Saturday, August 25, 2012

4Sc4-Jawapan Ejaan & Imbuhan


Jawapan : Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
1.      Pada abad yang serba maju ini, muncul pelbagai masaalah (masalah) dalam masyarakat dan kadangkala mencapai tahap yang dibimbangkan(membimbangkan).
2.      Antara kebaikan berkerja(bekerja) sendiri adalah kebebasan memilih tempat kerja dan membuat keputusan.
3.      Zat protin(protein)boleh terdapat(didapati) daripada telur, ikan, susu, dan daging.
4.      Liza melangkah teratur kehadapan (ke hadapan)pentas apabila namanya diumomkan (diumumkan)sebagai pemenang
5.      Industri pelancungan (pelancongan) telah menjadi industri terpenting mendasari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
6.      Persatuan pengguna (Pengguna)disarankan agar memainkan peranan dalam meningkatkan sosio ekonomi (sosioekonomi)negara.
7.      P. Ramlee merupakan tokoh lagenda (legenda)yang diagung (diagungkan) dalam sejarah seni negara.
8.      Darsawasa(Dasawarsa) ini, proses perlaksanaan (pelaksanaan)projek-projek kerajaan sangat lancar.
9.      Penduduk kampung telah bergotong-royong memperbesarkan (memperbesar)warong (warung)di tepi jalan.
10.  Masyarakat perlu menyedari (sedar)dengan apa-apa cara juga supaya mereka dapat menerima teuri (teori)baru dalam pembangunan negara.
11.  Para pemimpin negara digalakan(digalakkan) untuk menggunakan system (sistem) komunikasi yang tulus.
12.  Kerajaan harus menghadkan (mengehadkan) permit cafeteria(kafeteria) siber bagi mensejahterakan masyarakat umum.
13.  Wang penebudan (tebusan) sebanyak RM1 juta telah diserahkan kepada para pencolek(penculik) oleh orang kaya itu subuh tadi.
14.  Abang kelihatan terpesuna (terpesona)melihat kejelitawan(kejelitaan) gadis yang diperkenalkan oleh kakak kepadanya.
15.  Pemilik kedai alatulis (alat tulis)yang baru dibuka itu telah mengadakan pertandingan cipta(mencipta) logo untuk dijadikan logo kedainya.
16.  Untuk dijadikan (menjadi)pelajar yang cemerlang, kita mestilah memiliki motivasi dan displin(disiplin) yang tinggi.
17.  Golongan wanita wajar memainkan peranan dalam pembangunan(membangunkan) negara dan tidak tinggal di cerok (ceruk) dapur sahaja.
18.  Ayah membawa adik ke klinik untuk mendapatkan rawatan doctor(doktor) apabila mendapat(mendapati) badan adik dijangkiti ruam panas.
19.  Dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pilihan (pemilihan) Cikgu Syarif sebagai bendahari baharu di sokong(disokong) sebulat suara oleh semua ahli.
20.  Antara ajenda (agenda) yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah masalah pelajar yang sering memonteng(ponteng) sekolah.
21.  Berita hari ini tersiar (menyiarkan) insiden dua orang buruh binaan maut akibat terkena kejutan eletrik(elektrik).
22.  Ibu bapa tidak harus merasa( berasa) malu untuk memberitahu guru kaunseling di sekolah anak mereka belajar sekiranya anak mereka mempunyai tanda-tanda terlibat dengan penyalah gunaan(penyalahgunaan) dadah.
23.  Tiga buah helicopter (helikopter)polis digunakan untuk membuat pemantauan di sepanjang lebuhraya(lebuh raya) pada setiap musim perayaan bagi memperketatkan( memperketat)  kawalan dan memastikan pergerakan lalu lintas berjalan lancar.
24.  Ketua jurulatih tersebut melahirkan rasa  kecewa akan pencapaian kontingen (kontinjen) negara dalam Sukan SEA XXII di Vietnam lalu kerana gagal memenuhkan (memenuhi) sasaran kutipan emas yang diletakkan pada temasya dwitahunan itu.
25.  Sesuai dengan usaha kerajaan menggalakan(menggalakkan) pelancongan domestic(domestik) untuk mengurangkan pengaliran wang ke luar negara, pemilihan bercuti di Plau(Pulau) Pangkor bakal menjanjikan cuti yang menarik.
26.  Program khusus bagi menjaga kebajikan ibu tunggal di negara ini melalui Belanjawan 2005 yang baharu diumumkan jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang ditanggong(ditanggung) oleh golongan yang terpaksa mengemudi sebuah keluarga secara keseorangan(berseorangan).
27.  Sikap bertolerasi (bertoleransi)penting untuk mempastikan (memastikan)keharmonian hidup berjiran
Lhc/yk/2011

