Thursday, February 6, 2014

Pendahuluan Karangan Kemalangan Jalan Raya

Pendahuluan Karangan : tajuk Kemalangan Jalan Raya.
                    Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat setiap hari. Kemalangan jalan raya kerap dipapar di surat khabar. Kes-kes kemalangan rayajuga menjadi topik yang hangat untuk dibincangkan. Kemalangan berlaku setiap hari , di mana-mana dan pada bila-bila sahaja, bak kata malang tidak berbau. Berlaku kemalangan jalan mendatangkan pelbagai kesan yang serius seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan sebagainya. Pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya.

setelah dibaiki
                    Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat setiap hari. Peningkatan ini dapat kita ketahui melalui laporan yang dipaparkan dalam surat khabar (Kemalangan jalan raya kerap dipapar di surat khabar.) Malahan, isu ini juga menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam kalangan masyarakat (Kes-kes kemalangan rayajuga menjadi topik yang hangat untuk dibincangkan.) Kita sedia maklum bahawa kemalangan berlaku setiap hari di mana-mana dan pada bila-bila sahaja kerana malang tidak berbau ( Kemalangan berlaku setiap hari , di mana-mana dan pada bila-bila sahaja, bak kata malang tidak berbau.) Kita juga mengetahui bahawa kemalangan mendatangkan kesan yang serius seperti kecederaan, kematian dan kehilangan harta benda. ( Berlaku kemalangan jalan mendatangkan pelbagai kesan yang serius seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan sebagainya.) Memandangkan masalah kemalangan jalan raya kian meruncing di negara kita, Pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya.

Tuesday, November 5, 2013

Selamat Menjawab Soalan BM SPM 2013

Kepada semua calon SPM,

Selamat menjawab kertas pertama iaitu Bahasa Melayu 1103/1 dan 1103/2. Semoga dapat menjawab dengan tenang.

Sunday, October 20, 2013

Tajuk 4 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri 2013

Tajuk 4 Karangan Umum Negeri-Negeri Lain

Johor
Peninggalan sejarah seperti Tembok Besar China di China, Taj Mahal di India dan Candi Borobudur di Indonesia sentiasa menjadi daya tarikan pelancong di seluruh dunia.
Bincangkan kepentingan peninggalan sejarah kepada sesebuah negara.

Kedah
Hubungan diplomatik  dengan negara-negara serantau dan antarabangsa amat penting. Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik

Kelantan *
Dunia telah dikejutkan dengan penularan beberapa jenis wabak yang berbahaya seperti SARS, Influenza A (H1N1)dan H1N7. Wabak ini boleh berjangkit dengan cepat dan mendatangkan maut dalam masa  yang singkat.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh negara di dunia pada hari ini untuk menangani wabak yang menakutkan ini.

Melaka
Teknologi satelit telah menjadikan masyarakat dunia lebih rapat sehingga merentasi sempadan. Ulaskan kepentingan dan peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan komunikasi masyarakat dunia.

MRSM
Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat antarabangsa dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.
Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan pertandingan itu.

Negeri Sembilan*
Kebanyakan negara di dunia telah menjalankan pelbagai program pertukaran pelajar.
Huraikan faedah-faedah menyertai program tersebut.
Pahang
Negara-negara dunia memberi keutamaan kepada industri pelancongan. Hal ini memandangkan industri pelancongan mampu meningkatkan pendapatan negara. Bincangkan peranan negara-negara dunia dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara mereka.
Perak
Krisis kekurangan makanan yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama antara negara serantau. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut.
Pulau Pinang
Kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah meninggalkan pelbagai kesan.
Jelaskan kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara tersebut. 
SBP
Ketidakstabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.
Bincangkan.
Selangor
Terdapat banyak negara di dunia kini sedang bergolak dengan pelbagai masalah.
Huraikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh negara-negara lain bagi membantu negara-negara tersebut.
Terengganu
Pergolakan dan peperangan yang berlaku di sesebuah negara bukan sahaja menjejaskan keamanan negara tersebut malaban turut menjejaskan negara-negara serantau. Ulaskan peranan yang bolej dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dan pertubuhan -pertubuhan di peringkat serantau dan dunia untuk menangani krisis ini.
Ulaskan.

Tajuk 3 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri 2013

Tajuk 3 Karangan Umum Negeri-Negeri Lain

Johor
Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan barangan buatan tempatan kepada pengguna.

Kedah
Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut.
Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan

Kelantan *
Malaysia berpotensi menjadi destinasi pelancongan utama di dunia.
Bincangkan sumbangan sektor pelancongan kepada negara Malaysia
Melaka
Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.

MRSM
Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Ulaskan pernyataan tersebut.

Negeri Sembilan*
Sebagai seorang pegawai di Jabatan Penerangan Daerah, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada warga sekolah di daerah anda.Tajuk ceramah itu ialah “Semangat Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera.”
Tulis ceramah anda itu selengkapnya.

Pahang
Pertanian ialah perniagaan. Bidang ini boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada mereka yang berbudi kepada tanah.
Jelaskan usaha-usaha kerajaan untuk menarik minat golongan siswazah terlibat aktif dalam sektor pertanian

Perak
Kerajaan mewajibkan Dasar 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah.
Tulis rencana tentang manfaat dasar tersebut kepada negara

Pulau Pinang
Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi pilihan masyarakat sekarang.
Ulaskan pernyataan tersebut.

SBP
Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan Hari Polis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama”.
Tulis esei anda selengkapnya.

Selangor
Kes jenayah kejam yang melibatkan kanak-kanak semakin menjadi-jadi di negara kita. Fenomena ini telah mencetuskan api kemarahan anggota masyarakat. Bagi mereka, kes-kes ini berlaku kerana kerakusan penjenayah dan kelalaian ibu bapa.
Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, berikan ulasan anda tentang fenomena ini.

Terengganu
Gejala rasuah dalam masyarakat boleh membawa banyak kesan negatif seperti menafikan hak rakyat serta menjejaskan imej negara.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani gejala ini.

Tajuk 2 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri Lain

Tajuk 2 Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini.
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.
Kedah
Teknologi siber kini telah maju. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet.
Berdasarkan penyataan di atas, huraikan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan internet pada masa ini
Kelantan *
Slogan” Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa budaya membaca akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan mendatangkan faedah yang besar kepada negara.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan keluarga mereka.
Melaka
Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini. Tuliskan wawancara itu selengkapnya
MRSM
Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Amalan Baik dalam Penjagaan Kesihatan' sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada masyarakat setempat.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
Negeri Sembilan*
Budaya membaca wadah berkesan dalam era pendidikan masa ini.
Jelaskan usaha-usaha ibu bapa bagi membudayakan amalan membaca kepada anak-anak.
Pahang
Masyarakat hari ini menyedari peranan penting koperasi sekolah dalam menerapkan ilmu keusahawanan kepada para pelajar.
Selaku ahli masyarakat yang menyokong perkembangan dan kemajuan koperasi sekoalh,anda akan menyampaikan sebuah ceramah. Tajuk ceramah ialah “Faedah-faedah menyertai Koperasi Sekolah
Perak
Belakangan ini, masyarakat sering digemparkan oleh berita yang melibatkan penculikan, dan pembunuhan kanank-kanak. Sehubungan dengan itu, keluarga memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.
Huraikan peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak.
Pulau Pinang
Kenaikan harga barangan keperluan harian telah menyebabkan ahli keluarga melakukan pelbagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan.
Huraikan usaha-usaha tersebut.
SBP
Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga.
Selangor
Sebagai pengguna, kita kadangkala tertipu oleh pelbagai helah peniaga sewaktu membeli barang.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu.
Terengganu
Ibu bapa menjaga anak~anak dengan penuh kasih sayang, namun apabila anak-anak meningkat remaja ada antara mereka yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial.
Jelaskan faktor-faktor yang mendorong berlakunya keadaan sedemikian


Tajuk 1 Karangan Umum Percubaan Negeri-negeri lain 2013

Tajuk 1 Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
Semasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.
Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.
Kedah
Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang”.
Tulis ceramah anda selengkapnya.
Kelantan
Sekolah anda menganjurkan “ Minggu Kebersihan dan Keceriaan Sekolah”. Berikan pendapat anda tentang program-program yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut
Melaka
Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap anak mesti melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa. Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
MRSM
Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
Negeri Sembilan
Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini.
Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru.
Pahang
Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja. Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda
Perak
Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan seharian.
Sebagai pelajar, bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian
Pulau Pinang
Anda telah berpeluang bercuti bersama-sama dengan keluarga di tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat dillaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan di Malaysia lebih menarik.
SBP
Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila
menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa.
Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut
Selangor
Salah satu isu yang membimbangkan masyarakat kini ialah masalah golongan remaja yang tidak berminat dengan kebudayaan tradisional warisan nenek moyang mereka.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh remaja untuk memastikan pelestarian kebudayaan tersebut.
Terengganu
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Hari Kokurikulum yang diadakan di sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnya.