Saturday, April 30, 2011

Tuesday, April 26, 2011

Rainbow







Moon with Rainbow


My son favorite " Rainbow"

Tuesday, April 19, 2011

Creatures



Paul? The Predictor






Monday, April 18, 2011

Sunday, April 17, 2011

Jelly Fish & Fishes




I Like This





Meletup

Tika ini saya bagai gunung berapi yang bakal meletup pada bila-bila, lava sudah dimuntahkan, nanum tidak ada yang nampak. Yang dekat dan rapat mengetahui bahawa diri ini memang dihujani kerja yang tak pernah ada titik noktahnya. Apa jua yang diadakan, yang dijalankan, pasti nama saya ada dalam senarai AJK. Entah bila akan saya meletup agar yang berkenaan faham dan prihatin bahawa kemampuan dan keupayaan serta KESABARAN seseorang itu had dan batasnya. Jangan disebabkan diri ini buat kerjanya, boleh dipercayai, sudah kerja diberikan. Bukan niat hendak mengangkat bakul, tetapi hakikatnya itu yang berlaku. Dasar yang digunapakai perlu diubah kalau tidak sampai bila-bila tidak akan ada kemajuan, yang lena terus dibiarkan lena, dibuai mimpi, yang bekerja terus dihujani tugas-tugas yang sepatutnya dibuat oleh mereka yang bermimpi dan lena sepanjang masa.
Apa ada gunanya jika mengadu dan memberitahu pihak yang berkenaan tentang bebanan tugas yang dipikul, bukan tak pernah cuba, cuma tak pernah dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan. Mencurah air ke daun keladi je............

Monday, April 11, 2011

Mengapa Perlu Menyesal?

Sejak mula melanjutkan pelajar tahun 2007, pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhi. Bukan nak kata diri ini menyesal tetapi keletihan dan jangka masa yang begitu lama untuk menggapai segulung ijazah bernama sarjana memang menguji kesabaran dan kecekalan diri. Ini dah tahun 2011, tahun untuk menamatkan pengajian. Adakah akan tamat? masih menjadi persoalan.

yang dikesali, anak yang menjadi mangsa apabila diri ini kesibukan, anak disajikan dengan TV hampir 5 atau 6 jam sehari. Ini memang tak baik untuk budak berumur 4 tahun, tapi kalau tidak kerja tidak akan diselesaikan. Apabila dirinya ini tension, anak dimarahi hingga kadang-kadang dirotan atas perkara yang kecil.

Setiap kali ini berlaku, jiwa ini bergolak, berasa bersalah............

yang pasti, harap semuanya akan berakhir pada bulan Julai nanti.

Tuesday, April 5, 2011

Drama 2: Forum Remaja 2020

Drama 2: Forum Remaja 2020
Misi kedatangan MU1 dan MU2 (Makhluk Asing dari Planet Utopia) ke Malaysia didorong oleh rasa tanggungjawab moral yang kuat untuk memperingatkan makhluk bumi bahawa betapa situasi kini sudah mencapai tahap yg cukup kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia berjumpa dengan tiga orang pelajar yg bernama Salmah, Chandran dan Chong. Apabila ditanya mengapa Malaysia dipilih, makhluk Utopia memberitahu bahawa Malaysia mempunyai beberapa potensi yg boleh dimajukan untuk dijadikan sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Salmah, Chong dan Chandran berasa bahawa Malaysia sudah mencapai taraf yg boleh dibanggakan sebagai sebuah negara membangun, tetapi MU berasa itu cuma perasaan mereka sahaja belum cukup memuaskan untuk dijaddiakn model kepada dunia. Salmah, Chandran dan Chong cuba mempertahankan pendapat mereka dgn mengatakan bahawa Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional. Satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenarkan untuk dipraktikkan. Satu kebudayaan nasional yg mewakili seluruh cara hidup bangsa Malaysia, mereka hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah, makanan saja sudah cukup menjadi bukti, contohnya, kalau orang India makan roti canai, orang Cina dan orang Melayu pun makan roti canai. Kalau orang Cina makan kuetiau, orang Melayu dan orang India pun makan kuetiu, kalau orang Melayu makan sambal belacan, orang Cina dan orang India pun makan sambal belacan. Mereka ada etika kerja yg berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Mereka ada DEB(Dasar Ekonomi Baru) untuk menyusun semula masyarakat secara adil. Ada Rukun Negara sebagai panduan cara hidup masyarakat Malaysia.
Walaupun begitu, MU mengatakan itu hanya impian sahaja, Salmah, Chandran, dan Chong bahawa itu bukan lagi impian tetapi telah dipraktikan, Buktinya Jambatan Pulau Pinang, salah satu jambatan yg terpanjang di dunia. Kereta Nasional: Proton, yg melambangkan identiti nasional. Lebuh raya nasional dalam pembinaan. MU mengatakan bahwa itu usaha generasi sebelum Salmah, Chong dan Chandran, generasi mereka (Salmah, Chong, Chandran) belum membuat apa-apa lagi.
Chong berasa membazirkan masa dan berasa ragu akan hujah MU. MUII meminta Chong bersabar, jangan terburu-buru, orang yg cepat emosional tidak matang dan berbahaya kepada bangsa dan negara, sambung MUI bahawa itu apa yg diucapkan sebentar tadi hanya ujian dan memuji Chong bahawa cintanya terhadap Malaysia sungguh mendalam, itu satu petanda yg baik tetapi perasaan cinta saja tidak mencukupi. MUII mengatakan bahawa sebagai orang muda, mereka perlu menghadapi dan menjalani banyak ujian, barulah ketahanan diri dapat dibina, akhirnya dapat menjamin ketahanan bangsa dan negara.
Apabila ditanya mengapa MU memilih mereka, kerana mereka mewakili generasi muda yg merupakan bahagian besar penduduk negara ini, Apabila ditanya mengapa mereka bertiga yg dipilih, kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara Malaysia. SCC, berasa bangga dan seronok tetapi ditegur oleh MU bahawa mereka belum menjadi pemimpin, sebagai pemimpin mereka perlu menjalani banyak ujian dan cabaran, mengatakan bahawa generasi muda iaitu generasi SCC sedang mengalami suatu era kritikal baik dari segi moral, sosial mahupun mental. Salmah berasa MU menghina mereka, tetapi MU mengatakan bahawa itu kenyataan, kehidupan moden hari ni semakin menjadi materialistik yg sedang menyerang masyarakat manusia seluruh dunia, yg menjadi mangsanya generasi muda. Dari radio, tv, bacaan, tiap-tiap hari tersiar berita keruntuhan moral generasi muda. Generasi muda tidak tahu dan tidak mahu menghormati orang tua, tidak menghormati guru, tidak menghormati sesama manusia dan tidak menghormati diri sendiri, semuanya berpunca daripada kelonggaran kepercayaan keagamaan, punca utama kemerosotan moral dalam kalangan belia. Apabila sudah tidak takut kepada Tuhan, setiap yg dicipta tasa nama tamadun menjadi sia-sia belaka, kerana tidak ada sesiapa yg mahu menghormatinya.
Prestasi yg Malaysia capai itu, tidak bermakna lagi. Chandran berpendapat generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa yg berlaku pada generasi mereka hari ini, segala sesuatu yg negative yg berlaku atas generasi mereka ialah hasil asuhan golongan dewasa, merekalah yg harus dipersalahkan. MU mengatakan tidak boleh menyalahkan golongan dewasa semata-mata dan mengatakan perbuatan salah-menyalah ialah kerja sia-sia. Yang penting kita semua belajar daripada kesalahan, jangan sekali-kali mengulangi kesalahan.
MU mengucapkan selamat tinggal tetapi mengagumi semangat keberanian, semangat gigih dan kental SCC dan meminta mereka merenung dan praktikkan apa yg telah dikemukakan oleh MU.
Setelah MU beredar, SCC seperti mengalami mimpi aneh, tetapi tidak mungkin mereka bertiga bermimpi yg sama. Chong masih ragu, Chandran pula berasa pening dan Salmah yakin dengan apa yg telah berlaku. Chong berpendapat mungkin MU itu berlakon, sekarang ini macam-macam perkara boleh berlaku, banyak orang pandai berlakon, lakonan bukan di atas pentas sahaja, boleh berlaku di mana-mana. Salmah mempertikaikan keraguan Chong sebab Chong tidak suka dikritik oleh itu dia berasa ragu, Salmah mengatakan mereka harus sanggup dan berani menerima kritikan, bangsa yg maju ialah bangsa yg sanggup berdepan dengan kritikan, kita harus bijak mengkritik dan juga dikritik.
Chong minta dilupakan kerana mereka masih merupakan pelajar, tanggungjawab pelajar adalah untuk belajar, Salmah mengatakan bahawa apa yg dikatakan oleh MU ada kebenaran dan mengajak CC untuk merenung kembali peristiwa yg berlaku. Ada satu hujah yg menarik hati Salmah, mengenai keagamaan, ketuhanan, walaupun mereka beragama, tetapi agama hanya pada nama saja, tidak menjalani kehidupan beragama sepenuhnya, sebenarnya agama harus diutamakan.
Chong mengatakan bahwa agama juga boleh disalah gunakan,Chandran bersetuju dan mengatakan bahawa agama kalau disalahgunakan akan mengongkong dan menyempitkan fikiran serta berbahaya kepada umat manusia. Oleh itu, kata Salmah agama mestilah dipraktikkan dengan fikiran yg rasional, dan dengan niat yg ikhlas dan suci.
Chong mengatakan bahawa seseorang itu boleh memiliki ilmu setinggi-tingginya tapi tanpa pegagangan agam yg kukuh, kepandaian boleh memusnahkan segala-galanya. Salmah pula mengatakan bahawa kepandaian tanpa agama adalah kepandaian yg sia-sia, sombong, oportunis, hipokrit, korupdan lain-lain yg negatif.
Sebagai bakal pemimpin, mereka (SCC) harus merancang strategi kepimpinan dalam merealisasikan apa-apa yg disebutkan oleh dua makhluk Utopia itu: caranya ialah:
1. Mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda kita
2. Disiplin generasi muda harus diperkemas, tanpa disiplin yg kukuh, sesuatu yg dirancang tidak dapat digerakkan dengan berkesan
3. Perpaduan mesti dieratkan , bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, dan mereka perlu mulakan sekarang.

