Showing posts with label Afza Hanani. Show all posts
Showing posts with label Afza Hanani. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Bab 10 : Meluah Rasa

Bab 10: Meluah Rasa

Cerita bermula dengan Hanani meminta kebenaran daripada Kak Finaz untuk berkunjung ke Pesta Buku Alam Malaysia. Kak Finaz bersetuju tetapi mengingatkan Hanani jangan balik lambat. Dalam perjalanan, Ekran bertanya tentang kehadiran Hanani menyamar sebagai Murni, Hanani menceritakan segalanya kepada Ekran tanpa berahsia, keadaan hidupnya yang terdesak, mungkin keciciran, Pak Long dan Mak Long yang terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan Zuraini. Sebab pertama Hanani terima pelawaan Abang Mazran dan Kak Finaz ialah mungkin akan keciciran dalam pelajaran, kedua Hanani berasa Pak Long dan Mak Longnya terlalu terbeban, Hanani mengatakan kemiskinan akan membawa kita kepada segala kemungkinan tetapi bukan semua akan kelabu mata apabila melihat harta melimpah-ruah, satu lagi yang ingin diberitahu kepada Ekran ialah kerana rasa bersalah mencuri buku-buku perpustakaan. Timbul pertanyaan sama ada Kamilah masih menuduh Hanani mencuri buku, tentu tidak kerana pasti Kamliah, Falina dan Aini sudah diberitahu bahawa Hamidon, Lazim dan Teck Lee yang ditangkap mencuri buku, Hanani teringin juga menelefon kawan-kawan tetapi jarang ada peluang untuk berbuat begitu.
Hanani tersedar sudah pukul 2.00petang, Hanani segera mengajak Ekran beredar, selepas makan tengah hari Plaza Cahaya mereka terpaksa mencari telefon di taman permainan kerana telefon di Plaza kebanyakan rosak, semasa berjalan Hanani sambung cerita tentang masalah yang dihadapi di sekolah. Tentang masalah tingkatan Sastera II mengadu kerana tidak suka campur tangan Budak Glamor kendalikan slot Malam Bakat Sumbangsih. Ekran tidak berbuat apa kerana bapa Laili (Datuk Minhad) menderma sebanyak 10 ribu kepada persatuan sebagai modal projek Hari Sumbangsih. Ketika Hanani dan Ekran ingin melintas jalan, sebuah motosikal kuasa tinggi meluncur dengan laju di hadapan mereka, Hanani kenal siapa penunggang dan pembonceng, Hati Hanani tak keruan apabila motosikal itu berpatah balik menghampiri mereka.

Latar tempat: taman permainan kanak-kanak, tempat Ekran menunggu Hanani untuk ke Pesta Buku Alam Malaysia., dan bercerita tentang kehadirannya ke rumah Datin Maziah dan sebab dia terima penyamaran itu dan masalah yang dihadapinya di rumah Datin.

