Friday, September 16, 2011

SOALAN NOVEL SEKOLAH BERASRAMA PENUH


SOALAN NOVEL SBP PERCUBAAN BM 2011
Jawapan mestilah berdasarkan ketiga-tiga novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3 seperti berikut:
(i) Meniti Kaca, karya R. Sabarudin Abdullah
(ii) Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
(iii) Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusuf
(iv) Limpahan Darah Di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh
(v) Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini
(vi) Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain
(vii) Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari
(ix) Panas Salju, karya Talib Samat
(x) Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah
(xi) Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh
(xii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Perkembangan merupakan salah satu daripada binaan plot dalam sesebuah karya sastera. Nyatakan satu peristiwa yang terdapat dalam bahagian perkembangan plot ketiga-tiga novel yang telah anda kaji
JAWAPAN
Aku Anak Timur
Dalam novel ini, Zarina dan keluarganya telah berkenalan dengan pemuda Belanda yang bernama Niek Van Hoeve. Niek telah mempelawa Zarina untuk bersiar-siar. Niek memberitahu Zarina bahawa gadis-gadis di Belanda bebas memilih pasangannya sendiri. Mereka bebas sepenuhnya apabila telah berumur 21 tahun. Persahabatan antara Zarina dengan Niek telah menjadi semakin intim. Persahabatan ini telah menimbulkan kebimbangan ibu dan ayah Zarina kerana perbezaan mereka dari segi agama dan kebudayaan antara Timur dan Barat. Namun Zarina tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya. Zarina hampir jatuh hati dengan Niek.
Kapten Hassan Wira Bangsa
Isteri dan keluarga Hassan dibunuh. Hassan diberhentikan dalam perkhidmatan tentera kerana gagal dalam ujian kenaikan pangkat. Permohonannya untuk menyambung perkhidmatannya ditolak oleh pegawai atasan yang berdendam dengannya.
Merdeka! Merdeka!
Pak Awang diugut supaya meninggalkan persatuannya. Namun dia berhenti kerja dengan Inggeris. Pak Awang mati dibunuh oleh pengganas komunis ketika mencari Bustam yang diculik oleh pengganas komunis.

No comments:

Post a Comment