Cerpen 1: Ibu dan Ceper
Mengisahkan kehidupan seorang ibu dikaitkan dengan sungai Ceper. Sungai Ceper bermula dari satu titik air dan berkembang menjadi besar dan akhrinya membentuk dirinya sebuah sungai yg panjang berliku-liku membawa kejernihan yg benar-benar sejahtera dengan arus yg kuat, keadaan sungai Ceper seperti keadaan ibunya yg tidak boleh diam sepanjang hari, kalau di baruh(sawah padi), ibunya akan menajak dan menyisir selut(lumpur), ibu akan memikul gemal(berkas) dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu, mengejar burung apabila padi menguning, menuai padi apabila masak sehingga gemal penuh dijunjung naik masuk jelapang(kepuk).
Kadang-kadang penulis akan bersama dengan rakan ke lubuk meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut(main sembunyi).
Selesai subuh, ibu sudah berada di bumi, kalau musim bersawah ibu ke sawah, kalau musim tetak mengkuang, di payalah ibu, musim berderau(bergotong-royong) di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada saja kerjanya.
Pada suatu malam, hujan turun dengan lebat, pada waktu malam ibu tidak lagi cergas tetapi apabila saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.
Sungai Ceper menjadi keruh seperti air susu dan sampah dipunggah bersama, pokok juga tumbang di tepi-tepi tebing sungai Ceper, memuntahkan tanah hingga terkobak(terlepas drpd ikatan) rata-rata habis sawah yg sarat padinya ditenggelami air, sampah dan bangkai binatang juga dihanyutkan.
Ibu mengamuk dan menjerit pada yg meninggalkan rumah sejak pagi ke bukit untuk berdenak (memikat)ketitir(burung merbuk). Ibu tidak pernah berleter, sejak bapa menjadi kaki burung ketitir, semua hal rumah dan keluarga diserahkan kepada ibu. Pagi itu, sebelum ayah melangkah pergi dengan denak rajanya, ibu menjerit memarahi bapa tidak bertanggungjawab, tidak sedar diri, padi mereka sudah habis dibanjiri, bapa masih cengkuih ketitir. Bapa sangkut kembali sarang denaknya menolong ibu randuk bannjir masuk ke dalam petak baruh.
Banjir akibat Sungai Ceper menyebabkan seluruh anak buah kampung menjadi papa kedana(miskin) tahun ini. Akhirnya bapa kembali ke rimba berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun ini mereka makan gadung (sejenis tumbuhan hijau)kerana padi habis musnah kerana Sungai Ceper melimpah.
Ibunya betul-betul marah dan mengamuk tetapi akhirnya mengalah juga kepada Sungai Ceper yg ganas dan tidak berperikemanusiaan. Apabila Sungai Ceper kembali tenang, ibu kembali ke sawah. Sekali lagi ibu mengamuk bukan sebab banjir tetapi kemarau yg berbulan-bulan, sawah habis kering, lembu kerbau asyik diheret ke Ceper kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Sungai Ceperi makin tohor hingga ke buku lali, banyak ikan terperangkap dan mati. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir, hendak mandi pun tidak boleh.
Ibu memaki Ceper yg menyusahkan, baruh habis kering, padi kecut, mati menjadi jerami. Ibu tidak lagi ke Ceper sebaliknya berbaik dengan telaga. Dengan air telaga, ibu mandi, masukkan air ke dalam tempayan. Peristiwa ini berlaku 40 tahun lalu sewaktu penulis masih anak teruna dan ibunya masih boleh beranak lagi.
Kini, ibunya dan bapanya sudah tidak ada lagi. Penulis sudah berkahwin, beranak dan bercucu. Ceper masih wujud, mungkin masih seperti dulu cuma airnya seakrang sudah kurang jernih lagi, kurang cergas arusnya, ikan masih berenang tetapi tidak dapat kelihatan lagi walaupun matahari terik memancar kerana cahaya matahari tidak dapat lagi menembusi air Ceper yg agak keruh itu
Arusnya tidak segalak dulu, suasana murung seperti ada sesuatu tidak kena pada Ceper kebelakangan ini. Keadaan ini mulai dirasa apabila ibu terjatuh di baruh kerana terpijak tunggul lama, 10 tahun sebelum ibu meninggal.
Ibunya terus lumpuh dant tidak boleh bergerak, hanya mata dan mulut ibunya rancak bergerak. Sejak itu, bapa tidak lagi berdenak walaupun keliling rumah masih disangkut berbagai-bagai sangkar.
