Monday, August 22, 2011

Wednesday, August 17, 2011

Tak Tahu Apa Nak Buat

Semalam, losen tangan saya telah diambil oleh pelajar tanpa pengetahuan saya dan dibawa ke kelas mereka, ditaburkan di atas lantai, kemudian mereka meluncur dan bermain dengan seronoknya.

Pelajar semakin berani untuk mengambil barang-barang guru macam tu aje. Dahsyat betul, bukankah itu mencuri namanya? Kalau depa sapu kata tangan tak apa, ini ditaburkan atas lantai.

Masalahnya saya tidak mengajar kelas ini, satu kemungkinan yang terlintas dalam kotak minda ni, mungkin semalam dua orang pelajar perempuan saya masuk lewat ke kelas telah saya denda berdiri kat luar, tapi denda ini sudah lama saya praktikkan dan pelajar memamg dah masak dengan tindakan saya ini. oleh sebab itu, setiap kali waktu saya, mereka akan cepat-cepat masuk ke dalam kelas.

Saya musykil apa silap dan salah saya? adakah ini satu amaran yang cuba disampaikan oleh pelajar-pelajar ini bahawa mereka tidak puas hati?

Niat di hati untuk mendidik mereka menepati masa, tapi itu balasan yang diterima. Biasalah..........mungkin..........

Tuesday, August 16, 2011

JAWAPAN M/S 23 -32

15. KATA BANYAK MAKNA

1C 2A 3B 4B 5C 6A 7A 8D

TUGASAN EKSTRA

1.roboh
2.kisaran
3.menjawab
4.melihat
5.pelik

16. HUKUM DM

1A 2B 3C 4D 5C 6C 7D 8A 9B 10C

TUGASAN EKSTRA

1.temu duga
2. bas persiaran
3. karangan contoh
4. merah muda
5. sos cili

17. FRASA NAMA

1A 2B 3C 4A 5D 6C 7C 8D 9D 10C

TUGASAN EKSTRA

1.Penggunaan telefon bimbit
2. para pekerja
3.ikan air tawar
4.Semua tetamu
5. segerombolan pendatang tanpa izin

18.FRASA SENDI NAMA

1A 2D 3B 4A 5C 6B 7B 8C 9D 10D

TUGASAN EKSTRA

1. kepada atlit
2. kepada ibu
3. dengan dia
4. oleh pengunjung
5. kepada beliau

19. FRASA ADJEKTIF

1A 2D 3D 4C 5D 6C 7D 8C 9A 10C 11C 12D

TUGASAN EKSTRA

1.sungguh selesa
2.amat cantik
3.masih baharu
4.paling besar
5.amat pantas


20.FRASA KERJA

1B 2C 3D 4A 5D 6C 7C 8B 9B 10B

TUGASAN EKSTRA

1. memanjat dinding
2. kami selesaikan
3. menyorok gula
4. pihak kastam
5. oleh Azman


JAWAPAN M/S 17-23

11. PENGIMBUHAN

1B 2C 3A 4B 5A 6B 7D 8D 9B 10A

TUGASAN EKSTRA
1.membakar
2.bertentangan
3.dibuat
4.mengorbankan
5.diberhentikan

12.PENGGANDAAN

1B 2C 3A 4C 5D 6A 7C 8B 9C 10C

TUGASAN EKSTRA

1.bertalu-talu
2.Lelangit
3.bantu-membantu
4.kebiru-biruan
5.berdering-dering
6.riuh-rendah

13.PEMAJMUKAN

1.C 2A 3B 4B 5D 6C 7D 8D 9B 10C

TUGASAN EKSTRA
1. kerjasama
2. jejak langkah
3. cerdik pandai
4. setiausaha
5. putih telur
6. suka duka