Drama 1 : Gelanggang Tuk Wali

Drama 1: Gelanggang Tuk Wali
Ripin yg berpakaian lawa hendak ke rumah Leman mengambil bengkung(kain lebar membebat/membalut perut) kerana petang nanti ada jemputan main silat di darat, anak perempuan Hj Kodri kahwin, Mak Umi memberitahu Ripin bahawa Wak demam sejak petang semalam, Ripin memberitahu bila balik kenduri nanti dia akan datang ziarah Wak.
Wak tiba-tiba muncul di muka pintu hendak mengikut Ripin, demam Wak akan hilang apabila bersilat tidak seperti orang biasa yg akan sakit, tempang, demam apabila keluar dari gelanggang silat. Ripin mengingatkan Wak pemberita majalah datang mala mini.
Tiba-tiba bau hangit, ikan goreng Mak Umi habis, Mak Umi melatah memukul Tuk Wali dengan sudipnya, Ripin ketawa melihat gelagat Tuk Wali, kalau keris, lembing, semuanya dapat ditepis oleh Tuk Wali, tetapi Mak Umi ketuk dengan senduk, Tuk Wali tunggang-langgang.
Ripin melihat longgokan akar kayu di hujung beranda dan bertanya Tuk Wali masuk hutan minggu lepas? Tuk Wali hanya mendapat sedikit akar kayu. Tuk Wali memberitahu bahawa masuk hutan perlu ikut petua dan pantang-larang (m/s190), tetapi yg melanggar pantang larang itu cucunya Si Berahim, anak tirinya, anak murid Si Guan (kedai singse), Si Berahim masuk hutan bawa tali sigai dengan kayu umpil tetapi Si Guan masuk hutan bawa traktor, bawa dua tiga orang buruh lagi, habis dicabut pokok kecil atau besar.
Tuk Wali memberitahu dahulu, rancang besi siap racik, bersih –RM 18 sekilo, Tongkat Ali RM 20. Si Guan ambil tongkat ali-RM9, rancang besi RM6 sahaja. Mak Umi mengingatkan Ripin dan Tuk Wali yg hendak ke darat, sudah pukul 10pg. Tuk Wali menanyakan orang yg turun gelanggang malam nanti, sebab malu kalau pemberita datang, gelanggang kosong. Ripin memberitahu budak-budak tidak ada sebab malam minggu. Tuk Wali memberitahu Mariam ada, Ripin tidak mahu bersilat dengan Mariam kerana kalau Ripin menang, orang kata Ripin tak jantan kalahkan perempuan, tapi kalau Ripin kalah, tiga bulan dia akan dikutuk. Ripin memberitahu Tuk Wali dia akan kumpulkan budak-budak
Babak Kedua:
Mak Umi memanggil Tuk Wali yang sedang bersiap, sudah pukul 3 petang, Tuk Wali bersiap lebih lama daripada orang perempuan bersiap. Semakin tua Tuk Wali semakin lama bersolek, apabila Wak keluar berbaju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok miring. Mak Umi memerli Tuk Wali hendak pergi bersilat atau pergi bernikah? Mak Umi dan Tuk Wali masing-masing memperkatakan cara bersilat masing-masing untuk mengalahkan musuh. Ripin yang datang dengan motosikal mengusik Tuk wali nampak hebat, iman janda-janda kampung akan gugur. Tuk Wali mengatakan bahawa dia sudah tua.
Selepas Ripin dan Tuk Wali beredar, datang Imam dan Siak. Imam memberitahu hajatnya datang demi masa depan anak muda, Siak memberitahu bahawa adalah tidak elok Wak yg sudah tua masih bersilat di gelanggang, bersepak teranjang, kadang kala sampai bergumpal-gumpal(berpeluk-peluk ,berguling-guling), tak manis dipandang orang. Mak Umi cuba menerangkan bahawa Tuk Wali dijemput main silat di majlis kahwin itu saja, Siak pula mengatakan Wak sudah tua elok kalau habiskan masa di masjid, beramal saja. Mak Umi mengatakan bahawa Tuk Wali hanya penuhkan hajat orang, meriahkan majlis, tak langgar pun batas adat, jauh sekali syariat, Wak tidak pernah meninggalkan solat malah sampai berpuluh-puluh rakaat(ucapan peng¬hormatan terhadap Allah dan Rasul-Nya semasa duduk dlm solat) satu malam.
Imam mengatakan bukan niatnya hendak mencari gaduh pasal hokum dan betul salah, dia bukan ulama fatwa, yg Imam persoalkan adat, pandangan orang. Mak Umi menanyakan Imam mengapa tidak berjumpa dengan Tuk Wali sahaja memberitahu hal itu, kenapa pula Mak Umi yg menjadi sasaran. Mak Umi memberitahu sudah hendak masuk waktu Asar, lebih baik Imam pergi ke masjid, pastikan jemaah ada di masjid, tak manis kalau jemaah yg menunggu imam. Siak memberitahu bahawa niat mereka baik, Mak Umi pula mengatakan bahawa niat hati orang Cuma Tuhan yg tahu, dia tidak reti membaca niat hati orang, namun Mak Umi mengucapkan terima kasih kepada Imam dan Siak, nanti Mak Umi akan sampaikan kepada Tuk Wali. Imam memberitahu bahawa Mak Umi tidak perlu bercakap terus terang kepada Tuk Wali diminta supaya cakap berlapik, cara memujuk. Mak Umi pula mengatakan bahwa Tuk Wali bukan budak-budak perlu dipujuk.
Babak Ketiga.
Mak Umi dan Tuk Wali duduk di beranda rumah, Tuk Wali memberitahu bahwa Piee(anak Berahim) datang ke majlis Hj Kodri buat kacau, malu Tuk Wali dibuatnya, Tuk Wali sudah minta Berahim menghantar Pie eke Pahang, di sini, kawan Piee banyak macam lalat. Mak Umi memberitahu Tuk Wali dia seorang bomoh, dialah mengubati Piee, Tuk Wali memberitahu bahwa orang merokok pun susah nak berhenti, inikan pula menagih dadah. Ibu bapanya perlu menjaga bila Piee dah baik, kalau tidak akan berulang lagi.
Kemudian, Mak Umi memberitahu Imam datang, tapi Tuk Wali tak pedulikan, masih bercakap tentang Piee yg mencuri duit RM 2 ribunya tambang ke Makkah, Tuk Wali menabung sikit demi sikit, senang diambil oleh Piee itu. Kemudian, Tuk Wali teringat kata Mak Umi tentang Imam. Mak Umi memberitahu Imam memberitahu nasihat seperti kepada Abang Ngah minggu lepas, Tuk Wali kata dia boleh berzikir, di masjid sampai mati, tetapi orang patah kaki, urat terkehel, budak kilang histeria siapa hendak berubat? Yang Imam beritahu tak manis Tuk Wali bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali tersinggung dan marah kerana sudah lebih setengah abad Tuk Wali bersilat, semua budak kampung anak muridnya. Zaman darurat, dia dilantik ketua mengawal kampung, lelaki perempuan datang bersilat dengan Tuk Wali, pada masa itu semuanya baik, semua yg dibuat manis, bila dah tua buat macam tu, tak manis dikatakan oleh Imam.
Tuk Wali ingat akan peristiwa di rumah Hj Kodri tadi, sebenarnya dia yang hendak dimalukan, dan Piee dijadikan kambing hitam. Dulu ramai yg datang melihat Wak bersilat, setiap pengunci, penangkis pukulannya dikagumi, dipuji dan dianggap hebat tapi sekarang setiap langkahnya dihina, dicemuh dan diketawakan. Apakah salahny besar, besar dosanya kalau terus bersilat? Tuk Wali berasa tidak adil, semua kerja dilakukannya hanya kerana dia masih bersilat dia dihina. Wak tidak pernah minta upah mengubati orang, tak sampai hatinya, tetapi mereka sampai hati menghina, menjatuhkan maruahnya, tergamak mereka menghina dan mempermainkan Tuk Wali di majlis orang, Tuk Wali berasa malu.
Mak Umi menyuruh Tuk Wali membiarkan Ripin anak muridnya yang bersilat, dia duduk melihat saja, tetapi Tuk Wali tidak dapat berbuat demikian, kerana lebih 50 tahun dia yang ditonton orang, kaki dan tangannya bergerak sendiri apabila gong dan gendang dipalu, tidak dapat dikawal, Mak Umi mengatakan bahawa Tuk Wali pernah memberitahu, hati yg mengawal segalanya.
Keadaan menjadi melankolik sekali, Tuk Wali mengambil bengkung silatnya lalu mengikat di pinggang, Tuk Wali kea rah beg pasir yg tergantung, ditumbuk dan ditendang sekuat hati. Tuk Wali mengambil kayu tembung, sedang asyik menarikan jurus tembung itu, Ripin dan Mariam muncul, tiba-tiba dulang yg berisi gelas plastik yg dibawa oleh Mariam terjatuh, bunyi gelas jatuh menyebabkan Tuk Wali terkejut dan menyerang Ripin dan Mariam. Akhirnya Tuk Wali berhenti menyerang, masing-masing keletihan. Ripin dan Marim memberitahu ada 4 orang murid baru nak belajar silat sebab itu mereka membawa kuih dan semua keperluan untuk ijazahkan murid baharu. Tuk Wali memberitahu bahawa dia sudah tua, Ripin dan Mariam memberitahu bahawa mereka boleh mengajar tetapi Tuk Wali mesti berada di sisi gelanggang kerana mereka masih perlukan tunjuk ajar Tuk Wali. Tuk Wali mahu mereka mengambil alih tempat Tuk Wali, Ripin tidak sanggup kerana masih belum bersedia, Mariam juga belum bersedia. Mereka hairan kenapa tiba-tiba Wak tidak mau mengajar lagi dan meminta maaf kalau mereka ada buat silap. Tuk Wali menjelaskan bahawa Ripin dan Mariam anak murid terbaiknya, dia sudah tua tidak larat lagi nak mengajar, sudah lebih 50 Wak mengajar tanpa rehat.
Ripin dan Mariam berharap Tuk Wali mempertimbangkan keputusannya sebab mereka perlukan bimbingan Wak, orang lain dalam kampung sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau mengajar pun mereka kenakan bayaran, tidak ada yg sanggup mengajar dengan ikhlas kerana anak bangsanya.
Kemudian Tuk Wali mengambil keris istimewa Keris Ganja Seiras Naga Berjuang dan menceritakan asal usul keris itu. Tuk Wali sudah setengah abad mewarisi keris itu dan sudah sampai masa Ripin menjadi pewaris keris itu. Walaupun keris itu keris tua tetapi lambang kegagahan para pendekar zaman silam yg telah rela mengorbankan diri. Minta Ripin adakan majlis di masjid lama, dalam majlis itu nanti Wak anak serahkan keris itu kepada Ripin. Ripin enggan menerimanya kerana merasakan dirinya kecil dan lemah, keris itu terlalu besar dan berat. Kemudian, Wak menceritakan hasil pembuatan keris itu, Ripin masih tidak sanggup menerimanya dan Mariam pula memberitahu bahawa keris itu bukan milik generasi mereka, keris itu masih menjadi milik wak dan generasi orang tua mereka bahawa mereka belum bersedia. Perbualan mereka tergantung dengan kedatangan dua orang pemuda memberi salam.
Halim wartawan majalah Pejuang memberi salam, sudah lama dia berhajat untuk bertemu Wak, Jamil juga memberi salam dan dapat merasakan tangan Wak yg keras macam hendak patah jarinya. Tuk Wali berkata bahawa nama Halim bermaksud “tahu”, Jamil pulak dalam bahasa Arab bermakna cantik, bagus.
Jamil mengambil gambar Wak, Halim menanya mengapa Ripin memanggil Tuk Wali, wak orang lain panggil Tuk Wali. Ripin menjelaskan bahawa Tuk Wali panggilan biasa orang kampung ringkasan daripada Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Salam. Semua murid atau bekas murid panggil Wak Raja, atau wak saja.
Halim ingin tahu cerita empat perompak kedai emas itu daripada mulut Tuk Wali sendiri. Kisah itu berlaku secara tak sengaja, masa itu wak baru balik dari klinik, demam, singgah sekejap kerana letih kebetulan ada kerusi kosong di kedai emas itu, Wak tumpang duduk, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di depan kedai, 4 orang pemuda lari masuk ke dalam, satu orang pakai pistol, ugut pengurus kedai, 2 orang lagi pakai kapak, habis diketuk cermin barang kemas, dikaut semua barang kemas masuk ke kantung. Seorang datang ke arah Wak ajukan parang kontot dekat leher, tanya di mana senapang, wak beritahu senapang ada di rumah, senapang untuk tembak tupai aje, perompak itu tak percaya dan marah, perompak letak parang dekat leher, wak elak dan elak, suatu tika dia terlewat sikit, tuk tendang sekuat hati celah kelangkang, jatuh ke dalam longkang, pengsan, yg pegang pistol keluar tengok , tuk ayun bangku bulat tepat kena mukanya, menjerit, mukanya berdarah, pistolnya jatuh entah ke mana, dua orang menyerang tuk dengan kapak, tuk elak, serangan bertubi-tubi, tuk terlanggar kerusi jatuh terlentang. Dua orang itu ayun kapak nak bunuh, tuk sudah tak berdaya nak melawan, hanya berdoa, tetapi Tuk terpegang pistol lalu mengacu pistol ke arah perompak, mereka buang kapak, melutut dan menangis merayu-rayu.
Jamil bertanya kepada Wak kalau perompak melawan adakah dia akan tembak, wak beritahu bahawa dia tak tau guna pistol, senapang patah tau. Tuk memberitahu semua yg berlaku kebetulan saja kalau disuruh ulang sekali lagi, dia tak berani.
Ripin mengatakan kisah wak menewaskan 4 perompak itu tidak sehebat kisah Wak mempertahankan kampung daripada serangan komunis. Ramai yg dibunuh oleh Wak. Kemudian, Jamil ingin belajar bersilat, Halim mintak Wak tunjukkan dua tiga jurus. Wak pun mengajar Jamil cara menggenggam penumbuk dengan betul dan cara menepis, Halim ikut.
Kemudian, Mak Umi keluar dari rumah membawa bekas sirih, Wak perkenalkan Mak Umi isteri ketiganya, dua lagi sudah meninggal,
Mak Umi bertemu jodoh dengan Tuk Wali di gelanggang juga, Mak Umi juga guru silat, ramai yang kalah di tangannya. , muncul Piee yg baru keluar dari pusat pemulihan, Wak jadi tidak senang dengan kehadiran Piee. Jamil bertanyakan siapa Piee, Ripin memberitahu Syafiee itu cucu tiri Wak, salah seorang murid handal Wak, kalau dia bersilat, macam tengok filem. Mariam mengatakan kalau Syafiee bersilat lagi mungkin dapat menggantikan Wak.\
Halimd an Jamil meminta diri kerana hari sudah lewat, mereka terlewat kerana sesat, mereka akan datang untuk mencungkil banyak lagi kisah Wak. Ripin dan Mariam pergi mencari budak yg hendak belajar silat sudah pukul 10 malam masih tidak muncul, di dalam rumah terdengar Wak mengherdik Piee sambil marah, Ripin dan Mariam yg mendengar bunyi bising kembali tetapi Mak Umi melambai tangan minta mereka beredar.
Wak marah kerana Piee masuk ke biliknya, Wak syak Piee hendak mencuri lagi, Piee bersumpah dia tidak mengambil apa-apa sambil membuka baju dan menari isi poket seluar, katanya dia cuma nak tumpang tidur lepas makan tadi.Tuk Wali dan Mak Umi bertegang leher pasal Piee, Piee diminta balik ke rumah, Tuk Wali masuk semula ke rumah memadamkan api.
Datang 4 orang pemuda ke halaman rumah Tuk Wali, satu bawa guitar yg lain berpakaian rugged. Melihatkan gelap sahaja rumah Wak, mereka duduk dan tunggu, sambil menyanyi lagu dan menari-nari. Tuk Wali keluar kerana mereka membuat bising, pemuda3 kena penampar Wak, dikatakan biadab, ditanya mengapa berada di halamannya, mereka memberitahu bahawa mereka hendak belajar silat, Tuk Wali minta mereka balik belajar berbahasa dengan orang tua dulu,
Ripin dan Mariam muncul, Wak minta Ripin suruh budak-budak itu balik kerana tak mau tengok muka mereka. Pemuda-pemuda itu mengatakan bahwa belajar gusti lebih baik, belajar main gitar dekat simpang empat sana itu, jauh dari rumah orang.Tuk Wali mendengar kata-kata budak-budak dan menanya Ripin adakah budak-budak itu nak dijadikan anak muridnya.Ripin menyuruh Wak berehat , hari sudah larut, hal budak-budak itu dia akan uruskan esok.