Bab 9 : Ekran

Bab 9 : Ekran

Sudah lebih seminggu Hanani ingin menghampiri gerai burger Ekran tetapi tidak dapat berbuat begitu kerana Abang Mazran dan Kak Finaz datang awal menjemputnya, lagipun dia keberatan hendak berbuat begitu.
Pada Sabtu itu, Hanani tidak ada kelas di Institusi Lingua Franca, tetapi itu yang dijadikan sebab untuk meminta izin abang mazran dan kak finaz ke sana kerana hendak meminjam buku bahasa Jepun. Pada ketika Hanani sedang membuat keputusan sama ada hendak berjumpa dengan Ekran atau tidak, suara pemuda itu menegurnya dan menanya siapa yang ditunggunya, lalu ingin berkenalan dengan Hanani, ingin menghantar Hanani pulang ke rumah dengan motosikal kuasa tingginya, Hanani cuba menolak kerana tahu bahaya ikut orang yang tidak dikenali. Rupa-rupanya lelaki itu Iskandar namanya, seorang yang mata keranjang. Setelah Iskandar beredar dengan motosikalnya, Hanani diberitahu oleh dua orang gadis tentang Iskandar. Selepas itu, Hanani menuju ke gerai Ekran, ada beberapa orang pelanggan sedang menunggu. Hanani mengusik Ekran dengan memesan 10 burger, Ekran jawab burger tinggal 2 sahaja tanpa memandang Hanani. Kemudian, baru Ekran tahu yang Hanani yang membuat pesanan itu. Mereka berbual sikit dan Ekran kebetulan ingin berkemas untuk tutup gerainya, Hanani menawarkan diri untuk membantu, setelah siap, Ekran mengajak Hanani makan, pada mulanya Hanani menolak tetapi disebabkan ajakan ikhlas Ekran, Hanani ikut, semasa makan, Hanani bertanyakan sebab Ekran berniaga dan bagaimana Ekran hendak belajar dengan berniaga. Ekran mengatakan bahawa dia berniaga untuk belajar kerana dia ingin jadi akauntan, di sekolah dia belajar teori, di gerai pula pratikal, Mereka memesan nasi ayam, Ekran memberitahu Hanani bahawa Murni tidak pandai makan dengan tangan, Hanani memberitahu bahawa dia berbeza dengan Murni, (Hanani dapat merasakan mungkin Ekran rapat dengan Murni), Hanani memberitahu bahawa sebagai manusia kita perlu berpijak di bumi nyata, antara dia dengan Murni jauh berbeza, Ekran bersetuju.

Latar tempat : Gerai burger Ekran

Watak: Iskandar

Bab 8: Tertanya-tanya

Bab 8 :Tertanya-tanya

Tengah hari Sabtu itu, Hanani tidak dapat berbual dengan Ekran, Cuma tanyakan lokasi perhentian teksi, Hanani terus beredar, tetapi sejak itu, dia bertekad untuk menemui Ekran tapi tak tahu bila masanya.
Perjumpaan pengawas tengah hari tu mengubah rancangan mengajar Cikgu Zamri, pelajar tingkatan lima sains 1 diminta ke perpustakaan untuk menulis karangan yang telah dibincangkan sedikit dalam kelas, 4 tajuk diberi, Hanani memilih karangan berbentuk fakta tentang kejayaan sektor perindustrian di Malaysia, karangan Hanani mendapat markah baik dalam karangan lepas, Cikgu membuat catatan bahawa penguasaan bahasa Hanani amat baik, kalau diteruskan boleh mendapat gred A1 dalam SPM.
Semasa mencatat fakta, ada suara menyeru, ternyata Syafikah dan Fuziana yang menyapa, mereka menawarkan Hanani menjadi pengacara Malam Bakat Sumbangsih yang dikendalikan oleh Tingkatan Lima Sastera II, Laili, Syafikah dan Fuziana menganggap kelas Sastera II lembap, kolot tidak mampu mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih, mereka perlu dibantu oleh orang-orang seperti Laili, Fuziana dan Syafikah, sekarang mereka menawarkan peluang kepada Hanani untuk menjadi glamor kerana pada kebiasaanya Malam Bakat Sumbangsih dijadikan tempat untuk memperkenalkan diri dan menonjolkan diri. Hanani menyatakan dia perlukan masa untuk berfikir, tetapi didesak oleh Syafikah dan Fuziana Hanani teringat akan Ellina dan menanyakan sama ada Ellina tahu akan hal itu sebab Ellina Setiausaha persatuan itu. Loceng berdering, Hanani menolak dan mengatakan dia bukan orang yang sesuai untuk menjadi pengacara, meminta mereka cari orang yang lebih sesuai. Mereka cuba memujuk dengan mengatakan bahawa kalau Murni ada, dia tidak akan menolak, tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Selepas mendengar, Fuziana mencemik mengatakan budak kampung seperti Hanani tidak dapat diajak berunding, perangai Hanani sama seperti Murni keras kepala, sebelum beredar Fuziana mencemuh Hanani “ you are a very clumsy kampung girl” Nampaknya mereka tidak ikhlas dalam pelawaan, Cuma, kenapa mereka ingin Hanani menjadi pengacara Malam Bakat Sumbangsih, Hanani merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Setelah habis sedekahkan surah Yasin kepada ibu bapa kandung Hanani, Hanani duduk dan melihat komputer yang terletak di atas meja, sudah seminggu dia tinggal di situ, tetapi tak pernah sentuh komputer itu kerana tidak tahu menggunakannya, kemudian Hanani melihat disket-disket yang terletak di atas meja , tiba-tiba suara Abang Muzaffar yang menanyakan apa yang dilakukan oleh Hanani, Abang Muzaffar menawarkan diri untuk mengajar Hanani menggunakan komputer apabila senang kerana penulisan tesisnya hampir selesai, Hanani berasa gembira dan mengatakan dia akan tunggu, Abang Muzaffar memuji bacaan surah Yasin Hanani suara Hanani lunak, Hanani menerangkan bahawa pada malam Jumaat dia akan sedekahkan bacaan Quran kepada ibu bapa kandungnya, Abang Muzaffar meminta Hanani berbuat demikian juga untuk Murni, Hanani tidak terlafaz kata persetujuannya.

