Monday, March 23, 2009

Masalah Remaja

Baru-baru ini saya mendapat panggilan daripada kakak saya meminta saya mencari maklumat tentang pusat pemulihan akhlak untuk seorang pelajar tingkatan empat di kampung saya. Emaknya sudah tidak tahu bagaimana hendak mendidik anak perempuannya. Anaknya tidak dapat dikawal, sering bergaul dengan sekumpulan lelaki dan jarang balik ke rumah. Apabila ditegur, budak perempuan ini mengugut untuk melarikan diri. Emaknya bingung dan tidak tahu apa lagi yang mampu dilakukannya.
Saya membantunya untuk mendapatkan khidmat nasihat kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hingga kini tiada lagi berita tentang hasil perbincangannya dengan kaunselor dan keadaan anak perempuannya yang sudah berminggu-minggu tinggal di rumah rakannya.
Mengapa anak muda sekarang begitu berani, bebas dan liar. Tidak tahu batas dan terlalu dimanjakan oleh ibu bapa? Saya rasa kita semua sedar dan nampak dengan jelas akan apa yang sedang berlaku pada anak-anak muda sekarang, cara mereka berkomunikasi, bertutur, rambut, pakaian dan perangai. Masing-masing dengan telefon bimbit, berkomunikasi tanpa memandang mata pihak lawan, asyik dengan menekan kekunci pada telefon bimbit. Rambut berwarna-warni, pakaian seksi dengan fesyen terkini, aksesori yang keterlaluan. Suka menarik perhatian orang ramai dengan cara berpakaian, bersolek secara pelik dan macam-macam lagi.
Tapi, apakah usaha yang sedang dan telah dijalankan untuk membawa remaja ini balik ke alam nyata, belajar untuk bersyukur dan berterima kasih atas apa yang dimiliki, tidak terlalu materialistik ?

Wednesday, March 18, 2009

PTK Kompetensi Umum( Teras & Profesional)

Baru-baru ini, saya membeli buku PTK DG44 sebagai rujukan untuk menghadapi peperiksaan PTK. Walaupun tidak sempat menghabiskan buku itu, saya mendapati terdapat banyak kesalahan dalam buku tersebut:

Judul Buku: Kompetensi Umum ( Teras & Profesional) Gred DG44
Penulis: Mok Soon Sang
Penerbit: Multimedia Sdn. Bhd
Jumlah halaman: 372
Harga: RM28.00

Antara kesilapannya ialah:

m/s 197 matlumat-- maklumat
m/s 207 berterasakan --berteraskan, dibawah -- di bawah
Jadual 4 : Peringkat Menengah Rendah sepatutnya Peringkat
Menengah Atas

m/s 219 nila --nilai
m/s 246 optimun --optimum (kesilapan ini didapati pada halaman yang
lain juga)

m/s 255 membentukkan --pembentukan
Perdidikan --pendidikan
m/s 256 masehi --masihi
m/s257 mulia 1 hb --Mulai 1 hb
m/s261 infra struktur --infrastruktur, negaradan --negara dan
m/s 269 pendalaman --pedalaman
m/s 280 Kempen Anti Budi---Kempen Anti Buli, model insan---modal insan
m/s 286 Teknolog --Teknologi
m/s 288 pengawai --pegawai, engurus --mengurus
m/s 302 tangan baju --lengan baju




Forgive and Forget or Forget and Forgive

Can you really forgive and forget or you can only forgive and not forget. Maybe you can forget but not forgive. If only we can forgive and forget and forget and forgive. Someone told me that she can forgive but not forget. So, what is easy? To forgive or to forget? To forget or To forgive. Whether you can forgive or forget, or forgive and forget, you known best inside you.

Monday, March 16, 2009

Bone Spurs

After x-ray, orthopedic told me that I have spur. I have severe pain on my shoulder and my left hand. I have taken Indo Cap(Indomethacin ), Celebre, Orudis and Arcoxia(etoricoxib), but none of it helps. Do not know what to do anymore. The pain is killing me. I have to sit for my competency test tomorrow, with my condition I don't think so I can do well. I wonder what kind of treatment is best way to cure this. Can't stand it anymore, the pain, the numbness. Can't do anything. Help!