Babak Keempat:
Siak datang ke rumah Tuk Wali dengan cara yg agak kasar, mengajak Tuk Wali berlawan, bersilat. Wak menanyakan sebab Siak hendak berlawan dengannya? Siak memberitahu bahawa Wak menampar anak cucu orang ikut suka hatinya saja. Rupa-rupanya pemuda yang ditampar oleh Wak semalam adalah cucu Siak. Tuk Wali mengambil dua bilah sundang(keris yg bilahnya lebar spt bilah pedang.) Wak memberitahu itu cara dia berlawan, penumbuk kosong mainan budak-budak, Wak mencampak sebilah sundang dan tercacak di tanah, Wak minta Siak mengambil sundang itu dan mereka boleh mula berlawan.
Mak Umi keluar dan nampak Wak dan Siak siap berlawan, Siak beritahu walaupun mereka tidak pernah bertemu di gelanggang tetapi Siak tahu semua langkah Wak. Wak pun memberitahu Mak Umi bahawa bekas tunangnya memang benar, Mak Umi keluar menuju ke rumah Ripin.
Pertarungan terjadi antara Siak dengan Wak, Ripin muncul dengan tidak berpakaian lengkap berdiri di tengah-tengah antara Siak dengan Wak. Siak menyerang, Ripin berjaya merampas sundang dan mengunci pergerakan Siak, selepas beberapa ketika baru Ripin lepaskan Siak. Siak mengatakan Wak berlindung dengan kekuatan muridnya, Wak minta Ripin jangan masuk campur dan kembalikan sundang kepada Siak
Ripin memujuk Siak untuk balik, kalau ada masalah, mereka selesaikan secara berunding, Tuk Wali pun mengatakan bahawa Siak sudah lama berdendam dengan Wak, sejak Wak kahwin dengan Mak Umi, semua yg dibuat oleh Wak tidak disenangi oleh Siak, Siak mengumpat, fitnah dan menghasut orang masjid supaya pulaukan Wak. Mak Umi meminta Wak hentikan semuanya, malu, Mak Umi minta Ripin menghantarnya ke rumah Berahim sebab tidak mau melihat dua orang dungun bergaduh. Ripin serba salah, berfikir sejenak pun mengikut Mak Umi.
Tinggal Siak dan Wak di gelanggang, Wak lontarkan sundangnya , Siak yg tidak bersenjata berasa agak gusar pada awalnya, tetapi kemudian beredar dari halaman rumah Wak tanpa sepatah kata. Tuk Wali dgn wajah hampa menjerit sambil melepaskan penumbuk di awangan. Menyisip kembali sundangnya dan duduk di beranda, Tuk Wali tertidur lena hingga datang mimpi yg amat indah
Tuk Wali bermimpi gelanggang dipenuh dengan murid yg lengkap beruniform, murid-murid di tepi gelanggang mengibarkan panji-panji pelbagai warna, bunyi gendang dan gong bertalu-talu, di tengah gelanggang sekumpulan pemuda gagah sedang membuat jurus-jurus yg padu dan hebat, di tengah-tengahnya muncul Tuk Wali dengan tengkolok dan pakaian pahlawan yg cantik berkilauan. Langkah Tuk Wali langkah pendekar.
Babak Kelima:
Tuk Wali masih tidur di beranda, Piee masuk dengan cara mencurigakan, masuk ke rumah, beberapa ketika dia pun keluar melihat Wak masih tidur nyenyak. Piee ke arah dinding beranda, mengambil biola dan salah sebilah keris yg tersisip, lalu melangkah turun, semasa turun, dia terlanggar sesuatu, Tuk Wali terjaga daripada tidur, terus melompat ke bawah lalu menghalang langkah cucunya.
Tuk Wali minta Piee letak balik keris pusaka itu, keris lambang perguruan. Piee pula mengatakan bahawa Tuk Wali melayan dia macam samaph depan orang lain, mengatakan bahawa dia ada maruah, Tuk Wali membalas mencuri keris pusaka ini dikatakan bermaruah? Piee mengatakan Wak sudah tua, tidak ada gunanya keris itu kepada Wak, kalau dijual boleh mendapat beratus ringgit.
Piee menghunuskan keris itu dan menikam Wak bertubi-tubi. Pertikaman hebat terjadi. Piee menjatuhakn biola yg dipegangnya, Tuk Wali mengutip biola itu. Tiba-tiba Piee menerkam dan menikam Tuk Wali, Tuk Wali cuba elak tetapi gagal terkena perutnya, Tuk Wali menyerang dgn cepat dan berjaya merampas keris dari Piee, keris terpacak di tanah, Piee bangkit lalu menyambar biola dan terus melarikan diri.
Tuk Wali mengambil kain dan mengeluarkan serbuk akar kayu dan mengikat perutnya yg luka. Tuk Wali mengambil keris yg terpacak di tanah dan dipegang erat. Tuk Wali menikam dan melibas keris , darah makin banyak keluar dari perutnya, Tuk Wali membuka ikatan, darah makin banyak mengalir, tenaga tuanya tidak mampu membawa dia balik ke beranda, Tuk Wali terbaring di tengah gelanggang.
Ripin sampai dan terkejut melihat keadaan Wak dan bawa Wak ke hospital, tetapi Wak tidak mahu ke hospital. Ripin mengambilkan Wak keris yg terpacak di tengah gelanggang, Tuk Wali memegang keris itu lalu menyerahkannya kepada Ripin menyuruh menjaga keris perguruan mereka lalau mengucap dua kalimah syahadat.
Ripin mendakap Wak sambil meraung, Wak menghembuskan nafas terakhir, Tuk Wali kecundang di tengah gelanggangnya sendiri. Ripin menghunus keris, dia melihat mata keris yg berlumuran darah, menangis dan marah kerana Tuk Wali telah banyak berjasa kepada kampungnya dan Ripin bersumpah akan menuntut bela atas kematian Wak, Ripin menganggap Siak yg membunuh Wak.
Siak dan Imam masuk terkejut melihat Ripin memegang keris dan Tuk Wali terlantar kaku, mereka menyangka Ripin membunuh Tuk Wali.
Imam menanyakan sebab Ripin membunuh Wak, Ripin tidak mempedulikan kata-kata Imam. Siak pula mengatakan bahwa Ripin murid terbaik Wak layak mendapat keris itu tetapi caranya salah. Ripin bangkit dan memandang wajah Siak dengan bengis dan penuh dendam.Ripin mengatakan bahwa Siak telah bunuh Wak. Imam pula meminta Ripin memberikan keris itu kepadanya, keris itu patut diletak di masjid selepas kematian Wak, Ripin tidak berhak atas keris itu.
Ripin curiga mengapa dengan tiba-tiba Imam dan Siak berminat dgn keris itu. Ripin mempersoalkan Siak dan Imam yg sepatutnya risaukan gelanggang Wak tidak berguru, risau siapa yang akan menggali liang kubur Wak, kenapa keris itu pula yg menjadi penting kepada mereka. Mak Umi dan dan Mariam sampai, dan menanyakan siapa membunuh Wak, Siak dan Ripin masing-masing mengatakan pihak lain yg membunuh Wak.
Mariam menanyakan siapa sebenarnya membunuh Wak, Siak mengatakan Ripin, Mak Umi menafikan kerana Ripin menghantar Mak Umi ke rumah Berahim ketika Siak sedang berlawan dgn Wak. Ripin meluru ke arah Siak yg mau melarikan diri, Imam cuba menghalang Ripin
Epilog: siapakah pembunuh Wak yg sebenarnya? Syafiee, si penagih dadah?, Ripin atau Siak atau anda semua? Ramai Tuk Wali yg telah gugur kecundang di bumi tercinta ini? Apakah kita masih mahu terus menjadi penonton kepada semua ini? Siapakah daripada generasi ini yg akan meneruskan gelanggang Tuk Wali?


