Saturday, December 29, 2012

Jawapan Latihan 28, 29 dan 30


Latihan 28 : Pengukuhan Tatabahasa 19.12.12

A: Cari perkataan yang perlu dibubuh awalan beR- dalam ayat-ayat di bawah ini.
  1. Samy dan Idham rehat (berehat)di bawah pokok itu
  2. Baginda tidak mahu diganggu kerana baginda sedang adu (beradu)
  3. Mereka cadang (bercadang) hendak pergi melancong ke luar negara
  4.  Husaini rasa sedih (bersedih)kerana gagal dalam peperiksaannya
  5. Suria tidak pernah kasar (berkasar)terhadap ibu bapanya
  6. Mari kita main(bermain) bola jaring
  7. Keluarga saya asal (berasal) dari negeri Sabah
  8. Penduduk kampung ganding(berganding) bahu untuk membaiki bumbung-bumbung masjid yang rosak itu
  9. Saya lebih suka kerja (bekerja)sendiri daripada makan gaji
  10. Dia amat tuah(bertuah) kerana terpilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar
B. Cari perkataan yang perlu dibubuh awalan teR- dalam ayat-ayat di bawah ini
  1. Alamat syarikat tera(tertera) di sudut kanan atas sampul surat itu
  2.  Ruhil perdaya(terpedaya) oleh kata-kata manis lelaki itu
  3. Tapak kaki Azmah berdarah kerana dia pijak (terpijak) kaca
  4. Bangunan itu letak (terletak) di tepi Pasar Raya Maju
  5. Zaleha tidak angkat (terangkat) kotak yang berat itu
  6. Carilah perangkaan kini (terkini) tentang ekonomi negara Jepun
  7. Kami kejut (terkejut) apabila mendengar berita sedih itu
  8. Kamu harus tabah tidak kira apa-apa pun yang jadi (terjadi)
  9. Van itu junam (terjunam) ke dalam gaung setelah melanggar pokok
  10. Murid yang pandai(terpandai)  dalam kelas itu ialah Yap Mun Keong
C: Bubuh awalan peN- atau pe- pada perkataan dalam kurungan.
  1.  Encik Khoo ialah __pensyarah__(syarah) Sejarah di Universiti Malaya
  2. Daun tumbuhan itu boleh dijadikan _penawar_(tawar ) untuk penyakit kulit
  3. Hanya _penganut___(anut) agama Kristian dibenarkan menyertai pertubuhan itu
  4. David ialah_pemain__(main) guitar dalam kugiran itu
  5. Muhammad Ali ialah __petinju____(tinju) yang terkenal di dunia
  6. _Penghalang___(halang) kepda projek pembangunan itu ialah penduduk setinggan
  7. Kebanyakan _pesakit___(sakit) di hospital itu ialah penduduk tempatan
  8. Banyak __peniaga_____(niaga) tempatan menyertai ekspo perniagaan itu
  9. Dia mengupah _pengecàt___(cat) yang berpengalaman untuk mengecat rumahnya
  10. Siapakah _pengawal__(kawal) yang akan bertugas pada pagi esok?
D. Bubuh awalan mempeR- atau dipeR- pada perkatan dalam kurungan
  1. Kerja-kerja _memperlebar___(lebar) jalan itu akan bermula petang ini
  2. Stadium itu _diperbesar___(besar) untuk memuatkan penonton yang lebih banyak
  3. Dia __memperoleh__(oleh) kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaannya
  4. Banyak orang __diperdaya__(daya) oleh penipu itu
  5. Taman rekreasi itu _dipercantik___(cantik) oleh majlis bandaran
  6. Puan Kalsom itu __memperhamba___(hamba) orang gajinya
  7. Pasukan penyelamat__memperhebat__(hebat) gerakan untuk mencari budak itu
  8. Ruang tamu itu sudah _diperkemas__(kemas) oleh Ema
  9. Usaha kerajaan itu _diperkecil___(kecil) oleh pihak pembangkang
  10. Hayati _memperalat___(alat) kawannya untuk memenagi pertandingan itu
E. Bubuh akhiran -an, -i atau -kan pada perkataan yang bergaris
  1. "Hadiah (_kan____) cincin itu kepada isteri kaum,"kata Alina kepada Khairul
  2. Pemimpin negara yang paling saya hormat (__i_____) ialah Tun Abdul Razak
  3. Dugaan itu akan saya hadap(__i____) dengan tenang
  4. Tolong selesai(__kan_____) tugasan itu secepat mungkin
  5. Jus tembikai ialah minum(____an___) kegemaran Ani
  6. Apakah yang kamu kata (_kan____) kepada ibu kamu?
  7. Serang(_an____) pihak musuh dapat dikesan oleh tentera kerajaan
  8. Pengalaman yang saya alam(___i___) itu sangat indah
  9. Basah(_kan____)kain itu sebelu m menggunakannya
  10. Naik(__kan___) bendera itu dengan perlahan-lahan

