Thursday, October 25, 2012

Masalah Penulisan Karangan-Huraian Vs Isi : 4Sc4

    Seterusnya, melancong dapat merapatkan hubungan kekeluargaan jika kita melancong dengan keluarga sendiri. Jika mempunyai anak-anak yang telah mula bekerja, setiap bulan ibu bapa atau anak boleh menyimpan sebahagian gaji di dalam akaun bank yang khas untuk kegunaan semasa melancong. Pada cuti akhir tahun, jika hendak melancong ke luar negeri masalah kewangan pasti tidak ada. Oleh itu, keluarga akan melancong dengan gembira. Oleh itu, hubungan kekeluargaan pasti dapat dieratkan.

4sc4 的同学们,
请问这一段karangan有什么问题?

5 comments:

  1. Melancong tidak berkaitan dgn wang / gaji?
    atau kesalahan tatabahasa??

    ReplyDelete
  2. memang ada kesalahan bahasa tetapi itu bukan masalah utama.

    ReplyDelete
  3. macam ni..
    saya pun tak tau apa masalah lah..
    cikgu blh memberi jawapan tak??

    ReplyDelete
  4. Yayayuiki, sebenarnya, ramai juga yang tulis seperti ini dalam karangan, isi tidak sama dengan huraian, isi yang diberi tentang melancong dapat merapatkan hubungan keluarga, tetapi huraian tentang cara mengumpul wang untuk melancong.
    yang tepat: melancong dapat merapatkan hubungan keluarga kerana ahli keluarga berpeluang melakukan aktiviti bersama-sama. Di samping itu, hubungan antara ahli keluarga menjadi erat kerana dapat meluahkan perasaan dan berkomunikasi dengan lebih baik, bercerita tentang masalah dan kisah hidup masing-masing.

    ReplyDelete
  5. oklah...
    dah tahu apa kesalahannya...
    terima kasih cikgu ya...
    :)

    ReplyDelete