Showing posts with label masalah penulisan. Show all posts
Showing posts with label masalah penulisan. Show all posts

Sunday, August 30, 2009

Penggunaan Kata

Sudah lama tidak memeriksa karangan pelajar. Baru-baru ini, disebabkan menjalankan kajian tentang penulisan karangan. Saya kembali memeriksa karangan yang sudah 2 tahun saya tinggalkan kerja itu.

Di sini, ingin saya berkongsi sedikit masalah penulisan karangan pelajar dari aspek penggunaan kata:

1. Oleh itu, mereka memerlukan padang permainan atau taman rekreasi untuk bersiar-siar dan mengurangkan tekanan dan lesu mereka. (Lesu --keletihan)
2. Tempat tersebut turut mendorong kanak-kanak membesar dengan seimbang dan sihat. (Mendorong --membantu)
3.Perbuatan yang tidak senonoh akan merendahkan maruah keluarga dan diri. (merendahkan --menjatuhkan)
4. Pihak pembinaan rumah bertanggungjawab menyediakan padang permainan di kawasan perumahan. (pembinaan rumah -- pemaju perumahan)
5. Tempat ini merupakan tempat kanak-kanak mengerjakan kegembiraan mereka.(mengerjakan kegembiraan--memperoleh kegembiraan)

Friday, May 15, 2009

Kesalahan Umum Ejaan Pelajar

Perkataan-perkataan yang selalu disalah eja oleh pelajar

  • stesyen - stesen
  • fax - faks
  • paspot - pasport
  • pensil - pensel
  • bowling - boling
  • ejen - agen
  • displin - disiplin
  • bandaraya - bandar raya
  • mee - mi
  • istihar - isytihar
  • atlit - altet
  • cendikiawan - cendekiawan
  • protin - protein
  • kolestrol - kolesterol
  • komisyen - komisen
  • sulong - sulung
  • sessi - sesi
  • raksaksa - raksasa
  • taukeh - tauke
  • komersil - komersial
  • ibubapa - ibu bapa

Thursday, May 14, 2009

Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Karangan

Contoh-contoh pengaruh bahasa ibunda dalam karangan pelajar

1. cerita itu sangat ketawa
- cerita itu sangat melucukan

2. pasukan penyelamat menyelesaikan mayat-mayat
- pasukan penyelamat menguruskan mayat-mayat

3. mangsa terlibat bencana memerlu bantuan dari luar masyarakat
-mangsa bencana memerlukan bantuan daripada masyarakat luar

4. pihak penyelamatan telah mencari orang yang kehilangan
-pasukan penyelamat mencari orang yang masih hilang

5. banyak perlancong yang pergi bercuti di pulau puket, pulau pinag, pulau lain-lain
-banyak pelancong bercuti di Pulau Phuket, Pulau Pinag dan pulau-pulau lain

6. sebilangan pelancong cedera parah dan pasport pelacong-pelancong pun sudah, oleh itu, mereka terpaksa meninggal di hotel-hotel masing-masing
-sebilangan pelacong cedera parah dan kehilangan pasport mereka. Oleh itu, mereka terpaksa duduk di hotel.




Kesalahan Umum Ejaan -Perkataan Berimbuhan

Berikut merupakan antara kesalahan mengeja yang dilakukan oleh pelajar dalam karangan mereka

  1. kebanyakkan --kebanyakan
  2. mengalakkan --menggalakkan
  3. menganggu --mengganggu
  4. berkerjasama --bekerjasama
  5. mengelakan --mengelakkan
  6. pertunjukkan --pertunjukan
  7. merbahaya --berbahaya
  8. memperolehi -- memperoleh
  9. keunikkan --keunikan
  10. perlancaran --pelancaran
  11. di ambil -- diambil
  12. dibawah --di bawah
  13. di bawa -- dibawa
  14. perbagai --pelbagai
  15. mengkendalikan --mengendalikan
  16. mengidapi --menghidapi
  17. menunjukan --menunjukkan
  18. ko-kurikulum --kokurikulum
  19. dwi fungsi -dwifungsi
  20. mengenengahkan --mengetengahkan

Wednesday, March 4, 2009

Pemerengganan

Kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk mengembangkan isi karangan. Mereka mempunyai idea tidak idea itu tidak berkembang. Kebiasaannya pelajar akan menulis dua atau tiga ayat untuk satu isi karangan dan diikuti dengan isi yang kedua. Hal ini menyebabkan di dalam satu perenggan terdapat 2 atau 3 isi karangan dan isi bercampur aduk.

contoh 1: karangan tentang pencemaran
Masalah pencemaran disebabkan orang ramai yang suka membakar sampah-sarap secara terbuka. Mereka membuang sampah-sarap ke dalam sungai dan menebang pokok.

contoh 2: Pencemaran alam berpunca daripada sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab. Mereka suka membuang samapah-sarap di merata-rata. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap mereka dengan mengenakan denda.