1996 Perpustkaan Negara kajian- 2 buah buku
2010, secara purata rakyat Malaysia membaca 7-8 buah buku

Prosa Tradisional 2: Merah Silu

Prosa Tradisional 2: Merah Silu
Merah Gajah berkahwin dengan Puteri Betong, tidak berapa lama, Puteri Betong hamil melahirkan seorang anak lelaki diberi nama Merah Silu. Kemudian Puteri Betong hamil lagi lahir seorang anak lelaki diberi nama Merah Hasum.
Puteri ada sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya, tidak diketahui oleh suaminya sehingga satu hari, terlihat oleh suaminya ketika puteri menyikat rambut. Merah Gajah ingin membantun(mencabut) rambut sehelai itu
Jawab puteri, jika rambut itu dicabut tentu dia akan bercerai dengan suaminya.
Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambutnya, tidak dibenarkan oleh puteri. Suatu hari, semasa puteri sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang keemasan itu. Baginda meyangkat tidak ada apa-apa akan berlaku, apabila rambut dicabut, keluarlah darah dari liang rambut, sebaik sahaja darah berhenti mengalir, Puteri Betong pun hilang
Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad bahawa puterinya telah hilang kerana dicabut sehelai rambut di tengah kepala oleh Merah Gajah. Setelah Raja Muhammad mendengar khabar hamba itu baginda berasa amat marah.Baginda menghimpunkan semua askar pergi mendapatkan Merah Gajah dan membunuhnya.
Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad bahawa anaknya mati dibunuh oleh bapa mentuanya kerana mencabut sehelai rambut di tengah kepala Puteri Betong, pada Merah Gajah tidak akan mati Puteri Betong disebabkan rambut yang berwarna keemasan itu dicabut.
Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad terlalu marah, dengan serta mereta baginda menghimpunkan semua askar lengkap dengan segala senjata
Pada masa yg sesuai, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Bunyinya sangat kuat dan didengar oleh rakyat. Askar kedua-dua pihak banyak yg mati dan luka kerana beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu, Rajah Muhammada dan Raja Ahmad mati.
Tinggal Merah Silu dan Merah Husam berdua dan saki baki rakyat yg hidup. Mereka menyembah akan taat setia kepada kedua-dua anak raja itu untuk terus tinggal di negeri itu.
Tidak berapa lama kemudian, Merah Silu memberitahu Merah Hasum bahwa tidak ada makna mereka tinggal di negeri itu kerana nenek dan ibu bapa mereka telah hilang dalam negeri Semerlanga ini. Kalau mereka tinggal di negeri ini tidak akan memberi manfaat, lebih baik mereka berpindah dari negeri ni dan mencari tempat yang boleh diduduki.
Setelah sepakat, pada masa yg sesuai, mereka pun keluar dari negeri Semerlangga ikut arah matahari terbenam. Mereka berhenti di sebuah tempat, kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Tuhan mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.
Pada suatu hari, Merah Silu bermain di sungai dan melihat terlalu banyak ikan di dalam sungai itu. Apabila Merah Silu pulang ke rumah, dia menyuruh orang membuat bubu. Setelah siap, Merah Silu pergi ke hulu sungai utnuk menahan bubunya.
Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya, didapati bubunya dipenuhi oleh cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing dan memasang bubunya semula. Pada keesokan harinya dia pergi melihat bubunya, begitu juga, bubu itu penuh dengan cacing. Dibuang cacing, dan dipasang bubu itu lagi. Keesokan hari, bubunya masih dipenuhi oleh cacing.
Merah Silu berfikir dalam hatinya, cacing itu mungkin kurniaan Tuhan kepadanya.
Cacing itu dibawa pulang ke rumah lalu dimasukkan ke dalam kawah. Direbus semua cacing itu. Dengan takdir Tuhan, semua cacing itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu pun menjadi kaya kerana mendapat emas dan perak
Orang pun bercerita kepada Merah Hasum tentang hal Merah Silu dikurniakan Tuhan emas dan perak. Mereka memberitahu bahawa Merah Silu membawa pulang cacing gelang-gelang yg masuk ke bubunya dan direbus cacing itu, Merah Hasum diam tidak berkata apa-apa.
Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya supaya mencari muslihat menangkap kerbau jalang yg tidak berguna kepada mereka. Merah Silu mau kerbau itu.
Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak supaya membuat anderak(lubang) besar. Besarnya lubang itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah mulut lubang itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut lubang itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk atau keluar. Pintu lubang itu disumbat dengan segumpal tanah.. pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yg di dalam anderak itu dijinakkan dnegan mencucuk hidungnya.
Sampailah berita itu kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yg tidak disukai oelh orang ramai. Tempat itu dinamakan Kerbau Kampung.Merah Hasum memanggil seorang hamba suruh pergi memberitahu Merah Silu mengapa Merah Silu bermain binatang yg tidak berguna kepada orang yang banyak itu, membawa malu saja, kalau Merah Silu tidak mendengar kata Merah Hasum, hilanglah dia dari negeri ini, jangan Merah Silu duduk bersama-samanya.
Hamba Merah Hasum menyampaikan nasihat itu kepada Merah Silu, setelah mendengar, dan menimbangkan kata-kata Merah Hasum, Merah Silu berfikir dalam hatinya Kalau begitu kata Merah Hasum, baiklah dia akan mencari tempat tinggal.
Pada hari yg baik, Merah Silu pun berjalan meninggalkan kampung itu, dibawanya segala harta dan kerbaunya. Kira-kira 7 orang yg membawa senawat(cemeti daripada rotan untuk menyebat kerbau). Bukit yg dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan. Tidak berapa lama berjalan, Merah Silu sampai di hulu Sungai Pasangan, lalu di simpang di hulu Karang. Merah Silu pun tinggal di negeri itu.
Setelah tinggal beberapa lama di dalam negeri itu , padang di situ habis dimakan oleh kerbau, demikian juga pisang orang di situ. Orang di dalam negeri menanya binatang apa yang dibawa Merah Silu, habislah tanaman mereka musnah dimakan oleh binatang itu. Kalau demikian, Merah Silu jangan tinggal bersama mereka.
Merah Silu menyuruh mereka bersabar sementara dia mencari tempat tinggal yg lain
Merah Silu pergi mencari tempat yg lain, dia berjalan ke mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Kata Megat Iskandar kepada Merah Silu apa permintaan Merah Silu kepada Megat Iskandar.
Merah Silu memberitahu bahawa dia tidak ada tempat tinggal, oleh itu dia meminta Megat Iskandar memberinya tempat tinggal
Megat Iskandar mengajak Merah Silu tinggal bersamanya ,ladang di sini luas, dan banyak tempat untuk kerbau makan.
Merah Silu memberitahu jika Megat Iskandar sayang akan dirinya apa salah kalau Megat Iskandar menjadi bapanya.
Merah Silu pun mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya dibawa ke Buluh Telang. Merah Silu tinggal di situ
Merah Silu sangat suka menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yg kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka balik, Merah Silu memberi mereka seekor kerbau. Orang yg datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.
Megat Iskandar dan Megat Kedah ialah kakanda kepada Sultan Maliku’I-Nasar di Rimba Jerun. Semua rakyat serta kedua raja itu sayang akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh semua rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskanar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar apa pandangan mereka terhadap Merah Silu. Pada pandangan Megat Iskandar adalah baik jika mereka jadikan Merah Silu raja kerana memang pun asalnya Merah Silu raja, lagipun Merah Silu hartawan, dapat mereka menumpang bersuka kepada Merah Silu
Antara yg hadir, ada seorang bernama Tun Aria Benong, dia tak mau Merah Silu dijadikan raja katanya jikalau Merah Silu menjadi raja, tentu anak cucu mereka diperintah oleh Merah Silu
Megat Iskandar bermuafakat dengan semua orang dan baginda tetap hendak merajakan Merah Silu, lalu Merah Silu diangkat menjadi raja.
Setelah Merah Silu menjadi raja, datang Sultan Malaiku’I-Nasar ke Rimba Jerun, maka Merah Silu berperang dengannya. Sultan Maliku berundur ke sebuah negeri bernama Benua lalu dia bertahan dan berbuat istana. Beberapa lama Sultan Maliku tinggal di situ, pada suatu hari, datang Merah Silu memerangi Sultan Malaiku lalu Sultan Malaiku berundur ke rimbanya. Merah Silu menamakan tempat itu Pertama Terjun. Sultan Maliku berundur lagi dan sampailah di sebuah negeri, dan membuat istana di negeri itu.
Tidak berapa lama kemudian, Merah Silu mengetahui bahawa Sultan Malaiku berhenti di suatu tempat dengan semua hulubalangnya dan rakyat. Merah Silu memerangi Sultan Malaiku, ramai orang mati dan luka. Sultan Maliku berundur dan melepaskan diri ke Gunung Telawas lalu dikepung oleh Merah Silu. Sultan Malaiku dapat melepaskan diri daripada kepungan itu. Tempat itu dinamakan Kubu dan kekal hingga sekarang. Sultannya pun berpindah ke suatu negeri, sampailah di suatu jurang yg picik (tidak luas) lagi dalam dan kersang(kering). Dinamakan negeri tu Pekersang. Sultan Malaiku terus berundur ke Kumat.
Beberapa lama Sultan Malaiku duduk di Kumat dengan segala hulubalang dan rakyat, lalu mereka membuat kota. Setelah kota siap diperbuat, sampai khabar kepada Megat Iskandar. Megat Iskandar pergi ke Kumat lalu berperang. Banyak hulubalang yg telah mati dalam peperangan itu. Sultan Maliku kalah dan segala rakyat serta askar tidak diketahui mana perginya. Antara hulubalang itu ada seorang bernama Tun Arian Benong yg lari ke negeri Barus. Apabila tiba di Barus, dia ditangkap oleh Raja Barus.
Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.

