah ibu dimakbulkan oleh Tuhan, Tuhan tidak zalim mengurniakan ibu bapa Sabariah seorang anak angkat, Sani tahu dirinya menumpang kasih sayang ibu bapa orang, dia tahu siapa dirinya, menjaga ibu bapa Sabariah bagai menatang minyak yang penuh, tahu hendak balas jasa orang yang pelihara dia.

Tiba-tiba terdengar jeritan Man Bengap memberitahu orang sudah jumpa, semua mata tertumpu pada Man Bengap, Man Bengap memberitahu bahawa Jimah menyuruh Abang Sani menjemput Pak Jumaat di Balai Polis Kuala. Semua bergegas tetapi dihalang oleh Man Bengap katanya Jimah hanya mahu Sani seorang yang pergi jemput mereka. Sabariah marah suruh Man Bengap jangan campur urusan mereka adik-beradik. Pak Man meminta Sabariah jangan memarahi Man Bengap, dia cucu angkatnya, orangnya lurus, tidak ada kepentingan, tidak ada pelajaran, tidak ada kekayaan seperti Sabariah tetapi hatinya bersih. Man Bengap meminta Abang Sani cepat pergi menjemput Jimah dan Jumaat, Sani minta tunggu sekejap dan mengajak Sabri, Sabariah dan Shahrul bersama ke balai. Sabariah mula berasa kesal dan malu akan tindakannya.

Sebaik sahaja mereka melangkah keluar, Jimah menuju ke rumahnya Salmah ikut sama, anak-anak Jimah menerpa ke arahnya. Jimah hairan anak-anaknya masih tak pulang lagi, duit mereka sudah Jimah pulangkan, Sabariah terus memeluk kaki ibunya dan kata sanggup potong jarinya untuk menebus salah. Jimah meminta Sabariah balik ke kota London, Shahrul meminta maaf, Jimah hanya pandang ke tempat lain. Sani hanya mampu melihat sahaja, Salmah juga meminta maaf kerana pentingkan perniagaannya daripada tanggunjawab dia kepada ibu bapa. Jimah menahan sebak, lalu berkata bahawa kehadiran anak-anak ketika bapanya ditimpa musibah sepatutnya menggembirakan dan memberi semangat kepadanya tetapi malangnya anak-anak hanya fikirkan duit, fikirakn kerugian, fikirkan suami, ingat isteri, tiada belas kasihan langsung. Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang tua, Mereka tidak mau duit anak-anak. Sani walaupun anak pungut tahu menjaga hati ibu bapa daripada anak kandungnya sendiri, Wan menantunya hambakan diri kepada ibu bapa, hanya Sani dan Wan tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini Jimah dan Jumaat berikan.

Jimah memberitahu bahawa mereka sekolahkan anak-anak berharap dengan ilmu yang ada, anak-anak akan menjadi insan yang baik seperti Sani, tidak susahkan orang lain. Jimah dan Jumaat tidak pandang duit ringgit anak-anak, duit daki dunia, yang mereka harapkan cuma perhatian mahukan kasih sayang daripada anak-anak. Jimah menceritkan bagaimana susahnya dia dan Jumaat membesarkan mereka, kadang-kadang terpaksa ikat perut, belanja untuk membesarkan anak-anaknya lebih tinggi daripada kalau hendak diukur dengan duit yang disusun, tinggi duit daripada mereka yang berdiri sekarang.

Semua terpaku, Sani menasihati Jimah memaafkan abang dan kakaknya, mencadangkan lebih baik mereka pergi tengok bapa dib alai kerana emaknya sudah menunggu 4 hari untuk saat itu. Tuhan kabulkan doa insan kamil seperti emak. Sabri, Salmah dan Shahrul sama-sama meminta Jimah pergi menjemput Jumaat. Sabariah masih terus memeluk kaki ibunya dan meminta maaf kerana baru dia sedar bahawa duit tidak penting, kasih sayang lebih penting, kasih sayang mengatasi segala-galanya, kasih sayang emak terhadap anak bagaikan desiran ombak di laut, entah bila akan ada akhirnya. Sabariah meraung dan menangis sambil mendakap ibunya, Jimah turut terharu. Jimah meminta Sabariah meminta maaf kepada adiknya Sani. Sabariah ingin meminta maaf tetapi sebaliknya Sani mengatakan bahawa memang patut Sabariah tegurnya kerana dia anak bongsu.Sabariah memeluk Sani, Jimah turut dan mencium anak-anaknya. Mereka menjemput Jumaat bersama-sama, Wan tidak ikut kerana mahu memasak untuk Jumaat merasakan tentu Jumaat lapar.

