Hari ini, tibalah kumpulan eksperimental dengan dua kelas bercampur, akibat bilangan yang banyak, saya tidak dapat mengesan pelajar yang tidak hadir ke bilik komputer. Apabila menyemak senarai nama pelajar, barulah saya mendapati bahawa banyak pelajar kelas 4U yang tidak membina blog. Mereka hadir kemudian keluar dari bilik komputer dengan pelbagai alasan dan tidak kembali. Oleh sebab ini kali pertama saya bertemu dengan mereka, jadi saya tidak dapat mengecam siapa mereka.
Hal ini disebabkan pada pagi ini terdapat perhimpunan, dan perhimpunan berlarutan ke waktu kedua. Waktu saya pula adalah pada waktu 1 dan 2. Kekangan masa menyebabkan saya terpaksa meminta membina blog dengan bilangan komputer yang terhad.
Esok terpaksa pergi ke sekolah lagi untuk berjumpa dengan pelajar yang tidak membina blog dan memberi maklumat yang tidak lengkap seperti yang diminta.
Memang susah untuk menjalankan kajian eksperimental di sekolah. Terlalu banyak gangguan dan cabaran.
No comments:
Post a Comment