Petikan daripada utusan.com.my
Mengawasi
Teruskan langkah-langkah berwaspada terhadap penyebaran kuman, H1N1 ataupun mana-mana penyakit berjangkit lain ketika dalam perjalanan pulang. Anda tetap digalakkan membawa kit H1N1, termasuk topeng mulut dan hidung, pencuci tangan antiseptik (hand sanitizer) dan tisu, ke mana sahaja, untuk digunakan mengikut kesesuaian.
Pengusaha pengangkutan awam juga jangan alpa dengan arahan mewajibkan pemakaian topeng mulut dan hidung, di samping langkah pencegahan bersesuaian untuk para penumpang yang menunjukkan gejala selesema. Pakai topeng mulut dan hidung sepanjang masa di dalam pengangkutan awam dan terminal jika anda sendiri yang mengalami gejala selesema, tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi mengalami komplikasi akibat jangkitan H1N1 ataupun jika anda duduk berhampiran individu yang mempunyai gejala selesema!
Mereka yang mempunyai gejala selesema atau tidak sihat juga digalakkan menggunakan pengangkutan peribadi yang kurang sesak, ataupun menangguhkan perjalanan pulang bagi mengelakkan penyebaran kuman kepada penumpang lain. Pastikan anda sentiasa menggunakan tisu dan etika ketika batuk atau bersin, serta buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah supaya tidak mencari permukaan yang sering disentuh ramai. Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pencuci tangan antiseptik selepas membuang tisu, dan juga sekerap mungkin terutamanya selepas menyentuh permukaan yang mungkin tercemar di tempat tumpuan umum.
Pengasingan
Dalam suasana Hari Raya yang berterusan selama sebulan, pasti aktiviti kunjung-mengunjung dan bersalaman akan berterusan. Tambahan pula duit raya yang bertukar-tukar tangan. Cuci tangan anda sekerap mungkin selepas bersalam atau menyentuh apa-apa yang mungkin tercemar dengan kuman.
Elakkan terus dari menyertai majlis keramaian ataupun bertandang ke rumah rakan dan saudara (kenduri atau rumah terbuka) jika anda menunjukkan gejala selesema. Bagi yang sihat, elakkan diri dalam jarak sekurang-kurangnya satu (1) meter dari individu dengan gejala selesema. Semakin banyak kita bertemu dengan ramai individu, semakin tinggi risiko dijangkiti virus ini.
Bagi yang sakit atau menunjukkan gejala selesema, adalah lebih baik anda menyambung cuti supaya virus selesema (H1N1 ataupun bukan) tidak disebarkan kepada rakan lain di sekolah, institusi pengajian ataupun tempat kerja.
Ambil peluang cuti sakit untuk berehat di rumah dan memberikan peluang badan anda pulih. Minum air secukupnya, sama ada air kosong, air mineral, minuman isotonik, jus buah-buahan mahupun sup.
Para majikan pula diseru memberikan pengecualian untuk pekerja yang diberikan cuti sakit oleh doktor bagi mengelakkan sebahagian besar tenaga kerja jatuh sakit. Pekerja yang sakit pasti sukar menjalankan tugas mereka dengan baik, dan mungkin menjejaskan produktiviti keseluruhan organisasi jika menjangkiti pekerja-pekerja lain.
Teruskan amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Amalan mencuci tangan dengan kerap dan adab ketika batuk dan bersin perlu diberi penekanan, bukan hanya untuk kebersihan diri serta persekitaran, malahan mengelakkan penyebaran sebarang kuman. Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya gejala berlanjutan atau menjadi semakin teruk!
Ambil tahu perkembangan terkini wabak influenza A (H1N1) serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pastikan kesihatan dan keselamatan untuk diri, keluarga dan rakan taulan. Bersama kita mengawal penularan H1N1 di musim perayaan ini!
Showing posts with label H1N1. Show all posts
Showing posts with label H1N1. Show all posts
Wednesday, September 30, 2009
Wednesday, September 9, 2009
Pemakaian Mask H1N1
Hari ini saya ke hospital untuk mengambil ubat. Nampak ramai lagi yang tidak memakai topang penutup mulut dan hidung di hospital. Tak sampai 10% orang yang menunggu giliran di kaunter pengambilan ubat yang memakai mask. Boleh dengar ada orang batuk dan bersin, tapi tak pakai mask. Membaca laporan Utusan Malaysia online semalam tentang H1N1, sudah ada seramai lebih kurang 9 ribu orang rakyat Malaysia dijangkiti H1N1. Tak takutkah rakyat Malaysia? atau ramai yang mempunyai pemikiran seperti bapa saya apabila disuruh pakai mask, dia enggan sebab rasa Malu dan menganggap tidak mudah dirinya akan dijangkiti.
Monday, August 31, 2009
H1N1 : Peranan Ibu Bapa
Kita tidak boleh meminta orang lain mengikut langkah kita dalam menangani wabak H1N1. Kita hanya dapat memastikan orang kesayangan kita tidak dijangkit wabak ini dengan :
1. memastikan anak-anak ke sekolah dengan memakai mask / penutup hidung dan mulut.
2. mengajar anak-anak langkah mencuci tangan yang betul
3. mengingatkan anak-anak membasuh tangan dengan bersih pada waktu rehat semasa ingin makan dan selepas makan
4. mencuci tangan dengan bersih selepas ke tandas
5. Tidak menggalakkan anak-anak ke tempat awam
6. Balik dari sekolah, pastikan anak-anak mencuci tangan dahulu sebelum berpeluk atau menyentuh ahli keluarga yang lain.
7. Membeli "hand sanitizer" dan digunakan apabila tiada kemudahan untuk mencuci tangan
8. Mencuci tangan dengan bersih dan dengan kerap merupakan langkah pencegahan yang paling efektif
Harap membantu,

H1N1 VS Kesedaran
Sekolah akan berbuka semula esok, diharapkan ibu bapa memastikan anak-anak memakai penutup hidung dan mulut ke sekolah. Setakat ini, penutup hidung dan mulut belum dibekalkan oleh sekolah kepada murid-murid.
Sebagai langkah pencegahan dan kawalan penularan wabak ini, penjagaan kebersihan diri dan pemakaian mask merupakan satu-satunya usaha yang boleh kita lakukan dalam mengurangkan penularan wabak ini.
Entahlah, masih ramai yang tidak gentar dengan angka-angka yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan tentang bilangan kes jangkitan wabak H1N1.
Walaupun sudah bertambah ramai yang memakai penutup mulut dan hidung di pasar raya, tempat awam, yang tidak berbuat demikian tidak kurang banyaknya.
Baru-baru ini, laporan WHO mengatakan bahawa penduduk Malaysia masih kurang tahap kesedaran tentang keseriusan wabak ini. Saya rasa memang ada benarnya.

Monday, August 10, 2009
Langkah Pencegahan H1N1 di Sekolah
Berita semalam cukup mengejutkan dan membimbangkan, bilangan kematian susah mencecah 27 orang. Perdana Menteri akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti langkah pencegahan yang boleh diambil. Pada saya:
1. pelajar-pelajar sekolah patut diwajibkan memakai surgical mask.
2. pihak sekolah menyediakan sabun dan bahan pencuci tangan agar pelajar dapat mencuci tangan selalu.
3. guru-guru harus mengingatkan pelajar tentang bahaya H1N1 dan langkah pencegahan.
4. aktiviti kokurikulum dikurangkan
5. menyukat suhu pelajar-pelajar setaip hari
Bersama-samalah bekerjasama mencegah H1N1 ini merebak lagi!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)