Tuesday, August 18, 2009

Refleksi Kajian

Pelaksanaan kajian jenis eksperimental memang akan menghadapi pelbagai cabaran lebih-lebih lagi jika melibatkan penggunaan komputer dan internet. Hari ini, saya mulakan penggunaan blog dengan pelajar dalam penulisan karangan. Cabaran utama ialah tiada talian, perlu minta bantuan guru ICT, kemudian masalah bekalan elektrik yang terputus hampir 45 minit membantutkan usaha pembinaan blog dengan pelajar. Nasib baik dan kebetulan ada guru MC, jadi bolehlah saya teruskan usaha pembinaan blog dengan pelajar pada waktu tersebut. Setakat ini, hanya sempat mendaftar sahaja, cara penggunaan belum sempat diajar lagi.

No comments:

Post a Comment