Saturday, August 4, 2012

PGS : Kelas 4Sc4


Selamat datang ke blog pembelajaran cikgu, cikgu berharap anda semua memperoleh manfaat. Selamat menjawab soalan latihan Pola Ayat. 
 
Soalan latihan Pola Ayat
  1. Puan Malika ialah guru penasihat Kelab Catur
  2. Encik Muthu usahawan muda
  3. Pakaian Misha sungguh cantik sekali
  4. Jalan raya itu telah diperlebar
  5. Sungai itu di tengah-tengah bendang
  6. Telefon bimbit memang canggih teknologinya
  7. Menara Berkembar itu amat tinggi
  8. Aiman berlari di tengah padang itu
  9. Buku itu untuk abang saudara saya
  10. Cikgu Roslina ialah guru kelas kami
  11. Wang itu disimpan dalam peti besi
  12. Kakak membeli dua helai baju yang baharu
  13. Sekolah saya amat besar dan bersih
  14. Kereta itu terletak di tepi jalan raya
  15. Emak  akan menjahit baju yang koyak itu
  16. Encik Lee doktor yang sangat berpengalaman
  17. Kar Wei pelajar yang pandai dan menghormati guru
  18. Bas itu bas yang disewa oleh pihak sekolah
  19. Rumah saya besar lagi mewah
  20. Bunga ros ini daripada kekasihnya

Friday, August 3, 2012

Sinopsis Penuh Hikayat Indera Nata

SINPOSIS PENUH CERITA HIKAYAT INDERA NATA DIMUAT TURUN DARIPADA ALAMAT DI BAWAH
http://aswarafcreaders.blogspot.com/2009/04/sinopsis-hikayat-indera-nata.html
Nama: Yusrizan Bin Yunus
No Matriks: 27083038
Email: aureolamoda@yahoo.com
Fakulti: Filem & Video
Subjek: Salasilah Penceritaan
Tugasan: KARYA SASTERA KLASIK
Tajuk Karya: HIKAYAT INDERA NATA
Penyelenggara: Wahyunah Hj Abd Ghani
Transliterasi: Salim Hj Taib
Dewan Bahasa Dan Pustaka/2004/ 193 halaman