Cerpen 4 : Pemain Catur

Cerpen 4: Pemain Catur
Uj mengajak adik bongsu kesayangannya berlawan untuk melihat siapa yg hebat dan bijak. Um terkejut sehingga buah catur terjatuh ke lantai.Um mengatakan tidak berminat tetapi Uj mengatakan adiknya berbohong kerana sudah berbulan-bulan Um berlatih dengan mengajak U1, Us, Uk dan Ur menjadi pasangan bermain. Um menafikannya sebenarnya Um tengah memikirkan penyakit darah tinggi ibunya.
Uj mengatakan itu bukan tugas Um, mereka dua mengupah 2 orang doktor keluarga untuk mengubati penyakit ibu mereka, berapapun kosnya dibayar oleh mereka.
Semua tahu Uj, Us, Uk, Ur dan seluruh adik-beradik serta saudara-mara daripada institusi keluarga besar dan unggul itu di bawah penerajuan Uj. Um ditatang dalam dulang emas(amat disayangi) sehingga Us terasa kerana terpaksa memberi laluan kepada Um. Um dididik sepenuh kudrat, apa sahaja ilmu diajarkan kepadanya termasuk ilmu bermain catur yg menjadi kebanggaan keluarga.
Uj selalu mengingatkan bahwa mereka daripada keturunan pemain catur yg terhandal di dunia. Moyang kepada moyang mereka drpd keturunan al-Hakam, rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu seorang drpd 2 pemain shatrani yg disegani dua beberapa ratus tahun dahulu. Moyang mereka sebenarnya lebih handal daripada Abu Bakar as-Suli, atau Abul al-Muzaffar tetapi disebabkan tidak pandai menonjol diri, namanya tenggelam.
Uj memberi kuliah panjang lebar kepada Um ketika dia masih muda remaja tentang keturunan al-Hakam yg mengembara ke serata dunia menyebarkan syiar Islam. Ada yg datang ke Tanah Melayu, beranak-cucu di sini dan mereka adalah zuriat kebanggaan itu kerana berjaya meneruskan tradisi keluarga menjadi pemain catur yg disegani.
Um tidak tahu bermain catur, dia hanya tahu main dam, Uj mengatakan bahawa pandai main dam ialah permulaan kpd catur. Uj menggilap bakat Um sahaja kerana adik-adik lain tidak sesuai dengan jiwa Uj menganggap Um ada bakat anugerah semula jadi. Berharap Um akan menggantikannya apabila dia mati nanti. Itu hak istimewa Uj sebagai ketua keluarga boleh ketepikan adik-adik yg lain.
Uj memberitahu Um bahawa catur merupakan sukan tertua di dunia selain memanah, walaupun tidak dihiraukan oleh Um, Uj terus memperkenalkan Um kepada dunia catur, dulu ada 3 versi permainan iaitu ashtapada, senet, dan petteia.
Ms 145 sejarah catur
Uj mahu nama keluarganya dilakar semula di papan catur sebaris dengan Gary Kasparov, Paul Keres atau Mir Sultan Khan. Dunia lebih kenal Boby Fischer atau Alexander Alekhine dan Anatoly Karpov sebagai juara catur abad lalu.
Um yg sudah dirasuk semangat kegemilangan bangun menggengam erat tangan Uj disaksikan oleh ibu mereka sebagai tanda taat setia untuk berjuang menjulang nama al-Hakam yg pernah menjadi juara catur terbaik dunia sebelum kurun ke-17.
Sebelum bermain catur, Uj menguji pengetahuan Um dalam permainan dam. m/s 146 tentang cara bermain catur, biji-biji catur seperti raja, permaisuri, kuda, paderi dan istana dll.
Uj memberi semangat dan kebanggaan kepada Um untuk terus menarik minat Um bermain catur. Uk berbisik bahawa Um tekun menelaah sebuah buku tebal dan besar tentang permainan catur yg dibeli dgn harga mahal dari luar negara. Uj tidak senang dengan bisikan bahawa Um mahu mengatasi kehandalan Uj.
Uj sudah bergelar IGM, Um baru 3 tahun lalu meraih gelaran NM, dengan pertolongan dan pengaruh Uj, UM mendapat IM, Uk menjadi batu api membakar perasaan Uj.
Uj memaksa Um mengadakan satu perlawanan terbuka di hadapan keluarga, tujuannya Cuma satu mahu memperlihatkan Um masih mentah dibandingkan dengan dia. Um terpaksa menerima cabaran Uj yg bertalu-talu, seluruh dunia menjadi ruwet(banyak cakap). Perlawanan jurulatih dengan pelatih, pemilik gelaran IGM dengan pemegang gelaran FM.
Sebagai pemegangn IGM, Uj yakin dapat menewaskan Um Cuma keajaiban sahaja yg memungkinkan Um menewaskannya. Ada ahli keluarga yg tidak senang dgn perlawanan ini, tidak perlu untuk Uj membuktikan apa-apa, perlawanan itu sekadar memalukan Um yg sudah pasti kalah tetapi Uj sukar dipujuk dan enggan mendengar nasihat.
Um bermula dgn buah catur putih tetapi ditepis oleh Uj bahawa putih itu miliknya, Um pakai buah catur hitam. 3 hari 3 malam mereka bermain, Um tahu memang Uj pemain yg hebat tetapi dalam permainan catur kadang-kadang pemain tidak bernama dapat menundukkan pemain pilihan.
Uj menjadi cemas, segala ilmu dan pengalaman yg dikumpul dipratikkan namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um. Um mengalih mat untuk meneguk minuman tiba-tiba ada sesuatu yg tidak kena, caturnya tadi ke kanan, tiba-tiba beralih ke kiri, Um cuba mengembalikan kedudukan buah catur ke kotak asal, Uj menuduh Um cuba menipu, Um pula menuduh Uj yg menipu sebab tidak ada orang berani mengalihkan buah catur. Um ke bilik air untuk membasuh muka, semasa kembali, Uj tidak ada di meja percaturan. Um berfikir keras untuk mencari jalan kemenangan.
Sebaik-baik Um duduk, sebotol asid yg terkuis kaki Um tumpah, Um meraung kesakitan, sesisi keluarga gempar.
Ibu yg melihat keadaan berasa tertekan dengan perbalahan adik-beradik kerana ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Ibu tidak tertanggung kesedihan yg terpendam diserang angin ahmar(stroke中风). Us, Uk, UI yang lain menafikan mereka yg bertanggungjawab meletakkan botol asid di bawah meja. Tuduh-menuduh makin menjadi-jadi, siapa yg takut kalah? Siapa yg mengkhianati siapa? Semua belum berjawab kerana pencarian bukti masih dalam penyelongkaran. Yang pasti sakit ibu kian tenat, ahli keluarga sudah berpecah-pecah, sebahagian berdiri di sebelah Uj, sebahagian di sebelah Um. Apakah ini suatu petanda buruk, permulaan bagi kejatuhan keluarga besar dan utuh itu? Inilah paling menakutkan, dan paling tidak diingini.

