Soalan: Huraikan 2 persamaan nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji (8m)
Nilai
|
Novel Azfa Hanani
|
Novel Kembara Amira
|
Kasih Sayang
|
a) Nilai Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.
Anak Datin Maziah, iaitu Tengku
Mazran sangat sayang akan ibunya. Dia tidak sanggup melihat ibunya yang
tertekan kerana tidak dapat menerima hakikat kematian Tengku Murni.Dia
berusaha memujuk Azfa Hananii yang mempunyai wajah yang seiras Tengku Murni
agar menyamar sebagai Tengku Murni untuk memulihkan keyakinan ibunya.
b) Nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak
Datin Maziah sangat sayang akan
anak perempuan tunggalnya iaitu Tengku Murni. Lantaran kasih sayangnya, Datin
Maziah sanggup menghadiahi anaknya sebuah jip sempena hari jadinya walaupun
Tengku Murni tidak mempunyai lesen memandu.
|
a) Nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibunya
Amiraa sanggup menolak cadangan
ibunya untuk bercuti di rumah neneknya, semata-mata dia ingin menghabiskan
cuti persekolahan bersama ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya yang
jarang-jarang dapat berjumpa.
b) Nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak
Sebagai ibu, Profesor Zaidah
memeluk dan membelai Amira ketika Amira bersedih kerana sahabat baiknya
Jacinta tidak sedarkan diri ketika mencari Amira yang hanyut dibawa arus
deras.
|
Kegigihan
|
a) Nilai Kegigihan dalam pelajaran
Azfa Hanani berusaha dengan gigih
untuk memantapkan dirinya supaya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Dia bertanya kepada kawan-kawannya terutama Tengku Ellina. Dia juga berusaha
untuk mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di kelas tuisyen di Institut
Lingua Franca.
b) Nilai kegigihan dalam persatuan
Ekran berusaha dengan gigih dalam
Persatuan Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari. Selaku
pengerusi persatuan, dia amat gigih menjalankan Program Hari Sumbangsih untuk
memungut derma derma daripada orang ramai bagi mengumpulkan dana sebanyak
RM16 000. Dia membahagikan slot program secara undian kepada kelas
masing-masing.
|
a) Nilai
kegigihan dalam menyelamatkan rakan yang hilang.
Amira , Itai dan Jacinta berusaha
gigih mencari Malique menerusi mobile disk milik Malique. Mereka
menggunakan pelbagai cara untuk membuka mobile disk yang menggunakan password
untuk mencari kata kunci yang dapat membantu mereka menyelamatkan
Malique.
b)Nilai kegigihan menyelamatkan petempatan milik orang
Asli Suku Semai daripada dicerobohi
Tau berusaha gigih bersama
kumpulan pelajar Profesor Zaidah untuk menghalang tapak tempat tinggal mereka
daripada dimiliki diterokai oleh syarikat perunding cari gali emas milik
O’Hara. Tau sanggup menyamar sebagai mahkluk berbulu untuk menakut-nakutkan
kumpulan mencari gali emas daripada terus mencerobohi kawasan tersebut.
|
No comments:
Post a Comment