14. KATA HAMPIR SAMA MAKNA

1C 2B 3A 4A 5D 6B 7A 8A

TUGASAN EKSTRA

1.menjerit
2.menyondol
3.terhumban
4.mersik
5.menebas

JAWAPAN LATIHAN DALAM BUKU KERJA

5. Kata Hubung & Penanda Wacana


1B 2D 3C 4A 5C 6D 7A 8D 9C 10B

TUGASAN EKSTRA

1. bahawa 2. supaya 3. Meskipun 4. Namun begitu D. Tambahan pula


6. Kata Sendi

1C 2A 3B 4A 5D 6A 7B 8A 9D 10D

TUGASAN EKSTRA

1.untuk
2.daripada
3.kepada
4.tentang
5.terhadap

7. Kata Seru & Kata Tanya

1B 2B 3A 4A 5D 6B 7B 8D 9C 10B

TUGASAN EKSTRRA

1.Wahai
2. Wah
3. Oh
4.Siapa
5. Bila

8.Kata Bantu & Kata Penguat

1C 2D 3B 4A 5C 6D 7D 8B 9A 10C

TUGASAN EKSTRA
1. masih
2. terlalu
3. pernah
4. sekali
5. telah

9.Kata Pemeri, Kata Penegas & Kata Nama Arah

1C 2C 3C 4A 5D 6B 7D 8A 9B 10C

TUGASAN EKSTRA

1. luar
2. hadapan
3. dalam
4. adalah
5. adalah
6. Hanya
7. memang
8. lagi

10. Kata Pembenar, Kata Penekan & Kata Pembenda

1A 2B 3C 4C 5A 6D 7D 8C 9A 10B

TUGASAN EKSTRA

1. Usah
2. Sila
3. Sesungguhnya
4. Sememangnya
5. Pedihnya

Kelas Tambahan

Hari ini, mulanya kelas tambahan untuk kelas 3U. Niat hati hanya hendak membantu pelajar yang tidak dapat menjawab soalan mengikut format yang telah ditetapkan. Walaupun sudah berulang kali menegur dan memberi tunjuk ajar kesilapan yang dilakukan, tidak menampakkan sebarang perubahan dalam jawapan yang diberikan.

Hanya 5 orang pelajar yang hadir hari ini, yang tidak dapat datang kerana pelajar-pelajar datang ke sekolah dengan menumpang kereta orang lain dan dengan bas. Harus fikirkan masa yang sesuai kerana pelajar-pelajar memang perlu diberi perhatian khusus dan ingin mengetahui sebab mereka tidak dapat menjawab seperti yang telah dinyatakan berulang kali.

Tuesday, August 9, 2011

Cerpen T4: Mellisa

Cerpen 5 : Mellisa
Mengisahkan perkenalan Mellisa dengan Syahid oleh Farid, Wajah Syahid dikatakan serupa wajah Hisyam. Disebabkan itu Mellisa terus bersetuju untuk keluar makan tengah hari dengan Syahid. Terasa dia sudah jatuh hati kepada Syahid dan Syahid juga dirasakan cuba memikat hatinya. Semasa dalam perjalanan pulang, Mellisa menjadi pendiam, lalu ditegur oleh Farid.
Mellisa teringat akan persahabatannya dengan Hisyam semasa kecil, mereka bermain masak-masak bersama pada masa itu Mellisa baru berusia 5 tahun dan Hisyam lebih tua beberapa tahun daripadanya. Hisyam dan ibunya terbunuh dalam tragedi 13 Mei, pada ketika itu, Mellisa masih tidak tahu apa yang berlaku. Setelah dewasa, Mellisa mendapat tahu peristiwa 13 Mei melalui latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah. Dalam tesis setebal 215 halaman tercatat punca peristiwa itu berlaku (m/s162) Tentang seorang wanita Cina yang terlibat dalam peristiwa itu, tunangnya terbunuh semasa menghantar rakan sejawatnya Jamilah pulang ke rumah. Teringat juga peristiwa Hisyam menumbuk kawan Mellisa dari London. Hisyam tidak tahu budak Inggeris itu merupakan anak jiran bapa Mellisa ketika bekerja sebagai duta di London. Tentang Hisyam yang membantu Atan yang selalu dibuli oleh budak-budak kampung terutama budak perempuan kerana kulitnya putih, rambutnya putih matanya merah redup, Atan anak yatim piatu. Tentang nenek Hisyam mengajak Mellisa makan ikan keli dan ikan puyu masak cili padi, kali pertama dia makan, sesuap nasi, sekali minum air.
Kemudian hujan turun, ada panggilan telefon untuk Mellisa daripada Syahid, yg mengajak Mellisa keluar tetapi Mellisa menolak sehingga temu janji mereka pada hari Sabtu, minta Syahid tunggu walaupun sebenarnya dia teringin untuk berjumpa dengan Syahid. Tiba-tiba Mellisa menghilangkan diri kerana tugas dan Syahid tidak tahu apa-apa tentangnya, bagi Mellisa cinta akan bangsa dan negara lebih penting daripada bercinta dengan Syahid.
Syahid
-seorang pemberita, penulis ruangan rencana pengarang
-bekerja di pejabat surat khabar

Mellisa
-pelajar master bersama kawan akrabnya Farid
-keras kepala
-sifat sangat terbuka
-lincah, suka bercakap, gesit, bebas bergerak, berterus terang
-bekas pensyarah Jabatan Sejarah
-gadis yg cantik, sederhana tinggi, mempunyai potongan badan yg menjadi impian banyak perempuan
-bermuka bujur telur, bermata jeli, intelek pula

Hisyam
-tinggal di kawasan setinggan tidak jauh di belakang rumah Mellisa
-menjual nasi lemak dan kuih koci
-terbunuh bersama emaknya dalam tragedi 13 Mei di Jalan Petaling
-kalau masih hidup, sudah berusia 30 tahun
-cinta pertama Mellisa

Farid
-kurus, sederhana tinggi, ada jatuh secubit menirus ke bawah

Drama T4: Cempaka Berdarah

Drama 3: Cempaka Berdarah

Drama bermula dengan Mak Jah menunggu kepulangan anaknya Zaman dari universiti di KL. Sudah lama mereka menunggu, tetapi Zaman masih tidak sampai-sampai. Cempaka mengatakan mungkin Zaman sudah tidak mahu balik kerana di KL ada macam-macam, Mak Jah tidak percaya anaknya akan melupakan mereka. Cempaka memberitahu Mak Jah mungkin Zaman sudah terpikat dengan gadis di KL, Mak Jah meminta Cempaka jarang buruk sangka, Mak Jah percaya bahawa Zaman tekun belajar, ada peperiksaan.
Tiba-tiba ada seorang orang putih menanyakan ada orang di rumah, adakah rumah itu rumah Mak Jah. Mak Jah meminta Cempaka masuk ke dalam dan jangan keluar sehingga orang putih itu pergi. Mak Jah tidak membenarkan orang putih itu masuk ke rumah kerana rumahnya tidak ada lelaki. Kemudian orang putih itu bertanyakan anak lelaki Mak Jah, Mak Jah memberitahu anaknya belum pulang, Mak Jah hairan mengapa orang putih itu tahu tentang anaknya. Orang putih baru memberitahu Mak Jah bahawa dia Profesor Peter, pensyarah Zaman, lalu Mak Jah memberitahu Prof Peter masuk ke rumahnya, Prof Peter memperkenalkan dirinya Prof Peter Brown, prof Antropologi dan Sosiologi dan kedatangannya adalah hendak menyiasat sejarah.
Mak Jah menceritakan bahawa memang benar Zaman itu keras kepala seperti bapanya yg meninggal dunia semasa zaman Jepun, sebab itu Mak Jah menamakan anaknya Mohamad Zaman, Prof Peter menanya mengapa Mak Jah tidak namakan anaknya Mohamad Jepun, Mak memberitahu bahawa dia tidak suka nama Jepun, nama itu jahat, orang Jepun ganas dan kejam, menerangkan bahawa nama orang Melayu banyak yg diambil drpd nama orang Islam. Mak Jah juga menyatakan orang putih merupakan penjajah negeri ini, tentu tidak sesuai orang Melayu menggunakan nama orang putih.
Prof Peter kagum dengan semangat nasionalisme Mak Jah. Kemudian Prof Peter terpesona memandang gambar Cempaka yg tergantung lalu bertanyakan Mak Jah siapa orang itu, Mak Jah memberitahu anaknya, adik Zaman. Prof Peter menanyakan nama gadis itu, Mak Jah memberitahu Cempaka dan Prof Peter bertanya lagi di mana Cempaka. Mak Jah mengatakan Cempaka tidak ada di rumah. Kemudian Prof Peter mula mencungkil maklumat tentang Cempaka, mengatakan Mak Jah tidak adil kerana tidak menyekolahkan Cempaka ke peringkat yg lebih tinggi. Mak Jah mengatakan bahawa dia miskin dan tak mampu, lagi pun Cempaka perempuan tidak pernah banyak belajar, setakat tahu membezakan alif dengan batang kelapa sudah cukup.
Kemudian Prof Peter pun meminta diri, Mak Jah menyuruh Cempaka keluar, Cempaka menanyakan tujuan orang Putih itu datang ke rumah mereka dan bahawa tajam betul bahasa orang putih itu dan mereka ragu-ragu sama ada orang putih itu guru Zaman.

