Thursday, August 30, 2012

Latihan Cuti Merdeka


LATIHAN 1: KELAS 4Sc4 :Latihan Melengkapkan Ayat
Tambahkan DUA perkataan dalam setiap ayat untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah:
1.       Di tengah-tengah sawah yang terbentang kedengaran gelak hilai gadis-gadis remaja sedang padi
2.       Setiap dia datang ke rumah saya pasti buah tangan yang dibawa dari kampong
3.       Sementara menantikan Berita Perdana saya mengemaskan buku-buku yang di atas meja.
4.       Bilik itu berkunci awak bolehlah ambil barang itu
5.       Dia dibuang kerja selalu memberi alasan yang remeh setiap kali datang kerja
6.       Saya belum surat khabar hari ni kerana mengemas rumah
7.       Setiap orang perlu bertenang dan bersabar menghadapi tekanan yang tidak dijangkakan hidup mereka
8.       Pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan impian setiap pelajar, namun peperiksaan menjanjikan kecemerlangan kepada semua pelajar
9.       Kewujudan kilang haram bertambah pelbagai tindakan tegas untuk membanterasnya dilaksanakan oleh kerajaan
10.   Kita tidak membiarkan golongan remaja terjebak dalam amalan yang bertentangan nilai hidup masyarakat
11.   Media yang meliputi penerbitan buku, majalah, dan akhbar menghadapi saingan yang amat hebat media elektronik
12.   Kegiatan pembangunan yang pesat tidak teratur telah meningkatkan tanah runtuh.
13.   Gugusan Melayu memang masyhur semenjak abad ke-15 sebagai kawasan rempah ratus.
14.   Persatuan Bekas Perajurit mengadakan program untuk ahlinya pada persaraan mereka.
15.   Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan akan pembangunan di Sepang.

 LATIHAN 2: Kelas 4Sc4 : Tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
1.       “Kapal terbang itu jatuh terhempas di sini,” kata Jaglett
2.       “Kami ialah juara perlawanan catur itu,” kata mereka
3.       “saya takut apabila melalui kawasan perkuburan itu,” kata Azlan
4.       “Mengapakah awak tersenyum?” tanya Mazni kepada Tyson
5.       “Eh, dompet saya tercicir,” kata Redzuan
6.       “Persembahan penyanyi itu membosankan.” Kata Sameon
7.       “Wah, senangnya hati saya melihat kebahagiaan awak sekarang!” kata Ramesh
8.       “Jaga kelakuan dan adab ketika di tempat orang”, pesan ibu kepada Azlan
9.       Kata Pengawas “ jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu”.
10.   “bagaimanakah cara menjalankan kaedah hidroponik ini? Tanya Yusri kepada peegawai itu
11.   “saya terpaksa meninggalkan tempat ini seberapa segera,” kata pejuang itu
12.   “Hantar latihan ini esok,” kata Puan Rahimah kepada kami
13.   ‘Dia tidak cakapke mana dia nak pergi subuh tadi? Emak bertanyakan aku dengan cemas
14.   Kata Encik Zamani “ Tolong panggilkan doktor. Ada kes kecemasan di sini,”
15.   “Periksa dulu perkara itu betul-betul sebelum membuat tuduhan melulu.” Kata Roslan kepada Rahmat
16.   “Wahai nenek, usahkan kami berjumpa dengan orangnya, mendengar namanya baru inilah!’ kata Kasa Perwira kepada nenek kebayan
17.   “Inilah pemandangan yang paling indah yang pernah saya saksikan sejak 10 tahun menyelam di dasar laut”, kata Tony yang terpegun dengan keindahan dasar laut di Taman Laut Pulau Redang

 Latihan 3Tukar cakap pindah ke cakap ajuk
1.       Ting Yee menanyakan perkara yang telah terjadi di situ
2.       Ibu menyuruh saya membeli sebotol kicap pekat
3.       Adik memberitahu bahawa ayah belum pulang lagi
4.       Pak Usop memberitahu Shahril bahawa begitulah caranya dia menjalin jala
5.       Unong meminta Hairi menyampin baju itu di dalam begnya
6.       Anita mengajak Mui Leng menyelesaikan masalah tersebut
7.       Ah Chong berkata bahawa dia suka bermain bola sepak
8.       Jururawat menjelaskan kepada makcik itu bahawa dia sedang berada di hospital
9.       Ibu menyuruh adik supaya menjauhi cerek panas itu
10.   Heng Lee memberitahu bahawa dia tidak pergi ke sekolah pada semalamnya
11.   Halim berkata kepada isterinya bahawa dia telah lama menunggu di situ
12.   Puan Salmah menasihati anaknya, Badrul agar tidak boros ketika berbelanja
13.   Encik Rahim melarang anak-anaknya mandi di kawasan itu kerana airnya dalam
14.   Kumari mencadangkan kpd rakan-rakannya supaya menyerahkan barang yg dijumpai mereka itu kpd pihak polis
15.   Pengemis itu meminta seteguk air daripada peniaga itu
16.   Encik Muthu meminta para pekerjanya agar membersihkan dewan itu semula.
17.   Datuk Penghulu berjanji akan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin
18.   Puan Kamala menyuruh anaknya menutup makanan itu supaya tidak dihinggapi lalat
19.   Salmah menyuruh Sheila pergi ke kedai dan membelikannya sebungkus teh.
20.   Puan Doris mengarahkan Hashim agar tidak membenarkan sesiapapun memasuki bilik itu
21.   Rina menasihati Suit Hong agar tidak bersusah hati kerana dia sedia membantu rakannya itu
22.   Kim Hock memberitahu rakan-rakannya bahawa rancangan mereka terpaksa dibatalkan sekiranya hari hujan
23.    Cikgu Wati memberitahu murid-muridnya bahawa jika mereka rajin berusaha, mereka akan berjaya
24.   Aliff memberitahu kawan-kawan sekelasnya bahawa dia berasa gembira kerana mereka menzairahinya

2 comments:

  1. cikgu ya,
    nak buat ke mana ya?
    buku tatabahasa ya??

    ReplyDelete
  2. catat dulu soalan, dan buat. lepas tu baru buat dalam buku tatabahasa

    ReplyDelete