Thursday, December 20, 2012

Latihan 29: Pengukuhan Tatabahasa 20.12.12


A. Bubuh imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i pada perkataan dalam kurungan.
  1. Ibu saya (hadiah)___________saya sebuah novel
  2. Encik Selamat (hadiah)__________sebuah biola kepada anaknya
  3. Puan Sim (beri)__________anaknya dua ringgit.
  4. Cikgu Hamid (beri) ______buku itu kepada Ravamany
  5. Shamsul (naik)_________bendera itu semasa perhimpunan sekolah
  6. Afiq(naik)________tangga untuk pergi ke tingkat dua bangunan itu
  7. Hakimi (belanja)_______kawannya makan sate di Kajang
  8. Kerajaan (belanja) ________RM 10 juta untuk membesarkan pelabuhan itu
  9. Pemain-pemain itu (jalan)_______latihan intensif di Indonesia
  10. Kita hendaklah (jalan)___________tugas yang diamanahkan kepada kita dengan baik
B. Bubuh apitan meN-...-kan atau meN-....-i pada perkataan di bawah, kemudian isikannya ke dalam ayat

beli        kirim      nasihat     dalam     lapor     serta      hadir      kena      hidang    baik

  1. Kerja-kerja____sungai itu akan dijalankan minggu ini 
  2. Encik Tham akan _______seminar pendidikan di Hotel Hilton
  3. Pengetua _______para pelajar supaya menghargai masa
  4. Puan Zainab _______nasi tomato untuk tetamunya
  5. Saya bercadang hendak_____menyertai pertumbuhan sukarela itu
  6.  Ayah ______kemalangan itu kepada pihak polis
  7. Rosli ______adiknya wang untuk membayar yuran sekolah
  8. Tembakan itu _______sasarannya
  9. Mereka_____balai raya itu secara gotong-royong
  10. Saya______ibu saya dua kilogram udang kering
 C. Bubuh imbuhan di-...-kan atau di-...-i pada perkataan dalam kurungan.
  1. Majlis itu _____(ada) untuk menyambut Hari Belia
  2. Permohonan itu hendaklah ____(serta) salinan surat beranak kamu
  3. Makan yang _____(suka) oelh Dainel ialah rojak
  4. Dua buah kedai itu ____(masuk) pencuri malam tadi
  5. Lampu stadium ______(padam) selepas persembahan itu tamat
  6. Laporan itu akan ______(serah) kepada Encik Lam untuk tindakan selanjutnya
  7. Guru yang paling ______(hormat) Liza ialah Cikgu Lim Ah Huat
  8. Cincin yang hilang itu _____(temu) olehnya di padang sekolah
  9. Siapakah yang harus____(tugas) untuk membuat laporan itu?
  10. Tugasan itu _______(selesai) oleh Maria pagi tadi
D. Bubuh Imbuhan beR-...-kan atau beR-...-i pada perkataan dalam kurungan
  1. Daun kering itu ________(terbang) apabla angin bertiup kencang
  2. Nasi yang _____(kuah)kari itu sangat sedap
  3. Encik Amir _____(kenal) dengan peserta-peserta seminar itu
  4. Keris itu ______________(hulu) gading gajah
  5. Pertengkaran itu _____(larut) hingga awal pagi
  6. Dengan _____(dasar) rangka ini, tulis suatu karangan yang lengkap
  7. Bangunan itu letaknya_____(hampir) dengan stesen kereta api
  8. Adik tidur ______ (bantal) lengan ibu
  9. Belon warna-warni _____(gantung) di siling bilik itu
  10. Meja itu _____(alas) kain satin

No comments:

Post a Comment