Babak Kedua
Zaman dan Cempaka sedang mencari bunga dan akar kayu. Zaman memberitahu bahawa akar-akar kayu sangat laku di KL, bercerita tentang bonsai. Kemudian muncul Prof Peter dengan sepucuk senapang tersandang di bahunya. Zaman menanyakan sejak bila Prof ke kampung dan Prof pula menanyakan Zaman bila dia balik. Kemudian datang Malik, memberi salam, Zaman menanyakan sebab Malik berada di situ dan Malik sudah berubah pakaian segak macam koboi pula. Rupa-rupa Malik sudah berkenalan dengan Prof Peter. Mereka bertemu di Bukit Putih kerana di sana ada banyak rezeki, Malik mencari akar-akar kayu mati, akar kayu di tebing sungai, pokok jeliti untuk bonsai.
Prof Peter mengatakan Malik seorang yg ada vision walaupun tidak masuk universiti. Prof Peter meminta Zaman jangan memalukannya. Zaman meminta Malik jangan masuk campur dalam urusannya. Prof Peter mengajak Mlaik menembak burung-burung dan kera di atas bukit sana. Cempaka muncul membawa sebilah parang, dan nampak Malik dan Prof Peter. Cempaka mengatakan bahwa dia tidak suka akan Malik, kemudia meminta Zaman mengambil bunga kenanga untuknya. Sedang mereka bersembang, muncul Malik di belakang mereka, diikuti oleh Prof Peter di belakang.
Prof Peter mula menanyakan hal tentang Cempaka, mengapa rambut Cempaka perang. Zaman mengatakan Prof tidak ada hak mengambil tahu hal adiknya. Prof Peter mengatakan bahawa Cempaka bukan adik sebenarnya Zaman. Mak Jah muncul membawa tongkat, separuh takut, separuh marah, menanyakan sebab orang putih itu muncul lagi. Prof Peter menyuruh Mak Jah jangan berpura-pura lagi dan mengatakan bahwa dia tengah mencari adiknya yg ditinggalkan semasa Perang Jepun dulu. Prof Peter menyuruh Mak Jah jangan menipu lagi. Zaman mengingatkan Prof Peter jangan menimbulkan masalah dan Malik adalah tali barut Prof.
Prof mengatakan bahwa dia juga ada hak kerana dia rakyat di sini, Zaman memperli cara Prof mendapatkan kerakyatannya. Prof Peter memberitahu bahawa ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh ibu bapanya, dan Mak Jah yang menjumpainya dan mencurinya. Pada masa itu Peter dihantar belajar di England, dia pulang ke sini adalah untuk mencari adiknya. Walaupun Cempaka sudah menjadi orang Melayu beragama Islam tetapi darahnya masih keturunan Inggeris, rambutnya masih perang
Kemudian Prof Peter ingin menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka, Zaman sungguh marah lalu Zaman mengambil parang untuk berlawan dengan Prof Peter walaupun dihalang oleh ibunya.

Tuesday, August 2, 2011

Percubaan PMR 2011

Bermula esok, Peperiksaan Percubaan PMR 2011 akan bermula. Cikgu berharap pelajar-pelajar akan menjawab soalan dengan teliti. Faktor kelalaian menjadi antara punca pelajar gagal memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ternyata pelajar-pelajar belum bersedia sepenuhnya dalam menghadapi peperiksaan ini. Walau bagaimanapun, sudah terlambat untuk membuat persediaan pada saat-saat terakhir, harap semua dapat menjawab dengan lancar dan berjaya memperoleh keputusan yang baik, buat yang terbaik dan cikgu ucapkan selamat menjawab soalan dengan tenang dan penuh teliti.

Monday, July 25, 2011

Konvokesyen ke-13

Selepas 29 Julai nanti, diri ini akan bergelar Sarjana Pendidikan (Multimedia). Walaupun perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana ini berliku dan penuh cabaran, segala akan berakhir selepas Jumaat ini. Adakah PhD pula menjadi buruan, tak sama sekali buat masa ini.

