Saturday, June 15, 2013

Pertandingan Menulis Surat I Malaysia 2013



ii. Sekolah Menengah

Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan anda untuk memajukan kawasan tempat tinggal anda demi mencapai negara Malaysia yang diimpikan


Panjang surat: 500 -750patah perkataan 

pelajar 5S4 yang berminat, sila tulis dan hantar, cikgu akan bantu untuk membetulkan kesalahan bahasa.


Friday, June 14, 2013

latihan 15/6/13

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kata-kata yang tertinggal. Kenal pasti tempat-tempat yang kata-katanya digugurkan dan lengkapkannya dengan menambahkan kata yang sesuai. Tulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (setiap ayat ada 2 kata yang tertinggal)

1. Kita sering membincangkan permasalahan dalam kalangan anak muda tanpa memfokuskan masalah itu kepada golongan dewasa patut menjadi ikutan mereka.
2. Pembandaran yang tidak teratur dan pembangunan yang menafikan ruang untuk golongan berpendapatan rendah telah menyebabkan munculnya setinggan.
3. Para pelajar masih belum mampu menilai guru yang membimbing dan mendidik mendepani cabaran kehidupan
4. Kenaikan elektrik baru-baru ini terpaksa dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad ekoran kenaikan bahan bakar yang berkaitan dengan tenaga.
5. Penubuhan industri dapat membantu penduduk luar bandar hidup lebih selesa dan mengatasi masalah golongan muda ke kawasan bandar.
6. Sungguhpun kadar tabungan terus meningkat pada masa ini, namun kadar pelaburan masih tinggi
7. Banyak pihak yang agar pemaju perumahan menyediakan kemudahan sempurna kepada para pembeli rumah.
8. Perancangan bagi memodenkan masyarakat bandar harus kira langkah penyusunan masyarakat setinggan.
9. Jabatan Perikanan menggalakkan pembangunan ikan air tawar menerusi penternakan ikan sangkar.


PILIHAN JAWAPAN:


sumber,    asing,   mereka,   kecil,    negara,   yang,   menyarankan,     di dalam,    penjanaan,    Proses,    punca,    mengambil,         semula,   yang,        penghijrahan,   petempatan,     jasa     , tarif

Pembetulan pilihan jawapan 14/6/13

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kata-kata yang tertinggal. Kenal pasti tempat-tempat yang kata-katanya digugurkan dan lengkapkannya dengan menambahkan kata yang sesuai. Tulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Usaha-usaha penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat ini mesti dilakukan dengan tegas dan berterusan.
2. Bilangan pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi menjadi panas dan diperdebatkan oleh banyak pihak
3. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pencemaran sungai di negara ini belum dapat sepenuhnya.
4. Pelajar perempuan yang terlibat masalah sosial begitu sedikit berbanding dengan lelaki
5. Senaman dapat melancarkan perjalanan darah dan menguatkan otot-otot bahkan dapat membakar lemak yang berlehihan bahagian tertentu tubuh
6. Kesulitan orang ramai mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada puncak sudah berlarutan dan menawarkan mereka untuk menggunakannya.


pilihan jawapan:

diatasi               memerangi                    waktu                  pada                      isu              dalam,   semangat,        bukan saja,        pelajar

Thursday, June 13, 2013

Jawapan Latihan Peribahasa latihan 12/6/13

1. makan angin
2. genggam bara api biar sampai jadi arang
3. menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
4. besar periuk, besar keraknya
5. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
6. mulut tempayan
7. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
8. ukur baju di badan sendiri
9. bagai pinang dibelah dua

latihan 13/6/13

Sila tulis jawapan dalam bentuk perenggan, 
Soalan: Huraikan 2 persamaan nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji (8m)