Cerpen 3; Israk

SINOPSIS
Mikraj melihat Wah yg sudah tua tetapi langkahnya masih pantas dan teratur keluar dari Sungai Perak seperti seorang primadona(model). Mikraj dari Bukit Antarabangsa. Mikraj dan Adam baru sampai, mereka ikut Wah naik ke tangga rumah Wah, Adam pernah menyatakan hasrat membawa Wah tinggal di KL tetapi Wah menolak dengan pelbagai alasan. Gambaran ketidakselesaan terbayang pada wajah Israk. Dia menjodong, mujur dia membawa guitar yg dibeli di Buenos Aires penghibur ketika bosan. Siti Hawa menggeleng melihat telatah Israk. Israk dibesarkan di Perth tidak pernah ke rumah Wah. Kali pertama dia melihat Wah dari dekat.
Wah menjemput anak, mentua dan cucu ke dapur untuk makan buah-buahan yg dipungutnya. Mikraj mengintai Wah melalui langsir pintu bilik , Wah bersolat sebaik sahaja azan selesai berkumandang.Mikraj berteriak ketika melihat isi durian yg keemas-emasan. Siti Hawa berebut dengan Mikraj mendapatkan “kucing tidur”(durian). Israk langsung tidak sentuh. Tak bangga merasa buah percuma, matannya memperli keadaan sekeliling, hidungnya mengejek aroma buah-buahan di depannya.
Adam menghulurkan sepulur durian kepada Israk, bertambah muak Israk lalu menolak dengan baik kerana di depannya seorang wira keluarga, jadi Israk terpaksa berlakon. Adam menceritakan kisah dulu untuk menyedarkan Israk akan asal-usulnya, bagaimana buah dari kebun Wah yg menghantar Adam menjadi insan yg dominan, Adam bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan rezeki itu, kalau tidak, Adam akan bekerja di tapak binaan atau ladang kelapa sawit.
Israk menyatakan itu sudah menjadi sejarah tidak perlu diingati lagi, Adam mengatakan kalau bukan kerana sejarah mereka tidak akan hidup, contoh sejarah kemerdekaan negara, jika mereka tidak mengambil iktibar(pengajaran) drpdanya tentu mereka akan melakukan kesilapan yg sama.
Wah yg keluar dari bilik selepas sembahyang memberitahu bahawa dia mengutip buah itu semata-mata untuk Israk, Israk mneggeliat menepis tangan berbelulang itu.Mikraj memberhatikan sahaja.
Israk merungut ketika hanya dihidang cekodok sahaja, Mikraj menegur abangnya yg cerewet macam perempuan, disuruh Israk makan saja atau mati kebuluran. Israk berasa buang masa sahaja tinggal di situ. Mikraj marah akan sikap Israk kerana berlagak sungguh, belum sedarkan diri.
Israk cuba memasang TV hitam malang tiada apa-apa pada skrin, lalu meninggikan suaranya mengatakan TV pun rosak. Mikraj sudah hilang sabar bangun mengatakan bahawa Wah itu lebih tua drpd mereka lagipun Wah itu nenek mereka, tentu orang pandai seperti abangnya tahu akan tanggungjawab. Abangnya terlalu mengikut hati, atma(jiwa/nyawa), perasaan, jiwa, kalbu, garisah/garizah(naluri), naluri dan termasuk nafsu. Sepatutnya abangnya yg memandu hati bukan sebaliknya dikuasai oleh hati.
4 Oktober orang dari Majlis Daerah datang ke rumah Wah, ingin membeli rumahnya untuk dijadikan pusat pelancongan. Wah menolak kerana berpegang kepada amanah ibunya. Wah dibantu oleh Lebai Saleh dalam memberi alasan munasabah agar pihak tersebut tidak kecil hati
Semasa Wah muda, Lebai Saleh bertakhta di hatinya, tetapi mereka terpisah kerana Lebai Saleh melanjutkan pelajaran ke Mesir, apabila pulang, Lebai Saleh sudah beristeri dan beranak, Wah pula menjadi milik Firdaus Frank, anak buah Frank Swettenham.
Mikraj tersentak drpd lamunan ketika Wah mengacannya(mengacah), mereka bergurau, Wah ketawa Cuma 3 dekah, kata Wah ketawa lebih-lebih akan gelap hati(sukar untuk belajar). Israk yg melihat dari jendera tidak berputik (mengeluarkan /melahirkan)sekelumit(sedikit sahaja) pun perasaan cemburu.
Mikraj menanya Wah orang yg melintasi mereka, Wah memberitahu itu Man Bujal, kawan Mikraj ketika kecil dulu, sudah jadi doktor. Mikraj hairan melihat Man Bujal kurus kering menjadi doktor. Wah memberitahu Man Bujal menjadi doktor kepada dirinya sendiri, Israk pula menyampuk dari atas bahawa orang di kampung itu apabila impian terkubur, cari jalan belakang. Mikraj menyuruh Israk jaga mulutnya, ditegah oleh Wah disuruh jangan cari gaduh, Mikraj mengatakan bahawa abangnya sudah melampau
Israk merungut kerana makan jering tempoyak lagi, hati Wah terkedu mendengar kata Israk, dipandang al-Maidah di atas meja, itu yg menjadi makanan saban hari Wah, Israk sahaja tidak mengerti. Mikraj dan Israk berperang mulut, disuruh Israk makan rumput. Israk mengatakan bahawa dia menyesal tinggal di situ lalu meninggalkan dapur dan melepaskan geram pada langsir kuning raja Wah, dawai langsir terputus dan langsir menjilat lantai kayu merbau. Wah memandang Mikraj dan langsir bersilih ganti.
Mikraj menyuruh abangnya kebun sebelum menjadi ahli korporat, Israk enggan, Mikraj mengejek abangnya takut akan nyamuk, agas atau seram dengan nyanyian cengkerik dan menanyakan sebab abangnya terlalu berlagak akhir-akhir ini. Israk pula mengatakan adiknya itu menjaga tepi kain orang.
Mikraj kasihan melihat Wah yg diherdik, dihina, dikeji, disakiti oleh Israk, tujuan Mikraj membawa Israk balik kampung agar Israk dapat melihat sendiri kehidupan Wah, Wah memelihara Israk sejak dia berusia satu hari sehingga Israk dibawa lari oleh datuk “Perth”, sejak itu Israk tidak kenal Wah. Mikraj mahu abangnya belajar erti kepayahan, kekecewaan dan ketabahan seorang wanita, Wahlah orangnya, Kata Mikraj mulai menangis.
Perhubungan Mikraj dan Israk tidak lagi rapat sejak Mikraj memilih sastera, mereka seperti minyak dengan air. Mikraj mengajak Israk berkenalan dengan alam. Israk tidak suka dipaksa, baginya itu hanya membazirkan masa tidak seperti Mikraj boleh menulis puisi dengan melihat alam.Mereka bertikam lidah lagi ditegah oleh Wah.
Wah memberitahu bahawa dia tahu Israk tidak selesa tinggal di kampung, makan makanan tradisional, tinggal di rumah buruk, melihat pokok yg mencakar langit saja. Wah tahu Mikraj dan Israk tidak sehaluan tetapi pantang nenek moyang Wah bertekak di dalam rumah ini, kalau bergaduh, mereka akan segera mengambil air wuduk(air sembahyang) seperti bomba memadamkan api, kita juga bomba yg memadamkan syaitan yg dijadikan drpd api dengan air wuduk. Namun hati Wah tetap terluka dalam.
Waktu pagi, Israk belum mandi kerana bekalan air terputus, Mikraj menyuruh abangnya mandi di sungai. Israk cuba membuka pili air tetapi tiada air lalu dia bawa gayung dan sabun. Mikraj mencari abangnya di balik jabun(belukar, semak) Mikraj menjerit Wah, abang jatuh. Wah yg sedang merumput berlari ke arah sungai untuk menyelamatkan cucunya, pernah kakaknya terjatuh, selepas sehari, mayatnya ditemui. Tidak pernah orang mandi di situ, kalau hendak mandi di tebing sungai rumah Lebai Saleh, lebih cetek airnya.
Wah berhati-hati kerana sudah tua, Israk hanya berpaut pada tali sauh yg reput, Wah menghulurkan sebatang kayu, menggunakan sepenuh tenang menarik Israk naik, kaki Israk berdarah tercucuk duri. Wah pandang Israk, Israk tunduk malu, Wah menangis, Israk tidak. Wah mengusap kepala Israk, Israk menepis.
Rumah Wah riuh, Hawa menghidangkan makanan, Wah membasuh apa yg patut, Mikraj menolong. Hampir separuh hari Israk berkurung di dalam bilik, makan tidak, minum tidak, bersolat? Tuhan saja yang tahu.
Israk keluar dr bilik berbaju Melayu, semua orang memandangnnya, setiap gerak geri Israk diperhatikan. Israk bersuara, semua memasang telinga “ Wah, mana jering dan tempoyak?”


Watak:
Wah
-emak Adam
-alim kerana dilahirkan dalam kalangan orang-orang alim
-tinggal di Kampung Sayong
-wanita yang tabah dan cekal
kandungan Wah sembilan bulan 3 hari, suaminya meninggal dunia, diibaratkan seperti Siti Maryam atau Siti Hajar
Adam
-anak tunggal Wah

Siti Hawa
-menantu Wah

Mikraj
-dari Bukit Antarabangsa
-anak Adam dan Siti Hawa
-cucu perempuan Wah

Israk
-dibesarkan di Perth
-mendapat pengajian dalam bidang korporat
-cucu lelaki Wah

Latar masa:
4 Oktober
-orang dari Majlis Daerah datang ke rumah Wah, mereka ingin membeli rumah Wah untuk dijadikan pusat pelancongan

Latar tempat:
Rumah Wah
-rumah yang terletak di Kampung Sayong, sudah uzur tetapi berjaya menangkis panas El Nino serta La Nina, rumah yg menyimpan sejuta rahsia hati Wah