Wednesday, March 2, 2011

Belum Berakhir........

Hari ini pukul 6.30am sudah memulakan perjalanan ke universiti bagi membentangkan kajian sarjana. Tiba pada 8.00pagi, pembentangan bermula pada 9.20am dan berakhir kira-kira 11.30 pagi. Keputusannya Lulus dengan Minor pembetulan. Saya terus balik ke kampung berjumpa dengan bapa kerana sudah lama tidak pulang berjumpa dengannya. Bawa bapa minum petang dengan kakak dan anak saudara. Balik ke rumah dan makan malam bersama suami dan anak di luar. Lega rasanya, walaupun perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana itu belum berakhir............

Saturday, February 19, 2011

Friday, February 18, 2011

Nak Pinjam Buku Soal Jawab Bahasa

Saya telah terlepas peluang untuk memiliki buku Soal Jawab Bahasa Tuan Munsyi Dewan. Penantian selama ini berakhir dengan kekecewaan juga. Oleh sebab itu, sesiapa yang memiliki buku ini, boleh tak saya nak pinjam?

Sinopsis Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Sinopsis Pelajaran yang penuh perisitiwa

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dari Negeri Bandar Mengkalih dalam pelayaran ke Negeri Semarang Jawa menaiki geliung yang panjang. Semua orang yang berada dalam geliung muntah dan mabuk melainkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si Kembang Cina serta Awang Sulung yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Dalam pelayaran itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung untuk mengemudi geliung dengan alasan beliau letih, tetapi sebenarnya helahnya untuk duduk berdua-duaan dengan Awang Sulung. Awang Sulung mengemudi geliung tanpa memegang kemudi.

Perisitwa 1:
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Geliung berlabuh di Pulau Tapai selama 3 hari. Awang Sulung mengambil nipah dan air laut. Jurumudi menikam ayam dan mengambil keris yang penuh darah mengadap Nakhoda Tua dan memberitahu bahawa dia yang menyelamatkan kapal daripada serangan Puteri Dayang Nuramah. Jurumudi menyuruh Si Kembang Cina memberikan sisa makanan kepada Awang Sulung, tetapi dimarahi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa u ntuk Awang Sulung dengan talam beralaskan kain kuning. Air laut yang diambil oleh Awang Sulung menjadi serbat.