Nilai
Novel Azfa Hanani
Novel Kembara Amira
Kasih Sayang
a) Nilai Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.
Anak Datin Maziah, iaitu Tengku Mazran sangat sayang akan ibunya. Dia tidak sanggup melihat ibunya yang tertekan kerana tidak dapat menerima hakikat kematian Tengku Murni.Dia berusaha memujuk Azfa Hananii yang mempunyai wajah yang seiras Tengku Murni agar menyamar sebagai Tengku Murni untuk memulihkan keyakinan ibunya.
b) Nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak
Datin Maziah sangat sayang akan anak perempuan tunggalnya iaitu Tengku Murni. Lantaran kasih sayangnya, Datin Maziah sanggup menghadiahi anaknya sebuah jip sempena hari jadinya walaupun Tengku Murni tidak mempunyai lesen memandu.
a) Nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibunya
Amiraa sanggup menolak cadangan ibunya untuk bercuti di rumah neneknya, semata-mata dia ingin menghabiskan cuti persekolahan bersama ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya yang jarang-jarang dapat berjumpa.

b) Nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak
Sebagai ibu, Profesor Zaidah memeluk dan membelai Amira ketika Amira bersedih kerana sahabat baiknya Jacinta tidak sedarkan diri ketika mencari Amira yang hanyut dibawa arus deras.
Kegigihan
a) Nilai Kegigihan dalam pelajaran
Azfa Hanani berusaha dengan gigih untuk memantapkan dirinya supaya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Dia bertanya kepada kawan-kawannya terutama Tengku Ellina. Dia juga berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di kelas tuisyen di Institut Lingua Franca.
b) Nilai kegigihan dalam persatuan
Ekran berusaha dengan gigih dalam Persatuan Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari. Selaku pengerusi persatuan, dia amat gigih menjalankan Program Hari Sumbangsih untuk memungut derma derma daripada orang ramai bagi mengumpulkan dana sebanyak RM16 000. Dia membahagikan slot program secara undian kepada kelas masing-masing.
a) Nilai kegigihan dalam menyelamatkan rakan yang hilang.
Amira , Itai dan Jacinta berusaha gigih mencari Malique menerusi mobile disk milik Malique. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk membuka mobile disk yang menggunakan password untuk mencari kata kunci yang dapat membantu mereka menyelamatkan Malique.
b)Nilai kegigihan menyelamatkan petempatan milik orang Asli Suku Semai daripada dicerobohi
Tau berusaha gigih bersama kumpulan pelajar Profesor Zaidah untuk menghalang tapak tempat tinggal mereka daripada dimiliki diterokai oleh syarikat perunding cari gali emas milik O’Hara. Tau sanggup menyamar sebagai mahkluk berbulu untuk menakut-nakutkan kumpulan mencari gali emas daripada terus mencerobohi kawasan tersebut.

Wednesday, June 12, 2013

Latihan 12/6/13



 Pelajar-pelajar diminta menulis dalam bentuk perenggan, jawapan sudah diberi, cikgu nak lihat cara anda tulis jawapan dalam bentuk perenggan.
Soalan: Huraikan dua persoalan kerjasama dalam kedua-dua novel yang anda kaji.(8m)


Azfa Hanani:  kerjasama menganjurkan majlis. 
contoh:  pelajar-pelajar Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih. Hasil kerjasama semua pelajar, program tersebut berjaya dijalankan dengan lancar dan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 16,000.00.
Azfa Hanani: kerjasama membantu rakan.
contoh: Azfa Hanani bersedia menggantikan tempat Ellina sebagai Pengerusi Forum kerana kesibukan Ellina menguruskan Malam Sumbangsih  


Kembara Amira :kerjasama berpasukan yang erat dalam menjalankan tugas
contoh: Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi bekerjasama dengan pelajar-pelajar menjalankan kajian arkeologi di Desa Karpus.
Kembara Amira :kerjasama membantu orang yang memerlukan pertolongan
contoh: Itai telah membantu menyelamatkan nyawa Amira yang hanyut dalam arus sungai yang deras manakala Tau pula  telah membantu  Jacinta yang sesat di dalam hutan.