Wednesday, September 30, 2009

pigeon



Mengawasi & Pengasingan Wabak H1N1

Petikan daripada utusan.com.my

Mengawasi

Teruskan langkah-langkah berwaspada terhadap penyebaran kuman, H1N1 ataupun mana-mana penyakit berjangkit lain ketika dalam perjalanan pulang. Anda tetap digalakkan membawa kit H1N1, termasuk topeng mulut dan hidung, pencuci tangan antiseptik (hand sanitizer) dan tisu, ke mana sahaja, untuk digunakan mengikut kesesuaian.

Pengusaha pengangkutan awam juga jangan alpa dengan arahan mewajibkan pemakaian topeng mulut dan hidung, di samping langkah pencegahan bersesuaian untuk para penumpang yang menunjukkan gejala selesema. Pakai topeng mulut dan hidung sepanjang masa di dalam pengangkutan awam dan terminal jika anda sendiri yang mengalami gejala selesema, tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi mengalami komplikasi akibat jangkitan H1N1 ataupun jika anda duduk berhampiran individu yang mempunyai gejala selesema!

Mereka yang mempunyai gejala selesema atau tidak sihat juga digalakkan menggunakan pengangkutan peribadi yang kurang sesak, ataupun menangguhkan perjalanan pulang bagi mengelakkan penyebaran kuman kepada penumpang lain. Pastikan anda sentiasa menggunakan tisu dan etika ketika batuk atau bersin, serta buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah supaya tidak mencari permukaan yang sering disentuh ramai. Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pencuci tangan antiseptik selepas membuang tisu, dan juga sekerap mungkin terutamanya selepas menyentuh permukaan yang mungkin tercemar di tempat tumpuan umum.

Pengasingan

Dalam suasana Hari Raya yang berterusan selama sebulan, pasti aktiviti kunjung-mengunjung dan bersalaman akan berterusan. Tambahan pula duit raya yang bertukar-tukar tangan. Cuci tangan anda sekerap mungkin selepas bersalam atau menyentuh apa-apa yang mungkin tercemar dengan kuman.

Elakkan terus dari menyertai majlis keramaian ataupun bertandang ke rumah rakan dan saudara (kenduri atau rumah terbuka) jika anda menunjukkan gejala selesema. Bagi yang sihat, elakkan diri dalam jarak sekurang-kurangnya satu (1) meter dari individu dengan gejala selesema. Semakin banyak kita bertemu dengan ramai individu, semakin tinggi risiko dijangkiti virus ini.

Bagi yang sakit atau menunjukkan gejala selesema, adalah lebih baik anda menyambung cuti supaya virus selesema (H1N1 ataupun bukan) tidak disebarkan kepada rakan lain di sekolah, institusi pengajian ataupun tempat kerja.

Ambil peluang cuti sakit untuk berehat di rumah dan memberikan peluang badan anda pulih. Minum air secukupnya, sama ada air kosong, air mineral, minuman isotonik, jus buah-buahan mahupun sup.

Para majikan pula diseru memberikan pengecualian untuk pekerja yang diberikan cuti sakit oleh doktor bagi mengelakkan sebahagian besar tenaga kerja jatuh sakit. Pekerja yang sakit pasti sukar menjalankan tugas mereka dengan baik, dan mungkin menjejaskan produktiviti keseluruhan organisasi jika menjangkiti pekerja-pekerja lain.

Teruskan amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Amalan mencuci tangan dengan kerap dan adab ketika batuk dan bersin perlu diberi penekanan, bukan hanya untuk kebersihan diri serta persekitaran, malahan mengelakkan penyebaran sebarang kuman. Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya gejala berlanjutan atau menjadi semakin teruk!

Ambil tahu perkembangan terkini wabak influenza A (H1N1) serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pastikan kesihatan dan keselamatan untuk diri, keluarga dan rakan taulan. Bersama kita mengawal penularan H1N1 di musim perayaan ini!

cloudy clouds

Tuesday, September 29, 2009

Kumpulan Kawalan - Kelas 4Y

kumpulan pelajar ini merupakan sebahagian daripada pelajar kumpulan kawalan. Hari ini hanya 2 orang pelajar yang menghantar karangan untuk diperiksa.

Clouds

Clouds Appreciation 290909

Bright CLouds




Cloudy


Refleksi Kajian Minggu Terakhir

Minggu ini merupakan minggu terakhir kajian eksperimental saya di sekolah. Setelah cuti seminggu, nampaknya pelajar sudah lupa akan pesanan dan tugasan yang diberikan. Kebanyakan yang ditemui mengatakan mereka sibuk membuat ulang kaji. Kebanyakan daripada mereka tidak menulis karangan seperti yang diminta. Amat risau akan hasil kajian dan data yang bakal dikumpul pada minggu hadapan apabila pentadbiran ujian pasca dijalankan.

Monday, September 28, 2009

Sunday, September 27, 2009

Baby Dragonfly

baby dragonfly spotted on the floor

Saturday, September 26, 2009

Edited 26909

Edited Today's Clouds




26909

Today's Clouds




Holidays is Over, Back to Work

I have finished marking the pretest papers and key in all the marks in SPSS. After sending my son back to my sister, I will start to do my research and altering my proposal and plan for the post test date and distribute the questionnaire. Then, really have to concentrate on the report and analyze the data collected. I have only 6 months to get everything done before back to school to teach.

Refleksi Kajian 26 September 09

Tinggal sehari sahaja untuk pelajar menulis dengan menggunakan blog. Nampaknya masih ramai yang tidak mengepos karangan mereka. Oleh sebab itu, saya bercadang untuk mengadakan ujian pasca pada minggu kedua bulan Oktober. Harap berjaya untuk memberikan masa yang lebih banyak untuk pelajar menulis. Rasanya, ramai pelajar bertumpu kepada peperiksaan akhir tahun dan membuat ulang kaji mata pelajaran yang lain.

Thursday, September 24, 2009

Red Dragonfly


It is the second time I see the red dragonfly rested on one of my plants.

Today's Clouds 24/9/09

started my journey home to fetch Ethan back around 11.10am reached home at around 12.30pm. Then by around 1pm, drove back with Ethan. Luckily, both of us reached home sweet home safe and sound at around 2.25pm.