Monday, January 31, 2011

Cerpen 6: Tanggar Amanat

Cerpen 6 : Tanggar Amanat

Cerita tentang Hawa yang enggan mendengar nasihat suaminya untuk berpindah . Hawa enggan berpindah kerana memikul tanggar amanat warisan menjejak waris Ahmad Abdullah di Yellowstone. Suaminya Adam memujuk Hawa untuk berpindah kerana Yellowstone sudah tidak selamat akan memuntahkan lava pada bila-bila masa.Adam mencadangkan Hawa berpindah untuk memulakan sesuatu yg baru dan lebih mencabar. Suaminya Adam gagal memujuk Hawa lalu keluar dari rumah.Kemudian Hawa mendengar ada suara bayi memberikan salam kepadanya memanggilnya bonda, suara itu amat perlahan, mendesis telinganya,Hawa berpaling tidak ada sesiapa melainkan objek 12cm. Hawa mendekati seketul objek 12cm itu yang terapung sepertinya, ada tangan, ada jari ada kaki, uratnya jelas dan berambut sedikit, rupa anak manusia. Bonda, Hawa mendengar panggilan itu lagi, sudah lapan tahun Hawa menunggu panggilan keramat itu dengan kesabaran. Sekian lama, Hawa berharap dapat mengembangkan waris Ahamd Abdullah daripada rahimnya sendiri. Baru kali ini dia hamil dan berharap hampir 5 bulan lagi, zuriatnya selamat dilahirkan.
Keistimewaan pertalian anak dengan emak boleh mendengar suara hati dan suara akal anak dan sebaliknya. Zuriat Hawa ini merupakan generasi kelapan Ahmad Abdullah. Hawa kagum melihat janin dalam rahimnya. Anakandanya menerangkan perjuangan anaknya bermula dari ovum meredah ovary yang tertutup rapat, memecahkan kulit ovum, menarik perhatian spermatozoa, dan akan terus berjuang untuk hidup mememuhi hasrat ibunya mengembangkan empayar Ahmad Abdullah. Anak dalam kandungan Hawa memberitahu bahawa dia akan bersama-sama dengan ibunya berjuang tetapi bukan di Yellowstone, di tempat lain tetapi Hawa menyatakan kasihnya di Yellowstone, anaknya mengatakan bahawa Yellowstone akan ditimpa musibah, Hawa mengatakan bahawa itu cuma khabar angin. Anaknya meminta Hawa mendengar kalimah mulia dalam tubuh dirinya kalimah itu dari jantung Hawa yang sentiasa mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan akui bahawa Tuhan mampu melakukan apa-apa saja. Warganegara AS berbondong-bondong meninggalkan AS, yang miskin pula merompak dan menyamun kerana perlukan duit untuk keluar dari AS. Anaknya menanya kenapa Hawa tidak ikut? Hawa bertanya kepada anaknya bagaimana dia tahu, anaknya memberitahu bahawa apa yang difikirkan oleh ibunya, anakandanya akan tahu.
Hawa menjelaskan bahawa nendanya berpesan tinggal di Yellowstone untuk menjaga sayap niaga warisan berzaman. Akauntabiliti Hawa di Yellowstone, nenek moyang anaknya Ahmad Abdullah dan Maria de Cruz Abdullah bermula dengan chalet di pinggir jalan menuju Gibbon Waterfall, kemudian merebut ruang di Canyon Village, Mammoth Hot Springs, Jackson City, Hayden Valley. Hawa merebut ruang di Devils Tower. Hawa memberikan kursus motivasi kepada rata-rata orang putih, cukup membanggakan kerana orang putih dimotivasikan oleh keturunan Melayu Ahmad Abdullah.
Anaknya meminta Hawa patuhi pujukan Adam kembali ke Malaysia. Hawa mengatakan bahawa perusahaan turun-temurun di Yellowstone. Anaknya memberitahu bahaw bondanya boleh usahakan bidang lain, di tempat lain meski cabaran dan tentangannya berbeza. Mempersoalan tindakan bondanya yang masih mahu alirkan keuntungan ke dalam peti negara yang angkuh dan membiayai Israel yang memusnahkan negara-negara Islam. Anaknya mengatakan Hawa membiayai penumpasan saudara seagama sendiri, Hawa terdiam. Anakandanya mengatakan Yellowstone akan meledakkan kemarahannya.
Hawa mengatakan bahawa lari dari Yellowstone belum tentu selamat kerana jangkaan geologis bahawa letupan itu akan menyebabkan suhu dunia tidak menentu, awan tebal menghalang pancaran matahari ke bumi dan hujan asid akan melanda. Anaknya mengatakan bahawa mungkin mereka antara yang akan terselamat dan memberitahu bahawa kata bapanya Adam adalah benar bahawa lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain adalah satu usaha. Allah menggesa umatnya berikhtiar, kalau Ahmad Abdullah masih hidup, dia akan menyuruh bonda menyelamatkan keturunannya kerana zuriat Hawa ialah harta warisan yg paling berharga. Anaknya telah berjuang untuk membentuk diri manusia, minta Hawa memberi peluang kepadanya untuk menjadi insan. Tiba-tiba air berkocak, Hawa mendengar namanya di panggil, itu suara Adam suaminya. Hawa berjanji akan menjadi isteri yang taat setia dan ingin memberitahu Adam bahawa anak mereka seorang awang rupa-rupanya