Bab 7 : Kerenah Laili

Bab 7: Kerenah Laili

Bermula dengan Hanani mengarang surat kepada keluarga di kampung, selain bertanya khabar, Hanani menceritkan kehidupannya di rumah banglo, segala makan minum, pelajarannya terurus dan disayangi keluarga itu, berjanji akan pulang bila sesuai masanya. Hari Sabtu, abang Mazran menanyakan tempat yang hendak ditujui oleh Hanani selain perjumpaan khas murid tingkatan 5 di sekolah, Hanani terus terang mengatakan bahawa dia ingin keluar jalan-jalan. Ingin ke Institut Lingua Franca di Plaza Cahaya kerana mulai minggu hadapan dia akan mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris dan Jepun di sana. Nini beritahu Abang Mazran bahawa dia sudah memberitahu Kak Finaz tentang hal itu. Sebelum pergi, abang Mazran memberitah RM100 untuk belanja Hanani, Hanani menolak tetapi akhirnya terima kerana Datin Maziah yang mendekati mereka. Selepas meminta diri, Hanani menaiki jip Kak Finaz ke sekolah, dalam perjalanan Hanani bertanyakan Hari Sumbangsih kepada Kak Finaz, Kak Finaz menerangkan bahawa Murni ingin merebut jawatan , hal ini juga tercatat dalam diari Murni, ketika sampai di perkarangan sekolah, perjumpaan telah bermula, Hanani masuk ke dalam dewan besar melalui pintu belakang, sebagai pengerusi, Ekran naik ke pentas berucap mengenai acara-acara yang akan diadakan. Setelah itu, setiap ketua kelas membuat pembentangan, semasa sesi soal jawab, Laili mempersoalkan ada ketidakadilan berlaku dalam pengagihan slot dan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa itu, segera dibantah oleh Ekran dan mendapat tepukan gemuruh.
Perjumpaan berakhir pada kira-kira pukul 10.10 pagi. Diikuti dengan perjumpaan setiap kelas, perjumpaan kelas Hanani berjalan lancar tanpa kehadiran tiga gadis itu, Syamsul ketua kelas membahagikan tugas. Perjumpaan berakhir pada 11pagi, Hanani pergi ke Plaza Cahaya bersendirian menaiki bas mini no 19, 10 minit Hanani sampai, mudah dia dapat mencari Institut Lingua Franca dan disebabkan duit yang diberikan oleh Abang Mazran, Hanani bercadang mencari buku terbitan Index Publication, akhirnya Hanani menemui buku-buku itu di Pasar Raya Buku, setelah membuat bayaran, Hanani hendak pulang ke rumah kerana takut terserempak dengan orang yang mengenali Murni tetapi tidak dikenali olehnya. Hanani mencari stesen teksi, dia terpaksa menanya orang kerana tempat itu asing baginya, dia bertanya kepada seorang anak muda penjual burger di bawah sepohon pokok rending yang baru hendak memulakan perniagaannya, mereka berdua terkejut dan saling berpandangan, rupa-rupanya Ekran, Hanani menanyakan tempat untuk menaiki teksi.