Home Remedies for Bone Sour in the Neck

There are many effective home remedies for bone spur in the neck. Following are some of the most beneficial remedies:

  • You can use hot linseed oil pack to alleviate pain. To relieve pain, use hot linseed oil packs. To prepare linseed oil pack, heat linseed oil and saturate a piece of cheesecloth or white cotton material in hot linseed oil. Apply the saturated cloth on the affected area. Place a plastic over the cloth and a heating pad over the plastic. This will provide good amount of heat to alleviate pain.
  • Ice massage is another great remedy for curing bone spurs.
  • Dimethylsulfoxide is an over the counter ointment that can be applied topically on the affected area to cure the symptoms of pain and swelling.
  • Arnica and chamomile are also excellent cures for bone spur. You can mix either of the two in your bath water or warp them in a piece of cloth to prepare a poultice and apply on the affected area.
  • You can even try some of the natural anti-inflammatory supplements such as whole leaf, glucosamine sulfate, cold processed aloe vera juice, bromelain, shark cartilage, evening primrose oil, and kelp.
  • Rose hip and horsetail are also excellent cures for bone spur. You can use these herbs in the form of tea.
  • Turmeric is also an excellent cure for bone spur. The yellow pigment called curcumin, present in turmeric, is believed to cure bone spurs.
information from http://www.home-remedies-for-you.com/askquestion/14995/natural-treatment-for-bone-spurs-in-neck-is-there-.html

Saturday, March 14, 2009

Different kind of Pain

What a pain! I been having pain on my shoulder from weeks now. It makes my thumb and index finger numb. Seen two doctors but not improving. So I am going to see a specialist today-orthopedic. Although I am having pain and numbness. I still cook and taking care of him as he is sick too. Down with flu and body aching. He refused to see a doctor. What make me feel sad and angry(a little bit anger) is that he refused everything that I offered such as taking him to see a doctor, food that I cooked, water, and etc. Just have to get rid of this feeling of ????? do not know how to describe it. He went out 6.45am. I told him that I am going to sent him. I woke up early and get ready to sent it but he refused my help. I am worry that he can't drive with his condition. He just drove off, just like that. So I feel the pain(heart) and the numbness (feelings). Going to attend physiotherapy coming Wednesday to fit the problems. A visit to the hospital cost me around RM120.00 and an hour of waiting.

New Baby in the Neighbourhood


When I was home, found out that my neighbour has gave birth to a baby girl this morning. She is my neighbour and my friend. Both of us are from other district. Luckily, we are neighbour, our first child born 6 days apart. Mine on 12/5, hers on 18/5. We gone through the pregnancy together. Shall remember this date. My son will have more friends to play to. Her name is Xi Ying, just got her birth certificate today

Friday, March 13, 2009

PTK DG44

Tak lama lagi ujian PTK akan diadakan. Ini kali pertama PTK DG44 TK3 diadakan dalam bentuk ujian objektif. Tidak pasti bagaimana soalan akan ditujukan. Cuma yang pasti soalan pasti dalam bentuk aplikasi. Kalaulah ada contoh soalan sebagai rujukan.

Thursday, March 12, 2009

SPM 2009

Baru balik dari sekolah untuk melihat keputusan pelajar. Dari segi kualiti, memang ada kemajuan tetapi kelulusan dari segi kuantiti menurun lebih kurang 8%. Berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar ini walaupun saya tidak mengajar mereka, hubungan guru dengan murid itu terjalin semasa saya menjadi guru tingkatan mereka semasa mereka di tingkatan 3. Kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, cikgu ucapkan tahniah dan syabas. Terutamanya kepada Siaw Leng, Chor Kun dan Chuen Choon( 11A). Tidak lupa juga Sing Yee, Shee Yen, See Ling, See Lin, Yee Hong, dan banyak lain yang tidak dapat cikgu senaraikan di sini. Yang Penting, semuanya lulus dalam Bahasa Melayu.

