Wednesday, November 18, 2009
Bab 4
Monday, October 5, 2009
Refleksi Kajian : Ujian Pasca
Friday, October 2, 2009
Kumpulan Kajian Eksperimental
Thursday, October 1, 2009
Refleksi Kajian Minggu ke-5
Tuesday, September 29, 2009
Kumpulan Kawalan - Kelas 4Y
Refleksi Kajian Minggu Terakhir
Saturday, September 26, 2009
Refleksi Kajian 26 September 09
Friday, September 18, 2009
Refleksi Kajian Minggu Cuti Raya
Sebenarnya, jika diberi masa untuk menulis blog (kalau tidak ada kekangan masa nampaknya pelajar berminat menulis, daripada penulisan yang dipos oleh pelajar-pelajar Bukan Melayu, majoriti pelajar Cina, nampaknya mereka mempunyai kreativiti dan minat untuk menulis dalam Bahasa Melayu cuma mungkin agak keberatan untuk menulis karangan yang bersifat akademik). Walau apapun, tujuan saya adalah supaya mereka menulis dalam Bahasa Melayu tidak kira genre. Setelah lebih daripada 13 tahun mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar bukan Melayu, saya dapati mereka kurang menulis dalam Bahasa Melayu melainkan karangan yang diberi oleh guru.
Kesimpulannya, memang blog boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar bukan Melayu menulis dalam Bahasa Melayu. Saya akan meminta pelajar menulis dalam blog setelah tamat pengajian saya ini. Gembira sungguh hari ini apabila melihat pelajar-pelajar mula menulis.
Tuesday, September 15, 2009
Refleksi Kajian Minggu ke-4
Monday, September 14, 2009
Lega Rasanya........Tension juga
Thursday, September 10, 2009
Refleksi Kajian 6
Monday, September 7, 2009
Refleksi Kajian 5
Thursday, September 3, 2009
Refleksi Kajian 3
Hari ini terdapat 5 orang pelajar ponteng kelas, 2 daripada kelas Y dan 3 daripada kelas U. Kelas U, pelajarnya tidak berminat dan tidak mahu menulis dalam blog. Salah sebabnya ialah mereka tidak mempunyai komputer di rumah dan capaian internet. Tambahan pula, tinggal 5 buah komputer yang boleh akses internet daripada 10 buah pada masa saya memulakan kajian. Terpaksa . membawa komputer riba, saya hanya ada dua buah komputer riba. Masih tidak dapat menampung bilangan pelajar yang perlu menggunakan komputer untuk menulis karangan pada satu-satu masa.
Berasa sungguh tertekan. Masalah yang dihadapi tidak mampu diatasi. Ini tentu akan memberi kesan kepada kajian yang dijalankan.
Namun begitu, terpaksa juga saya teruskan kerana tiada pilihan dan kesuntukan masa. Harapan hanyalah satu : dapat menamatkan pengajian sahaja.
Thursday, August 27, 2009
Objektif, Persoalan dan Hipotesis Kajian
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan blog untuk digunakan dalam dalam pembelajaran penulisan dalam Bahasa Melayu dan mengkaji kesan penggunaan blog tersebut dalam beberapa aspek seperti berikut:
i) Menguji pencapaian markah karangan pelajar yang menggunakan blog dalam penulisan karangan
ii) Mengkaji sama ada terdapat peningkatan kemahiran menulis (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) pelajar yang menggunakan blog dalam penulisan karangan.
iii) Mengkaji sama ada penggunaan blog dalam penulisan karangan menggalakkan pelajar lebih kerap menulis dalam Bahasa Melayu
Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang dinyatakan, maka persoalan kajian adalah seperti berikut:
i) Apakah model yang sesuai digunakan dalam pembangunan blog untuk penulisan karangan.
ii) Adakah blog berkesan terhadap beberapa aspek yang berikut:
a. Pencapaian markah penulisan karangan pelajar Bahasa Melayu yang menggunakan blog untuk penulisan karangan.
b. Kemahiran menulis pelajar ( ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan blog dalam penulisan karangan.
c. Kekerapan pelajar menulis dalam Bahasa Melayu
Hipotesis Kajian
1. Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan blog dalam meningkatkan prestasi pencapaian penulisan karangan pelajar dengan menggunakan blog berbanding dengan penggunaan kaedah biasa
2. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan blog untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar-pelajar bukan Melayu berbanding dengan penggunaan kaedah biasa
3. Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan blog untuk meningkatkan kekerapan pelajar-pelajar bukan Melayu menulis dalam Bahasa Melayu berbanding dengan kaedah biasa.
Thursday, August 20, 2009
Refleksi Kajian 2
Hal ini disebabkan pada pagi ini terdapat perhimpunan, dan perhimpunan berlarutan ke waktu kedua. Waktu saya pula adalah pada waktu 1 dan 2. Kekangan masa menyebabkan saya terpaksa meminta membina blog dengan bilangan komputer yang terhad.
Esok terpaksa pergi ke sekolah lagi untuk berjumpa dengan pelajar yang tidak membina blog dan memberi maklumat yang tidak lengkap seperti yang diminta.
Memang susah untuk menjalankan kajian eksperimental di sekolah. Terlalu banyak gangguan dan cabaran.
Tuesday, August 18, 2009
Refleksi Kajian
Wednesday, June 17, 2009
Kajian Rintis
Semalam, saya masih risau dan bayangkan situasi yang akan berlaku pada hari ini. Malam tadi, keluar cari hadiah untuk pelajar tetapi pada saat di kaunter pembayaran, saya bertukar fikiran, tak jadi beli hadiah. Nasib baik, kalau tidak membazir.
Sekarang, perlu fikirkan apa hadiah yang perlu diberikan kepada PK tersebut sebagai tanda penghargaan atas bantuan yang diberikan?