Cerpen 5: Hutan Rimba (Digarhayu Bahasa)

Cerpen 5 : Hutan Rimba

Bermula dengan Pak Tua memandu jentolak berjenama Caterpiller menumbangkan pokok-pokok, asap hitam keluar daripada cerobong jentolak, binatang melarikan diri, habitat mereka diceroboh, ada yang tidak sempat melarikan diri contoh ular. Dalam sekelip mata, hutan dara telanjang polos, timbul perasaan kesal dalam hati Pak Tua. Dia ingin hutan itu kembali rimbun. Lori-lori balak mengangkut batang-batang kayu kemudian menghamburkan kayu itu ke aliran Sungai Kinabatangan. Arus deras berwarna merah berlumpur akan menghayutkan rakit-rakit balak di muara seterusnya dihantar ke kilang-kilang papan di sekitar Daerah Sandakan. Mak Tua menyuruh Pak Tua agar tidak berasa kesal kerana mereka hanya cari makan. Pak Tua mengatakan bahawa hutan tidak perlu dirosakkan kalau cari makan pun. Mak Tua memberitahu Pak Tua itu rezeki mereka, terima sahaja tidak sia-sia usaha mereka, sebab anak-anak mereka dapat bersekolah hingga peringkat paling tinggi tanpa bantuan sesiapa. Anak sulungnya Ajam muncul dan memberitahu bahawa dia mampu membuka perniagaan pengangkutan bas antarakota melalui hasil daripada modal ribuan ringgit yang diberikan oleh Pak Tua. Perniagaannya makin maju kerana suntikan dana demi dana oleh Pak Tua. Ajam cuba menyedapkan hati Pak Tua dengan mengatakan bahawa hutan yang dulu digondol oleh Pak Tua sudah dijadikan kawasan perladangan, estet kelapa sawit. Datang pula Bakar, anak kedua Pak Tua. Bakar memberitahu bahawa Pak Tua sebenarnya telah menyumbang kepada pembangunan negara dan patut berasa bangga, dalam arus pembangunan, sesebuah negara pasti ada yang akan dikorbankan. Kawasan hutan dikorbankan untuk kawasan pertanian. Muncul pula Melati, anak ketiga Pak Tua mengingatkan kembali rasa bangganya dengan pekerjaan bapanya sebagai pemandu traktor ketika kawan-kawannya sibuk membuat pinjaman untuk masuk universiti, Melati tidak perlu kerana Pak Tua mengeluarkan duit daripada bank untuk membayar yuran dan perbelanjaan Melati ke universiti, Datang pula, Budi anak bongsu Pak Tua. Pak Tua hairan dengan kehadiran anak-anaknya di rimba yang sudah tiada hutan rimbanya. Pak Tua juga berasa bangga atas kejayaan anak-anaknya. Walaupun begitu Pak Tua masih berasa sesal, pendapatannya ribuan ringgit tetapi hutan yang terpaksa menjadi korban, Pak Tua mempersoalkan dirinya yang tidak memilih pekerjaan yang tidak perlu mengorbankan apa-apa selain tenaganya sahaja.

Dahulu Pak Tua meninggalkan kampung kerana petaka yang melanda, Disebabkan mahu mendapat tangkapan yang lumayan, Pak Tua dan rakan nelayan sering menggunakan bom buatan sendiri untuk mendapatkan ikan yang banyak. Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka telah memusnahkan terumbu karang yang mengambil masa berjuta-juta tahun untuk tumbuh dan tempat kehidupan plankton yang menjadi makanan ikan. Sekali sahaja bom dilemparkan, hancur semua terumbu karang. Oleh sebab tangkapan makin berkurangan, Pak Tua membawa diri ke negeri Sabah dan berharap akan mengubah kehidupannya. Nasib Pak Tua berubah, dia bukan sahaja dapat mencari rezeki malah mampu membina rumah tangga dan memakmurkan keluarganya.

Pak Tua mempersoalkan kesenangan hidupnya terhasil daripada kemusnahan hutan rimba dan kesesakan yang dirasakan di dadanya bertambah hingga Pak Tua menangis. Mak Tua memujuk Pak Tua jangan menyesali pekerjaannya yang dahulu, kalau dia menyesalinya bermakna Pak Tua menyesali pertemuaannya dengan Mak Tua.