Wednesday, March 11, 2009

Bunga di halaman







satu-satunya tanaman berbunga di halaman

Tuesday, March 10, 2009

Seminar /International Conference on Teaching and Learning in Higher Education 2009

http://ictlhe09.upsi.edu.my/index.php
untuk maklumat lanjut sila klik link di atas


Conference Schedule (Tentative)


1st day (23 November 2009)

8.00 a.m - Registration
9.00 a.m - Keynote address by Honourable
10.00 a.m - Keynote 1(Policy, Quality And Governance)
11.00 a.m - Tea break
11.30 a.m :- Parallel Session 1
12.30 p.m - Break/ Lunch
2.30 p.m - Keynote 2 ( Scholarship of Teaching & Learning)
3.30 p.m - Parallel Session 2
4.30 p.m - Tea Break
4.45 p.m - Poster Presentation
5.30 p.m - Photography Session
5.30 p.m - Break
8.30 p.m - Opening Ceremony and Welcome Dinner ICTLHE09


(Special guest: The Right Honourable Prime Minister of Malaysia)



2nd day (24 November 2009)



8.30 a.m - Keynote 3 (Resourcing Teaching and Learning)
9.30 a.m - Parallel Session 3
10.30 a.m - Tea Break
11.00 a.m - Keynote 4 (Thinking and Creativity)
12.00 noon - Parallel Session 4
1.00 p.m - Break/Lunch
2.30 p.m - Keynote 5 (Equity and Gender in Higher Education)
3.30 p.m - Parallel Session 5
4.30 p.m - Forum 1: (Future of Higher Education in the Changing World Context)
5.30 p.m - Break



3rd day (25 November 2009)



8.30 a.m - Keynote 6 (Leading Innovation And Change In Higher Education)
9.30 a.m - Parallel Session 6
10.30 a.m - Tea Break
11.00 a.m - Forum 2 : (University, Industry And Society – Smart Partnership)
12.15 noon - Closing Ceremony
12.45 p.m - Lunch

Sunday, March 8, 2009

Laut/Sea

ramai yang membawa anak-anak untuk bersiar-siar di sini
Cuaca hari ini elok saja. Angin sepoi-sepoi bahasa

ramai juga kaki pancing di sini


flora yang ditanam di sekitar kawasan ini


pintu gerbang Lumut Waterfront

hari ini bawa anak dan anak saudara ke Lumut Waterfront. Tidak ketinggalan untuk mengambil gambar panorama di situ untuk tatapan semua

Saturday, March 7, 2009

Awan/Clouds

gambar-gambar ini diambil semasa perjalanan saya ke universiti.

gambar ini diambil di Ipoh

gambar ini di perjalanan ke universiti dan yang berikutnya






Baru-baru ini, telah membeli sebuah kamera digital Lumix. Bukan mahir sangat mengambil gambar yang berkualiti. Gambar-gambar ini diambil untuk menguji fungsi kamera dan kecantikan alam semula jadi. Kita jangan mendongak ke langit untuk melihat betapa indahnya awan di langit. Pembentukannya sungguh unik dan penuh misteri corak yang kadang-kadang merupai pelbagai rupa bentuk yang terdapat di bumi. Nikmatilah gambar-gambar ini.

Thursday, March 5, 2009

Pemarkahan Karangan

Secara umumnya terdapat 2 cara pemarkahan karangan dibuat:
1. holistik - pemarkahan secara umum, tanpa memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan pelajar di pusat pengajian tinggi kerana pelajar di IPT sepatutnya sudah menguasai kemahiran menulis. Kesilapan bahasa adalah minimum.