Sinopsis Hikayat Indera Nata
Hikayat ini bermula dengan kisah seorang raja yang dinamakan sebagai Raja Rom, seorang raja yang adil dan bijaksana. Baginda mangkat dan meninggalkan seorang putera iaitu Raja Muda. Kemangkatan baginda secara tidak langsung menabalkan Raja Muda kepada Raja Rom yang baru.
Suatu hari, Raja Rom yang baharu itu pergi keluar berburu. Baginda terserempak dengan seekor kijang putih bertanduk emas lantas baginda cuba mengejar haiwan tersebut. Ketika itulah baginda terpisah dengan para pengiringnya. Baginda kemudiannya bertemu dengan Puteri Cenderawati yang asalnya dilarikan oleh seekor raksasa yang mahu memakan hati puteri tersebut apabila cukup dewasa kelak. Raja Rom menyelamatkan puteri tersebut lalu dibawa pulang dan dikahwininya.
Suatu hari, Puteri Cenderawati dan Raja Rom melawat ke Pulau Cinta Berahi dan Pulau Pelanggam Cahaya untuk bersuka ria sambil memetik buah-buahan bersama-sama para pengiring mereka. Puteri Cenderawati yang ketika itu sedang hamil tiga bulan, terlalu asyik dengan keindahan pulau tersebut lalu terpisah pula dengan dayangnya. Muncul Si Batu Kembar yakni seekor raksasa yang tinggal di pulau tersebut, merampas pakaian serba lengkap kepunyaan Puteri Cenderawati lalu dipakainya, dan kepada puteri tadi ditukarkannya dengan kulit kayu manakala wajah puteri malang itu disapu dengan gerah rangdu menjadikannya hodoh dan buruk. Si Batu Kembar yang menyamar menjadi puteri, bertemu dengan Raja Rom lalu mempersalahkan dan menuduh puteri yang telah menjadi hodoh tadi sebagai hantu dan punca wajah Si Batu Kembar menjadi berbeza. Raja Rom membawa pulang Si Batu Kembar ke istana manakala puteri sebenar dibuangkan ke laut.
Puteri Cenderawati diselamatkan oleh Betara Gangga. Sang Betara Gangga kemudiannya memberikan Puteri Cenderawati sebiji batu hikmat yang membolehkan baginda pulang ke negeri Rom secara berjalan di atas laut.
Lalu sang puteri pulang dan tinggal di hujung negeri Rom bersama-sama kandungannya. Baginda kemudiannya melahirkan seorang putera yang terlalu elok paras wajahnya dan dinamakan Indera Nata; seperti yang diamanahkan oleh Betara Gangga. Manakala di istana pula, Si Batu Kembar yang menyamar turut melahirkan seorang lagi waris Raja Rom yang diberi nama Indera Jenaka.
Indera Nata yang semakin dewasa ditakdirkan berjumpa dengan Indera Jenaka lalu bersahabat. Si Batu Kembar yang mengetahui asal-usul Indera Nata, memarahi dan memukulnya sekuat hati.
Indera Nata kemudiannya melukis gambar tujuh orang puteri yang sedang menunggang seekor gajah bergading emas. Raja Rom yang ternampak lukisan tersebut memerintahkan Indera Nata mendapatkan gajah dan tujuh orang puteri yang dilukisnya atau dihukum bunuh. Indera Nata pulang ke rumah lalu memberitahu bondanya hal tersebut.
Puteri Cenderawati menyerahkan batu hikmat pemberian Betara Gangga kepada Indera Nata yang mahu memulakan pengembaraannya mencari tujuh puteri dan gajah bergading emas tersebut. Indera Jenaka yang pada mulanya mengikut Indera Nata, berpatah balik kerana takut dengan bahaya lalu menceritakan keberanian Indera Nata kepada Raja Rom.
