kepada pelajar 3Y: oleh sebab kelas hari ini tidak dapat dijalankan, cikgu minta Ketua Kelas Kar Keng untuk meminta anda semua membuat latihan ini sebagai ganti kelas hari ini.
Esok hari Selasa, minta bawa buku latihan Novel/Ringkasan, Buku Kerja Komsas warna kelabu dan Buku Kerja anda.
FASA
3: Kenalpasti Kesalahan Umum Tatabahasa
1. Ahli
bahasa itu menegaskan bahawa kemasukkan kata-kata dan istilah
baharu daripada bahasa asing memperkaya bahasa Melayu
2. Baginda
berkenan untuk menganugerahkan Paglima Angkatan Bersenjata
Republik Indonesia pingat kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri.
3. Untuk
mengelakkan berlakunya banjir, Jabatan Saliran akan menjalankan
kerja-kerja memperdalamkan Sungai Bekok sebelum musim tengkujuh
4. Semasa
melancong ke Medan, kakak membeikan sehelai selendang dan kain
batik yang dipesan oleh ibu
5. Perpindahan
penduduk-penduduk di sekitar kawasan yang terlibat dalam pembinaan Empangan
Bakun akan diusahakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan
6. Barang-barang
kemas yang dirompak dari Kedai Emas Cheong Seng itu dianggar berniali
RM 500,000.
7. Sebagai
tanda penghargaan terhadap perkhidmatannya, Encik Arumugan dihadiahkan
sebuah jam tangan oleh pihak majikannya
8. Encik
Jalil menggalakkan anak-anaknya bekerja sambilan semasa cuti
sekolah untuk latihan mereka hidup berdikari.
9. Ketiga-tiga
orang murid itu kena tegur dan disuruh keluar dari pusat sumber
kerana buat bising
10. Kami
janji akan belajar dengan tekun untuk mencapai kelulusan
yang cemerlang dalam peperiksaan
11. “Tututp
dan kunci pintu semasa ayah jemput ibu kamu di pejabat,”kata
Encik Tan kepada Dany dan Molly.
12. Agak
lama juga dia tunggu saya di stesen bas kerana bas ekspres itu lambat
sampai setelah rosak di tengah jalan
13. Wak
Kasran menebang pepohon buluh yang digunakan untuk memagarkan
sekeliling kolam ikan air tawarnya
14. Penumbuhan
ekonomi negara dijangka bertambah baik hasil daripada peningkatan nilai
eksport dan penurunan nilai import
15. Izzat
mengirimkan ayahnya sepucuk surat untuk memberitahukan kesulitan
yang dialaminya sejak memulakan pengajian di Universitas Sumatera Utara
16. Dalam
perhimpunan itu beliau menasihatkan para pelajar supaya mematuhi
peraturan sekolah agar tidak dikenakan tindakan disiplin
17. Perluasan
empayar Kesultanan Melayu Melaka bermula ketika pemerintahan Sultan
Mansur Syah yang dibantu oleh Bendahara Tuk Perak yang bijaksana
18. “Selepas
mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk, tolong mengisikan
bekas minuman dengan air masak,”kata ibu kepada kakak dan abang
19. Mereka
membincangkan pertemuaan beberapa buah peti yang mengandungi wang
emas di dalam laut
20. Azmi
enggan mengakui kesilapan yang berlaku walaupun dia disoal
beberapa kali oleh ibunya.
21. Sebagai
seorang kakitangan awam yang perlu membudayakan etika kerja yang baik,
Kak Suria berusaha untuk menjalani tugas yang dipertanggungjawabkan
kepadanya dengan sebaik-baiknya
22. Bagi
mengelakkan anak-anak daripada terlibat dalam gejala sosial, ibu
bapa perlu membatas pergaulan mereka.
23. Persatuan
itu akan mendermakan sebahagian daripada wang yang diperoleh
daripada pengutipan derma itu kepada sebuah rumah kebajikan di tempat
kami.
24. Seorang
doktor sedang memberikan penerangan tentang tanda-tanda yang dialami
oleh seseorang yang diserang pesakit resdung
25. Pihak
penguatkuasa akan mengambilkan tindakan yang tegas, iaitu menyita
premis hiburan yang beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan
26. Penulis
bukan masakan itu sentiasa berfikir sambutan orang ramai terhadap
buku resipinya yang baru dilancarkan
27. Pihak
pengurusan sekolah galakan murid-murid perempuan mempelajari seni
mempertahankan diri demi keselamatan mereka
28. Kami
berasa gembira kerana dapat melihat pelbagai spesies rama-rama
semasa kunjungan ke Taman Rama-Rama di Kuala Lumpur
29. Semasa
berhimpun sekolah pada setiap pagi hari Isnin, semua murid akan berdiri
tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku.
30. Mereka
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bersaing kehebatan pasukan
yang dibarisi pemain-pemain yang handal itu.
No comments:
Post a Comment