Itu zaman yg paling menderita bagi mereka, penulis sudah berkahwin dengan 2 orang anak berkahwin dengan anak gadis kampung yg tidak tahu lintah dan boleh bersawah. Mereka suami isteri menggantikan tempat ibu.
Walaupun bapa tidak lagi menjadi kaki burung, tetapi bapa sudah agak tua dan tidak boleh berbuat apa-apa, bapa hanya makan dan minum dan tidur di rumah, jaga cucu dan picit tubuh ibu, bapa sudah dimakan tua waktu itu.
Bapa tidak boleh mengampu(mengangkat) ibu juga tidak boleh mengangkat ibu ke tandas lagi. Mujur hanya ibu yg lumpuh, ayah tidak, kalau bapa juga lumpah, penulis tidak dapat membayangkan masalah yg akan dihadapinya.
Suatu hari, penulis terjerit kuat sedikit kerana kejang kaki dan tangan mengampu ibu yang lama berak. Penulis melihat pipi ibunya dibasahi air mata. Isteri penulis mengambil alih tempat penulis dan melihat air mata ibunya sedang mengalir melalui retak-retak di pipi ibu yg kendur hodoh itu.
Itu detik yg tidak dapat dilupakan oleh penulis. Penulis menyesal dan memohon ampun banyak-banyak drpd ibunya. Penulis sendiri tidak sedar sewaktu dia menjerit.
Niat penulis bukan hendak tujukkan kepada ibunya tetapi orang lain. Kepada siapa, penulis tidak pasti, kalau tidak kepada ibu, sebenarnya kepada dirinya sendiri.
Hal itu menusuk jiwa penulis sehingga ibunya meninggal. Ibunya meninggal dengan aman damai tanpa sebarang kerumitan. Malam itu mereka sudah pun berkumpul kerana ibu sudah mulai memandang langit, isterinya membaca yasin.
Penulis duduk di sisi ibunya sambil berbisik ke telinganya tidak putus-putus agar jangan lupa Tuhan.
Sungai Ceper masih keruh airnya, sejak ibu lumpuh dan meninggal dunia, Ceper tidak lagi berbusa(berbuih) dan berombak lagi. Tebingnya tidak ditendangkan lagi, lubuknya tidak dikorek lagi, arusnya lambat bergerak ke kuala kerana Ceper dipenuhi serdak(serpihan atau kepingan kecil) yang berbisa.
Penulis dapat melihat bangkai ayam, itik, biawak, ular, babi, ikan yg sudah busuk berulat, nasi yg sudah berbuih dan berlendir, kain-kain buruk yg sudah kusam, sisa-sisa makanan yg berulat, karung-karung plastik warna-warni yg lusuh dan kerunyuk berarak lambat-lambat di tengah-tengah dada sungai Ceper. Baunya mulai naik ke darat hingga ke hidung mereka.
Sewaktu bapa meninggal, penulis tidak teringin untuk melihat Ceper lagipun tidak banyak berubah kehidupan Ceper. Bapa pun tidak lama sakit, suatu petang setelah bersungut sakit dada sesudah beberapa lama ibu meninggal, penulis tidak ingat bila bapanya tiba-tiba bersungut sakit dada.
Malam itu bapanya jatuh tersungkur di kepala tangga dan terus pengsan, kemudia mereka meraba nadinya di tangan, bapa sudah tidak ada.
Air Ceper mengalir lebih lambat drpd kura-kura merangkak. Bersamanya dibawa bangkai-bangkai, sisa-sisa, hampas-hampas, keladak-keladak dan kahak-kahak yg berbuih dan berulat.
Ibu bapa penulis sudah lama tidak ada, penulis juga merasakan ketuanan dirinya. Anak-anaknya sudah dewasa dan berumahtangga. Mereka yg membajak sawah dan menyisir selut. Penulis suami isteri duduk di rumah saja, menjaga cucu dan membuat ini dan itu di halaman
Walaupun anak dan cucunya melompat turun ke baruh bertungkus-lumus dengan selut dan lintah, Ceper tidak lagi kembali rancak dan cergas, boleh dikatakan Ceper sudah mati seperti ibu bapanya meskipun Ceper masih wujud dan airnya masih ada.
Sungai Ceper dipenuhi pelbagai sampah dan Ceper benar-benar lemas. Antara ibu dan Ceper memang ada kelainannya, yang pasti hanya satu saja. Kedua-duanya sudah mati.
No comments:
Post a Comment