1. makan angin
2. genggam bara api biar sampai jadi arang
3. menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
4. besar periuk, besar keraknya
5. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
6. mulut tempayan
7. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
8. ukur baju di badan sendiri
9. bagai pinang dibelah dua
Showing posts with label jawapan. Show all posts
Showing posts with label jawapan. Show all posts
Thursday, June 13, 2013
Monday, December 31, 2012
Jawapan Latihan 24, 25 dan 26
Betulkan ayat-ayat di bawah.
- Banyak pelajar tidak bersetuju akan(dengan) cadangan Ravi ke Pulau Kipas
- Encik Raj akan berpindah di(ke) Kajang di (pada) bulan depan
- Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung atas (kepada) orang tuanya
- Rozlin menerima sepucuk surat dari(daripada) ibunya di kampung
- Siti Laila tidak suka terhadap (akan)kucing
- Dia akan pulang kampung(pulang ke kampung) pada Hari Raya Puasa ini
- Para pelajar dinasihati supaya berkelakuan baik dan ikut (mengikut) peraturan sekolah
- Mereka menerus akan(meneruskan) perjalanan yang jauh itu walaupun masing-masing keletihan
- Guru itu bertanyakan tentang (bertanyakan / bertanya tentang) khabar ibu bapa saya
- Azmil memperisterikan(memperisteri)Azizah yang menjadi teman sepejabatnya
- Seri Maharaja memerintahkan pahlawan-pahlawannya berkubu(berkubukan) betis untuk mempertahankan Singapura
- Dia berdiri maka(lalu) memberikan jawapan
- Dia tidak akan pulang hingga (selagi)tugas itu belum selesai
- Pekerja-pekerja itu akan terus berpiket hingga (selagi)tuntutan mereka tidak dipenuhi
- Jangankan adik, malah abang(abangpun) tidak dapat menjawab soalan matematik itu
- Petani itu menjual beberapa keping(bidang) tanahnya untuk menyara anaknya belajar di universiti
- Dialah yang beritahu(memberitahu) saya tentang rahsia itu kelmarin
- Encik Wahid menghadiahkan(menghadiahi) anaknya dua helai buku
- Daripada catatan itu jelaslah bahasa Melayu sudah lama kembang (berkembang)
- Sudah berbulan(berbulan-bulan) lamanya dia tidak pulang ke kampung
- Pameran buku itu adalah yang terbesar sekali (terbesar)di antara(antara) yang pernah diadakan di Malaysia
- Pelancong-pelancong itu terpesona melihat akan (melihat) penari-penari itu menari
- Anggota-anggota jawatankuasa telah berbincang(tentang) perkara itu
- Mak Andam menduduki (menduduukkan)pengantin di atas pelamin itu
- Sebelum bertolak(berangkat), baginda bersalam dengan penduduk kampung itu
- Rumah-rumah yang berdekatan(dengan) Sungai Pahang ditenggelami air
- Air mata membasahkan (membasahi) pipinya
- Sudah seminggu lamanya Ramesh tidak hadir (hadir ke) sekolah
- Sajak-sajak ini dihasilkan olehku (kuhasilkan) semasa menuntut di luar negeri
- Kamus perlu dirujuk oleh anda (anda rujuk) jika anda menemukan kata-kata yang sukar
- Tanah yang terbiar di kampung itu telah para belia kampung itu majukan(dimajukan oleh para belia kampung itu)
- Pihak polis mereka hubungi (dihubungi oleh mereka)setelah kejadian itu berlaku
- Duit yuran itu akan disampaikan oleh saya (saya sampaikan) kepada guru tingkatan
- Penduduk kampung itu membeli barang-barang keperluan harian mereka di Malik Kedai Runcit (Kedai Runcit Malik)
- Kebersihan di kawasan ini kita perlu jaga (perlu kita jaga)
- Murid-murid itu patuh (akan)arahan guru
- Kerja ini kamu mesti(mesti kamu) siapkan sebelum pukul lima petang
- TV3 bercadang untuk menyiarkan (rancangan)semula rancangan kartun itu (semula)
- Semasa kedudukan (pendudukan)Jepun, banyak rakyat Tanah Melayu yang menderita
- Beberapa orang pemuda yang disyaki melibatkan(terlibat) dalam kes rompakan itu ditahan polis
Latihan 25:Pengukuhan Tatabahasa 14.12.12
Betulkan ayat-ayat di bawah
- Kerajaan berusaha untuk meningkat(kan)pendapatan rakyat agar mereka hidup bahagia
- Pengetahuan kita akan menambah(bertambah) jika banyak membaca buku
- Janganlah cuba memperlindung (melindungi)masalah kamu
- Dia tepuk(tepok) sejak kecil lagi
- Oleh sebab dia pandai bermuka(bermuka-muka) di hadapan ketua pejabatnya, apa-apa saja kehendaknya dipenuhi.