Indera Nata pula berjaya menemui tujuh orang puteri namun puteri-puteri tersebut sebenarnya ditawan oleh sepasang raksasa yang menculik mereka untuk memakan hati mereka apabila dewasa kelak. Ketika kedua raksasa itu tiba-tiba pulang, salah seorang puteri iaitu Puteri Cendera Kesuma menyembunyikan Indera Nata di dalam sebuah peti emas. Puteri Cendera Kesuma meminta raksasa mencarikan gajah bergading emas supaya hati mereka cepat membesar untuk raksasa itu makan. Kedua raksasa itu lantas keluar mencari dan berjaya mendapatkannya. Raksasa pulang dengan gajah bergading emas. Sang puteri memberi alasan lagi supaya kedua raksasa itu mencari kijang betanduk emas dan memcuci sehelai kain hitam sehingga menjadi putih. Pada masa kedua-dua raksasa itu keluar melakukannya, Indera Nata melarikan ketujuh-tujuh puteri bersam-sama gajah bergading emas tadi. Kedua raksasa yang menyedari mereka telah ditipu, mengejar mereka hingga ke tepi laut. Betara Gangga yang pernah menyelamatkan bonda Indera Nata, muncul sekali lagi untuk menyelamatkan Indera Nata pula. Kedua raksasa itu mati dibunuh oleh Betara Gangga di dalam laut. Indera Nata pula selamat membawa ketujuh-tujuh puteri pulang ke rumah bondanya, Puteri Cendera Wati.
Raja Rom yang terpesona dengan kecantikan ketujuh-tujuh orang puteri dan keperkasaan Indera Nata mendapatkan gajah tersebut, mula khuatir Indera Nata mungkin akan merampas kerajaannya lalu baginda mencipta satu muslihat agar Indera Nata berjumpa ayah dan bonda baginda yang telah mangkat. Namun Puteri Cenderawati bersama-sama tujuh puteri yang dapat menghidu niat jahat Raja Rom itu, berjaya memanipulasi keadaan tersebut. Mereka membuat sebuah patung yang menyerupai Indera Nata dan menghidupakan patung tersebut dengan menggunakan batu hikmat Betara Gangga. Patung tersebut dihantar ke dalam unggun api yang marak tanpa meninggalkan secebis tulang.
Raja Rom kemudiannya datang ke rumah Tuan Puteri Cenderawati untuk mengambil ketujuh-tujuh puteri bersama-sama gajah bergading emas namun terperanjat apabila mendapati Indera Nata masih hidup. Indera Nata menceritakan keadaan syurga dan khabar ayah bonda baginda. Indera Nata memberitahu lagi bahawa arwah ayah dan bonda baginda mahu bertemu baginda sekeluarga. Raja Rom percaya lalu mengatur satu lagi pembakaran.
Patung Indera Nata diciptakan sekali lagi untuk mengiringi Raja Rom bersam-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka. Mereka berempat kemudiannya memasuki unggun api yang marak itu lalu mangkatlah Raja Rom bersama-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka.
Setelah kemangkatan Raja Rom, bonda Indera Nata menceritakan bahawa Raja Rom sebenarnya ayahanda kepada Indera Nata. Tuan Puteri Cendera Kesuma kemudiannya menghidupkan kembali Raja Rom dengan batu hikmat Betara Gangga. Raja Rom yang hidup kembali diberitahu kisah sebenar yang berlaku kepada Puteri Cenderawati satu ketika dahulu. Raja Rom menyesal lalu berterima kasih kepada semua.
Indera Nata yang kemudiannya berkahwin dengan ketujuh-tujuh puteri yang diselamatkan itu, rupanya dimusuhi oleh ketujuh-tujuh ayahanda mentuanya. Ketujuh-tujuh raja tersebut kemudiannya datang untuk menyerang Indera Nata namun setelah melihat Indera Nata yang terlalu elok rupa paras dan terlalu tinggi budi pekerti itu, membatalkan hasrat mereka tersebut malah menganggap Indera Nata selayaknya menjadi menantu mereka.