Pak Tua bertemu dengan Mak Tua yang merupakan gadis sungai, semasa Pak Tua menaiki kapal menyusuri Sungai Kinabatangan untuk membuka kem-kem kayu balak, 40 tahun yang lalu Sandakan dan daerah Kinabatangan hanya dihubungkan oleh pengangkutan sungai. Mak Tua pada masa itu, sedang mandi-manda di sungai dengan kawan-kawan ternampak Pak Tua lalu berputik cinta . tetapi keluarga Mak Tua menentang kerana bimbang Pak Tua seorang perantau bukan peribumi akan membawa Mak Tua balik ke negeri asalnya, Pak Tua berjanji akan menetap di Sabah, berkat keluhuran dan sokongan bapa Mak Tua akhirnya Pak Tua berjaya memiliki Mak Tua.

Aroma nasi lemak mengejutkan Pak Tua daripada mimpi. Sudah banyak kali Pak Tua diganggu mimpi seperti itu. Sejak Pak Tua mendapat mandate daripada surat wasiat bapa mentuanya, sejak itu Pak Tua sering didatangi mimpi-mimpi yang kekadangan amat mengerikan. Mak Tua menyuruh Pak Tua bersiap kerana orang –orang di masjid sedang menunggu. Rutin Pak Tua pada petang setiap malam Jumaat adalah menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardu dan membaca surah Yasin.

Pak Tua mengumpul buah-buahan di kebunnya, untuk buah-buahan hutan seperti buah tampoi, durian merah, mata kucing dan martiam agak sulit untuk Pak Tua mendapatkannya, dia terpaksa meredah hutan menjolok dengan galah panjang agar tidak merosakkan pohonnya. Segala kesusahan dan jerih paya tidak dihiraukan oleh Pak Tua asalkan dia dapat menyediakan aneka buah-buahan untuk anak cucunya.

Sebuah bas mini dan 2 buah kereta buatan tempatan memasuki kawasan kebun Pak Tua. Tanah yang diwarisi oleh Pak Tua daripada bapa mentuanya dibiarkan menjadi hutan simpan, Pak Tua hanya membersihkan sedikit sahaja kawasan untuk tapak rumah dan untuk dusun buah-buahan. Hanya dengan cara itu Pak Tua berasa dia dapat menebus kesalahan memusnahkan hutan. Mak Tua yang melayan cucu-cucu menanyakan anak-anaknya iaitu Ajam, Bakar, Melati dan Budi sama ada mereka sudah dapat mencari pekerja untuk menjaga kawasan dusun dan hutan kerana kecurian kayu balak makin menjadi-jadi, Mak Tua takut kalau tidak dijaga, habis kaya balak dicuri. Bakar memberitahu mereka sudah mencari dan bulan depan akan mula bekerja. Melati memberitahu bahawa mereka merancang untuk menjadikan kawasan hutan bapanya kawasan pelancongan kerana ada aliran sungai yang boleh diperbesar menjadi kolam memancing ikan, mereka boleh meniru kawasan pelancongan seperti Lembah Danum di Lahat Datu, Sulaman Resort di Tuaran, atau Sukau, Budi mencadangkan mereka mengeluarkan modal bersama-sama menjadikan usaha itu satu perniagaan keluarga.Ajam memberitahu bahawa dia akan keluarkan modal yang lebih kalau tidak cukup boleh membuat pinjaman bank lagipun bidang yang diceburi oleh mereka bertepatan dengan imbauan Ketua Menteri yang mahu pembangunan pelancongan dibuat secara menyeluruh , tidak bertumpu di pusat-pusat bandar.

Pak Tua hanya mendengar perbincangan anak-anaknya dan menantunya, kemudian mendapatkan Mak Tua yang sibuk melayan kerenah cucu-cucu. Hari itu mereka sekelurga bermalam di rumah kebun dekat hutan simpan Pak Tua. Mak Tua dibantu oleh Melati dan ketiga-tiga menantunya menyiapkan hidangan makan malam.

Malam itu, Pak Tua tidur di ruang utama dengan cucu-cucunya, dia bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Dalam usia tuanya, Pak Tua berasa tenang dan bahagia, Pak Tua sudah bergelar ‘haji’ suasana hutan yang asli dengan irama malamnya yang misteri, itulah yang ingin dinikmati oleh Pak Tua. Pak Tua yakin mimpi ngeri tentang kemusnahan sebuah hutan rimba itu sudah lama berlalu.

Cintai Alam

Kesyukuran:

-Pak Tua memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana dapat membesarkan dan kemudian menyekolahkan anak-anaknya sehingga berhasil dalam usaha mencapai cita-cita mereka

Mengenang jasa

-Pak Tua mengenang jasa pokok-pokok telah berkorban untuk dirinya

Pak Tua

-pemandu traktor

Mak Tua

-isteri Pak Tua

Ajam

-anak sulung Pak Tua dan Mak Tua

-membuka perniagaan pengangkutan antarakota

Bakar

-anak kedua Pak Tua dan Mak Tua

-seorang sarjana Pertanian yang bekerja sebagai pengurus ladang di sebuah estet kelapa sawit

Melati

-anak ketiga Pak Tua dan Mak Tua

-pensyarah sebuah institut pengajian tinggi


Budi

-anak bongsu Pak Tua dan Mak Tua

-seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Saturday, January 29, 2011