Bab 6 : Imbalan Budi

Bab 6: Imbalan Budi

Cerita bermula dengan Hanani pulang dari sekolah disambut oleh Datin Maziah, mereka makan bersama dengan Kak Finaz, Datin Maziah beritahu bahawa dia yang masak sendiri ayam masak merah, Hani memuji masakan Datin sedap dan ingin belajar, apabila diberitahu Datin, Hanani pernah belajar, Hanani beri alasan dia sudah lupa. Hanani mengambil kesempatan menanyakan Kak Finaz tentang Kad pengenalan dan kad ATM Murni yang masih hilang ketika Datin masuk ke dapur untuk mengambil air suam untuk Murni yang tersendak. Kak Finaz mengaku dan memberitahu hal itu tidak penting diketahui Hanani. Setelah makan, Hanani minta naik ke bilik atas alasan letih, walaupun Datin mengajak Murni menonton, di dalam bilik, keadaan berubah ada dua kotak besar diletakkan di tepi katil, Hanani bertanyakan hal Murni tetapi diberitahu oleh Kak Finaz bahawa jenazah Murni telah selamat disemadi, abang Mazran, Tengku Makmur dan Muzaffar yang mengesahkannya. Setelah Kak Finaz keluar, Hanani tertarik pada sebuah diari biru dan dibukannya untuk dibaca agar lebih mengenali Murni, Memang Murni seorang yang gadis berjiwa murni. Memang Murni tidak suka akan sikap Laili Syafikah dan Fuziana , mereka sering bertelingkah. Hanani juga dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Murni, ada catatan yang dipadamkan.
Semasa Hanani bersedia untuk turun minum petang, daun pintu biliknya tiba-tiba ditolak, seorang lelaki bertali leher batik menerpa masuk, Tengku Makmur, Hanani memanggil Tengku Makmur papa seperti yang diajar oleh Abang Mazran ditegur oleh Tengku Makmur diminta Hanani hanya memanggilnya papa di hadapa Datin, Hanani meminta maaf, Tengku Makmur menanya Hanani berapa upah yang dijanjikan oleh abang Mazran sebagai bayaran untuk menyamar sebagai Murni, jawab Hanani Abang Mazran tidak berjanji apa-apa, Tengku Makmur terdiam kemudian menawarkan Rm 500 setiap bulan sebagai upah menyamar sebagai Murni. Tengku Makmur minta alamat kampung Hanani untuk dikirimkan duit itu, tetapi Hanani mengatakan bahawa dia akan kirim sendiri, Tengku Makmur membuka dompetnya dan mengira sejumlah duit lalu dilemparkan ke atas katil dan beredar. Hati Hanani terluka, dia enggan menyentuh wang itu, dia bangkit menghampiri tingkap dan nampak Kak Finaz sedang menemai Datin Maziah memetik bunga-bunga Orkid di taman

Kak Finaz seorang arkitek terpaksa berhenti kerja kerana menjaga Datin Maziah.