Siapakah yang berasa gembira pada hari Jumaat ini? haha, bukan diri ini, bukan bapa, adik-beradik, rakan seperjuangan, tetapi pelajar kesayangan. Mereka boleh menghembus nafas lega sebab cikgunya mengambil CRK.

adakah saya berasa gembira, ya, gembira kerana perjalanan ini sudah sampai ke penghujungnya, sangat gembira, tentulah segembira semasa mendapat ijazah sarjana muda dulu.

Saturday, July 9, 2011

Perbandingan Kajian Novel T1,T2 dan T3

NOVEL TINGKATAN 1, TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 3
Persamaan
i. Masyarakat Melayu yang bekerja sebagai petani dan tinggal di kampung.
ii. Masyarakat Melayu yang berpaling tadah ataupun berpihak kepada golongan pengganas.
iii. Masyarakat yang cinta akan tanah air dan benci akan penjajah.
iv. Masyarakat patriotik – sanggup berjuang dan berkorban demi mempertahankan tanah air.
Perbezaan
Kapten Hassan Wira Bangsa Merdeka! Merdeka!
i. Perjuangan golongan tentera
Perjuangan masyarakat Melayu dan golongan raja menentang Malayan Union.
ii. Peranan ahli agama – menanamkan ilmu kerohanian dan kebatinan.
Tiada peranan ahli agama.
iii. Peranan golongan dewasa dan tentera untuk mempertahankan negara
Golongan remaja yang mempunyai semangat mempertahankan negara.


Aku Anak Timur
1. Kebimbangan ibu Zarina.
- Ibu Zarina berasa cemas kerana suaminya Encik Ali tidak menunggu mereka seperti yang dijanjikan kerana ketinggalan kereta api.
- Unsur suspens - adakah suaminya datang menjemput mereka ataupun suaminya ditimpa kemalangan.
2. Zarina teraniaya
- Sewaktu lawatan ke London, suatu insiden berlaku iaitu seorang pemuda cuba memasukkan dadah ke dalam beg Zarina.
- Pemuda itu berjaya dijejak oleh anggota polis.
- Unsur suspens – Adakah Zarina didapati bersalah dalam hal tersebut.
3. Zarina hampir diperkosa
- Kawan Niek cuba memperkosa Zarina ketika Zarina menghadiri majlis hari jadi sahabat Niek.
- Unsur suspens – adakah Zarina berjaya melepaskan diripada pemuda tersebut ataupun berjaya diperkosa oleh sahabat Niek.

Merdeka! Merdeka!
1. Kematian Pak Karim
- Bustam menemui Kudin – beritahu bahawa Pak Karim dibunuh
- Isteri Pak Karim memberitahu dua orang pemuda, mengaku saudara – cuba mengorek rahsia daripada Pak Karim tetapi gagal.
- Timbul pertanyaan ‘siapa pembunuh Pak Karim’.
2. Berita kehilangan Bustam
- Sekembali Kudin dari Kuala Lumpur – terima berita kehilangan Bustam – diculik oleh Pengganas ketika bermalam di khemah.
- Unsur suspens – adakah Bustam masih hidup atau telah mati,kerana usaha mencarinya gagal.
3. Perasmian Malayan Union digagalkan
- Raja-raja Melayu berada di Hotel Stesen.
- Dato’ Onn dan rakan-rakan – menemui raja-raja untuk memulaukan Malayan Union.
- Unsur suspens – adakah perasmian Malayan Union berjaya atau tidak.