2. analisis- permarkahan yang menilai aspek kemahiran menulis seseorang dengan melihat secara terperinci aspek-aspek tertentu. Kaedah ini seharusnya dipraktikkan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah menengah. permarkahan seperti ini penting kerana memberi maklum balas kepada pelajar tentang kualiti penulisan mereka dan aspek kelemahan mereka dalam penulisan karangan

Permarkahan perlu diberi untuk aspek-aspek berikut:
1. Pendahuluan-5m
Pendahuluan memberikan gambaran tentang tajuk dan isi karangan
Kesilapan pelajar: biasanya pelajar menyalin tajuk karangan yang ditulis, menyenaraikan isi
karangan, pendahuluan yang panjang lebar

2. Ketepatan isi-10m
Isi yang mencukupi sekurang-kurangnya 5 isi. Isi adalah sesuai dengan kehendak tajuk
karangan
Kelemahan pelajar: biasanya pelajar dapat memberikan isi yang sesuai cuma isi tidak
dikembangkan
3. Penyusunan isi-10m
Isi disusun dengan teratur, dihuraikan dengan dan dikembangkan dengan baik
Kelemahan pelajar: biasanya pelajar campur adukkan isi, contohnya jika pelajar diminta
menulis tentang kebaikan dan keburukan sesuatu atau faktor dan langkah mengatasi sesuatu
masalah. Pelajar akan campur adukkan kebaikan dan keburukan dalam satu perenggan isi,
atau punca dan langkah ditulis dalam satu perenggan isi

4. Tatabahasa-20m
Masalah tatabahasa amat penting dinyatakan dalam karangan pelajar kerana tatabahasa ini
menentukan keseluruhan sesebuah karangan itu baik atau kurang baik
Kelemahan pelajar: kesilapan pelajar yang sangat ketara ialah hukum D-M, imbuhan, kata
sendi, ayat tergantung, penanda wacana dan lain-lain

5. Kosa kata-10m
Penggunaan kata-kata yang sesuai dan tepat untuk tajuk yang ditulis. Penggunaan kosa kata
perlu luas dan pelbagai dan menarik
Kelemahan pelajar: menggunakan kosa kata yang sama, contohnya mengatasi dalam setiap
perenggan. Kosa kata kurang sesuai atau menarik seperti Ibu bapa mempunyai(memainkan)
peranan penting dalam mendidik anak-anak.

6. Ejaan-5m
Ejaan aspek bahasa yang perlu dinilai secara berasingan kerana sepatutnya kesilapan ini
adalah minimal tetapi kebanyakan pelajar menghadapi masalah mengeja sesetengah
perkataan. Kesilapan ejaan ini berulang-ulang walaupun sudah ditegur banyak kali.
Kesilapan umum ejaan pelajar : mengalakkan/menggalakan/mengalakan. berkerja,
mengelakan, keseronokkan, kebanyakkan. dll

7. Tanda baca-5m
tanda baca membolehkan penulisan yang dihasilkan bermakna dan dapat menyampaikan isi
dengan tepat.
Kelemahan pelajar: banyak menggunakan koma dalam ayat, sehingga ayat menjadi terlalu
panjang.

8. Peribahasa-5m
Penggunaan peribahasa dalam karangan kurang kerana penggunaannya harus tepat dan
jika digunakan secara betul boleh memberi nilai tambah kepada penulisan yang dihasilkan.
Kelemahan pelajar: Pelajar jarang menggunakan peribahsa kerana tidak tahu cara
memasukkan peribahasa ke dalam karangan mereka. Bilangan peribahasa yang diketahui
oleh pelajar terhad.

9. Pemerengganan -10m
Pemerenggan juga penting dan harus diberi perhatian. Kesilapan yang dibuat oleh pelajar sama ada perenggan isi terlalu pendek atau terlalu panjang. Begitu juga halnya dengan perenggan pendahuluan dan penutup. Oleh itu, pelajar harus memberi perhatian kepada aspek pemerengganan. Melatih pelajar menulis perenggan isi dalam lebih kurang 7 hingga 8 ayat. Sebenarnya, sebagai guru kita boleh menggunakan pendekatan proses dalam pengajaran penulisan karangan. Melatih setiap bahagian karangan secara berasingan dahulu, baru karangan penuh. Contohnya, melatih pelajar menulis perenggan pendahuluan sehingga mereka didedahkan dengan pelbagai teknik menulis perenggan pendahuluan sebelum ke bahagian isi dan seterusnya.

