Friday, February 18, 2011

Nak Pinjam Buku Soal Jawab Bahasa

Saya telah terlepas peluang untuk memiliki buku Soal Jawab Bahasa Tuan Munsyi Dewan. Penantian selama ini berakhir dengan kekecewaan juga. Oleh sebab itu, sesiapa yang memiliki buku ini, boleh tak saya nak pinjam?

Sinopsis Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Sinopsis Pelajaran yang penuh perisitiwa

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dari Negeri Bandar Mengkalih dalam pelayaran ke Negeri Semarang Jawa menaiki geliung yang panjang. Semua orang yang berada dalam geliung muntah dan mabuk melainkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si Kembang Cina serta Awang Sulung yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Dalam pelayaran itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung untuk mengemudi geliung dengan alasan beliau letih, tetapi sebenarnya helahnya untuk duduk berdua-duaan dengan Awang Sulung. Awang Sulung mengemudi geliung tanpa memegang kemudi.

Perisitwa 1:
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Geliung berlabuh di Pulau Tapai selama 3 hari. Awang Sulung mengambil nipah dan air laut. Jurumudi menikam ayam dan mengambil keris yang penuh darah mengadap Nakhoda Tua dan memberitahu bahawa dia yang menyelamatkan kapal daripada serangan Puteri Dayang Nuramah. Jurumudi menyuruh Si Kembang Cina memberikan sisa makanan kepada Awang Sulung, tetapi dimarahi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa u ntuk Awang Sulung dengan talam beralaskan kain kuning. Air laut yang diambil oleh Awang Sulung menjadi serbat.

Peristiwa 2:
Sebelum meneruskan pelayaran, Nakhoda Tua memberitahu semua anak kapal bahawa mereka akan melalui Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Sesiapa yang berjaya menyelamatkan beliau dan puterinya, orang itu akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Apabila geliung sampai di Pulau Salah Nama, ada lanun, semua anak kapal lari termasuk Jurumudi, Tuan Puteri meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung untuk menentang lanun, Awang Sulung tak mahu dengan alasan kaki dan tangannya sakit. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memberikan limau selipat pagar dan sabun wangi kepada Awang Sulung. Setelah mandi, jelma rupa Awang Sulung yang sebenar. Awang Sulung pun keluar dan menyeru kepada lanun menyebabkan lanun ketakutan mendengar suara Awang Sulung. Awang Sulung meminta ketua lanun mengambil Tuan Puteri, Awang Sulung mengatakan bahawa dia menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa balik ke Bandar Mengkalih. Ketua lanun mengatakan bahawa mereka akan penuhkan geliung dengan dinar emas. Tuan Puteri memberitahu bahawa bukan Awang Sulung yang berhutang kepadanya tetapi Tuan Puteri merupakan tawanan Awang Sulung. Awang Sulung bersetuju dengan kata Tuan Puteri dan mengatakan hutangnya kepada Tuan Puteri telah selesai dan dia boleh pulang ke Bandar Mengkalih. Tuan Puteri berasa sangat sedih lalu hendak terjun ke laut tetapi dihalang oleh hulubalang, lalu pengsan. Awang Sulung berbalas pantun dengan Si Kembang Cina dan Tuan Puteri setelah dia sedar. Setelah lanun pergi, Jurumudi berjumpa dengan Nakhoda Tua dengan keris yang penuh darah lalu memberitahu bahawa dia yang menyelamatkan geliung daripada lanun. Nakhoda Tua mempercayai kata Jurumudi dan memanggil Mualim Cik Mas menikahkan Jurumudi dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri berasa sangat marah kepada bapanya Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa bapa sudah buta dan pekak, Nakhoda Tua menanya Tuan Puteri sebab dia begitu marah, Tuan Puteri memberitahu bahawa bukan Jurumudi yang menyelamatkan geliung mereka tetapi Awang Sulung. Nakhoda meminta Jurubatu memanggil Awang Sulung tetapi Awang Sulung enggan datang. Nakhoda Tua meminta Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memanggil Awang Sulung, Tuan Puteri tidak mahu kerana tiada perempuan yang pergi mencari lelaki (enau mencari sigai/lesung mendapatkan anta). Nakhoda Tua sendiri pergi berjumpa dengan Awang Sulung dan meminta Awang Sulung jangan berkecil hati, kerana Nakhoda Tua sudah tua tidak tahu bahawa Awang Sulung yang menyelamatkan geliung. Awang Sulung dinikahkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Peristiwa 3:
Awang Sulung dan Tuan Puteri berlayar sampai di Negeri Pati Talak Terengganu. Pada masa Puteri Pinang Masak berada di peterana. Puteri Pinang Masak memberi cadangan kepada ayahandanya mempersilakan anak-anak geliung naik ke darat. Awang Sulung, Jurubatu dan Bujang Selamat turun ke darat setelah mendapat kebenaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Rakyat Negeri Pati Talak Terengganu berasa hairan kerana isi alam berbunyi sendiri ketika ketibaan Awang Sulung. Raja mengajak Awang Sulung ke balairung seri, tetapi Awang Sulung hendak ke gelanggang sabung dulu. Awang Sulung meminta Bujang Selamat menanyakan adat gelanggang, mereka diberitahu bahawa apa pun boleh Cuma tidak boleh mencabut keris di pinggang, menyinsing lengan, membuang tengkolok dan menyerukan anak lelaki. Awang Sulung dan Bujang Selamat pun mengikat taji di kaki ayam Kinantan Suci, ayam Awang Sulung Kinantan Suci melompat dan menaji leher pihak lawan hingga putus kemudian terbang ke anjung Puteri Pinang Masak dan berkokok 3 kali. Selepas itu, Awang Sulung pun naik ke balairung seri dan disambut oleh orang besar dan seluruh rakyat.