Thursday, January 27, 2011

Chinese New Year's Gifts from Students

One of the students I teach this year gave me two mandarin oranges with drawings on it. She said one of it look just like me, guess which one, the one on the left or the one on the right?a former student of mine came to school today and gave me a bag of cookies she made. I am very grateful and happy. Thank you to her.

cerpen 4: Penanggungan

Cerpen 4: Penangungan

Kaptem Mamat dikejutkan oleh bunyi tangisan, kemudian mengingat kembali kejadian yang berlaku kepada Baharum seorang kelasi terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak(lantai atas perahu). Kapten Mamat juga terkenang akan hidupnya yang pahit dan getir.mengenang nasib kelasi yang dituduh menderhaka dan diberhentikan 24 jam. Suara anak menangis makin kuat menusuk telinganya, Kapten Mamat terdengar suara isterinya menjemput tetamu naik ke rumah, sebelum tetamu naik Kapten Mamat sempat mengambil rokok dan ingat akan namanya yang cukup terkenal, mana-mana surat khabar menyiarkan gambarnya. Peristiwa yang paling pahit bagi Kapten Mamat ialah kecelakaan yang menimpa Baharum. Isteri Kapten Mamat menjemput Masnah dan anak-anaknya naik ke rumah. Kapten Mamat yang hati batu menjadi lembut, dia tahan melihat mayat Baharum mati berdarah tetapi tidak sanggup melihat janda dan 2 orang anak yang ditinggalkan Baharum. Melihat Masnah dan anak-anaknya menderita merupakan suatu penyeksaan kepada Kapten Mamat. Kapten Mamat memulakan percakapan tentang cuaca yang panas, Masnah diam. Anaknya yang menangis didukung oleh anak gadis Kapten Mamat, anak Masnah yang pandai bercakap bertanya kepada emaknya sama ada bapanya ada di situ.
Masnah mengatakan bahawa Bahar bertuah tidak ikut bapanya jadi orang kapal, Bahar kata kalau tidak jadi kelas, jadi Kapten kapal. Setelah mendengar kata anaknya, Masnah memandang Kapten Mamat, mengatakan anaknya hafal apa yang diajar oleh suaminya. Isteri Kapten Mamat menangis mendengar kata Bahar, Kapten Mamat mengajak Masnah naik ke anjung untuk menutup satu babak drama.
Kapten Mamat meminta Masnah jangan ikut hatinya, nasib Masnah dan anak-anak diperjuangkan oleh kesatuan. Masnah ragu-ragu akan apa yang dinyatakan oleh Kapten Mamat, Masnah diberitahu kesatuan akan memberi bantuan tetapi tidak.Suaminya walaupun taraf kerjanya rendah tetapi dapat membekalkan sesuatu yang diperlukan keluarga tetapi tidak ada seorang yang dapat menjawab pertanyaan anak-anaknya, masa depan mereka tidak terjamin. Masnah tidak mau berpisah dengan anak-anaknya. Tidak mau anak-anak ikut jejak suaminya ke laut. Kapten Mamat laut lapangan hidup yang luas dan memperkaya negeri. Masnah pula mengatakan laut telah mengambil nyawa suaminya. Kapten Mamat mengatakan kematian ada di mana-mana, di laut, di darat dan di dalam pondok, kalau sudah takdir, 1000 doktor pun tidak mampu menyelamatkan nyawanya.
Masnah merasakan kekejaman berlaku kepada suaminya, khidmat suaminya dilupakan begitu juga dengan anak-anaknya. Bukan pampasan yang Masnah inginkan tetapi masa depan anak-anaknya, dia tidak mahu anaknya menjadi orang kapal atau kapten.


Masnah terkena panah hangat, penyakit itu selalu dilihat oleh Kapten Mamat semasa di kapal semasa belayar, jadi Kapten Mamat meminta isterinya melonggarkan ikatan kain Masnah dan gosok kaki dan tangannya. Apabila sedar, Kapten Mamat minta isterinya memberi Masnah minum air panas.
Selepas Masnah sedar, dia memberitahu bahawa dia akan balik ke kampung membawa anak-anaknya. Kapten Mamat merasakan tindakan itu bagus kerana kampung sedang membangun.
Kapten Mamat mengatakan bahawa selagi kita hidup, segala-gala di depan mata itulah penanggungan dan tanggunglah sampai mati


Kapten Mamat
-banyak berjasa kepada laut dan darat

Baharum
-seorang kelasi, mati terjatuh dari atas tiang agung ke geladak

Masnah
-isteri Baharum, sekarang Janda
-adik-beradik sedatuk isterinya
-ada dua orang anak
Bahar
-anak Masnah dan Baharum

Sunday, January 23, 2011

cerpen 3:

I)Cerita bermula dengan pentas kosong, penonton meniggalkan panggung dan penjaga panggung membersihkan dan menyusun ratusan kerusi yang tidak teratur selepas penonton meninggalkan panggung. Semasa menyusun kerusi, si penjaga panggung teringat akan persembahan si hero dalam cerita yang dipersembahkan yang sememangnya hebat. Kemudian, dia teringat akan isteri dan 10 orang putera dan puterinya, teringat akan tempat tinggalnya di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk. Hinggakan penjaga panggung bercakap dengan kerusi yang disusunnya bahawa setiap malam dia menyusun kerusi seperti dia menyusun mimpinya agar dapat menjadi hero, sudah tentu isteri dan anak-anaknya akan bahagia dan dia merasakan kerusi-kerusi itu mengejeknya yang mimpi siang.
II) suatu pagi isteri penjaga panggung menanyakan sampai bila penjaga panggung akan menjadi penjaga panggung, jawabnya hingga hero mati, kalau hero tak mati-mati, panggung tempat dia bekerja dirobohkan, penjaga panggung akan mencari panggung lain, isterinya mengatakan bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan yang sebenar. Si penjaga panggung memberitahu isterinya bahawa sebenarnya dia mencari sesuatu di panggung itu, kemudian dia melihat anaknya bermain gasing kemudian memandang ke arah jam dinding, jam itu masih berkilat,masih liat jarum minit dan saatnya, masih setia mengharungi siang yang resah, malam yang gelisah. Masih,………..
III) Suatu petang, ke panggung walaupun tidak bertugas kerana keinginan untuk bertemu dengan hero, nasib baik ketika itu para pelakon sudah habis latihan dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero dan berjabat tangan dengannya. Si penjaga panggung memuji kehebatan hero tetapi hero mengatakan bahawa dia hanya hebat berlakon sahaja tidak dalam kehidupan sebenar. Sudah menjadi tanggungjawab hero sebagai pelakon untuk berlakon dengan kerana amanah sutradara(pengarah) dan harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara.Penjaga panggung merasakan hero tidak suka dipuji, pada hero pujian itu kadangkala merupakan racun paling berbisa, setiap pujian yang diterima, bermakna hero harus bersiap sedia untuk berperang dengan dirinya sendiri.Hero mengatakan bahawa dia harus melembutkan sukmanya yang ada kalanya serakah untuk meleburkan diri ke kawah lupa diri, si penjaga panggung tidak faham, tetapi hero enggan menjelaskannya dengan lebih lanjut dan ingin pulang, sebelum itu, si penjaga panggung mengatakan bahawa sebenarnya dia ada satu perkara yang ingin diajukan iaitu sama ada hero memang berminat untuk menjadi hero. Jawapan hero ya, tetapi tidak semestinya menjadi hero. Si penjaga panggung kurang faham akan maksud hero, hero menerangkan bahawa kalau si penjaga panggung berminat untuk memancing atau menangkap ikan, apakah kerana minat itu si penjaga panggung harus menjadi nelayan? Si penjaga panggung mengatakan kenyataan hero memeningkannya, Hero menyuruh SPP (Si penjaga panggung) berhenti memujinya sebaliknya memuji dirinya sendiri. Hero mengatakan bahawa sebenarnya kita selalu lupa akan kenyataan yg membeliti hidup kita sebenarnya, kita lebih terkesima akan sesuatu yg lahirnya tampak cemerlang , walhal sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak lalu menyuruh SPP jangan menjadi lalat dan gagak. SPP bertambah bingung. Hero mengatakan bahawa kehidupan ini seperti sandiwara meminta SPP kembali kepada dirinya sendiri dan bahawa kehidupan di luar panggung lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. Hero menanyakan SPP sama ada dia ingin menjadi hero seperti hero yg diberi kepercayaan memegang watak hero, pada mulanya SPP mengatakan tidak kemudian apabila diminta bercakap benar, SPP mengaku. Hero menasihati SPP agar berhenti mengaguminya dan menjadi penonton yang tahu tempat sebenarnya dia berpijak, kemudian hero meninggalkan panggung.
IV) malam itu, setelah sandiwara tamat, SPP duduk di kerusi, tidak seperti biasa dia langsung tidak bernafsu untuk menyusun kerusi sebaliknya kata-kata si Hero masih terngiang-ngiang di telinganya. Jam di belakang pentas menunjukkan 12 tengah malam, lalu SPP bangun mengibaratkan dirinya seperti gunung berapi yang sudah lama seperti dungu dan diam sahaja menerima segala macam cuaca di sekelilingnya, inilah masanya gunung berapi ini memuntahkan laharnya, lalu SPP pun mencapai sebuah kerusi lalu dilemparnya ke dinding, satu demi satu. Tiada sesiapa yang tahu, jam di belakang pentas berdentang lagi, SPP tidak ambil peduli ketika gunung berapi miliknya itu benar-benar meletus sekarang.