Peristiwa 2:
Sebelum meneruskan pelayaran, Nakhoda Tua memberitahu semua anak kapal bahawa mereka akan melalui Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Sesiapa yang berjaya menyelamatkan beliau dan puterinya, orang itu akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Apabila geliung sampai di Pulau Salah Nama, ada lanun, semua anak kapal lari termasuk Jurumudi, Tuan Puteri meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung untuk menentang lanun, Awang Sulung tak mahu dengan alasan kaki dan tangannya sakit. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memberikan limau selipat pagar dan sabun wangi kepada Awang Sulung. Setelah mandi, jelma rupa Awang Sulung yang sebenar. Awang Sulung pun keluar dan menyeru kepada lanun menyebabkan lanun ketakutan mendengar suara Awang Sulung. Awang Sulung meminta ketua lanun mengambil Tuan Puteri, Awang Sulung mengatakan bahawa dia menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa balik ke Bandar Mengkalih. Ketua lanun mengatakan bahawa mereka akan penuhkan geliung dengan dinar emas. Tuan Puteri memberitahu bahawa bukan Awang Sulung yang berhutang kepadanya tetapi Tuan Puteri merupakan tawanan Awang Sulung. Awang Sulung bersetuju dengan kata Tuan Puteri dan mengatakan hutangnya kepada Tuan Puteri telah selesai dan dia boleh pulang ke Bandar Mengkalih. Tuan Puteri berasa sangat sedih lalu hendak terjun ke laut tetapi dihalang oleh hulubalang, lalu pengsan. Awang Sulung berbalas pantun dengan Si Kembang Cina dan Tuan Puteri setelah dia sedar. Setelah lanun pergi, Jurumudi berjumpa dengan Nakhoda Tua dengan keris yang penuh darah lalu memberitahu bahawa dia yang menyelamatkan geliung daripada lanun. Nakhoda Tua mempercayai kata Jurumudi dan memanggil Mualim Cik Mas menikahkan Jurumudi dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri berasa sangat marah kepada bapanya Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa bapa sudah buta dan pekak, Nakhoda Tua menanya Tuan Puteri sebab dia begitu marah, Tuan Puteri memberitahu bahawa bukan Jurumudi yang menyelamatkan geliung mereka tetapi Awang Sulung. Nakhoda meminta Jurubatu memanggil Awang Sulung tetapi Awang Sulung enggan datang. Nakhoda Tua meminta Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memanggil Awang Sulung, Tuan Puteri tidak mahu kerana tiada perempuan yang pergi mencari lelaki (enau mencari sigai/lesung mendapatkan anta). Nakhoda Tua sendiri pergi berjumpa dengan Awang Sulung dan meminta Awang Sulung jangan berkecil hati, kerana Nakhoda Tua sudah tua tidak tahu bahawa Awang Sulung yang menyelamatkan geliung. Awang Sulung dinikahkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Peristiwa 3:
Awang Sulung dan Tuan Puteri berlayar sampai di Negeri Pati Talak Terengganu. Pada masa Puteri Pinang Masak berada di peterana. Puteri Pinang Masak memberi cadangan kepada ayahandanya mempersilakan anak-anak geliung naik ke darat. Awang Sulung, Jurubatu dan Bujang Selamat turun ke darat setelah mendapat kebenaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Rakyat Negeri Pati Talak Terengganu berasa hairan kerana isi alam berbunyi sendiri ketika ketibaan Awang Sulung. Raja mengajak Awang Sulung ke balairung seri, tetapi Awang Sulung hendak ke gelanggang sabung dulu. Awang Sulung meminta Bujang Selamat menanyakan adat gelanggang, mereka diberitahu bahawa apa pun boleh Cuma tidak boleh mencabut keris di pinggang, menyinsing lengan, membuang tengkolok dan menyerukan anak lelaki. Awang Sulung dan Bujang Selamat pun mengikat taji di kaki ayam Kinantan Suci, ayam Awang Sulung Kinantan Suci melompat dan menaji leher pihak lawan hingga putus kemudian terbang ke anjung Puteri Pinang Masak dan berkokok 3 kali. Selepas itu, Awang Sulung pun naik ke balairung seri dan disambut oleh orang besar dan seluruh rakyat.

Wednesday, February 16, 2011

Viva 2/3/2011

Akhirnya, dapat juga tarikh untuk Viva ijazah sarjana saya. Dah lama menunggu, puas telefon tentang tarikh viva, harap ini tarikhnya tiada sebarang perubahan lagi, sudah naik bosan tunggu, dan sudah tidak ada motivasi untuk meneruskan perjalanan ini lagi. Dekat empat tahun menempuh ranjau dan onak untuk mengejar impian ini, adakah berbaloi? sudah menjadi tanda tanya.

Rancang hendak membaca dan membuat slide mulai hari ini, tapi tak jadi, macam mana ni? banyak dalam fikiran bercelaru, berkecamuk, entahlah, prepare for the worst.

Saturday, February 12, 2011

Filem Hindustan

Hari ini berkesempatan menonton Dil To Pagal Hai, walaupun pernah menonton 3 atau 4 kali filem ini, namun masih terharu dengan kisah cinta antara Pooja dan Rahul. Haha..., filem Hindustan yang terakhir ditonton ialah Mujhe Dosti Korega lakonan Hithrik Roshan, Rani Murkerjee dan Kareena Kapoor. Dulu, masa kecil lagi memang dah menonton filem Hindustan tetapi di rumah jiran saja, itupun tak selalu, pada umur itu baru belajar di sekolah rendah. Zaman Ambitah Bachan, Sahsi Kapoor.

Kuch-Kuch Hota Hai, mengembalikan minat menonton filem Hindustan, masa tu dengan rakan sekerja Melayu. Pn. Lailawati dan Pn. Zaharah. Kami bertiga menontonnya di rumah Pn. Zaharah (haha, pada masa tu, kami bertiga masih Cik).

Memang minat dan suka akan muziknya, sampai boleh nyanyi jugak sikit-sikit kalau tak banyak pun boleh satu lagu penuh. orang lain memang nampak saya ini agak pelik. Walau bagaimanapun, dah lama tidak menonton filem-filem ni, tapi kalau ada kesempatan nak juga menonton lagi Mujhe Dosti Korega yang akan dipertontonkan di TV3 pada 26 Februari nanti.