Kapten Hassan Wira Bangsa
Watak Sampingan : Penghulu Ismail
• Datuk kepada Hassan sebelah ibunya
• Tinggal di Kampung Pantai
• Ditangkap oleh Komunis tetapi dibebaskan kemudian

Perwatakan
1. Penyayang
- Mengahwinkan Hassan dengan Zabedah supaya Hassan tidak perlu menjadi buruh
“Landasan Keretapi Maut”
2. Pentingkan Pelajaran Agama
- Menghantar Hassan belajar ke sekolah pondok
3. Baik hati
- Ketika Penghulu Ismail ditangkap oleh kumpulan Bintang Tiga, orang kampung dan sanak saudara datang – berasa simpati, kesal, dukacita – mengenang nasib malang penghulu mereka.

c) Merdeka! Merdeka
Watak Sampingan : Pak Awang
• Ayah Kudin
• Suami Mak Bibah
• Bekerja sebagai kerani dengan Tuan White
• Dibunuh oleh Komunis ketika mencari Bustam

Perwatakan
1. Cinta akan tanah air
- Bersama menentang Inggeris dan Komunis di Kampung Teras Jernang.
2. Bertanggungjawab
- Bertanggungjawab mencari Bustam yang dilarikan oleh Komunis
bersama dengan beberapa orang kampung.
3. Berkorban demi tanah air
- Sanggup berhenti kerja dengan Tuan White apabila Tuan White
menyuruhnya berhenti daripada berjuang untuk mendapatkan
kemerdekaan.
4. Kasih sayang.
- Pak Awang mengikuti Kudin masuk ke dalam hutan untuk mencari Bustam yang telah diculik oleh pengganas.

Latihan Kelas 3U

  • Betulkan ayat-ayat di bawah
  1. Keluarga Encik Rahman akan bertolak ke Singapura di waktu pagi
  2. Saya baru menerima panggilan dari Suraya
  3. Dia berasal daripada Alor Setar
  4. Semua ahli-ahli persatuan itu dikehendaki berkumpul di dewan nanti
  5. Pada tiap pagi ayah akan bersenam di taman
  6. Dia menerima beribu surat daripada peminat
  7. Berbagai bunga dijual di kedai itu
  8. Pada waktu petang, dia suka makan goreng pisang
  9. Lima orang kawan-kawan saya akan datang nanti
  10. Mereka-mereka telah memberi pendapat masing-masing tentang hal itu
  11. Haji Ali merupakan warga yang tertua sekali di tempat ini
  12. Apa nama anak awak yang berjaya memasuki univerisiti
  13. Oleh kerana sakit gigi, Ali pergi ke hospital
  14. Para pelancung bertambah ramai setiap tahun
  15. Penuntun gembira bila melihat gelagat lucunya
  16. Sepuluh orang askar-askar itu akan dihantar ke Indonesia
  17. Kedua perompak itu sudah ditangkap oleh polis
  18. Saya akan pergi kepada Kuala Lumpur
  19. Apakah nama anda?
  20. Para pelajar-pelajar dikehendaki berbaris untuk ke dewan
  21. Saya akan pergi ke sekolah daripada pukul 12 :30 tengah hari
  22. Saya bekerja pada kilang kain itu
  23. Ucapan itu dari pengetua sekolah kita
  24. Di musim tengkujuh, para nelayan-nelayan tidak pergi ke laut
  25. Saya akan berjumpa dengan Ali di keretapi stesen
  26. Saya ingin bertanyakan tentang khabar anda sekeluarga
  27. “Perlawanan malam ini penting untuk kami”, kata jurulatih itu kepada anak-anak buahnya.
  28. Saya akan pergi kepada Kuala Lumpur
  29. Sudah dua suku jam saya menunggu kamu di sini
  30. Ucapan itu dari pengetua
  31. Di musim tengkujuh, para-para nelayan tidak pergi ke laut
  32. Cikgu Azmi tanya kepada Salmi
  33. Gadis itu senyum kepada saya
  34. Ibu sedang basuh baju di bilik air
  35. Berdasarkan pada keterangan tersebut, maka ternyatalah bahawa pemuda itu tidak bersalah
  36. Beberapa orang pelajar tidak memahami akan soalan itu
  37. Fuad bertemu kawannya di keretapi stesen
  38. Filem itu saya sudah tonton dua minggu yang lalu
  39. Pertunjukkan kebudayaan akan diadakan pada malam ini
  40. Setengah kaum wanita gemar bekerja dari duduk menjaga anak di rumah
  41. Dia menaiki mini bas ke sekolah setiap hari
  42. Petikan yang diberi adalah mengenai masalah penduduk setinggan
  43. Buku yang dibelinya ialah tebal
  44. Siapa pun boleh mengunjungi pameran buku itu
  45. Anda diberi tempuh sebulan untuk menyiapkan tugasan ini
  46. Mereka sedang membincangkan tentang masalah disiplin pelajar
  47. Timbul banyak soalan dalam fikirannya
  48. Kecantikkan gadis itu menjadi sebutan orang ramai

