Showing posts with label peribahasa. Show all posts
Showing posts with label peribahasa. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Koleksi Peribahasa Tingkatan 4 dan 5 vs Soalan Tahun Lepas

Senarai Peribahasa Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6. baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan.

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : Tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama handal.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

Senarai Peribahasa Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Saling tolong-menolong.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melibatkan diri

6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : Orang yang semuafakat, sehidup semati, dan tidak berubah kesetiaannya.

13. memerah otak
Maksud : Belajar bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara.
b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud :

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud :

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud :

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.

  1. bersatu teguh bercerai roboh.
  2. bagai tanduk diberkas.
  3. kalah jadi abu, menang jadi arang.

JUN 2005

  1. seperti ikan pulang ke lubuk.
  2. muafakat membawa berkat.
  3. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

NOVEMBER 2005

  1. berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
  2. seperti burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.
  3. ukur baju di badan sendiri.

JUN 2006

  1. seperti ular kene palu.
  2. air dicincang tidak akan putus/ carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum semula juga.
  3. hendak seribu daya, tak hebdak seribu dalih.

NOVEMBER 2006

  1. Bahasa jiwa bangsa.
  2. usaha tangga kejayaan.
  3. alah bisa tengal biasa.

JUN 2007

  1. seperti kacang lupakan kulit.
  2. ke lurah sama dituruni, ke bukit sama didaki / hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah / berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  3. berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

NOVEMBER 2007

  1. Bahasa jiwa bangsa.
  2. bagaikan dakwat dengan kertas.
  3. seperti air dalam kolam.

JUN 2008

  1. durian runtuh.
  2. berani kerana benar.
  3. sesat dihujung jalan, kembali ke pangkal jalan.

NOV 2008

  1. bagai menatang minyak yang penuh
  2. benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
  3. hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

Berikan maksud peribahasa di bawah

  1. tiada rotan, akarpun berguna.
  2. menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.
  3. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Isi tempat kosong dalam dialog

  1. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung / masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
  2. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
  3. Jauh berjalan luas pemandangan.


Tuesday, March 16, 2010

Lengkapkan Peribahasa & Simpulan Bahasa

Lengkapkan Peribahasa

1.Bagai _________________di pagar bintang=kecantikan gadis yang tiada bandingannya

2.Bagai ___________lupakan kulit=orang yang tidak tahu mengenang budi

3.Bagai ___________minyak yang penuh=memelihara anak dengan penuh kasih sayang

4.. Bagai _____________dibelah dua=pengantin yang sama cantik dan sama padan

5.Seperti ____________dengan tebing=kerjasama yang erat di antara dua pihak

6. Seperti bumi dengan ____________=perbezaan yang amat besar

7. Seperti cincin dengan ____________=sepasang pengantin yang sama cantik

8. Seperti gergaji dua___________=orang yang suka mencari faedah daripada dua pihak yang bermusuhan

9. Seperti embun di hujung___________=kasih sayang yang tidak kekal abadi

10. Seperti katak di bawah _______________=orang yang cetek pengetahuan

11. Seperti kera mendapat _______=orang yang tidak tahu menghargai pertolongan orang lain

12. Seperti pahat dengan______________=orang yang hanya bekerja apabila diperintah

13.Seperti ________masuk kampung=orang yang tercengang-cengang apabila masuk ke sesuatu kawasan baru

14. Air yang tenang jangan disangka tiada_________=jangan disangka orang yang pendiam itu tiada bahayanya

15. Alah bisa tegal__________=pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan akan menjadi senang

16. Alang-alang mandi biarlah ________=mengerjakan sesuatu kerja sehingga selesai

17. Ada ______di sebalik batu=mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan

18. Air ________tidak akan putus=pergaduhan di antara adik-beradik itu tidak akan berpanjangan

19. Belakang ________diasah lagikan tajam=orang yang bodoh jika diajar, akan menjadi pandai juga akhirnya

20. ___________mana tidak ditimpa hujan=setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan

21. ________bara api biar sampai jadi arang=membuat sesuatu kerja yang susah hendaklah bersabar hingga berjaya

22. Indah khabar dari__________=khabar tentang sesuatu perkara biasanya dilebih-lebihkan

23. ________________aur biar dari rebung=mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi

24. Melepaskan ________di tangga=membuat sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh

25. ___________tebu di bibir mulut=manis di mulut sahaja tetapi di hatinya tidak

26. Nasi sudah menjadi________=sesuatu kerosakan yang tidak dapat dibaiki lagi

27. Rosak badan kerana____________=mendapat kesusahan kerana terlanjur kata

28. Sambil_______________minum air=membuat dua kerja dalam satu masa

29. Saran_________________jangan dijolok=bahaya jangan dicari

30. Sediakan ______________sebelum hujan=hendaklah beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan

31. Segan bertanya_______________jalan=orang yang tidak mahu bertanya apabila berhadapan dengan masalah akan mendapat kesusahan akhirnya

32. Sudah _______________ditimpa tangga=kesusahan atau kecelakaan yang datang berturut-turut

33. Sudah______________baru tergadah=sudah terkena baru hendak beringat-ingat

34. Tepuk tangan sebelah tidak___________________-=sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku daripada satu pihak sahaja

35. Ukur ____________di badan sendiri=melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan atau kebolehan diri sendiri

36. Bagaimana acuan,__________________=biasanya perangai seseorang anak itu mirip kepada perangai ibu bapanya

37. Carik-carik bulu ayam,________________= pergaduhan di antara adik-beradik tidak berpanjangan

38. Diam- diam ubi berisi,___________________=pendiam yang pandai itu berguna tetapi pendiam yang bodoh langsung tidak membawa apa-apa faedah

39. Di mana bumi dipijak________________=kita hendaklah mematuhi adat atau peraturan tempat yang kita diami itu

40. Harapkan guruh di langit_________________=harapkan keuntungan yang besar yang belum pasti diperoleh, keuntungan yang kecil yang sedia ada dilepaskan

41. Hendak seribu daya_____________________=jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya dan demikian sebaliknya

42. Ingat sementara belum kena____________________=hendaklah berhati-hati sebelum mendapat kesusahan

43. Kalau baik jadikan teladan__________________=contohilah sesuatu yang baik dan jauhkanlah diri kita daripada sesuatu yang buruk itu

44. __________________sapi punya nama=orang lain yang berusaha, orang lain yang dipuji

45. Rambut sama hitam__________________________=setiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan yang berbagai-bagai

46. Ringan sama dijinjing,-________________=bersama-sama memikul tanggungjawab sama ada kecil atau besar

47. _________________, lama-lama menjadi kain=pekerjaan yang susah kalau dilakukan dengan sabar akhirnya berhasil juga

48. Sepandai-pandai tupai melompat,___________________=walau bagaimana pandai sekalipun seseorang itu, ada masanya dia membuat kesilapan juga

49. _______________, sesal kemudian tidak berguna=sebelum kita melakukan sesuatu perbuatan, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu agar kita tidak menyesal kemudian

50. Siapa makan lada,__________________=seseorang yang melakukan sesuatu yang kurang baik itu akan merasa dirinya tersindir jika hal itu disebut


LENGKAPKAN PERIBAHASA BERIKUT:

51. Yang dikejar tak dapat____________________________

52. setinggi-tinggi bangau terbang_______________________

53. Lepas dari mulut harimau___________________________

54. masuk kandang kambing mengembek,______________

55. __________________balik ke pangkal jalan

56. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian____________________

57. banyak udang banyak garam_____________________

58. berat mata memandang,______________________

59. biar putih tulang,____________________

60. di mana ada kemahuan__________________

61. gajah sama gajah berjuang________________

62. harapkan pagar,__________________

63. harimau mati meninggalkan belang__________________

64. buat baik berpada-pada,__________________

65. kalau tidak dipecahkan ruyung________________

66. kuman di seberang laut nampak,________________

67. Untung sabut timbul_________________


SIMPULAN BAHASA

1. WAJAH ATAU RUPA SESEORANG=

2. BODOH=

3. PENGALAMAN HIDUP=

4. BERGADUH=

5. SOMBONG ATAU BONGKAK=

6. CABUT LARI=

7. DEGIL , TIDAK MAHU DENGAR NASIHAT=

8. TERLALU TAMAK AKAN WANG=

9. ANAK=

10. KEDEKUT=

11. ANAK KANDUNG=

12. PENGANTIN BARU=

13. KECEWA=

14. RAJIN, SUKA BEKERJA=

15. MERADANG ATAU MARAH=

16. ISTERI=

17. HAMPIR-HAMPIR MATI=

18. MELANCONG=

19. BERAT SEBELAH=

20.MENCURI=

21. CERDIK=

22. HADIAH=

23. MENDENGAR=

24. KEKASIH=

25. MENERIMA RASUAH=

26. SUKA BERCAKAP=