Ketujuh-tujuh raja pulang ke negara masing-masing namun mereka diserang pula oleh tunang-tunang puteri-puteri mereka. Ketujuh-tujuh orang raja memberikan sebab yang serupa kerana kesemua tunangan puteri-puteri tersebut tidak berani menyelamatkan puteri mereka daripada cengkaman raksasa dahulu namun hanya berani menunjukkan muka setelah mengetahui puteri mereka kini menjadi milik Indera Nata.
Peperangan demi peperangan berlaku namun Indera Nata berjaya membantu semua ayahanda mentuanya menewaskan putera-putera bacul itu. Kesemua putera itu kemudiannya dilepaskan setelah berjanji mahu memberi ufti kepada kerajaan Rom.
Puteri Cendera Kesuma yang hamil tiga bulan pula mengidam buah pauh janggi. Indera Nata yang pergi mengembara mencari buah tersebut, dilanda musibah lalu hanyut ke sebuah pulau seorang diri. Indera Nata kemudiannya diselamatkan oleh seekor garuda yang menerbangkannya ke sebuah negeri bernama Negeri Cemara. Di sana, tinggal seorang puteri bernama Ratna Seri Kencana yang sangat cantik dan menjadi rebutan empat puluh orang putera raja yang datang melamar sehingga menyukarkan Raja Cemara membuat keputusan untuk puterinya yang seorang itu. Indera Nata kemudiannya menyamar sebagai Emas Bagang lalu memberi pendapat pada Raja Cemara. Dengan muslihat Emas Bagang, anak-anak raja itu berperang sesama sendiri hingga tinggal lima orang sahaja.
Di Rom pula, anak kepada Puteri Cendera Kesuma dan Indera Nata telahpun membesar menjadi seorang putera yang terlalu kacak dan tinggi budi pekerti dan dinamakan Indera Lelana. Indera Lelana yang telah berusia sembilan tahun kemudiannya keluar mengembara untuk mencari ayahandanya yang belum pulang.
Indera Lelana tiba di Negara Cemara lalu menumpang di rumah nenek kebayan yang kebetulannya menjaga kebun bunga milik Ratna Seri Kencana, puteri yang menjadi rebutan tadi. Ratna Seri Kencana yang singgah ke rumah nenek kebayan untuk memetik bunga, mula jatuh cinta dengan Indera Lelana.
Indera Lelana dan Ratna Seri Kencana kemudiannya bercinta tanpa pengetahuan Raja Cemara. Ketika rahsia terbongkar, kelima-lima orang raja yang menunggu penerimaan lamaran, menyerang Indera Lelana namun Indera Lelana terlalu hebat untuk dikalahkan. Raja Cemara akhirnya mengarahkan Emas Bagang menentang Indera Lelana.
Emas Bagang dan Indera Lelana bertarung tanpa mengalah. Kemudiannya Emas Bagang yang mula kehairanan melihat diri Indera Lelana seakan bayangan terhadap dirinya, bertanya asal-usul Indera Lelana. Terbuktilah Indera Lelana ialah anak kandungnya sendiri.
Raja Cemara yang mengetahui keadaaan tersebut sangat sukacita kerana puterinya akan berkahwin dengan anak raja termasyhur di dunia. Emas Bagang menukar kembali namanya kepada Indera Nata lalu membawa Indera Lelana dan menantunya Ratna Seri Kencana pulang ke Rom.
Setelah Ratna Seri Kencana hamil tiga bulan, baginda pula yang mengidam kijang emas. Indera Lelana yang keluar berburu terserempak dengan abang Si Batu Kembar. Kegagahan Indera Lelana akhirnya berjaya menewaskan keangkuhan abang Si Batu Kembar. Negeri Rom akhirnya menjadi semakin makmur, aman damai dan gilang-gemilang tanpa sebarang ancaman musuh.

