Wednesday, January 21, 2009

Platform Baharu Penulisan Karangan

Blogs merupakan persekitaran penulisan secara online yang membolehkan penulis mencatatkan peristiwa yang berlaku, atau merupakan dairi online, virtual diary yang tersusun. Apa yang tidak sama dengan dairi biasa, diari maya ini boleh dibaca oleh sesiapapun.

Blogs boleh digunakan untuk mengorganisasikan penulisan seseorang pelajar mengikut tema. Pelajar dapat menulis, mengedit dan membaiki penulisan mereka pada bila-bila masa. Tambahan lagi, blogs menyediakan pelbagai alat yang boleh digunakan seperti "komen". Penggunaan komen ini membolehkan interaksi antara guru dengan pelajar, pelajar dengan rakan sebaya. Memberi maklum balas dan komen yang berguna agar pelajar dapat memantapkan penulisan karangan mereka.

Tuesday, January 20, 2009

Masalah Penulisan Karangan

Menulis karangan merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh para pelajar terutamanya pelajar di sekolah menengah kebangsaan. Akibat pengaruh bahasa ibunda, pelajar-pelajar kurang mampu untuk menghasilkan karangan yang mantap. Masalah yang sering kali dihadapi oleh pelajar ialah kesalahan ejaan, penggunaan kata yang tidak sesuai dan ayat yang tidak gramatis.

Tambahan pula, pelajar-pelajar ini kurang menulis dalam bahasa Melayu melainkan karangan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu. Mereka tidak ada inisiatif untuk menulis karangan. Apabila diberi tajuk, mereka akan mula menulis, ada yang menyalin idea daripada buku rujukan, ada yang mencuba sedaya upaya untuk menulis dan ada yang "give up" lalu tidak menghantar buku untuk disemak.

Oleh sebab itu, guru Bahasa Melayu terutamanya yang mengajar pelajar-pelajar sekolah menengah kebangsaan boleh menggunakan blogs sebagai satu platform alternatif untuk menggalakkan pelajar-pelajar menulis.

Penggunaan blogs dalam penulisan karangan boleh menyediakan satu platform baharu untuk pelajar-pelajar berlatih menulis karangan.

Blogs : satu platform alternatif dalam penulisan karangan (jugalah tajuk kajian yang akan saya buat untuk mendapat ijazah sarjana dalam pendidikan)