Cerpen 2: Memori Seorang Tua

Cerpen 2: Memori Seorang Tua
Mengishkan semakin banyak kilang dibina di kampung Langat Pak Itam, Pak Itam terpaksa biarkan kerana ramai orang muda yg menganggur, kalau orang muda tidak bekerja mereka akan melakukan kerja-kerja yg tak baik. Saban hari Pak Itam bersandar pada kerusi malasnya yg kotor dan comot membaca suratkhabar, majalah. Esok kali pertama Pak Itam menyambut hari lahirnya yg ke-85 daripada baki duit ke Makkah. Tuk Mat (sarjan polis pencen) yg diharap membantunya dalam kenduri hari jadi Pak Itam, Latif dan Isa yg diharapkan membantu tidak muncul,
Pak Itam sudah biasa masuk keluar penjara pada Zaman Inggeris dan Zaman Jepun, penjara di Melaka, Singapura, Johor, Pudu. Pak Itam anak Melayu pertama yg menjadi majistret di Malaya. Ramai yg menemu ramah Pak Itam terutama penunut universiti untuk menulis tesis, dia tidak pernah menghampakan harapan orang apatah lagi menghina dan mengecilkan hati orang.
Orang tidak tahu akan perjuangan Pak Itam, orang yg pulang dari tanah Inggeris bersamanya, mengamalkan gaya hidup orang Putih, memandang jijik kepada anak bangsa sendiri yg tidak berbaju, berkasut. Jadi abdi kepada Orang Putih, jadi keldai, tukang mandikan anjing Orang Putih.Perjuangan Pak Itam adalah untuk membuncitkan perut anak bangsa dengan nasi bukan cacing kerawit.
Beg lusuh Pak Itam berisi keratin akhbar Utusan Melayu, Warta Malaysia, Warta Jenaka dan majalah Mastika dan macam-macam lagi, dia jadikan penjara Taman Firdausnya(taman kesenangan, syurga). Pak Itam menyelak keratin-keratan itu, seperti mencari sesuatu. Pak Itam terhenti diambil cermin matanya, majalah Mastika yg dipegangnya memuatkan cerita Siti Nurhidayah, isteri kesayangannya, membawa surat kadi meminta fasakh(cerai)ketika Pak Itam meringkuk di penjara di Singapura. Itu kali terakhir bibi Pak Itam merasai kelembutan pipi Izwan, anak lelakinya yg baru berusia 6 tahun dan pipi montok Nuryani Iman, anak perempuannya yg berusia 4 tahun. Sampai hari ini, Pak Itam tak tahu di mana Siti Nurhidayah, Izwan dan Nuryani Iman menghilang, rindunya tak pernah hilang. Pak Itam hanya boleh berharap supaya Siti Nurhidayah mendapat kebahagiaan, Izwan dan Nuryani menjadi srikandi bangsa yg bertakwa dan menjadi anak-anak yg soleh.
Tuk Mat muncul ketika itu, dan menanya Pak Itam hendak mempamerkan keratan khabar, Tuk Mat sudah siapkan tempat pameran, buku dan makalah Pak Itam sudah Tuk Mat kumpulkan tunggu Jali menguruskannya.
Tuk Mat sudah menjemput wartawan, pelajar UM, UKM dan UPM dan orang kampung, Si Jabal cendol, Mak Munah rojak, Si Kamsi soya bean. Semuanya diuruskan oleh Tuk Mat, Pak Itam mengeluh orang muda sekarang tidak boleh diharapkan.
Kira-kira 7 8 khemah didirikan dengan gerai makanan yang pelbagai, Kumpulan Kopratasa juga menyumbangkan lagu-lagu puisi mereka. Cik Habsah dari Terengganu sudah pun dijemput menyanyikan lagu Ulek Mayang dan lain-lain(m/s114). Bagi Pak Itam, makanan fizikal mesti diselaraskan dengan makanan kerohanian.
Pak Itam menanyakan keadaan tempat letak kereta, tidak mahu kereta dan bas mengganggu lalu lintas kerana jalan sempit. Dia menghormati undang-undang kerana dia majistret pertama di Malaya, yg ikut membubar dan mengubah suai undang-undang negara selepas Inggeris pergi.
Pak Itam tidak memberitahu Sidah, satu-satu anak angkatnya yg mengikut suami membuat PHD di UK. Pak Itam diamanahkan menjaga Sidah selepas ibu bapanya meninggal dalam kemalangan jalan raya kalau tidak kerana Tuk Mat, tidak mungkin hajat dan niat Pak Itam tercapai.
Tuk Mat sekeluarga yg menguruskan segala-galanya, Rogayah menjaganya, Halimah dan Rokiah selang berganti menghantar nasi dan mengambil baju Pak Itam untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam apabila memberi wang, semuanya menolak, hanya Tuhan yg boleh membalas budi Tuk Mat sekeluarga.
Selepas sembahyang asar, Pak Itam menjenguk di luar tingkap, dilihatnya Isa, Latif dan Jali menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar, majalah, buku-buku dan gambar-gambar Pak Itam untuk pameran. Jali budak ITM yg mengambil kursus komunikasi dan pengiklanan malas makan gaji dan membuka sebuah galeri kecil di Arked MARA Kajang bertanya kepada Pak Itam sama ada susun atur yg dibuat mereka cantik. Rokiah, adik Halimah membawa makan malam Pak Itam sebab nak pergi mendengar ceramah di masjid, kakaknya Halimah pergi ke KL dan bapanya TUk Mat akan datang selepas sembahyang isyak
Malam itu bulan cerah, Tuk Mat datang sekejap untuk memberi laporan bahawa semuanya sudah beres dan menyuruh Pak Itam berehat kerana esok ramai orang akan hadir. Kalau ditanya oleh wartawan sebab Pak Itam merayakan hari jadi di kampung, di tengah pokok-pokok pisang, rambutan, langsat, duku, bukan di hotel besar, selain tidak berkemampuan, kalau buat di hotel, orang kampung tidak dapat merasa. Kalau Pak Itam hendak menjadi kaya sudah lama dia jadi jutawan, belajar di luar negara, anak Melayu pertama jadi majistret di Malaya. Pak Itam tidak mahu kalau dia mati, matanya tidak akan tertutup rapat kerana memijak kepala anak bangsanya untuk mencari kepentingan diri.
Bagi Pak Itam, orang perjuangan tidak mudah berputus asa, kesabaran dan keyakinan adalah inti meraih satu-satu kejayaan. Pak Itam teringat kembali Siti Nurhidayah, Izwan dan Nuryani Iman, rindu kepada mereka tidak pernah hilang, malam itu Pak Itam mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Telegram Sidah yg tiba dr UK semalam dibaca, Pak Itam sekali lagi kemudian Pak Itam ternampak sekeping gambar kuning berbintik-bintik, masa muda Pak Itam handsome, di sebelahnya Pak Berahim yg sama-sama memimpin PKMM di Singapura. Siang malam mereka bersama, lepas itu duduk di gerak mamak serbat di Cecil Street di depan pejabat Utusan Melayu. Ingatan Pak Itam masih baik walaupun berusia 85 tahun, Si Mamat, Pak Rahim, Hj Badarudin, Si Melan, Si Osman, Kamaludin, Awang dan teman-teman sasterawan yg menggunakan pena mereka menerusi puisi, cerita pendek dan novel mengutuk Inggeris dan menerapkan semangat kebangsaan ke dalam orang-orang lain.
Bagi Pak Itam, apa yg telah berlaku perlu dijadikan peringatan kepada cucu cicitnya. Hak dan tanah air, maruah bangsa dan agama tidak ternilai harganya. Hanya nyawalah taruhannya. Pak Itam cuma bimbang akan perpecahan dalam kalangan Melayu mesti diselesaikan segera. Esok, tanah Langat akan menjadi Padang Kelab Selangor, ketika orang Melayu menunggu detik 12.00 malam pengisytiharan Hari Kemerdekaan.
Pada Pak Itam, malam ialah masa yg paling syahdu untuk dia mencurahkan segala rindu dan cintanya kepada Tuhan, orang yg bertakwa sedikit sekali tidurnya pada waktu malam dan waktu menjelangnya fajar pagi.
Pak Itam siap berpakaian, sepasang baju Melayu dan bersamping kain tenun warna biru laut yg dihadiahkan oleh Tuk Mat, isterinya yg menjahit, ketayap di atas kepalanya juga putih bersih direnjis sedikit minyak atar(bau-bauan yg harum). Walaupun sudah tua, dia mahu menjadi orang tua yg bersih dan menjaga kebersihan separuh daripada iman.
Melihat segala persiapan, Pak Itam berpuas hati, durian tanamannya banyak yg luruh, yg ditanam oleh Pak Itam tanam ikut sistem, jarak dan lubangnya untuk satu pokok. Tuk Mat juga sudah berada di tapak memeriksa setiap khemah lalu mengajak Pak Itam bersarapan pagi. Selepas bersarapan, Pak Itam dan Tuk Mat turun ke bangsal-bangsal, dilihat sudah dipenuhi. Rokiah dan Halimah terus berlari mendapatkan Pak Itam dan mengucapakn selamat panjang umur.
Aziz H.M. dan kumpulan Teater Malininya sudah sampai, Zubir dari Pusat Kebudayaan UM pun tiba dgn gitarnya. Cik Habsah dari Terengganu juga sudah sampai, kumpulan Kopratasa sudah ada di pentas menguji alat muzik masing-masing. Pak Itam berdiri di pintu pagar menyambut anak-anak Langat mula datang, kumpulan Kopratasa menujukan sebuah lagu khas buat Pak Itam, ketua kumpulannya Sani Sudin memberitahu bahawa lagu itu dicipta khas untuk hari jadi tokoh pejuang yg disanjungi. Pak Itam terharu anak muda yg baru setahun jagung, berambut panjang dan berpakaian comot yg dianggap sebagai seniman tidak berhaluan ,rupa-rupanya tahu menilai jasa dan pengorbanan orang tua-tua dan tidak mahu bayaran, semua datang secara percuma. Semua datang untuk memberi penghormatan kepada Pak Itam yg mereka tahu seorang tokoh yg telah banyak berkorban untuk membina masa depan bangsa dan tanah air.
Zubir juga menyanyikan sebuah lagu puisinya untuk Pak Itam. Zubir tidak dapat meneruskan lagi kerana air matanya mula jatuh ke pipinya. Hari sudah tinggi, tetamu yg dijemput masih tidak muncul, Pak Itam tetap berdiri di pintu pagar, tidak ada wartawan, stesen televisyen yg hadir, Pak Itam mulai sayu dan mulai menangis, Tuk Mat cepat terasa terus mendapatkan Pak Itam dan memberitahu bahawa dia telah menjemput semua wartawan, Pak Itam mengatakan bahawa dia tahu Tuk Mat telah membuat semua kerjanya, kalau mereka tidak datang biarkan sahaja kerana perjuangan tidak pernah mengharapkan apa-apa. Hari lahir ini dibuat sekadar menunaikan impiannya yg sudah lama tertanam dalam dirinya.
Matahari mulai redup, sorak-sorai di pentas tidak segalak tadi, khemah tempat pameran segala khazanah Pak Itam lengang tidak berorang. Ada keratan dan gambar terlondeh(tertanggal) dr papannya kerana ditiup angin dibetulkan oleh kedua-dua anak dara Tuk Mat.
Sudah masuk waktu Zuhur, Tuk Mat meminta Pak Itam berehat kerana sudah letih dan kelihatan lemah dan memapah Pak Itam ke rumah. Jali juruacara mengumumkan para artis ingin berehat makan tengah hari dan bersambung selepas waktu zuhur. Tuk Mat berpakaian Melayu berdiri di pintu pagar kalau-kalau ada tetamu yg datang, tetapi tidak. Muka Rokiah kelihatan cemas berlari ke arah Tuk Mat mengatakan Tuk Aki(Pak Itam), Tuk Mat tidak menunggu kata Rokiah berlari ke rumah Pak Itam dan menyuruh Rokiah mencari Jali suruh panggilkan doktor. Jali memecut motosikalnya ke arah pekan Langat. Semasa Doktor Kamsani tiba, tubuh Pak Itam sudah ditutupi sehelai kain batik Jawa dari hujung kaki hingga menutup kepala. Aziz H.M bersama kumpulan Teater Malininya, kumpulan Kopratasa, Zubir dr UM sudah bersila membaca surah yasin.
Dalam suasana yg memilukan, Si Isa bersama seorang perempuan bertudung memegang bunga ros di tangannya, perempuan tua itu tenang merenung wajah Pak Itam lalu melutut memegang kaki Pak Itam yg sudah tidak bergerak. Mulutnya kelihatan bergerak, tetapi tidak ada siapa yang mendengar biji butirnya. Dia meletakkan jambangan ros merah di kaki Pak Itam dan menyapu air mata. Kemudian, bangun berjalan menuruni tangga. Semua orang tercengang, siapakah wanita misteri itu? Hanya Tuk Mat yg tahu, sampai juga hajat Pak Itam
Watak
Tuk Mat
Berparut di sebelah pipi kanannya kerana peluru orang-orang Bintang Tiga dalam satu pertempuran dekat Gua Musang, zaman darurat

Pak Itam
Anak Pahang, berasal dari Kuala Semantan, tanah berdarah Datuk Bahaman yg menentang orang putih
Seorang tokoh Angkatan Pemuda Insaf, pemimpin PKMM, seorang pejuang nasionalis, yg masuk keluar penjara memperjuangkan nasib anak bangsanya
Penulis dan wartawan yg berani, bergadai nyawa bersama-sama orang Melayu
Berarak menentang penubuhan Malayan Union oleh Orang Putih.
Masa muda, Pak Itam handsome