Watak :
Si Hero
Si Penjaga Panggung:
Isteri Penjaga Panggung:

Rumah Penjaga Panggung
-rumah kecil

cerpen 2: Pungut @Yap Siew Hong@Zahara

Sinopsis

Bermula dengan pengarang mengisahkan dan menggambarkan watak dan perangai seorang kanak-kanak yang berulang-ulang dan menyatakan bahawa sesiapa yang melihatnya pasti merasakan bermacam-macam kesan:

Kesan 1: terperanjat
Kesan 2: timbul rasa belas kasihan kerana melihat makhluk Tuhan yang cacat begini
Kesan 3: merasakan kekuasaan Tuhan menciptakan hambanya

Kemudian, tentang Mak Timah yang menguruskan Zaharah setiap hari, memandikan dan membersihkan najis dan air kencing serta menyuapkan Zaharah yang sudah berusia 24 tahun tetapi tidak tahu makan sendiri. Mak Timah menggelarnya Pungut. Pengarang menceritakan nasib Zahara semasa lahir, doktor mengatakan dia tidak akan hidup lama paling lama pun satu atau dua tahun sebab jantung kecil, perutnya kecil, seluruh pernafasannya kecil, tetapi dengan kuasa Tuhan Zahara tak mati, Mak Timah menganggap sebab Tuhan ingin menguji kesabarannya menjaga Zahara. Setelah Pungut dimandikan, Mak Timah menyuapkan Pungut. Pada masa itulah Mak Timah membayangkan kisah yang berlaku 24 tahun yang lalu. Bibik, jiran rumah Mak Timah tergesa-gesa ke rumah Mak Timah memberitahu bahawa Siew Lan sudah melahirkan anak, Mak Timah menanyakan jantina anak itu, Bibik memberitahu anak perempuan tetapi mengatakan bahawa mereka tidak suka akan anak perempuan lebih-lebih lagi anak macam buah betik. Anak itu hanya dua paun setengah, macam buah betik ditahan di hospital selama 2 minggu. Bibik menceritakan kisah Siew Lan yang pergi berjumpa dengan datok, menurut datok anak kandungan Siew Lan itu tak guna, bawa sial. Bibik menceritakan kepercayaan orang Cina yang berjumpa dengan loktang untuk mengetahui nasib anak yang bakal lahir. Selepas 2 minggu, Siew Lan pulang ke rumah, Mak Timah menziarahinya dan betul apa yang dikatakan oleh Bibik anak Siew Lan itu macam sebiji buah betik, kecil dan halus. Selepas seminggu, Bibik datang ke rumah Mak Timah lagi memberitahu bahawa Siew Lan tidak suka akan anaknya yang baru dilahirkan, kata Siew Lan kalau tidak ada orang mahu anak itu, dia akan buang anak itu. Anak Mak Timah, Munah dan Khatijah merengek dan menyuruh Mak Timah mengambil budak itu tambahan pula Mak Timah berasa kasihan terhadap budak itu dan memikirkan pahala yang diperoleh jika dia bela budak itu, anggapannya kalau budak itu dibela dengan baik akan besar juga nanti budak itu. Bibik berjanji kalau Mak Timah mengambil anak Siew Lan, mereka akan bayar duit angkat sumpah dan memberi duit seratus lima puluh ringgit kepada Mak Timah. Akibat hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Suami Mak Timah juga bersetuju, lalu mereka ke mahkamah membuat surat sumpah, rasmilah anak Siew Lan menjadi anak angkat Mak Timah, namanya Zahara bt Muhamad alias Yap Siew Hong, gelarannya Pungut sahaja. MakTimah tidak menyangka Pungut akan dewasa seperti sekarang, Mak Timah ingat Pungut akan membesar seperti manusia biasa seperti gadis-gadis lain walaupun dilahirkan tidak cukup bulan tetapi Pungut cacat segala-galanya. Harapan Mak Timah supaya Pungut besar dan bekerja untuk membantunya, menjaganya, apabila dia tua hampa. Sebaliknya Mak Timah yang perlu menjaga Pungut. Mak Timah pernah membawa Pungut berjuma dengan Bomoh Dollah kira-kira 20 tahun lalu, kata Bomoh Dollah, Pungut terkena patung, cerita sama dengan cerita Bibik yang mengatakan Siew Lan pergi tengok wayang patung selepas berjumpa dengan loktang semasa mengandungkan Pungut, bentuk tubuh Pungut macam patung, dan kelakuannya sama macam loktang. Kemudian, Mak Timah menyuap Pungut yang lapar dengan secawan teh susu dicecah roti, Pungut menelan macam ular sawa, Mak Timah berdoa saban hari agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dulu, baru nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapa yang sanggup menjaga Pungut, tidak ada sesiapa yang sanggup membersihkan najis dan kencing Pungut. Anak-anaknya sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri tambahan pula mereka berasa geli untuk mendekati Pungut. Mak Timah akan berleter dan menyeranah, dan memaki Pungut apabila dia sakit kerana masih terpaksa bangun untuk membersihkan Pungut dan memberi makan Pungut. Disebabkan Pungut, Mak Timah tidak dapat ke mana-mana walaupun ke rumah anak-anaknya. Mak Timah duduk bersama anak lelakinya, mereka selalu bertengkar disebabkan Pungut, anak lelaki mahu Pungut dihantar ke rumah orang-orang cacat kerana tidak ada guna bela Pungut yang menyusahkan kerana tidak boleh bekerja untuk membantu keluarga tetapi Mak Timah enggan kerana pada pendapat Mak Timah orang zaman sekarang pentingkan duit saja, tidak ikhlas memelihara anak, inginkan balasan daripada anak. Setiap kali anak lelaki mencadangkan Pungut dihantar ke rumah orang cacat, Mak Timah akan membantah kalau anaknya hendak hantar perlu tunggu Mak Timah mati dulu, selagi Mak Timah larat dia akan pelihara Pungut kerana sudah 24 tahun Mak Timah berbuat begitu, kata Mak Timah, kalau kucing pun orang sayang, inikan pulak manusia. Mak Timah memandang wajah Pungut akan banyak persoalan timbul dalam pemikirannya:
1. Mengapakah Tuhan mencipta manusia seperti Pungut di dunia ini?
2. Mengapakah Tuhan membiarkan manusia secacat ini di dunia?
3. Mengapakah Tuhan membiarkan manusia secacat Pungut ini hidup lebih lama?
4. Mengapakah Tuhan mengambil nyawa orang-orang yang tidak cacat?
5. Mengapakah Tuhan mencabut nyawa orang-orang yang seharusnya hidup lama kerana mereka berguna kepada bangsa dan negara?
6. Mengapakah manusia-manusia yang begini mati cepat?tetapi manusia secacat Pungut ini dibiarkan hidup lama menderita di dunia?
7. Mengapakah manusia pekak, bisu, tidak tahu makan sendiri, berak dan kencing dalam seluar sendiri, tidak tahu apa-apa pun tentang dunia ini dibiarkan hidup selama 24 tahun di dunia ini?
8. Mengapakah ini tejadi?
9. Apakah di sebalik semua kejadian manusia cacat seperti Pungut ini?
Puas Mak Timah memikirkannya tetapi tidak mendapat jawapan, kemudian Mak Timah meletakkan mulut gelas ke bibir Pungut. Pungut tidak berbuat apa-apa.Air teh meleleh tumpah daripada mulut Pungut membasahi bajunya. Pungut mengulangi kelakuannya…melihatkan keadaan Pungut, Mak Timah berdoa kepada Tuhan supaya mengambil nyawa Pungut sebelum mengambil nyawanya supaya Pungut tidak menderita.

