Karangan : Mereka yang tidak menghantar buku karangan adalah seperti berikut:
Chan SQ, Chai PY, Briona, Annie(hantar kertas), Alice, Wong XQ, Liew JE.
Tatabahasa: terlalu banyak untuk disenaraikan.
halaman 2:
Pendahuluan: masalah kebejatan sosial semakin membimbangkan --situasi ini akan memporak-perandakan masayarakat--apakah langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini?ISI 1: huraian : ibu bapa memberikan perhatian kepada tingkah laku anak-anak
contoh: menegur anak-anak atau remaja yang berkelakuan kurang sopan, melanggar
peraturan
kesimpulan: hubungan akrab antara ibu bapa/masyarakat dengan anak-anak/remaja
dapat mengatasi masalah ini
ISI 2: Huraian: penerapan nilai-nilai murni perlu merentasi kurikulum--melibatkan
semua aktiviti di sekolah, di rumah.
Contoh: aktiviti kokurikulum dijadikan pemangkin ke arah pemantapan sahsiah remaja
Kesimpulan: pihak sekolah tidak wajar memberikan fokus terhadap kecemerlangan
akademik sehingga meminggirkan usaha penerapan nilai murni
ISI 3: Huraian: sikap endah tak endah akan mendorong pelajar terlibat dalam pebagai masalah
moral
Contoh: pihak sekolah mengenakan tindakan disiplin bagi kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar
Kesimpulan: peribahasa "mencegah lebih baik daripada mengubati" menggambarkan
betapa pentingnya mendidik remaja melalui peraturan disiplin.
Penutup: remaja merupakan pemimpin negara pada masa depan --golongan ini perlu dibimbing agar dapat membangunkan negara dan menjadi pemimpin yang berkaliber
halaman 4
Pendahuluan: invoasi ciptaan sains telah mengubah kehidupan manusia--menjadi lebih canggih, selesa dan sempurna--bioteknologi merupakan sumbangan bidang sains yang amat penting kepada manusia.
ISI 1: Huraian: bioteknologi memberikan sumbangan yang besar dalam bidang perubatan
Contoh: bioteknologi memudahkan usaha mencari penawar penyakit, mengelak penyakit tertentu.
Kesimpulan: bioteknologi membantu manusia memperoleh kehidupan yang lebih bahagia
ISI 2: Huraian: bioteknologi membantu mengembangkan bidang pertanian melalui penemuan baharu
Contoh: baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan--melalui kaedah kultur tisu dan
pengklonan.
Kesimpulan: penggunaan bioteknologi dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian
ISI 3: Huraian: industri pengeluaran makanan banyak menerima manfaat bioteknologi
Contoh: dapat meningkatkan hasil pengeluaran makana--menjadikan makanan tahan lebih lama
Kesimpulan: bioteknologi dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan di samping
meningkatkan ketahanan produk makanan.
Penutup: Malaysia perlu memanfaatkan bioteknologi untuk meningkatkan ekonomi dan memajukan negara--kajian dan pembangunan bidang bioteknologi diberi keutamaan untuk memajukan pelbagai bidang di negara kita.
HALAMAN 17
Pendahuluan: kes pembuangan bayi semakin meningkat--mengapakah jenayah kejam ini kian berleluasa?--apakah punca perlakuan zaman jahiliyah ini semakin menjadi-jadi? bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?
ISI 1
huraian: wanita yang membuang bayi ialah remaja yang terlanjur dengan teman lelaki masing-masing --cetek iman.
contoh: mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan maksiat itu di kawasan rekreasi, di hotel
kesimpulan: ibu bapa dan pihak berkuasa perlu memastikan anak-anak dibekali ilmu agama secukupnya.
ISI 2
huraian: menjaga tepi kain sendiri--tidak mahu mengambil tahu hal ehwal orang lain
contoh: masyarakat alpa terhadap kelakuan sumbang remaja
kesimpulan: masyarakat seharusnya bekerjasama--menegur kesilapan remaja
ISI 3
huraian: remaja mudah terikut-ikut rakan yang mengajak ke arah keseronokan tanpa berfikir panjang
contoh: mudah menerima pelawaan rakan untuk melakukan seks bebas
kesimpulan: pemilihan rakan sangat penting--agar kehidupan tidak terpesong
ISI 4
huraian:kesedaran dalam diri remaja sepatutnya disemaikan oleh ibu bapa sejak mereka masih kecil
contoh: kaunseling dan kem-kem motivasi dapat menyedarkan remaja tentang peri pentingnya patuh pada ajaran agama.
kesimpulan: pihak kerajaan dan NGO perlu mengambil inisiatif bagi membentuk kesedaran kendiri dalam diri remaja
ISI 5
huraian: peraturan semasa hanya mengenakan hukuman kepada remaja perempuan yang membuang bayi
contoh: memastikan pelaku dan orang yang terlibat didakwa dan dihukum
kesimpulan:memastikan agar kedua-dua pesalah ini menerima hukuman yang setimpal
Penutup: peningkatan kes pembuangan bayi semakin meresahkan masyarakat--akan menjadi beban besar kepada negara dalam jangka masa panjang.
HALAMAN 19
Pendahuluan: laporan Bank Negara menunjukkan kad kredit menyebabkan banyak golongan muda muflis--gagal membayar hutang kad kredit--tokoh motivasi menyatakan bahawa amalan menggunakan kad kredit untuk menunjuk-nunjuk akan menjerat diri pemegang kad kredit.
ISI 1
huraian: fakta berdasarkan sumber daripada Bank Negara
contoh: hingga 2011 terdapat 9 juta pemegang kad kredit
kesimpulan: menunjukkan trend masyarakat yang gemar berhutang
ISI 2
huraian: menarik minat pelanggan tanpa memikirkan kesan jangka panjang
contoh: promosi tanpa yuran tahunan, hadiah semasa mendaftar, rebat bulanan/tahunan
kesimpulan: mencetuskan budaya gali lubang, tutup lubang
ISI 3
huraian: syarat seperti pendapatan tahunan sebanyak RM 20 ribu serta mempunyai pekerjaan yang stabil amat mudah dipenuhi
contoh: syarat perlu diketatkan --menaikkan kadar gaji minimum untuk memiliki kad kredit
kesimpulan: dapat mengelakkan golongan yang berpendapatan rendah memiliki kad kredit
ISI 4
huraian: beban hutang semakin hari semakin meningkat
contoh: hutang kad kredit telah mencecah RM 18.6 bilion
kesimpulan: banyak golongan mudah diisytiharkan muflis
ISI 5
huraian: membuat pembelian tanpa had dengan kemampuan kewangan
contoh: berlaku situasi hutang tambah hutang--nilai faedah yang bertapuk di atas margin hutang
kesimpulan: mencetuskan krisis kewangan peribadi yang serius.
Penutup: pemilikan kad kredit ada manfaatnya jika tidak disalahgunakan--kegagalan mengawal nafsu dengan cara berhutang melalui kad kredit bakal menimbulkan pelbagai masalah--hiduplah secara berwaspada, ukur baju di badan sendiri.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete