Tuesday, March 18, 2014
Thursday, February 6, 2014
Pendahuluan Karangan Kemalangan Jalan Raya
Pendahuluan Karangan : tajuk Kemalangan Jalan Raya.
Kadar
kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat setiap hari. Kemalangan jalan raya kerap dipapar di surat khabar. Kes-kes kemalangan rayajuga menjadi topik yang hangat untuk dibincangkan. Kemalangan berlaku setiap hari , di mana-mana dan pada bila-bila sahaja, bak kata malang tidak berbau. Berlaku kemalangan jalan mendatangkan pelbagai kesan yang serius seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan sebagainya. Pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya.
setelah dibaiki
Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat setiap hari. Peningkatan ini dapat kita ketahui melalui laporan yang dipaparkan dalam surat khabar (Kemalangan jalan raya kerap dipapar di surat khabar.) Malahan, isu ini juga menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam kalangan masyarakat (Kes-kes kemalangan rayajuga menjadi topik yang hangat untuk dibincangkan.) Kita sedia maklum bahawa kemalangan berlaku setiap hari di mana-mana dan pada bila-bila sahaja kerana malang tidak berbau ( Kemalangan berlaku setiap hari , di mana-mana dan pada bila-bila sahaja, bak kata malang tidak berbau.) Kita juga mengetahui bahawa kemalangan mendatangkan kesan yang serius seperti kecederaan, kematian dan kehilangan harta benda. ( Berlaku kemalangan jalan mendatangkan pelbagai kesan yang serius seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan sebagainya.) Memandangkan masalah kemalangan jalan raya kian meruncing di negara kita, Pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya.
Tuesday, November 5, 2013
Selamat Menjawab Soalan BM SPM 2013
Kepada semua calon SPM,
Selamat menjawab kertas pertama iaitu Bahasa Melayu 1103/1 dan 1103/2. Semoga dapat menjawab dengan tenang.
Selamat menjawab kertas pertama iaitu Bahasa Melayu 1103/1 dan 1103/2. Semoga dapat menjawab dengan tenang.
Sunday, October 20, 2013
Tajuk 4 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri 2013
Tajuk 4
Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
|
Peninggalan sejarah seperti Tembok Besar China di
China, Taj Mahal di India dan Candi Borobudur di Indonesia sentiasa menjadi
daya tarikan pelancong di seluruh dunia.
Bincangkan kepentingan
peninggalan sejarah kepada sesebuah negara.
|
Kedah
|
Hubungan diplomatik
dengan negara-negara serantau dan antarabangsa amat penting. Ulaskan
pendapat anda tentang kepentingan
Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik
|
Kelantan *
|
Dunia telah dikejutkan dengan penularan beberapa
jenis wabak yang berbahaya seperti SARS, Influenza A (H1N1)dan H1N7. Wabak
ini boleh berjangkit dengan cepat dan mendatangkan maut dalam masa yang singkat.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh
negara di dunia pada hari ini untuk menangani
wabak yang menakutkan ini.
|
Melaka
|
Teknologi satelit telah menjadikan masyarakat dunia
lebih rapat sehingga merentasi sempadan. Ulaskan kepentingan dan peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan
komunikasi masyarakat dunia.
|
MRSM
|
Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan
pertandingan di peringkat antarabangsa dapat mengharumkan nama negara di mata
dunia.
Jelaskan manfaat-manfaat
yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan pertandingan itu.
|
Negeri Sembilan*
|
Kebanyakan negara di dunia telah menjalankan
pelbagai program pertukaran pelajar.
Huraikan faedah-faedah menyertai program tersebut.
|
Pahang
|
Negara-negara dunia memberi keutamaan kepada
industri pelancongan. Hal ini memandangkan industri pelancongan mampu meningkatkan
pendapatan negara. Bincangkan peranan negara-negara dunia dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke
negara mereka.
|
Perak
|
Krisis kekurangan makanan yang
berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama
antara negara serantau. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh
Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut.
|
Pulau Pinang
|
Kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah
meninggalkan pelbagai kesan.
Jelaskan kesan-kesan
kemasukan warganegara asing ke negara tersebut.
|
SBP
|
Ketidakstabilan politik di
sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.
Bincangkan.
|
Selangor
|
Terdapat banyak negara di dunia kini sedang bergolak
dengan pelbagai masalah.
Huraikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang
dapat dilakukan oleh negara-negara lain bagi membantu negara-negara tersebut.
|
Terengganu
|
Pergolakan dan peperangan yang
berlaku di sesebuah negara bukan sahaja menjejaskan keamanan negara tersebut
malaban turut menjejaskan negara-negara serantau. Ulaskan peranan yang bolej
dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dan pertubuhan -pertubuhan di peringkat
serantau dan dunia untuk menangani krisis ini.
Ulaskan.
|
Tajuk 3 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri 2013
Tajuk 3
Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
|
Johor
|
Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian
dan perkakas rumah menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan barangan buatan tempatan kepada pengguna.
|
|
Kedah
|
Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan
diri dalam bidang pertanian. Oleh
itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam
bidang tersebut.
Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan
|
|
Kelantan *
|
Malaysia berpotensi menjadi destinasi pelancongan
utama di dunia.
Bincangkan sumbangan
sektor pelancongan kepada negara Malaysia
|
|
Melaka
|
Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah
negara.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
kerajaan dalam membasmi kemiskinan
dalam kalangan rakyat.
|
|
MRSM
|
Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan
generasi berilmu.
Ulaskan pernyataan tersebut.
|
|
Negeri Sembilan*
|
Sebagai seorang pegawai di Jabatan Penerangan
Daerah, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada warga sekolah
di daerah anda.Tajuk ceramah itu ialah “Semangat
Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera.”
