Tajuk 1
Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
|
Semasa
cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.
Jelaskan
pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.
|
Kedah
|
Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran
Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah
Menjadi Pelajar Cemerlang”.
Tulis ceramah anda selengkapnya.
|
Kelantan
|
Sekolah anda menganjurkan “ Minggu Kebersihan dan Keceriaan Sekolah”. Berikan pendapat anda tentang program-program
yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut
|
Melaka
|
Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada
setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap anak mesti melakukan kebaikan
kepada kedua-dua ibu bapa. Bincangkan usaha-usaha
anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
|
MRSM
|
Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu
pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.
Huraikan faedah-faedah
yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
|
Negeri Sembilan
|
Guru
ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain.
Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada
hari ini.
Huraikan
peranan anda untuk membalas jasa guru.
|
Pahang
|
Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seseorang remaja. Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi
pilihan anda
|
Perak
|
Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan
seharian.
Sebagai pelajar, bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat
dalam kehidupan seharian
|
Pulau Pinang
|
Anda telah berpeluang bercuti bersama-sama dengan keluarga
di tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat
dillaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan
di Malaysia lebih menarik.
|
SBP
|
Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat
Malaysia apabila
menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu,
anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan
bangsa.
Ceritakan pengalaman
dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka
tersebut
|
Selangor
|
Salah satu isu yang membimbangkan masyarakat kini ialah
masalah golongan remaja yang tidak berminat dengan kebudayaan tradisional
warisan nenek moyang mereka.
Huraikan langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan oleh remaja untuk memastikan
pelestarian kebudayaan
tersebut.
|
Terengganu
|
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda
ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Hari
Kokurikulum yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya.
|
No comments:
Post a Comment