Latihan 29: Pengukuhan Tatabahasa 20.12.12


A. Bubuh imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i pada perkataan dalam kurungan.
  1. Ibu saya (hadiah)__menghadiahi___saya sebuah novel
  2. Encik Selamat (hadiah)__menghadiahkan___sebuah biola kepada anaknya
  3. Puan Sim (beri)____memberi___anaknya dua ringgit.
  4. Cikgu Hamid (beri) _memberikan___buku itu kepada Ravamany
  5. Shamsul (naik)__menaikkan____bendera itu semasa perhimpunan sekolah
  6. Afiq(naik)_menaiki___tangga untuk pergi ke tingkat dua bangunan itu
  7. Hakimi (belanja)_membelanjai__kawannya makan sate di Kajang
  8. Kerajaan (belanja) _membelanjakan___RM 10 juta untuk membesarkan pelabuhan itu
  9. Pemain-pemain itu (jalan)_menjalani__latihan intensif di Indonesia
  10. Kita hendaklah (jalan)_menjalankan___tugas yang diamanahkan kepada kita dengan baik
B. Bubuh apitan meN-...-kan atau meN-....-i pada perkataan di bawah, kemudian isikannya ke dalam ayat

beli        kirim      nasihat     dalam     lapor     serta      hadir      kena      hidang    baik
  1. Kerja-kerja_mendalamkan___sungai itu akan dijalankan minggu ini 
  2. Encik Tham akan _ menghadiri______seminar pendidikan di Hotel Hilton
  3. Pengetua __menasihati____para pelajar supaya menghargai masa
  4. Puan Zainab __menghidangkan_____nasi tomato untuk tetamunya
  5. Saya bercadang hendak__menyertai____ pertumbuhan sukarela itu
  6.  Ayah __melaporkan____kemalangan itu kepada pihak polis
  7. Rosli __mengirimi___adiknya wang untuk membayar yuran sekolah
  8. Tembakan itu _mengenai__sasarannya
  9. Mereka__membaiki___balai raya itu secara gotong-royong
  10. Saya__membelikan____ibu saya dua kilogram udang kering
 C. Bubuh imbuhan di-...-kan atau di-...-i pada perkataan dalam kurungan.
  1. Majlis itu _diadakan____(ada) untuk menyambut Hari Belia
  2. Permohonan itu hendaklah __disertakan__(serta) salinan surat beranak kamu
  3. Makan yang _disukai__(suka) oelh Dainel ialah rojak
  4. Dua buah kedai itu _dimasuki___(masuk) pencuri malam tadi
  5. Lampu stadium _dipadamkan__(padam) selepas persembahan itu tamat
  6. Laporan itu akan __diserahkan____(serah) kepada Encik Lam untuk tindakan selanjutnya
  7. Guru yang paling __dihormati____(hormat) Liza ialah Cikgu Lim Ah Huat
  8. Cincin yang hilang itu _ditemukan____(temu) olehnya di padang sekolah
  9. Siapakah yang harus_ditugaskan___(tugas) untuk membuat laporan itu?
  10. Tugasan itu __diselesaikan____(selesai) oleh Maria pagi tadi
D. Bubuh Imbuhan beR-...-kan atau beR-...-i pada perkataan dalam kurungan
  1. Daun kering itu ___berterbangan___(terbang) apabla angin bertiup kencang
  2. Nasi yang _berkuahkan__(kuah)kari itu sangat sedap
  3. Encik Amir _berkenalan__(kenal) dengan peserta-peserta seminar itu
  4. Keris itu ___berhulukan_____(hulu) gading gajah
  5. Pertengkaran itu _berlarutan___(larut) hingga awal pagi
  6. Dengan _berdasarkan__(dasar) rangka ini, tulis suatu karangan yang lengkap
  7. Bangunan itu letaknya__berhampiran___(hampir) dengan stesen kereta api
  8. Adik tidur _berbantalkan_____ (bantal) lengan ibu
  9. Belon warna-warni _bergantungan_(gantung) di siling bilik itu
  10. Meja itu _beralaskan__(alas) kain satin

Latihan 30: Pengukuhan Tatabhasa 21.12.12

A. Kenal pasti perkataan yang perlu dibubuh apitan peN-...-an
  1. Semua motosikal dikehendaki berhenti untuk periksa(pemeriksaan) polis
  2. Upacara rasmi (perasmian)sukan itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri
  3. Ambil (Pengambilan)lemak yang berlebihan membahayakan kesihatan
  4. Kerja-kerja dalam(pendalaman) sungai itu akan bermula pada minggu hadapan
  5. Peminat boling kecewa dengan capai (pencapaian)pasukan boling negara
  6. Hijrah (Penghijrahan)golongan profesional ke luar negara membimbangkan kerajaan
  7. Mesin baharu itu mempercepat proses bungkus (pembungkusan)barang-barang itu
  8. Peranan guru amat penting dalam bentuk (pembentukan)sahsiah para pelajar
B. Bubuh apitan pe-...-an atau peR-...-an pada perkataan berikut, kemudian isikan ke dalam tempat kosong

niaga     gunung   kahwin     karang    dalam    kembang    tubuh    tumbuh    periksa    tempat
  1.  Kawasan ___pedalaman_____negeri Sarawak didiami oleh orang Penan
  2. _Perkembangan_________sektor pertanian di Malaysia amat pesat
  3. Majlis__perkahwinan____Zuraida akan diadakan pada hujung minggu ini
  4. Dalam _peperiksaan____hujung tahun, adik gagal dalam mata pelajaran Sains
  5. Malaysia dijangka mencatatkan_pertumbuhan____ekonomi yang baik pada tahun hadapan
  6. Di__perkarangan___rumahnya ada banyak pokok betik
  7. Dia menyertai_pertubuhan____sukarela untuk membantu mangsa peperangan
  8. Kawasan_pergunungan____letaknya di bahagian timur negara itu
  9. Mereka mendirikan_petempatan____di pinggir hutan itu
  10. Encik Ishak menjalankan _perniagaan____import dan eksport


No comments:

Post a Comment