Friday, May 25, 2012

Program BSB- FASA 4


FASA 4 –Salah atau Betul, kalau salah, betulkan, kalau betul, kekalkan

1.      Harga barangan pembuatan Malaysia sangat berpatutan dan mampu dibeli oleh sebahagian besar rakyat di negara kita.
2.      Sultan negeri itu menganugerahi tokoh sasterawan itu pingat kebesaran sebagai tand penghargaan terhadap jasa beliau dalam mengembangkan bidang kesusasteraan di negeri tersebut.
3.      Jamaludin mencatat masa yang kepantasan dalam pertandingan lumba lari 100meter yang diadakan sebentar tadi
4.      Bapa saya telah menceritakan bahawa pada zaman dudukan Jepun, rakyat di negara ini hidup menderita akibat kekejaman pihak Jepun.
5.      “Projek pembinaan koperasi desa itu dijangka akan siap dalam masa enam bulan dari sekarang”, kata Dato’ Noh kepada penduduk kampung ketika mengadakan lawatan kerja ke kampung itu.
6.      Dalam perjalanan pulang dari pejabat, ayah singgah di gerai Mak Cik Munah untuk membeli pisang goreng.
7.      Guru-guru juga tertakluk kepada arahan kerajaan yang mengarahkan semua kakitangan-kakitangan kerajaan bekerja selama lima hari dalam seminggu
8.      Kedua-dua buah kereta-kereta sorong kepunyaan bapa  saya telah rosak kerana besinya berkarat dan reput.
9.      Banyak pepohon yang tua itu di tepi jalan itu telah ditebang untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku
10.  Oleh sebab tidak dapat menahan sakit kepalanya, Norhana memicit-micit kepalanya berulang-ulang sambil menangis
11.  Fatin dan adik-beradiknya saling ziarah-menziarahi untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.
12.  Masih ada sesetengah pekerja-pekerja yang kerap datang lewat ke pejabat
13.  Ayah memenangi hadiah berupa sebuah televisyen Samsung LED dalam suatu cabutan bertuah
14.  Pusat sumber sekolah ada memesan beberapa naskhah majalah-majalah yang terbaru
15.  Harga buah-buah durian yang besar-besar di gerai itu ialah RM 11 sekilogram
16.  Semua barang-barang bukti kes jenayah itu diperoleh pihak polis di tempat kejadian
17.  Tasik ini merupakan tasik buata manusia yang paling terbesar sekali di Asia Tenggara
18.  Para penonton sangat kagum persembahan dikir barat murid-murid itu
19.  Murid-murid yang tidak patuh kepada peraturan sekolah akan didenda
20.  Penerangan yang diberikan oleh Cikgu Muthiah begitu terjelas sekali
21.  Orang ramai begiu yakin benar bahawa harga petrol akan naik tidak lama lagi
22.  Kereta itu termasuk longkang kerana pemandunya mabuk
23.  Penyamun yang bersenjatakan dengan parang itu sudah diberkas oleh pihak polis
24.  Berlandaskan pada Perlembagaan Negara , bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam urusan rasmi kerajaan
25.  Kementerian Pengangkutan akan mempergiatkan lagi kempen keselamatan jalan raya untuk mengurangkan kemalangan
26.  Ibu menyetujui akan keputusan kamu untuk mengambil jurusan kejururawatan.
27.  Rencana ini menerangkan tentang cara untuk mengelakkan kegemukan atau obesity
28.  Cikgu Robiaton mengajar kepada kami mata pelajaran Sejarah
29.  “Baju di ampaian sudah diangkat oleh kamu?” Tanya ibu
30.  “Laporan itu kamu perlu siapkan pada akhir bulan “kata Tuan Malik kepada setiausahanya
31.  Tarian Zapin dan tarian Inang mereka akan persembahkan di Istana Budaya
32.  Pekerja itu sedang membaiki perisian komputer di syarikat tempat dia bekerja
33.  Setiap hari kita perlu minum dua liter air sekurang-kurangnya untuk menggantikan air yang keluar daripada badan
34.  Pulau Tioman adalah di antara destinasi pelancongan yang terkemuka di negara kita
35.  Penduduk Kampung Pagoh saling bantu-membantu bila sesuatu majlis kenduri-kendara diadakan
36.  Pemasangan alat ini dibuat dengan berpandukan kepada nota dalam buku panduan tersebut
37.  Lokasi syarikat itu adalah antara blok D dan blok E
38.  Pendaki itu menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di puncak tujuh gunung yang tertinggi di tujuh benua
39.  Murid-murid di sekolah berasrama penuh itu sangat menghormati akan guru-guru dan warden di situ yang prihatin dan bertanggungjawab
40.  Abang menjemput adik di sekolah dengan memandu kereta ayah
41.  Kerajaan sudah memberi berbagai bantuan kepada masyarakat orang asli di Semenanjung.y
42.  Sijil itu diberi pada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum
43.  Buku itu saya telah pinjam dari sabahat baik saya dua hari yang lalu
44.  Barang-barang purba di dalam gua itu ditemukan oleh kami ketika kami mengadakan perkhemahan di situ
45.  Kakak menjahitkan baju itu untuk adik yang akan memulakan persekolahan pada minggu depan.
46.  Kerana masih mengantuk, Elya merebahkan semula badannya di atas katil.
47.  Dia tidak pasti ada berapa bijikah epal yang tinggal di dalam peti sejuk itu.
48.  Keadaan negara ini akan kucar-kacir kalau sekiranya rakyat negara ini tidak  bersatu padu
49.  Antara tempat-tempat menarik yang akan saya lawati termasuklah Pusat Islam.
50.  Amalan kunjung-mengunjungi  sudah menjadi budaya rakyat negara ini.
51.  Jiran saya tidak tahu yang adik bongsu saya teman sepersekolahan anaknya.
52.  Ida ingin pulang rumah dengan segera.
53.  Sewaktu wajah bayi yang yatim piatu itu saya lihat untuk pertama kali, perasaan pilu membuak-buak di jiwa saya
54.  Mereka telah bersepakat untuk menyelesaikan masalah itu
55.  Siapa pun tidak mahu merenangi sungai itu kerana arusnya deras.
56.  Chee Leong menanti kawannya selama dua setengah jam di Perhentian Bas Puduraya
57.  Pui Yong dinasihati ayahnya supaya memeriksa keadaan keretanya dari masa ke semasa.
58.  “Hal tentang ketidakhadiran pelajar itu telah pun saya maklumkan dengan guru sukan,”kata Melina kepada Suzan.
59.  Melati menghidangkan pelbagai lauk-pauk yang enak kepada kami
60.  Kata-kata aluan yang terkandung di dalam buku itu ditulis oleh YAB Perdana Menteri sendiri