Sejak terciptanya tulisan, manuisa mula menulis untuk berkomunikasi terutamanya apabila terpisah oleh sempadan dan masa.
Penulisan membolehkan kita menyampaikan ilmu pengetahuan, pendapat dan idea. Penulisan membolehkan kita mengumpul, menyimpan dan menyampaikan informasi secara luas dengan tepat.
Penulisan juga digunakan untuk memujuk pihak lain, mengekspresi diri dan berkongsi maklumat.
Penulisan ada di mana-mana sahaja seperti papan tanda, risalah, majalah, novel, buku cerita, poster, buku panduan, televisyen apatah lagi dalam dunia internet.
Penulisan begitu penting kepada pelajar-pelajar, pelajar perlu menguasai kemahiran menulis kerana prestasi pelajar sering diukur dan dinilai melalui penulisan.
Kebanyakan alat pengukuran prestasi pelajar menggunakan penulisan sama ada penulisan yang minimum seperti isi tempat kosong, soalan struktur dan jawapan pendek ataupun berbentuk esei, projek, kerja kursus dan lain-lain yang melibatkan penulisan yang komprehensif.
No comments:
Post a Comment