Monday, December 10, 2012

Latihan 21: Pengukuhan Tatabahasa 10.12.12


Penggunaan kata yang paling sesuai

1.       Abang Haidar menghadiahkan cincin (bersulamkan, bertatahkan) berlian kepada isterinya pada hari perkahwinan mereka.
2.       Datuk Nazim ( bergegas, berlepas) ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat tentang penggabungan banak-bank di Malaysia
3.       Murid-murid yang (berhamburan, berpelesiran) di pusat beli-belah itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki ponteng sekolah
4.       Panglima dari negeri Inderagiri itu ( terintai-intai, terbayang-bayang) akan kecantikan Tuan Puteri Kayangan yang bakal dikahwininya.
5.       Para peserta ekspedisi itu menghadapi pelbagai cabaran ketika (mendaki, menaiki)_gunung itu.
6.       Penjenayah yang paling (ditakuti, dikehendaki) oleh pihak polis kerana menyeludup dadah itu berjaya ditangkap semalam.
7.       Beberapa orang mangsa kapal karam itu (terdampar, terhumban)  di tepi pantai di Pulau Unggas.
8.       Sebaik-baik sahaja melangkah masuk ke dalam galeri itu, Majid (terpegun, terkesima) apabila melihat keindahan lukisan yang berwarna emas itu.
9.       Setelah dua hari Sukan Sukma diadakan di negeri Kedah, pasukan Selangor (menjauhi, mendahului)_pasukan dari negeri yang  lain.
10.   Cerita keperitan hidup keluarga miskin yang saya tonton dalam program “Bersamamu”amat (menyentuh, menyayatkan) perasaan.
11.   Semasa ayah pulang dari pejabat, ibu sedang ( meletakkan, menidurkan)_adik di dalam buaian.
12.   Keadaan kesihatan Dato’Putih yang dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung semakin (menyusahkan, membimbangkan) anak-anaknya.
13.   Dia gagal menangkis (libasan, rembatan)bola takraw yang dilakukan oleh pemain apit kiri pasukan lawan.
14.   (Larian, Pecutan) Usain Bolt pada jarak 30meter yang terakhir meninggalkan pelari-pelari lain agak jauh di belakang
15.   “Tolong beratur berdua-dua dalam satu (deretan, barisan)”kata pengawas itu kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu Anggerik.
16.   Proses (pemangkahan, pembuangan) undi di kawasan itu berjalan lancer hasil kerjasama pihak polis
17.   Biskut coklat yang baru dibeli oleh Sofiah itu telah (lemau, lembik) kerana penutup tin itu tidak ditutup dengan rapat.
18.   Puan Julia (meletakkan, mengalaskan) sehelai kain yang berwarna biru di atas meja makan itu.
19.   Setelah kematian ayah, ibu terpaksa bekerja keras untuk (membiayai, membayar) persekolahan saya dan adik
20.   Pakaian yang sedang digayakan oleh (peragawati, pramugari) itu dihasilkan oleh seorang pereka fesyen yang masih muda
21.   Daging yang telah (dicencang, dihiris) sehingga lumat itu dibasuh oleh kakak untuk dibuat inti karipap
22.   Mak Jarah (terjelepok, terperosok) sebaik-baik mendengar berita kemalangan yang telah mengorbankan nyawa suami dan anaknya
23.   Wajah Ayuni kelihatan (padur, muram) setelah menatap keputusan peperiksaannya
24.   Bayi itu berhenti menangis setelah (didukung, dijunjung) oleh ibunya
25.   Gadis itu (menggosok, mengesat) air matanya dengan sehelai tisu
26.   Ïntan (kunyah, baham) makanan yang kamu makan sehingga hancur sebelum menelannya,”kata Puan Mas
27.   Kesihatan kita akan terjejas sekiranya kita sering ( menghirup, menyedut) asap rokok
28.   “Ayah beberapa ekor kambing kita telah mati kerana ( dimamah, dibaham) oleh harimau,”kata Omar
29.   “Eh, nasi yang kakak tanak telah (tengik, hangit) kata Kak Shira
30.   Perangai buruknya masih tidak (beralih, berubah) walaupun telah puas kami menasihatinya
31.   Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan sampah yang (berkeliaran, berhamburan) di tapak pesta Karnival Rakyat itu
32.   “Baiklah, saya akan (melihat, meneliti) laporan ini sebelum mengambil tindakan yang selanjutnya,”kata Encik Naim kepada pekerjanya
33.   Pembantu rumah Puan Zainab dikehendaki (mengelap, menggilap) barang-barang tembaga di dalam almari perhiasan itu sehingga berkilat pada setiap bulan
34.   Beberapa orang pekerja Tauke Seng sedang ( memungut, memunggah berguni-guni beras dari lori untuk disimpan di dalam stor
35.   Farina suka (mengubbah, mengubah) bunga untuk mencantikkan ruang tamu rumahnya
36.   Pelbagai taktik digunakan oleh sindiket terbabit untuk (mengabui, mengaburi) mata orang ramai agar menggunakan perkhidmatan mereka
37.   Kami mewakili sekolah dalam acara( lontar, baling) peluru dalam kejohanan sukan tersebut
38.   Äni, mengapakah kamu goreng ikan menggunakan minyak masak yang sudah berbau (basi, tengik)? Tanya emak
39.   Sayur-sayuran yang (disiram, disembur) dengan racun serangga perlu dibasuh dengan bersih sebelum dimasak
40.   Pasangan pengantin di atas pelamin itu tersipu-sipu malu ketika (disimbah, direnjis) air mawar oleh beberapa orang tetamu
41.   Mak Jamilah ( mencantum, menampal) seluar anak lelakinya yang koyak dengan secebis kain
42.   Mereka lari (bertempiaran, berkeliaran) apabila dikejar oleh seekor anjing
43.   Para penonton (tersengih, tergelak) besar ketika mendengar ucapan yang melucukan daripada pelawak itu
44.   Kak Rini berdebar-debar ketika menanti ( kemunculan, kedatangan) rombongan pengantin lelaki
45.   Hasrul berazam untuk berusaha dengan lebih gigih setelah namanya (dilenyapkan, digugurkan) daripada senarai pemain bola sepak sekolahnya
46.   Penduduk di Taman Muhibah bergotong-royong untuk (menghapuskan, melenyapkan) sarang pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan wabak demam denggi menular di taman itu
47.   Karina menegur sikap adiknya yang langsung tidak ( mendengar, menghiraukan) panggilan ibu mereka kerana terlalu leka bermain permainan video
48.   Mak Timah sedang sibuk( menggoreng, menumis) ikan untuk makan malam
49.   Penghuni rumah banglo itu (menebang, menebas) semak di sekitar kawasan rumahnya dua minggu sekali
50.   Persatuan Sains dan Matematik telah menganjurkan pertandingan reka cipta untuk menonjolkan ( daya saing, daya cipta) dalam kalangan pelajar sekolah itu

No comments:

Post a Comment