Bab 5: Sebagai Murid Baharu

Bab 5: Sebagai Murid Baharu

Cerita bermula dengan Abang Mazran menghantar Hanani ke sekolah baharunya iaitu SM Taman Sari, Hanani masuk ke kelas Tingkatan 5 sains 1, berkenalan dengan Tengku Ellina, dan Abang Mazran memberitahu bahawa Ellina atau pinggalan singkatnya Nina akan menolong Hanani menyesuaikan diri di sekolah baharu, tetapi mereka tidak sempat berkenalan, Nina sibuk dalam pertandingan Forum Remaja antara sekolah-sekolah. Hanani berhadapan dengan masalah tanda nama sama ada nak pakai tanda nama Tengku Murni atau guru kelas yang meminta Hanani mengeja nama untuk dibuat tanda nama baharu. Hanani cuba mendapatkan maklumat tentang Tengku Murni di sekolah daripada Ellina, seperti sama ada Murni ada kawan istimewa, Ellina mengatakan bahawa Murni pernah memberitahu bahawa dia suka akan seorang pelajar lelaki tetapi sampai sekarang, Ellina masih tidak tahu siapa orang itu. Kelas pertama dan kedua Kelas Bahasa Inggeris, Cikgu Ramzan(guru BI garang) , Hanani ditanya pelbagai soalan, dan menjawab tergagap-gagap, teringat bahawa dia bukan sahaja perlu belajar bahasa Inggeris kerana Murni fasih dalam BI dan perlu juga tahu akan Bahasa Jepun, takut Datin Maziah mengungkit hal itu. Hanani mengelamun masalah di rumah, Datin Maziah bertanya tentang gambar-gambar MUrni di Jepun, nasib baik Abang Mazran memberitahu beg Murni yang berisi gambar hilang di lapangan terbang, Abang Mazran meminta rakannya yg belajar di Hiroshima mengirimkan dua helai kimono, satu untuk Murni dan satu untuk Datin Maziah. Lamunan tersentak oleh sergahan Cikgu Ramzan terhadap Yusnizan, Hanani tidak dapat turut serta dalam perbincangan tentang pencemaran alam dalam BI, Laili, Syafikah,Fuziana, Syamsul, Faizan dan beberapa orang murid fasih berhujah dalam BI.

Semasa dalam perjalanan ke Makmal Fizik, Adriani dan Ellina meminta Hanani menceritakan perkara sebenar sehingga Hanani muncul dalam kalangan mereka. , tiba-tiba seorang pelajar lelaki Muhammad Ekran bin Muhammad (dulu sekelas dengan Murni, selepas SRP, kelas kelas sains sosial kerana nak jadi akauntanpengerusi persatuan Tingkatan 5 SMTS menegurnya dan meminta Hanani mengisi borang persatuan
Kelas Fizik bermula, oleh sebab Hanani budak baharu, Cikgu Sani banyak bertanya soalan, kebetulan ujikaji yang dibuat telah Hanani buat di Sekolah Menengah Sri Dian, oleh itu dia dapat jawab dengan yakin, tetapi hal ini menimbulkan kemarahan Laili, yang mengatakan Hanani berlagak, masa BI, tergagap-gagap. Ellina meminta Hanani bersabar kerana memang Hanani tidak sehaluan dengan Laili, Laili hidung tinggi (Lili, Ika dan Fuzi memang dikatakan sombong)digelar “Budak Glamur”. Pada akhir bab, timbul persoalan sama ada Murni betul-betul sudah tidak ada sebab hingga kini kad pengenalan dan kad ATMnya masih hilang (beritahu Ellina) Hani terkedu kerana abang Mazran dan Kak Finaz tidak pernah menyebut hal ini.

Latar tempat: Sekolah Menengah Taman Sari ( sekolah baharu Hanani)

