Wednesday, June 17, 2009

Mata Pelajaran Bahasa Melayu BERAT

Skop Peperiksaan SPM Bahasa Melayu meliputi:

Kertas 1 : Karangan (130Markah)

Bahagian A: Karangan Berpandu (30 markah) - 250 patah perkataan
Bahagian B: Karangan Biasa ( 100 markah)- lebih daripada 350 patah perkataan

Kertas 2 : Rumusan, Komsas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5), Tatabahasa(Pelbagai bentuk) dan Novel(110 markah)

Komsas= Komponen Sastera
1. Puisi Tradisional = 12 ( 4 Pantun, 4 Syair, 2 Gurindam, 2 Seloka)
2. Sajak = 12
3. Prosa Tradisional= 8
4. Cerpen =12
5. Drama = 6

Aspek yang dikaji meliputi :

Sinopsis
Maksud Pantun, Seloka, Gurindam, Sajak
Tema
Persoalan
Watak & Perwatakan
Nilai
Pengajaran
Plot
Gaya Bahasa
Teknik Plot
Latar - latar masyarakat, latar tempat dan latar masa
Biodata Pengarang

Selain ini, pelajar perlu melalui ULBS=Ujian Lisan Berasaskan Sekolah(sekurang-kurangnya ditadbir 2 kali setahun), Program Nilam dan 2 buah Novel.

No comments:

Post a Comment