- “Kami mengukus(merebus) ketupat di belakang rumah”, kata Syukri dan Syahmi kepada Nirmala
- Badan adik bergoyang (menggigil) /(menggeletar)kerana kesejukan
- Aliah memperolehi (memperoleh)markah yang paling tinggi dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
- Semasa kilat sambar-menyambar, Pak Man menyembunyi (bersembunyi) di bawah pokok ketapang
- Alina telah menyaringkan (meninggikan) suaranya ketika memanggil saya tadi
- Hasratnya hendak mendalamkan(mendalami) bidang ilmu psikologi akhirnya kesampaian juga
- Pak Abu cuba memperkuatkan(menguatkan/memperkuat) ikatan seberkas rotan yang dikumpulnya di kaki Gunung Selampit itu
- Emak berharap agar kejadian itu bukan membawa pertandaan(petanda) buruk kepada keluarganya
- “Tolong panggillah (panggilkan)pemuda di sebelah awak itu” kata perempuan tua itu
- “Bas yang kita (kami) naiki telah mengalami kerosakan ketika tiba di Sungkai,” terang Alim dan adiknya kepada ibu mereka
- “Cik (Puan), silakan duduk dahulu, sebentar lagi doktor akan datang”, kata jururawat kepada perempuan yang mengandung itu
- Sumbangan itu diserahkan pada(kepada) Azrul oleh Tuan Pengetua semasa mesyuarat PIBG semalam
- Atikah terjaga daripada tidur bila (apabila)terdengar suara seseorang memanggil namanya
- Amir tidak percaya yang(bahawa) lelaki itu terlibat dalam penangihan najis dadah
- Walaupun hujan turun dengan
lebat pada malam tadi,
tetapiair sungai itu tidak melimpah - Di dalam (Pada) pandangan saya, masalah tersebut dapat diatasi jika mereka bekerjasama untuk menyelesaikannya
- Alia berjanji(akan) mengulang kaji pelajaran dengan Sarina pada hari Sabtu nanti
- Suasana di pasar borong itu sangat tunggang-langgang (riuh-rendah/hiruk-pikuk) dengan suara orang ramai yang tawar-menawar dengan para peniaga
- Penembak (Tembakan) yang dilepaskan oleh pemburu itu tepat mengenai sasarannya
- Neneknya menemu ajar (ajal) sebulan yang lepas
- Isham mendapat
sebuahpengalaman yang cukup berharga ketika berada di sebuah kampung di pedalaman Sabah - Mila memasukkan beberapa kerat(hiris)bawang ke dalam sayur yang sedang digorengnya
- Nenek memberitahu Lili bahawa hempas(hampas) kelapa boleh digunakan untuk melembutkan kulit
- Datuk melarang kami mengganggu kerja-kerja pedalaman(pendalaman) perigi di belakang rumah yang hampir kering itu
- Emak menghidangkan goreng cempedak(cempedak goreng) kepada tetamunya pada petang itu
- Emak sangat kesal (akan)kejadian yang menimpa keluarga kami
- Nelly tidak suka (akan) sikap abangnya yang suka mengambil barang-barangnya tanpa memberitahunya terlebih dahulu
- Adik berlari (dengan )sekuat-kuat hatinya apabila ternampak perempuan yang tidak siuman itu
- Pihak polis berjaya
menangkap penjenayah itu berdasarkan
padamaklumat daripada beberapa orang penduduk di situ - Warna baju kurung itu cantikkah? (Cantikkah warna baju kurung itu?)
- Saya menunggunya selama dua suku jam (dua jam suku)
- Beratus(Beratus-ratus orang)
pelajar
-pelajaruniversiti yang memberontak itu ditahan polis - Para peniaga harus melayani (melayan)setiap pelanggan-pelanggan(setiap pelanggan) dengan baik
- Kelima(kelima-lima) orang anaknya akan pulang bercuti di kampung minggu depan
- Beberapa(orang) pelajar yang keracunan itu dihantar ke hospital
Latihan 26: Pengukuhan Tatabahasa 17.12.12
Betulkan
ayat-ayat di bawah.
- Setiap
buahpendapat akan diberi perhatian oleh majikan - Setiap
orangpendatang tanpa izin yang ingin bekerja di negara ini perlu mendaftarkan diri - Semangat kejiranan amat
perlu dalam
sebuahmasyarakat - Novel “Merdeka!Merdeka!” itu berharga sepuluh ringgit sebuku (senaskhah)
- Beliau mengakhiri ucapannya dengan serangkai (rangkap) pantun
- Wang diberi oleh ayah adalah memandai (memadai) untuk perbelanjaan pada bulan ini
- Tolong menyemak(semak) keterangan yang diberikan oleh pelajar itu
- Nasi yang ditanak dengan air yang banyak menjadikan nasi itu leceh(lembik)
- Adik suka menengok(menonton) rancangan televisyen pada setiap petang
- Dia suka memakai baju yang mendedahkan urat (aurat)
- Ramai orang(Orang ramai) diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya
- Apakah(Adakah) anda suka anda cerita yang saya reka ini ?