10. Penutup-5m
Bahagian penutup juga perlu diberi perhatian, kebanyakan pelajar mengulangi apa yang telah ditulis pada perenggan isi. Penutup sepatutnya merupakan kesimpulan tentang keseluruhan karangan yang telah ditulis. Terdapat ramai pelajar yang sentiasa memulakan perenggan penutup dengan perkataan seperti "secara kesimpulannya". Pelajar harus dilatih dan diberi contoh bahagian perenggan penutup yang baik supaya mereka boleh mengajuk cara penulisan penutup yang mantap daripada mengulangi apa yang telah ditulis pada perenggan isi atau pendahuluan

Wednesday, March 4, 2009

Pemerengganan

Kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk mengembangkan isi karangan. Mereka mempunyai idea tidak idea itu tidak berkembang. Kebiasaannya pelajar akan menulis dua atau tiga ayat untuk satu isi karangan dan diikuti dengan isi yang kedua. Hal ini menyebabkan di dalam satu perenggan terdapat 2 atau 3 isi karangan dan isi bercampur aduk.

contoh 1: karangan tentang pencemaran
Masalah pencemaran disebabkan orang ramai yang suka membakar sampah-sarap secara terbuka. Mereka membuang sampah-sarap ke dalam sungai dan menebang pokok.

contoh 2: Pencemaran alam berpunca daripada sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab. Mereka suka membuang samapah-sarap di merata-rata. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap mereka dengan mengenakan denda.

Menyambung ayat

Sesuatu penulisan yang baik memerlukan kemahiran untuk menyambung ayat agar dapat menggambarkan idea dan pemikiran secara sistematik dan logik. Kata penghubung memainkan peranan untuk menyambungkan ayat dan menggabungkan idea dan pemikiran dalam bentuk teks supaya menjadikan hasil penulisan bermakna dan difahami.

Antara kata penghubung yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
1) tambahan - dan, juga, selain itu, sebenarnya, lebih-lebih lagi dll

contoh ayat: Pelajar harus terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Selain itu, pelajar juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat agar dapat menjadi rakyat yang berguna.

2) perbandingan - selari dengan, sama dengan, jika dibandingkan dengan dll

contoh ayat: Taraf hidup rakyat di negara itu telah meningkat. Jika dibandingkan dengan taraf hidup mereka sepuluh tahun dahulu, kini mereka sudah mampu memiliki rumah sendiri.

3) perbezaan - tetapi, sebaliknya, berbeza dengan, walaupun, walau bagaimanapun, namun demikian, walau bagaimana sekalipun.

contoh ayat: Usahanya untuk membangunkan kawasan itu menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, dia masih tidak berputus asa untuk meneruskan usahanya itu.

4) contoh - misalnya, contohnya, sebagai contoh, sebagaimana yang ditunjukkan, biarlah kita ambil contoh, mari kita mengambil contoh, seperti yang, apa yang dimaksudkan(ialah..), seperti yang dipaparkan/ditunjukkan/disiarkan dll

contoh ayat: Bilangan penagih dadah dalam kalangan remaja semakin meningkat. Seperti yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini bahawa bilangan penagih dadah remaja meningkat sekali ganda.

5) kesimpulan -pendek kata, ringkasnya, sebagai rumusan, pada keseluruhannya, jika begitu, jadi, jikalau, kesimpulannya, maknanya ialah, implikasi daripada, jika tidak dll

contoh ayat: Masalah mat rempit yang suka berlumba secara haram semakin serius walaupun tangkapan demi tangkapan telah dibuat. Jika begitu, pihak berkuasa harus meningkatkan usaha dan mengenakan hukuman yang lebih berat supaya gejala ini dapat dibendung.