Watak : Tengku Ellina (Nina) saudara dua pupu Murni, kawan baik

Bab 4: Seawal Kehadiran

Bab 4: Seawal Kehadiran

Menceritakan Hanani tiba di rumah baharunya di KL, dia kurang dapat menyesuaikan diri, Dia asyik diingatkan oleh Kak Finaz dan Abang Mazran bahawa dirinya sekarang ialah Nini bukan Nani. Pembantu rumah Mak cik Leha juga tak percaya Nani seiras Nini, Tengku Muzaffar tidak suka akan Nani berpendapat Nani akan berlakon pada mulanya dan kemudian berlagak dirinya Nini sebenar. Bekenaan dengan Tengku Makmur (ayah Murni) , abang Mazran akan memberitahu hal sebenarnya kepadanya kemudian. Hani ditinggalkan dalam bilik Murni, Hani teringat akan 5 buah terbitan Index Publications yang dicuri keluar daripada perpustakaan perlu dipulangkan segera tetapi dia tidak pasti lagi kepada siapa akan dihantarnya buku tersebut. Cikgu Zamin yang menjadi pilihan untuk Hani menghantar buku yang dicurinya, Hani imbas kembali pertemuannya dengan Nordin di tepi pagar buluh rumah Pak Long membongkar bahawa pencuri buku ialah penghuni asrama putera iaitu Lazim , Hamdion dan Teck Lee. Tiba-tiba Kak Finaz membuka pintu Hani dan memberitahu Datin Maziah sudah sedar dan mereka turun di bawah, Hani berjaya membawa watak Murni tanpa disedari oleh Datin Maziah, abang Mazran dan Kak Finaz berasa lega kerana Hani berjaya berlakon sebagai Murni tetapi abang Muzzafar berasa meluat. Apabila ditanya mengapa suara Hani lain, Hani memberitahu Datin kerana cuaca Tokyo berbeza daripada KL jadi suaranya turut berubah, dan mengatakan Nini dah besar oleh itu suara berubah, datin Maziah nampak percaya dan berharap Nini cepat dewasa supaya boleh mengambil lesen memandu dan Datin Maziah berjanji akan belikan jip baharu sama macam yang lalu sambil memeluk Nani, Nani terpegun.

Latar tempat: Hotel Universe( Nani diajar olehKak Finaz dan abang mazran pelbagai perkara antaranya makan dengan sudu dan garpu, menonton televisyen bersebelahan dengan Datin Maziah dan merengek kalau sesuatu yang kumahu tidak dipersetujui) Nani dan Nini ada banyak ketidaksamaan dalam keserupaan.

Di tepi pagar buluh rumah Pak Long : pertemuan Nordin dengan Hani, Nordin memberitahu bahawa pencuri buku perpustakaan sudah tertangkap, mereka ialah beberapa orang penghuni asrama putera iaitu Lazim, Hamidon dan Teck Lee.

Bilik Nini: sebuah katil besar, dua buah meja tulis, satu dilengkapi dengan peralatan komputer, sudut kanan dinding, gambar Tengku Murni, karektor kartun kesukaan ramai

Watak ; Mak cik Leha (pembantu rumah). Tengku Muzaffar (pelajar tahun akhir urusan undang-undang di UM, hampir sebaya dengan Hani), Tengku Makmur (ayah Murni), Lazim, Hamidon dan Teck Lee disahkan sebagai pencuri buku rujukan

Saturday, March 5, 2011

Novel Azfa Hanani : Bab 3: Kerana Terdesak

Bab 3: Kerana Terdesak

Bermula dengan Hanani bangun dan teringat akan peristiwa yang berlaku semalam, Abang Mazran dan Kak Finaz tidak berkesempatan berbincang dengan Pak Long dan Mak Long yang tidak berada di rumah kerana menghantr Zuraini yang disengat tebuan ke hospital. Semasa menunggu kedatangan Abang Ran dan Kak Finaz, Hanani membantu mak long memasak nasi lemak, dia tidak berani menanyakan jawapan Mak Long dan Pak Long hanya semasa bersarapan pagi, segala persoalannya terjawab apabila Mak Long memberitahu anak-anaknya Hanani tidak pergi ke sekolah kerana akan belajar di sekolah di KL. Semasa menunggu ketibaan abang Ran dan Kak Finaz, Hanani sempat bertanya tentang asal-usul dirinya. Hanani memang anak tunggal tidak ada kembar dilahirkan hasil perkahwinan ibu bapanya lebih 19 tahun yang lepas di sebuah universiti tempatan. Ibu bapanya terbunuh dalam satu tragedy teksi menjunam ke dalam gaung, semua penumpang meninggal kecuali seorang bayi. Tidak diketahui masa sebenarnya Kak Finaz, abang Ran ditemani abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba, selepas bersarapan, perbincangan bermula oleh Pak Haji Arshad selaku orang tengah. Kemudian Abang Mazran bercerita tentang Murni yang berumur 16 tahun tidak cukup umur ingin memandu jip hadiah Datin Maziah sempena hari jadinya ke-16, Murni ditemani pemandu keluarga, Datin Maziah turut sama, petang itu hujan lebat, sebuah bas mini merempuh jip Murni, pemandu keluarga merek maut, Murni gagal diselamatkan, Datin Maziah terselamat tetapi koma beberapa hari. Apabila sedar mereka berbohong kepada Datin Maziah bahawa Murni selamat, apabila murni tidak melawat, mereka memberitahu Murni ke Jepun (sertai program pertukaran pelajar) tetapi Datin Maziah makin sihat dan bercadang melawat Murni di Jepun . Kemudian, Abang Mazran dan Kak Finaz meminta kebenaran Mak Long dan pak Long untuk membawa Hanani ke KL, dengan janji mereka akan menanggung perubatan Zuraini di mana saja. Pak Long izinkan demi masa depan Hanani dan berharap Hanani akan dijaga dengan baik kerana dia anak yatim piatu, juga izinkan Hanani pulang untuk melawat mereka. Kemudian Hanani berkemas, tetapi dilarang oleh Kak Finaz. Hanani hanya mengambil sehelai dua pakaian dan juga buku-buku rujukan termasuk yang dicuri pinjam daripada perpustakaan, dia berjanji akan memulangkan buku tersebut melalui kiriman pos dengan catatan memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya. Kemudian, Hanani bersalaman dengan Mak Long dan Pak Long dan Zuhidin, tiba-tiba Nordin muncul dengan wajah cemas, Hanani meminta Abang Mazran menghentikan kereta keranan Hanani ingin menemui Nordin dahulu.



Watak: Zurina, (belajar di tahun enam sekolah rendah) Zahir (tahun lima) dan Zahidin (berumur 5 tahun) (anak-anak pak long)

Latar tempat : Rumah Pak Long dan Mak Long (mak long memasak nasi lemak di dapur)

Latar masa: Subuh dan (ada laungan azan subuh) Sembahyang subuh oleh Hanani dan Mak long ,Petang (hujan lebat, jip yang dipandu oleh Murni dirempuh oleh sebuah bas mini), pemandu keluarga maut, Murni gagal diselamatkan,mati dalam perjalanan ke hospital, Datin terselamat tetapi koma beberapa hari

Novel Azfa Hanani : Bab 2: Siapa Mereka

Bab 2: Siapa Mereka
Cerita bermula dengan Hani berjalan menuju bilik pengetua dengan Nordin di sebelah kanan dan Roslan di di sebelah kiri, Hani cuba mengetahui sebab pengetua ingin berjumpa dengannya daripada Nordin(rakan sekampungnya: Kampung Merpati) tetapi Nordin dan Roslan tidak tahu sebabnya. Apabila sampai di Bangunan A, Nordin dan Roslan meminta diri untuk ke Bangunan B(di mana letaknya bilik pengawas)cikgu Sufian (guru pengawas) ingin berjumpa dengan semua pengawas lelaki (unsur suspens: mengapa semua pengawas lelaki dipanggil, pengawas perempuan tidak dipanggil?) Apabila sampai di bilik pengetua, kerani menyuruh Hani masuk ke bilik pengetua, ada dua tetamu menunggunya di bilik pengetua, apabila masuk ke bilik, Hani Nampak kakak ipar Nordin (Syarifah Rozan, panggilan mesra Kak Rozan), kata-kata dua orang tetamu bahawa mereka bagaikan kembar merimaskan Hani, Kak Rozan membiarkan Encik Mazran dan Puan Syafinaz untuk berbincang dengan Azfa Hanani. (unsur suspens: Hani tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh tetamu bahawa mereka bagaikan kembar). Wajah Hanani dikatakan seiras dengan wajah seorang gadis (Murni) yang telah meninggal lebih empat bulan yang lalu dalam kemalangan jalan raya. Kemudian, Hanani dibawa pulang ke rumah oleh Kak Rozan, Encik Mazran dan Kak Finaz untuk mendapatkan persetujuan daripada Pak Long dan Mak Long Hanani untuk menjadikan Hanani anak angkat kepada Datin Maziah yang tidak dapat menerima kenyataan anak bongsunya dalam meninggal dalam kemalangan bersamanya. Pada bahagian akhir, berkisar tentang sama ada Nani dapat menyamar sebagai anak orang kaya atau tidak?



Watak: Pak Haji Arshad (ketua Kampung Merpati : ayah Nordin) , Zuraini (anak Pak Long dan Mak Long lumpuh terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya. Cikgu Yazid (guru perpustakaan), CIkgu Habib (guru disiplin bermisai melenting) Abang Norman (suami kak Rozan)

Latar tempat : bangunan A(letaknya Bilik Pengetua), Bangunan B (letaknya bilik pengawas), Kereta Proton Wira berwarna biru metalik ( Hanani diberitahu tentang kisah Datin Maziah yang kehilangan Murni anak perempuan bongsunya dalam kemalangan jalan raya)

Novel Azfa Hanani Bab 1: Takut

Bab 1: Takut
Cerita bermula dengan Hani mengelamun di makmal Kimia tentang perbuatannya membawa buku keluar dari perpustakaan tanpa diketahui oleh pengawas, tentang hukuman yang bakal menantinya iaitu sama ada digantung atau dibuang sekolah. Lamunannya terhenti apabila dikejutkan oleh Falina, Hani. Kemudian, mereka berbincang tentang orang yang mencuri buku di perpustakaan, Kamiliah memberitahu bahawa dia tahu orang yang mencuri buku perpustakaan.
buku pertama yang dibawanya ialah buku Fizik Moden, sejak itu, dia mula membawa satu demi satu buku dari perpustakaan. Hani berbuat demikian kerana tidak mampu membeli buku rujukan dan tidak boleh membaca buku di perpustakaan pada waktu petang kerana menaiki bas 15 ke sekolah dan 15km untuk pulang ke rumah, kalau tidak dia akan ketinggalan bas. Cerita berakhir dengan ketukan pintu makmal Kimia oleh dua orang pengawas iaitu Nordin dan Roslan yang memberitahu bahawa Pengetua ingin berjumpa dengan Hanani (unsur suspens : pembaca tertanya-tanya sebab sebenar pengetua ingin berjumpa dengan Hanani, sama ada kerana mereka sudah mengetahui Hanani mencuri buku perpustakaan。

Watak: Hani(Azfa Hanani-pelajar tingkatan 5 Kenanga), Cikgu Zamin(guru kaunseling), Kamilah(s/u perpustakaan), Aini dan Falina, Hashim, Kim Seng, Jeffry dan Anthony(rakan sekelas Azfa Hanani), cikgu Sofea (guru Kimia), Cikgu Yazid (guru perpustakaan) Pak Long (pakcik Hani bekerja sebagai penoreh getah)
Watak Hani
-mendapat bantuan biasiswa tetapi gunakan duit itu untuk langganan bas dan yuran sekolah serta wang saku
-lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
-pelajar tingkatan 5 Kenanga, mendapat P7 dalam peperiksaan SRP menyekatkan keinginannya untuk belajar di sekolah berasrama penuh
Latar tempat
Makmal Kimia: tempat Hani, Kamilah, Aini dan Falina membuat ujikaji dalam kelas Cikgu Sofea.
Sekolah Menengah Sri Dian: tempat Azfa Hanani belajar