Showing posts with label Research. Show all posts
Showing posts with label Research. Show all posts
Saturday, September 26, 2009
Holidays is Over, Back to Work
I have finished marking the pretest papers and key in all the marks in SPSS. After sending my son back to my sister, I will start to do my research and altering my proposal and plan for the post test date and distribute the questionnaire. Then, really have to concentrate on the report and analyze the data collected. I have only 6 months to get everything done before back to school to teach.
Thursday, September 3, 2009
Refleksi Kajian 3
Hari ini terdapat 5 orang pelajar ponteng kelas, 2 daripada kelas Y dan 3 daripada kelas U. Kelas U, pelajarnya tidak berminat dan tidak mahu menulis dalam blog. Salah sebabnya ialah mereka tidak mempunyai komputer di rumah dan capaian internet. Tambahan pula, tinggal 5 buah komputer yang boleh akses internet daripada 10 buah pada masa saya memulakan kajian. Terpaksa . membawa komputer riba, saya hanya ada dua buah komputer riba. Masih tidak dapat menampung bilangan pelajar yang perlu menggunakan komputer untuk menulis karangan pada satu-satu masa.
Berasa sungguh tertekan. Masalah yang dihadapi tidak mampu diatasi. Ini tentu akan memberi kesan kepada kajian yang dijalankan.
Namun begitu, terpaksa juga saya teruskan kerana tiada pilihan dan kesuntukan masa. Harapan hanyalah satu : dapat menamatkan pengajian sahaja.
Thursday, August 20, 2009
Refleksi Kajian 2
Hari ini, tibalah kumpulan eksperimental dengan dua kelas bercampur, akibat bilangan yang banyak, saya tidak dapat mengesan pelajar yang tidak hadir ke bilik komputer. Apabila menyemak senarai nama pelajar, barulah saya mendapati bahawa banyak pelajar kelas 4U yang tidak membina blog. Mereka hadir kemudian keluar dari bilik komputer dengan pelbagai alasan dan tidak kembali. Oleh sebab ini kali pertama saya bertemu dengan mereka, jadi saya tidak dapat mengecam siapa mereka.
Hal ini disebabkan pada pagi ini terdapat perhimpunan, dan perhimpunan berlarutan ke waktu kedua. Waktu saya pula adalah pada waktu 1 dan 2. Kekangan masa menyebabkan saya terpaksa meminta membina blog dengan bilangan komputer yang terhad.
Esok terpaksa pergi ke sekolah lagi untuk berjumpa dengan pelajar yang tidak membina blog dan memberi maklumat yang tidak lengkap seperti yang diminta.
Memang susah untuk menjalankan kajian eksperimental di sekolah. Terlalu banyak gangguan dan cabaran.

Wednesday, June 17, 2009
Kajian Rintis
Hari ini ke sekolah Yuk Choy untuk buat kajian rintis. Alamak sesat jalan, nasib baik keluar awal, kalau tak mesti tak sempat nak habiskan kajian rintis pada hari ini jugak. Penolong Kanan sekolah ini bekas rakan sejawat saya. Baik sungguh hatinya, tak payah saya hendak mengedar dan mengutip borang. Dia minta saya letak saja borang-borang, dia yang akan edar dan kutip. Petang nanti saya akan ke sekolah tersebut untuk kumpul borang-borang.
Semalam, saya masih risau dan bayangkan situasi yang akan berlaku pada hari ini. Malam tadi, keluar cari hadiah untuk pelajar tetapi pada saat di kaunter pembayaran, saya bertukar fikiran, tak jadi beli hadiah. Nasib baik, kalau tidak membazir.
Sekarang, perlu fikirkan apa hadiah yang perlu diberikan kepada PK tersebut sebagai tanda penghargaan atas bantuan yang diberikan?

Subscribe to:
Posts (Atom)