Cerpen 1: Ibu dan Ceper

Cerpen 1: Ibu dan Ceper
Mengisahkan kehidupan seorang ibu dikaitkan dengan sungai Ceper. Sungai Ceper bermula dari satu titik air dan berkembang menjadi besar dan akhrinya membentuk dirinya sebuah sungai yg panjang berliku-liku membawa kejernihan yg benar-benar sejahtera dengan arus yg kuat, keadaan sungai Ceper seperti keadaan ibunya yg tidak boleh diam sepanjang hari, kalau di baruh(sawah padi), ibunya akan menajak dan menyisir selut(lumpur), ibu akan memikul gemal(berkas) dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu, mengejar burung apabila padi menguning, menuai padi apabila masak sehingga gemal penuh dijunjung naik masuk jelapang(kepuk).
Kadang-kadang penulis akan bersama dengan rakan ke lubuk meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut(main sembunyi).
Selesai subuh, ibu sudah berada di bumi, kalau musim bersawah ibu ke sawah, kalau musim tetak mengkuang, di payalah ibu, musim berderau(bergotong-royong) di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada saja kerjanya.
Pada suatu malam, hujan turun dengan lebat, pada waktu malam ibu tidak lagi cergas tetapi apabila saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.
Sungai Ceper menjadi keruh seperti air susu dan sampah dipunggah bersama, pokok juga tumbang di tepi-tepi tebing sungai Ceper, memuntahkan tanah hingga terkobak(terlepas drpd ikatan) rata-rata habis sawah yg sarat padinya ditenggelami air, sampah dan bangkai binatang juga dihanyutkan.
Ibu mengamuk dan menjerit pada yg meninggalkan rumah sejak pagi ke bukit untuk berdenak (memikat)ketitir(burung merbuk). Ibu tidak pernah berleter, sejak bapa menjadi kaki burung ketitir, semua hal rumah dan keluarga diserahkan kepada ibu. Pagi itu, sebelum ayah melangkah pergi dengan denak rajanya, ibu menjerit memarahi bapa tidak bertanggungjawab, tidak sedar diri, padi mereka sudah habis dibanjiri, bapa masih cengkuih ketitir. Bapa sangkut kembali sarang denaknya menolong ibu randuk bannjir masuk ke dalam petak baruh.
Banjir akibat Sungai Ceper menyebabkan seluruh anak buah kampung menjadi papa kedana(miskin) tahun ini. Akhirnya bapa kembali ke rimba berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun ini mereka makan gadung (sejenis tumbuhan hijau)kerana padi habis musnah kerana Sungai Ceper melimpah.
Ibunya betul-betul marah dan mengamuk tetapi akhirnya mengalah juga kepada Sungai Ceper yg ganas dan tidak berperikemanusiaan. Apabila Sungai Ceper kembali tenang, ibu kembali ke sawah. Sekali lagi ibu mengamuk bukan sebab banjir tetapi kemarau yg berbulan-bulan, sawah habis kering, lembu kerbau asyik diheret ke Ceper kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Sungai Ceperi makin tohor hingga ke buku lali, banyak ikan terperangkap dan mati. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir, hendak mandi pun tidak boleh.
Ibu memaki Ceper yg menyusahkan, baruh habis kering, padi kecut, mati menjadi jerami. Ibu tidak lagi ke Ceper sebaliknya berbaik dengan telaga. Dengan air telaga, ibu mandi, masukkan air ke dalam tempayan. Peristiwa ini berlaku 40 tahun lalu sewaktu penulis masih anak teruna dan ibunya masih boleh beranak lagi.
Kini, ibunya dan bapanya sudah tidak ada lagi. Penulis sudah berkahwin, beranak dan bercucu. Ceper masih wujud, mungkin masih seperti dulu cuma airnya seakrang sudah kurang jernih lagi, kurang cergas arusnya, ikan masih berenang tetapi tidak dapat kelihatan lagi walaupun matahari terik memancar kerana cahaya matahari tidak dapat lagi menembusi air Ceper yg agak keruh itu
Arusnya tidak segalak dulu, suasana murung seperti ada sesuatu tidak kena pada Ceper kebelakangan ini. Keadaan ini mulai dirasa apabila ibu terjatuh di baruh kerana terpijak tunggul lama, 10 tahun sebelum ibu meninggal.
Ibunya terus lumpuh dant tidak boleh bergerak, hanya mata dan mulut ibunya rancak bergerak. Sejak itu, bapa tidak lagi berdenak walaupun keliling rumah masih disangkut berbagai-bagai sangkar.
Itu zaman yg paling menderita bagi mereka, penulis sudah berkahwin dengan 2 orang anak berkahwin dengan anak gadis kampung yg tidak tahu lintah dan boleh bersawah. Mereka suami isteri menggantikan tempat ibu.
Walaupun bapa tidak lagi menjadi kaki burung, tetapi bapa sudah agak tua dan tidak boleh berbuat apa-apa, bapa hanya makan dan minum dan tidur di rumah, jaga cucu dan picit tubuh ibu, bapa sudah dimakan tua waktu itu.
Bapa tidak boleh mengampu(mengangkat) ibu juga tidak boleh mengangkat ibu ke tandas lagi. Mujur hanya ibu yg lumpuh, ayah tidak, kalau bapa juga lumpah, penulis tidak dapat membayangkan masalah yg akan dihadapinya.
Suatu hari, penulis terjerit kuat sedikit kerana kejang kaki dan tangan mengampu ibu yang lama berak. Penulis melihat pipi ibunya dibasahi air mata. Isteri penulis mengambil alih tempat penulis dan melihat air mata ibunya sedang mengalir melalui retak-retak di pipi ibu yg kendur hodoh itu.
Itu detik yg tidak dapat dilupakan oleh penulis. Penulis menyesal dan memohon ampun banyak-banyak drpd ibunya. Penulis sendiri tidak sedar sewaktu dia menjerit.
Niat penulis bukan hendak tujukkan kepada ibunya tetapi orang lain. Kepada siapa, penulis tidak pasti, kalau tidak kepada ibu, sebenarnya kepada dirinya sendiri.
Hal itu menusuk jiwa penulis sehingga ibunya meninggal. Ibunya meninggal dengan aman damai tanpa sebarang kerumitan. Malam itu mereka sudah pun berkumpul kerana ibu sudah mulai memandang langit, isterinya membaca yasin.
Penulis duduk di sisi ibunya sambil berbisik ke telinganya tidak putus-putus agar jangan lupa Tuhan.
Sungai Ceper masih keruh airnya, sejak ibu lumpuh dan meninggal dunia, Ceper tidak lagi berbusa(berbuih) dan berombak lagi. Tebingnya tidak ditendangkan lagi, lubuknya tidak dikorek lagi, arusnya lambat bergerak ke kuala kerana Ceper dipenuhi serdak(serpihan atau kepingan kecil) yang berbisa.
Penulis dapat melihat bangkai ayam, itik, biawak, ular, babi, ikan yg sudah busuk berulat, nasi yg sudah berbuih dan berlendir, kain-kain buruk yg sudah kusam, sisa-sisa makanan yg berulat, karung-karung plastik warna-warni yg lusuh dan kerunyuk berarak lambat-lambat di tengah-tengah dada sungai Ceper. Baunya mulai naik ke darat hingga ke hidung mereka.
Sewaktu bapa meninggal, penulis tidak teringin untuk melihat Ceper lagipun tidak banyak berubah kehidupan Ceper. Bapa pun tidak lama sakit, suatu petang setelah bersungut sakit dada sesudah beberapa lama ibu meninggal, penulis tidak ingat bila bapanya tiba-tiba bersungut sakit dada.
Malam itu bapanya jatuh tersungkur di kepala tangga dan terus pengsan, kemudia mereka meraba nadinya di tangan, bapa sudah tidak ada.
Air Ceper mengalir lebih lambat drpd kura-kura merangkak. Bersamanya dibawa bangkai-bangkai, sisa-sisa, hampas-hampas, keladak-keladak dan kahak-kahak yg berbuih dan berulat.
Ibu bapa penulis sudah lama tidak ada, penulis juga merasakan ketuanan dirinya. Anak-anaknya sudah dewasa dan berumahtangga. Mereka yg membajak sawah dan menyisir selut. Penulis suami isteri duduk di rumah saja, menjaga cucu dan membuat ini dan itu di halaman
Walaupun anak dan cucunya melompat turun ke baruh bertungkus-lumus dengan selut dan lintah, Ceper tidak lagi kembali rancak dan cergas, boleh dikatakan Ceper sudah mati seperti ibu bapanya meskipun Ceper masih wujud dan airnya masih ada.
Sungai Ceper dipenuhi pelbagai sampah dan Ceper benar-benar lemas. Antara ibu dan Ceper memang ada kelainannya, yang pasti hanya satu saja. Kedua-duanya sudah mati.

Bab 10 : Meluah Rasa

Bab 10: Meluah Rasa

Cerita bermula dengan Hanani meminta kebenaran daripada Kak Finaz untuk berkunjung ke Pesta Buku Alam Malaysia. Kak Finaz bersetuju tetapi mengingatkan Hanani jangan balik lambat. Dalam perjalanan, Ekran bertanya tentang kehadiran Hanani menyamar sebagai Murni, Hanani menceritakan segalanya kepada Ekran tanpa berahsia, keadaan hidupnya yang terdesak, mungkin keciciran, Pak Long dan Mak Long yang terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan Zuraini. Sebab pertama Hanani terima pelawaan Abang Mazran dan Kak Finaz ialah mungkin akan keciciran dalam pelajaran, kedua Hanani berasa Pak Long dan Mak Longnya terlalu terbeban, Hanani mengatakan kemiskinan akan membawa kita kepada segala kemungkinan tetapi bukan semua akan kelabu mata apabila melihat harta melimpah-ruah, satu lagi yang ingin diberitahu kepada Ekran ialah kerana rasa bersalah mencuri buku-buku perpustakaan. Timbul pertanyaan sama ada Kamilah masih menuduh Hanani mencuri buku, tentu tidak kerana pasti Kamliah, Falina dan Aini sudah diberitahu bahawa Hamidon, Lazim dan Teck Lee yang ditangkap mencuri buku, Hanani teringin juga menelefon kawan-kawan tetapi jarang ada peluang untuk berbuat begitu.
Hanani tersedar sudah pukul 2.00petang, Hanani segera mengajak Ekran beredar, selepas makan tengah hari Plaza Cahaya mereka terpaksa mencari telefon di taman permainan kerana telefon di Plaza kebanyakan rosak, semasa berjalan Hanani sambung cerita tentang masalah yang dihadapi di sekolah. Tentang masalah tingkatan Sastera II mengadu kerana tidak suka campur tangan Budak Glamor kendalikan slot Malam Bakat Sumbangsih. Ekran tidak berbuat apa kerana bapa Laili (Datuk Minhad) menderma sebanyak 10 ribu kepada persatuan sebagai modal projek Hari Sumbangsih. Ketika Hanani dan Ekran ingin melintas jalan, sebuah motosikal kuasa tinggi meluncur dengan laju di hadapan mereka, Hanani kenal siapa penunggang dan pembonceng, Hati Hanani tak keruan apabila motosikal itu berpatah balik menghampiri mereka.

Latar tempat: taman permainan kanak-kanak, tempat Ekran menunggu Hanani untuk ke Pesta Buku Alam Malaysia., dan bercerita tentang kehadirannya ke rumah Datin Maziah dan sebab dia terima penyamaran itu dan masalah yang dihadapinya di rumah Datin.

Bab 9 : Ekran

Bab 9 : Ekran

Sudah lebih seminggu Hanani ingin menghampiri gerai burger Ekran tetapi tidak dapat berbuat begitu kerana Abang Mazran dan Kak Finaz datang awal menjemputnya, lagipun dia keberatan hendak berbuat begitu.
Pada Sabtu itu, Hanani tidak ada kelas di Institusi Lingua Franca, tetapi itu yang dijadikan sebab untuk meminta izin abang mazran dan kak finaz ke sana kerana hendak meminjam buku bahasa Jepun. Pada ketika Hanani sedang membuat keputusan sama ada hendak berjumpa dengan Ekran atau tidak, suara pemuda itu menegurnya dan menanya siapa yang ditunggunya, lalu ingin berkenalan dengan Hanani, ingin menghantar Hanani pulang ke rumah dengan motosikal kuasa tingginya, Hanani cuba menolak kerana tahu bahaya ikut orang yang tidak dikenali. Rupa-rupanya lelaki itu Iskandar namanya, seorang yang mata keranjang. Setelah Iskandar beredar dengan motosikalnya, Hanani diberitahu oleh dua orang gadis tentang Iskandar. Selepas itu, Hanani menuju ke gerai Ekran, ada beberapa orang pelanggan sedang menunggu. Hanani mengusik Ekran dengan memesan 10 burger, Ekran jawab burger tinggal 2 sahaja tanpa memandang Hanani. Kemudian, baru Ekran tahu yang Hanani yang membuat pesanan itu. Mereka berbual sikit dan Ekran kebetulan ingin berkemas untuk tutup gerainya, Hanani menawarkan diri untuk membantu, setelah siap, Ekran mengajak Hanani makan, pada mulanya Hanani menolak tetapi disebabkan ajakan ikhlas Ekran, Hanani ikut, semasa makan, Hanani bertanyakan sebab Ekran berniaga dan bagaimana Ekran hendak belajar dengan berniaga. Ekran mengatakan bahawa dia berniaga untuk belajar kerana dia ingin jadi akauntan, di sekolah dia belajar teori, di gerai pula pratikal, Mereka memesan nasi ayam, Ekran memberitahu Hanani bahawa Murni tidak pandai makan dengan tangan, Hanani memberitahu bahawa dia berbeza dengan Murni, (Hanani dapat merasakan mungkin Ekran rapat dengan Murni), Hanani memberitahu bahawa sebagai manusia kita perlu berpijak di bumi nyata, antara dia dengan Murni jauh berbeza, Ekran bersetuju.

Latar tempat : Gerai burger Ekran

Watak: Iskandar