6) masa - pada mulanya, selepas itu, akhirnya, dewasa ini, sementara itu, sebelum itu, semenjak itu, pada masa kini, pada alaf ini, sejak bertahun-bertahun lalu, sejak azali lagi, sejak akhir-akhir ini dll

contoh ayat: Ekoran daripada bilangan kes kemalangan jalan raya yang meningkat saban tahun yang melibatkan penumpang di belakang. Akhirnya, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan undang-undang memakai tali panggang oleh penumpang di belakang.

7) hasil - oleh hal yang demikian, oleh sebab itu, akibatnya, kesudahannya, jadi

contoh ayat: Industri pelancongan merupakan industri yang menguntungkan dan mampu meningkatkan ekonomi negara. Oleh sebab itu, Kementerian Pelancongan menjalankan kempen-kempen untuk menarik pelancong asing melawat ke negara kita.

Jambatan Permaisuri Bainun

pandangan waktu malam

pandangan waktu senja

Tuesday, March 3, 2009

Tempat Kerja


Tempat ini sudah saya tinggalkan lebih daripada setahun, apabila tension dengan tugasan. Rindu pula tempat ni, tugas dan tanggungjawab yang dipikul apabila duduk di tempat ini.

Panorama










Sudah berminggu-minggu hingga berbulan-bulan, sibuk mencari bahan dan membaca, akhirnya tinjauan literatur kajian saya sudah hampir nak siap. oleh itu, hari ini nak berehat separuh hari, pagi tadi ada perjumpaan dengan penyelia, sampai kat rumah dah pukul 7 malam. So, esok sajalah sambung kerja. Sekarang hendak berkongsi gambar-gambar yang saya ambil semasa lawatan bersama dengan pelajar.

Saturday, February 28, 2009

Pengajaran Penulisan Karangan

Berbincang kembali masalah penulisan dalam kalangan pelajar bukan Melayu, sebenarnya banyak faktor yang mengakibatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Selalunya minat, motivasi, efikasi, dan sikap menjadi tumpuan kajian untuk mengenal pasti masalah pembelajaran bahasa.

Sebenarnya, tidak mustahil untuk seseorang itu menguasai bahasa kedua seperti penutur bahasa pertama. Soalnya mahu atau tidak mahu mempelajarinya. Pelajar mungkin tidak nampak apa gunanya sesuatu bahasa itu dipelajari walaupun sudah dijelaskan berulang kali. Pihak sekolah dan guru-guru, selalu mengingatkan pelajar bahawa mendapat kelulusan dalam Bahasa Melayu menjadi syarat untuk mendapatkan sijil SPM. Rata-ratanya, pelajar akan menyedari kepentingannya apabila keputusan SPM diperoleh.

Sebagai guru, seharusnya kita mengajar bahasa dengan menggunakan bahasa itu dalam keadaan sebenarnya dalam kehidupan pelajar. Misalnya, mewujudkan keadaan yang memaksa pelajar menggunakan bahasa untuk berkomunikasi atau untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Contohnya, meminta pelajar merakamkan perbualan atau wawancara mereka dengan rakan sedarjah tentang sesuatu isu. Meminta kumpulan pelajar berbincang dan menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa tempatan atau agensi kerajaan untuk mengadu masalah yang dihadapi oleh penduduk, atau menulis kepada pengerusi PIBG, untuk meminta bantuan kewangan untuk aktiviti atau projek yang ingin dijalankan oleh pelajar

Thursday, February 26, 2009

Sesi Perbincangan Kali Ke-2

Hari ini 26/2/09, saya telah bertemu dengan penyelia kedua saya, cik lin. Pada 3 petang, perbincangan bermula 3.20pm kerana ada pelajar yang lain dalam bilik cik lin. Selesai perbincangan pukul 5 petang. Banyak cadangan, nasihat dan pembetulan yang perlu dibuat dan data yang perlu dikumpul. Sekarang, saya sudah ada gambaran yang lebih jelas walaupun tidak menyeluruh. Langkah seterusnya adalah membina item soal selidik, dapatkan data daripada JPN dan membaiki objektif, soalan kajian, hipotesis.