Selamat datang ke blog pembelajaran cikgu, cikgu berharap anda semua memperoleh manfaat. Selamat menjawab soalan latihan Pola Ayat.
Soalan
latihan Pola Ayat
- Puan Malika ialah guru penasihat Kelab Catur
- Encik Muthu usahawan muda
- Pakaian Misha sungguh cantik sekali
- Jalan raya itu telah diperlebar
- Sungai itu di tengah-tengah bendang
- Telefon bimbit memang canggih teknologinya
- Menara Berkembar itu amat tinggi
- Aiman berlari di tengah padang itu
- Buku itu untuk abang saudara saya
- Cikgu Roslina ialah guru kelas kami
- Wang itu disimpan dalam peti besi
- Kakak membeli dua helai baju yang baharu
- Sekolah saya amat besar dan bersih
- Kereta itu terletak di tepi jalan raya
- Emak akan menjahit baju yang koyak itu
- Encik Lee doktor yang sangat berpengalaman
- Kar Wei pelajar yang pandai dan menghormati guru
- Bas itu bas yang disewa oleh pihak sekolah
- Rumah saya besar lagi mewah
- Bunga ros ini daripada kekasihnya
Soalan latihan Pola Ayat
ReplyDelete1.Puan Malika /ialah guru penasihat Kelab Catur
FN+FN
2.Encik Muthu /usahawan muda
FN+FN
3.Pakaian Misha /sungguh cantik sekali
FN+FA
4.Jalan raya itu /telah diperlebar
FN+FK
5.Sungai itu/ di tengah-tengah bendang
FN+FS
6.Telefon bimbit/ memang canggih teknologinya
FN+FA
7.Menara Berkembar itu /amat tinggi
FN+FA
8.Aiman/ berlari di tengah padang itu
FN+FK
9.Buku itu /untuk abang saudara saya
FN+FS
10.Cikgu Roslina /ialah guru kelas kami
FN+FN
11.Wang itu /disimpan dalam peti besi
FN+FK
12.Kakak/ membeli dua helai baju yang baharu
FN+FK
13.Sekolah saya /amat besar dan bersih
FN+FA
14.Kereta itu/ terletak di tepi jalan raya
FN+FK
15.Emak / akan menjahit baju yang koyak itu
FN+FK
15.Encik Lee /doktor yang sangat berpengalaman
FN+FN
16.Kar Wei /pelajar yang pandai dan menghormati guru
FN+FN
17.Bas itu/ bas yang disewa oleh pihak sekolah
FN+FN
19.Rumah saya/ besar lagi mewah
FN+FA
20.Bunga ros ini/ daripada kekasihnya
FN+FS
Sila semakan,ada salah ke tak?
terima kasih.
pelajar dari 4sc4,(11)
Betul kesemuanya. Syabas!
ReplyDelete