Kelakuan Zahara:
Berputar-putar, berpusing-pusing , menggoyang-goyangkan kepala, mengeluarkan bunyi macam nyamuk, kemudian meluru masuk di biliknya, duduk di bangku yang disediakan oleh Mak timah, bermain-main dengan jarinya sendiri, bangun keluar bilik dan masuk.

Persoalan:
Kepercayaan karut: Siew Lan yang pergi menilik nasib anaknya yang bakal lahir sama ada baik atau tidak

Watak: Yap Siew Hong / Zahara bt Muhamad
Tubuh kecil macam lidi
Tinggi kira-kira 0.6 meter.
Usia 24 tahun, dilahirkan pada 1957
Sudah anak dara jika tidak cacat
Pekak, bisu, dan tidak mengerti apa-apa
Tak tahu makan sendiri
Berak, kencing di situ
Tidak diberi makan pun, tak tahu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sendiri
Mak Timah memberi gelaran Pungut kepadanya
Nama sebenarnya : Zahara
Nama asalnya: yap siew hong
Dipanggil Pungut oleh Mak Timah dan anak-anak

Watak :

Mak Timah: emak angkat Zahara atau yap siew hong
Ada tiga orang anak, iaitu Khatijah, Munah dan seorang anak lelaki yang tinggal bersamanya
Penyayang: menjaga Zahara walaupun cacat dan terencat akal
Sabar dan tabah: membersihkan dan memandikan Zahara yang buang air kecil dan buang air besar walaupun dia sakit, menyuapkan Zahara
Kuat agama: selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Zahara dulu kerana takut tidak ada orang akan menjaganya
Penyayang: tidak mahu menghantar Zahara ke rumah orang-orang cacat walaupun didesak oleh anak lelakinya
Belas kasihan: Mak Timah berasa kasihan apabila mendapat tahu Siew Lan ingin membuang anaknya yang cacat.

Bibik
Tauke rumah sewa Mak Timah, berketurunan Cina peranakan pandai berbahasa Melayu

Suami Mak Timah: bersetuju mengambil Yap Siew Hong sebagai anak angkat


Siew Lan: anak Bibik yang tua, ada 6 orang anak, 5 sihat, seorang cacat, tidak suka akan anaknya yang cacat dan kalau tidak ada orang mahu anak itu, anak itu akan dibuang

Munah dan Khatijah
-anak Mak Timah yang mahu Yap Siew Hong diambil sebagai anak angkat oleh Mak Timah
-sudah berkeluarga dan tidak tinggal bersama Mak Timah

Gaya bahasa
Pengaruh bahasa Hokkien : sueh (m/s 139), loktang
Simile: macam anak patung (m/s 140)

