Thursday, September 13, 2012

4s4 :- Latihan Hari Malaysia


Latihan 1: Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut
          
       Remaja sering menimbulkan masalah bukan sahaja kepada diri sendiri dan ibu bapa tetapi juga kepada masyarakat(1). Masalah remaja merupakan satu masalah sosial yang begitu rumit untuk ditangani(2)

1.      senaraikan ayat tunggal dalam petikan di atas
2.     cerakinkan rangkaian ayat (1) supaya menjadi dua ayat tunggal
3.     songsangkan rangkaian ayat (2)


Latihan 2: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian gabungkan ayat-ayat supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah susunan ayat dan maksud asalnya


            Taraf hidup masyarakat di negara ini semakin meningkat. Taraf hidup masyarakat di negara ini hampir setanding dengan taraf hidup rakyat di negara maju. Fenomena ini menimbulkan pelbagai jenis penyakit. Fenomena ini berpunca daripada amalan gaya hidup bebas dan moden. Penyakit itu tidak mempunyai rawatan khusus untuk mengubatinya. Penyakit itu tidak mempunyai penawar untuk mengubatinya



Latihan 3: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat perkataan yang tertinggal. Kenal pasti tempat-tempat yang perkataannya digugurkan dan lengkapkan dengan menambahkan perkataan yang sesuai. Tulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur ayat dan maksud asalnya


1.      Calon-calon peperiksaan diminta kerana kertas-kertas soalan dapat diedarkan
2.     Pengambilan pil  tidur yang telah menyebabkan dia pengsan tiba-tiba
3.     Mengenangkan detik-detik manis ketika bersama dengan adiknya itu kembali, mengalirlah air matanya



Latihan 4: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudiankan senaraikan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan tersebut

            Sejak mendengar berita itu, hatinya gundah-gulana. Dia tidak menyangka bahawa peristiwa malang itu akan menimpa keluarganya. Dia berharap agar mereka tabah menghadapi dugaan tersebut. Dia yakin kebenaran akan terserlah jua suatu hari nanti jika mereka berada di pihak yang benar. Walau bagaimanapun, dia tetap akan berusaha untuk membersihkan nama baik keluarganya. Dia tidak akan berdiam diri selagi dia masih belum mengetahui perkara yang sebenar.


Latihan 5: Kesalahan ejaan dan imbuhan


1.      Perbincangan dalam kertas kerja ini bertujuan untuk mengenengahkan fungsi penggunaan kamus dalam kalangan pelajar di bangku sekulah rendah
2.     Dalam sesuatu proses pengajaran tata bahasa, para pelajar hendaklah didedahkan kepada konsep ayat yang mempunyai struktur dan pola yang menentu
3.     Kajian yang dijalankan uleh sesetengah pihak menunjukkan bahawa kecapaian pelajar dalam peperiksaan awam kian meningkat
4.     Perpustakaan elektrunik ialah perpustakaan alternatif yang dapat menyedia maklumat dalam program pendidikan jarak jauh
5.     Encik Hilmi tidak mensiasiakan peluang keemasan yang ditawar oleh majikannya agar beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah lanjutan
6.    Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah dikenal pasti sebagai punca utama mencetusnya kerisis pencemaran sungai di negara ini.


Latihan 6: Kesalahan penggunaan kata /istilah dan kesalahan tatabahasa


1.      Penyebaran khabar angin akan melahirkan keresahan orang ramai dan menjejaskan ketenteraman awam sebuah negara
2.     Rakyat-rakyat negara ini wajar menghormati pelancong asing kerana kedatangan mereka memberikan sumbangan terhadap perkembangan kewangan negara
3.     Ada pihak beranggapan yang produk pelangsingan badan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah obsesi tanpa memikirkan risikonya
4.     Encik Shamsul Bahri berjanji akan memberi upahan yang setimpal sebagai insentif pada para pekerjanya dalam usaha meningkatkan  produktiviti syarikat
5.     Rungutan yang sering diluahkan oleh majikan swasta adalah kelemahan bakal pekerja dalam penguasaan bahasa Inggeris ketika sesi temu bual dijalankan
6.    Masalah yang dihadapi oleh para pelajar-pelajar haruslah kita basmi dengan segera

No comments:

Post a Comment