Wednesday, June 10, 2009

Ilmu, Maklumat dan Pembelajaran

Dahulu, ilmu pengetahuan dipelajari melalui dialog atau secara lisan oleh guru atau orang yang dianggap bijak pandai pada masa itu. Ilmu ini diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Zaman Plato dan Socrates menggunakan kaedah ini untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Guru-guru pada masa dahulu kebanyakannya terdiri daripada para ulama atau ketua agama. Ilmu yang dipelajari adalah tentang nilai, agama dan isu kehidupan seharian, hubungan antara keluarga, bagaimana menjadi seorang ketua atau pemimpin.

Gutenberg telah membuka peluang kepada kita untuk belajar ilmu pengetahuan melalui buku. Karya-karya agung dapat dicetak dalam kuantiti yang banyak dan dibaca oleh pembaca yang banyak.

Sebenarnya maklumat dan informasi yang ada pada masa kini walaupun dikatakan melaut tetapi ilmu pengetahuan adalah lebih banyak daripada maklumat dan informasi yang mampu kita peroleh dariapda rangkaian internet.

Apa yang dapat kita pelajari daripada cetakan dan dalam rangkaian internet merupakan maklumat, informasi dan ilmu pengetahuan yang diterbitkan sama ada dalam bentuk buku, majalah, risalah, rangkaian internet. Sebenarnya, banyak lagi ilmu yang tidak lagi kita ketahui melainkan ilmu dan pengetahuan tersebut dikumpulkan, dicatat, ditulis dan diterbitkan.

No comments:

Post a Comment