Saturday, January 22, 2011

Cerpen 1: Pahlawan Buntung (Digarhayu Bahasa

Cerpen 1 Pahlawan Buntung

Tema: kekejaman Perang, kepahlawanan Pahlawan Buntung

Sinopsis:

Khalid mengimbas kembali peristiwa keluarganya melarikan diri setelah kampung mereka diserang oleh tentera Jepun pada suatu subuh setelah bertemu dengan Pak Husain di Temasya Kota. Pak Husain yang mengetuai perpindahan penduduk Kampung Pulau Pak Amat melarikan diri dengan perahu ke Kampung Dal, apabila tiba di Kampung Dal, baru penduduk kampung menyedari kehilangan Pak Husain. Pak Husain telah ditangkap oleh 2 orang tentera Jepun ketika sedang memeriksa barang-barang di rumahnya. 2 orang tentera Jepun yang tahu berbahasa Melayu telah menyuruh Pak Husain menggali kubur untuk menguburkan mayat-mayat sehari suntuk, Pak Husain berjaya melarikan diri apabila memberi alasan hendak membuang air besar dan menceritakan hal tersebut kepada Khalid dan keluarganya. Sejak itu, cerita Pak Husain berjaya melepaskan diri dan menyelamatkan penduduk Pulau Amat tersebar, mulai hari itu gelaran Pahlawan diberikan. Setelah Jepun menyerah, rompakan berlaku, kepahlawanan Pak Husain terserah lagi apabila berjaya membedil perompak dengan senapang yang diperoleh daripada tentera Pujanbi yang terkorban masa Jepun. Pak Husain terpijak sisa bom yang tertanam pada suatu pagi dan terpaksa dihantar ke Hospital Kota Bharu, kakinya terpaksa dipotong, sejak itu, kaki Pak Husain buntung

Khalid menjemput Pak Husain ke rumahnya di Jalan Bayam tetapi Pak Husain menolak kerana ingin pergi ke rumah cucunya di Padang Bemban. Ketika mereka berpamit(minta diri), perpisahan dengan Pak Husain meninggalkan Khalid dengan ingatan tentang kekejaman perang, perebutan pengaruh politik yang memperalatkan nyawa.

Persoalan:

-Peperangan membawa kesengsaraan

-keberanian:

-kebijaksanaan: Pak Husain memberi alasan hendak buang air besar untuk melarikan diri daripada tentera Jepun

Watak:

Pak Husain

-kaki bunting

-parut memanjang di atas dahi

-misai seperti kapas

-janggutnya jarang-jarang

Masa muda(30 tahun yang lalu, masa itu usia Pak Husain baru 30 tahun:

Pak Husain tegap sasa, berani

Banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya

-mengetuai penduduk kampung Pulau Pak Amat berpindah, dia yang mengusung Jarah, mengumpulkan Khalid dan keluarga di pangkalan.

-sudah berusia 60 tahun atau lebih

Khalid

-ayahnya meninggal kira-kira setahun lalu

Imbas kembali 30 tahun lalu, Khalid baru berusia 14 tahun

Hassan

-bapa Khalid

Fatimah

Friday, January 21, 2011

已经咳嗽了整个星期,终于好了很多,咳到有血丝。整个肺部,背都痛。昨晚,肚子,背部痛。不能睡,幸好今早好了。每次都这样,公共假期时,会生病,没得好好休息,第二天就会好了。很想去看医生,今年的身体状况和健康都很差,有点担心。太多事烦了,人也好烦。我想直接引响了我的健康。

Tuesday, January 11, 2011

无心之过

今天,从同事那知道有位同事生气我因为一场误会。唉,为什么会这样。孩子生病,家婆突然心脏病爆发,簿子一大堆没时间改,合作社账目没弄清楚,还搞不懂。论文大概二月viva,什么都还没读。新传媒学会的委员又不合作,叫他们弄布告栏,到现在什么都没有,校长一直在吹。要过年了,什么都还没准备,假期几时来?我很累!

Monday, January 3, 2011

Kelas 4K

Hari ini sempat masuk ke kelas 4K sahaja, sibuk menguruskan hal koperasi sekolah. Sudah memberi karangan kepada pelajar yang seramai 37 orang itu, tetapi yang hantar hanyalah 35 orang. Esok akan ketahuilah siapa budak yang berani tidak hantar buku. Rasanya memang susah hendak mengajar kelas ini walaupun kelas sains tetapi tahap BM mereka cukup membimbangkan. Akan cuba sedaya upaya saya tetapi hasil akan lebih berkesan jika usaha daripada pelajar sendiri. Sudah periksa 10 buah karangan mereka, ada yang memang cuba untuk menulis tetapi tidak kurang juga yang memberi balik apa yang telah diberikan kepada mereka tanpa sebarang tokok tambah, maksudnya mereka ini hanya menyalin apa yang saya berikan ke dalam buku latihan saja, geram menyemak karangan seperti ini, pantang pelajar enggan mencuba. Siaplah esok.