Tulis ceramah anda itu selengkapnya.
|
|
Pahang
|
Pertanian ialah perniagaan. Bidang ini boleh
mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada mereka yang berbudi kepada tanah.
Jelaskan usaha-usaha
kerajaan untuk menarik minat golongan siswazah terlibat aktif dalam sektor pertanian
|
|
Perak
|
Kerajaan mewajibkan Dasar 1 Murid 1 Sukan
di setiap sekolah.
Tulis rencana tentang manfaat dasar tersebut kepada negara
|
|
Pulau Pinang
|
Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi pilihan
masyarakat sekarang.
Ulaskan pernyataan tersebut.
|
|
SBP
|
Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena
dengan Sambutan Hari Polis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama”.
Tulis esei anda selengkapnya.
|
|
Selangor
|
Kes jenayah kejam yang
melibatkan kanak-kanak semakin
menjadi-jadi di negara kita. Fenomena ini telah mencetuskan api kemarahan
anggota masyarakat. Bagi mereka, kes-kes ini berlaku kerana kerakusan
penjenayah dan kelalaian ibu bapa.
Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, berikan
ulasan anda tentang fenomena ini.
|
|
Terengganu
|
Gejala rasuah dalam
masyarakat boleh membawa banyak kesan negatif seperti menafikan hak rakyat
serta menjejaskan imej negara.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
menangani gejala ini.
|
Tajuk 2 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri Lain
Tajuk 2
Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
|
Johor
|
Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati
oleh generasi muda masa ini.
Huraikan peranan
ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan
anak-anak.
|
|
Kedah
|
Teknologi siber kini telah maju. Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet.
Berdasarkan penyataan di atas, huraikan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan internet pada masa ini
|
|
Kelantan *
|
Slogan” Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa
budaya membaca akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan mendatangkan
faedah yang besar kepada negara.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa
untuk memupuk budaya membaca dalam
kalangan keluarga mereka.
|
|
Melaka
|
Kes penderaan ke atas
kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat yang
waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha
yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini. Tuliskan wawancara itu selengkapnya
|
|
MRSM
|
Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Amalan
Baik dalam Penjagaan Kesihatan' sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada
masyarakat setempat.
Sediakan teks ceramah
anda selengkapnya.
|
|
Negeri Sembilan*
|
Budaya membaca wadah berkesan dalam era pendidikan
masa ini.
Jelaskan usaha-usaha ibu bapa bagi membudayakan amalan membaca kepada
anak-anak.
|
|
Pahang
|
Masyarakat hari ini menyedari peranan penting
koperasi sekolah dalam menerapkan ilmu keusahawanan kepada para pelajar.
Selaku ahli masyarakat yang menyokong perkembangan
dan kemajuan koperasi sekoalh,anda akan menyampaikan sebuah ceramah. Tajuk
ceramah ialah “Faedah-faedah menyertai
Koperasi Sekolah”
|
|
Perak
|
Belakangan ini, masyarakat sering digemparkan oleh
berita yang melibatkan penculikan, dan pembunuhan kanank-kanak. Sehubungan
dengan itu, keluarga memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak
terjamin.
Huraikan peranan
ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak.
|
|
Pulau Pinang
|
Kenaikan harga barangan keperluan harian telah
menyebabkan ahli keluarga melakukan pelbagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan.
Huraikan usaha-usaha tersebut.
|
|
SBP
|
Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu
ibu bapa di rumah.
Huraikan peranan
yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong
dalam kalangan ahli keluarga.
|
|
Selangor
|
Sebagai pengguna, kita kadangkala tertipu oleh
pelbagai helah peniaga sewaktu membeli barang.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu.
|
|
Terengganu
|
Ibu bapa menjaga anak~anak dengan penuh kasih
sayang, namun apabila anak-anak meningkat remaja ada antara mereka yang
terlibat dengan pelbagai masalah sosial.
Jelaskan faktor-faktor yang mendorong berlakunya
keadaan sedemikian
|
Tajuk 1 Karangan Umum Percubaan Negeri-negeri lain 2013
Tajuk 1
Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
|
Johor
|
Semasa
cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.
Jelaskan
pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.
|
|
Kedah
|
Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran
Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah
Menjadi Pelajar Cemerlang”.
Tulis ceramah anda selengkapnya.
|
|
Kelantan
|
Sekolah anda menganjurkan “ Minggu Kebersihan dan Keceriaan Sekolah”. Berikan pendapat anda tentang program-program
yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut
|
|
Melaka
|
Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada
setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap anak mesti melakukan kebaikan
kepada kedua-dua ibu bapa. Bincangkan usaha-usaha
anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
|
|
MRSM
|
Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu
pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.
Huraikan faedah-faedah
yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
|
|
Negeri Sembilan
|
Guru
ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain.
Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada
hari ini.
Huraikan
peranan anda untuk membalas jasa guru.
|
|
Pahang
|
Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seseorang remaja. Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi
pilihan anda
|
|
Perak
|
Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan
seharian.
Sebagai pelajar, bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat
dalam kehidupan seharian
|
|
Pulau Pinang
|
Anda telah berpeluang bercuti bersama-sama dengan keluarga
di tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat
dillaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan
di Malaysia lebih menarik.
|
|
SBP
|
Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat
Malaysia apabila
menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu,
anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan
bangsa.
Ceritakan pengalaman
dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka
tersebut
|
|
Selangor
|
Salah satu isu yang membimbangkan masyarakat kini ialah
masalah golongan remaja yang tidak berminat dengan kebudayaan tradisional
warisan nenek moyang mereka.
Huraikan langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan oleh remaja untuk memastikan
pelestarian kebudayaan
tersebut.
|
|
Terengganu
|
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda
ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Hari
Kokurikulum yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
