Tidak kira jauh perjalanan, luas pemandangan, luas pandangan atau luas pengalaman. Perjalanan hari ini memang jauh, memang luas pemandangan, pandangan dan pengalaman yang diperoleh. Sudah lama duduk menghadap tesis yang pi mai pi mai tang tu je. Hari ini, Ummu Ilman banyak membantu saya dalam menyelaraskan objektif kajian saya dengan persoalan kajian dan dapatan kajian. Walaupun perbincangan tak sampai satu jam pun, tapi cukup padat dan jelas. Kami jumpa di IPS kemudian ke perpustakaan, tak lupa makan-makan di gerai.
Tiba di rumah dah pukul 7.30pm, hujan lebat sepanjang perjalanan pulang. Walaupun bertolak awal, tapi disebabkan hujan yang begitu lebat sekali, jadi memandu dengan cukup teliti, jalan memang licin. Apabila sampai, cuci kereta, maklumlah kereta baharu, jaga over sikit. Mandi dan makan malam. Baru berkesempatan menulis pos ini. Esok baru nak mula buat semua cadangan dan penyelarasan yang dicadangkan oleh Ummu Ilman. Nak berehat je, dah tua agaknya, berasa letih dan sakit bahu, tak lupa dah rasa mengantuk dah.....zzz...
Showing posts with label perbincangan. Show all posts
Showing posts with label perbincangan. Show all posts
Tuesday, January 5, 2010
Thursday, November 19, 2009
Wednesday, June 17, 2009
Mata Pelajaran Bahasa Melayu BERAT
Skop Peperiksaan SPM Bahasa Melayu meliputi:
Kertas 1 : Karangan (130Markah)
Bahagian A: Karangan Berpandu (30 markah) - 250 patah perkataan
Bahagian B: Karangan Biasa ( 100 markah)- lebih daripada 350 patah perkataan
Kertas 2 : Rumusan, Komsas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5), Tatabahasa(Pelbagai bentuk) dan Novel(110 markah)
Komsas= Komponen Sastera
1. Puisi Tradisional = 12 ( 4 Pantun, 4 Syair, 2 Gurindam, 2 Seloka)
2. Sajak = 12
3. Prosa Tradisional= 8
4. Cerpen =12
5. Drama = 6
Aspek yang dikaji meliputi :
Sinopsis
Maksud Pantun, Seloka, Gurindam, Sajak
Tema
Persoalan
Watak & Perwatakan
Nilai
Pengajaran
Plot
Gaya Bahasa
Teknik Plot
Latar - latar masyarakat, latar tempat dan latar masa
Biodata Pengarang
Selain ini, pelajar perlu melalui ULBS=Ujian Lisan Berasaskan Sekolah(sekurang-kurangnya ditadbir 2 kali setahun), Program Nilam dan 2 buah Novel.

Thursday, February 26, 2009
Sesi Perbincangan Kali Ke-2
Hari ini 26/2/09, saya telah bertemu dengan penyelia kedua saya, cik lin. Pada 3 petang, perbincangan bermula 3.20pm kerana ada pelajar yang lain dalam bilik cik lin. Selesai perbincangan pukul 5 petang. Banyak cadangan, nasihat dan pembetulan yang perlu dibuat dan data yang perlu dikumpul. Sekarang, saya sudah ada gambaran yang lebih jelas walaupun tidak menyeluruh. Langkah seterusnya adalah membina item soal selidik, dapatkan data daripada JPN dan membaiki objektif, soalan kajian, hipotesis.
Subscribe to:
Posts (Atom)