Friday, July 8, 2011

Jawapan Latihan Komsas

Dugong

a) asal usul
b) kezaliman
c) membunuh
d) Tuk Dugong
e) mengikut
f) rumpai
g) plankton
h) berhati-hati
i) ejekan
j) gembira
k) jeritan
l) menyelamatkan

2 a) masyarakat dugong yang prihatin
b) masyarakt manuia yang prihatin

3 a) simile b) repetisi C) peribahasa

objektif : 1. B 2. A 3. A 4. D 5. A

Hikayat Mat Jenin
a) lima
b) pekerjaan
c) miskin
d) Ramlah
e) Mat Jenin
f) ponteng
g) dipujuk
h) peperiksaan
i) bersemangat
j) pemanjat
k) membuka
l) akhbar
m) rencana
n) diatasi

2) Di Kampung Kelapa Condong
Di Pasar sehari Kampung Kelapa Condong
Di Restoran Selera Terbuka

3) Simile, perbahasa , hiperbola

4) berjimat cermat / kasih sayang

soalan Objektif

1. D 2. B 3. A 4. D 5. D

Cerpen : Rahsia

a) Zulfakar
b) isterinya
c) Kapten Rashid
d) tayar
e) landasan
f) menyelamatkan
g) membantu
h) terperangkap
i) meletup
j) hujan
k) terputus
l) hakikat

Permulaan : Amar dan Zulfakar berada di dalam pesawat Boeing 737 selepas pulang bercuti
Klimaks : Pesawat itu meletup dan anak Amar, Zulfakar turut terkorban

a) masyarakat yang mempercayai hantu/ kepercayaan karut
b) masyarakat yang gigih
c) masyarakat yang bekerjasama

Personifikasi
metafora
simile
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris

Objektif : 1. D, 2. B, 3. A , 4. B, 5. C

Wednesday, July 6, 2011

Friday, July 1, 2011

Keluhan Hari Ibu Bapa

Semalam merupakan Hari Ibu Bapa, tidak ramai ibu bapa yang hadir. Dua orang ibu bapa menyentuh perasaan saya. Yang pertama, ibunya menangis, anaknya menangis, gurunya hampir menangis juga. Keluhan rasa si ibu yang terpaksa menyara keluarga kerana si suami tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut atas sebab tertentu. Keletihan dan kekesalan si ibu diluahkan, mengharap anak sulungnya anak perempuannya mengerti isi hati seorang ibu yang merangkap tanggungjawab yang begitu meletihkannya setiap hari. Walaupun sibuk, si ibu tetap datang kerana anak-anaknya amat mengecewakannya. Intonasi si anak apabila bercakap dengan si ibu sungguh mengejutkan. Rasanya si anak dan si ibu mengalami tekanan. Si ibu bimbang anaknya diperangkap teman lekaki, sebab pernah 2 kali seorang lelaki datang ke sekolah mencari si anak dan kali kedua, dua orang lelaki berpakaian seperti mekanik kereta datang ke sekolah untuk berjumpa dengan si anak. Saya amat terkejut dan sejak itu memberi perhatian kepada si pelajar ini. Harap si ibu dan si anak dapat mencari jalan penyelesaian untuk merapatkan hubungan mereka yang regang dan tegang ini.

seorang ayah pula dengan dua orang anak lelakinya, seorang di tingkatan 4, seorang tingkatan 3, kedua-dua saya ajar. Si ayah ternyata amat kecewa akan sikap si anak sulung, hingga mengaku segala aduan dan komen guru terhadap anaknya tu. Di depan saya, si ayah terus terang mengatakan si anak ini sudah tiada harapan, pernah meminta anaknya berhenti sekolah, malah si ayah tidak pun memandang si anak ini. Jelas sangat si ayah hatinya sudah hancur luluh. Memandang keadaan ini, selepas perjumpaan, saya berjumpa dengan si anak sulung agar berusaha mendapatkan keputusan yang baik pada SPM, dan dengan keputusan itu meminta maaf daripada ayahnya, menebus segala kesilapannya dan mengembalikan kepercayaan si ayah terhadapnya. Adakah si anak akan melakukannya?