Saturday, April 25, 2009

Pelajar Mesti Menulis

Penulisan merupakan salah satu kaedah atau alat komunikasi yang luas digunakan hingga masa kini. Sebelum terciptanya komputer dan teknologi serta alat komunikasi yang canggih. Penulisan merupakan cara berkomunkasi yang paling luas digunakan apabila mesin cetak dicipta oleh Gunteberg pada tahun 1439.
Pelbagai platform tersedia pada masa kini untuk tujuan penulisan. Komputer, telefon bimbit, faksimili, internet, blog, web dan macam-macam lagi. Dengan jelas bahawa penulisan merupakan aspek kemahiran yang semakin penting. Terdapat pelbagai tujuan dan format penulisan mengikut protokol tertentu. Apabila menulis, dua aspek yang perlu diberi perhatian oleh penulis ialah tujuan dan siapa pembacanya? Seseorang mungkin dapat berucap, bertutur dengan fasih, lancar dan menarik belum dapat menghasilkan karya yang sebaik ucapannya.
Oleh sebab itu, pelajar perlu banyak menulis dan penulisan perlu merangkumi pelbagai aspek dengan pelbagai tujuan yang berbeza. Penulisan yang diajar di sekolah seharusnya fokus kepada penulisan yang dapat membantu pelajar menghadapi cabaran dunia kini dan masa depan.

No comments:

Post a Comment