Wednesday, February 16, 2011

Viva 2/3/2011

Akhirnya, dapat juga tarikh untuk Viva ijazah sarjana saya. Dah lama menunggu, puas telefon tentang tarikh viva, harap ini tarikhnya tiada sebarang perubahan lagi, sudah naik bosan tunggu, dan sudah tidak ada motivasi untuk meneruskan perjalanan ini lagi. Dekat empat tahun menempuh ranjau dan onak untuk mengejar impian ini, adakah berbaloi? sudah menjadi tanda tanya.

Rancang hendak membaca dan membuat slide mulai hari ini, tapi tak jadi, macam mana ni? banyak dalam fikiran bercelaru, berkecamuk, entahlah, prepare for the worst.

Saturday, February 12, 2011

Filem Hindustan

Hari ini berkesempatan menonton Dil To Pagal Hai, walaupun pernah menonton 3 atau 4 kali filem ini, namun masih terharu dengan kisah cinta antara Pooja dan Rahul. Haha..., filem Hindustan yang terakhir ditonton ialah Mujhe Dosti Korega lakonan Hithrik Roshan, Rani Murkerjee dan Kareena Kapoor. Dulu, masa kecil lagi memang dah menonton filem Hindustan tetapi di rumah jiran saja, itupun tak selalu, pada umur itu baru belajar di sekolah rendah. Zaman Ambitah Bachan, Sahsi Kapoor.

Kuch-Kuch Hota Hai, mengembalikan minat menonton filem Hindustan, masa tu dengan rakan sekerja Melayu. Pn. Lailawati dan Pn. Zaharah. Kami bertiga menontonnya di rumah Pn. Zaharah (haha, pada masa tu, kami bertiga masih Cik).

Memang minat dan suka akan muziknya, sampai boleh nyanyi jugak sikit-sikit kalau tak banyak pun boleh satu lagu penuh. orang lain memang nampak saya ini agak pelik. Walau bagaimanapun, dah lama tidak menonton filem-filem ni, tapi kalau ada kesempatan nak juga menonton lagi Mujhe Dosti Korega yang akan dipertontonkan di TV3 pada 26 Februari nanti.