- Mini bas(Bas Mini) itu rosak dalam perjalanan dari Batu Gajah ke Tanjung Tualang
- Latihan yang diberikan oleh guru saya belum(belum saya) siapkan.
- Kanak(Kanak-kanak) itu tersepak batu di tepi jalan itu
- KFC restaurant(Restoran KFC) itu dikunjungi pelanggan setiap masa
- Tiada siapa( sesiapa) yang mengetahui jawapan kepada soalan itu
- Kebanyakan pelajar-
pelajarsudah menghantar buku latihan mereka kepada Pn. Lee - Saya terpikat dengan(oleh) kecantikan wanita berambut panjang itu
100.
Tidak ada perkhidmatan bekalan elektrik di kawasan
pendalaman (pedalaman)itu
101.
Kawasan penempatan (petempatan) itu sentiasa aman.
102.
Oleh kerana
(sebab) hari hujan, perlawanan bola sepak itu
dibatalkan
103.
Pertandingan pidato itu mereka menangi.(dimenangi oleh
mereka)
104.
Pelbagai
pertunjukkan(pertunjukan) telah
dipersembahkan dalam karnival itu
105.
Penyanyi itu bernyanyi (menyanyikan) lagu yang
dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza
106.
Bajunya yang koyak itu sudah berjahit (dijahit) oleh
ibunya
107.
Anda boleh datang
berjumpa dengan saya pada bila masa (bila-bila masa)sahaja
108.
Dia lebih tinggi dari(daripada) abangnya
109.
Jalan yang berlopak itu sudah membaiki(dibaiki)
110.
Dari masa(semasa)
ke semasa, kita perlu memeriksa keadaan kenderaan kita agar selamat dipandu.
111.
Dia mengatakan yang(bahawa) dia sudah lulus dalam
peperiksaan itu
112.
Ahmand merupakan pelajar yang terpandai sekali di
dalam kelasnya
113.
Jika sekiranya kita gagal mencari jalan
penyelesaian, kita terpaksa menggulung tikar
114.
Ali dan lain-lain pelajar(pelajar-pelajar lain) tidak
dapat menyertai pertandingan itu kerana didapati tidak layak
115.
Wang yang emak berikan(diberikan oleh emak) itu cukup
untuk perbelanjaan saya selama sebulan
116.
Dia sudah meninggal(meninggalkan) tempat itu sebentar
tadi
117.
Anak Pak Ali sudah meningkatkan (meningkat)remaja.
118.
Dalam PLKN, kita dapat mengenal(berkenalan) dengan banyak
kawan
119.
Sikap bertolak ansur penting dalam kalangan masyarakat
berbilang-bilang (bebilang)ras.
120.
Berdasar (Berdasarkan) data-data, tidak syak lagi bahawa
belia merupakan golongan yg paling banyak melibatkan (terlibat) kes jenayah
Saturday, December 29, 2012
Jawapan Latihan 28, 29 dan 30
Latihan 28 : Pengukuhan Tatabahasa 19.12.12
A: Cari perkataan yang perlu dibubuh awalan beR- dalam
ayat-ayat di bawah ini.
- Samy dan Idham rehat (berehat)di bawah pokok itu
- Baginda tidak mahu diganggu kerana baginda sedang adu (beradu)
- Mereka cadang (bercadang) hendak pergi melancong ke luar negara
- Husaini rasa sedih (bersedih)kerana gagal dalam peperiksaannya
- Suria tidak pernah kasar (berkasar)terhadap ibu bapanya
- Mari kita main(bermain) bola jaring
- Keluarga saya asal (berasal) dari negeri Sabah
- Penduduk kampung ganding(berganding) bahu untuk membaiki bumbung-bumbung masjid yang rosak itu
- Saya lebih suka kerja (bekerja)sendiri daripada makan gaji
- Dia amat tuah(bertuah) kerana terpilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar
B. Cari perkataan yang perlu
dibubuh awalan teR- dalam ayat-ayat di bawah ini
- Alamat syarikat tera(tertera) di sudut kanan atas sampul surat itu
- Ruhil perdaya(terpedaya) oleh kata-kata manis lelaki itu
- Tapak kaki Azmah berdarah kerana dia pijak (terpijak) kaca
- Bangunan itu letak (terletak) di tepi Pasar Raya Maju
- Zaleha tidak angkat (terangkat) kotak yang berat itu
- Carilah perangkaan kini (terkini) tentang ekonomi negara Jepun
- Kami kejut (terkejut) apabila mendengar berita sedih itu
- Kamu harus tabah tidak kira apa-apa pun yang jadi (terjadi)
- Van itu junam (terjunam) ke dalam gaung setelah melanggar pokok
- Murid yang pandai(terpandai) dalam kelas itu ialah Yap Mun Keong
C: Bubuh awalan peN- atau pe-
pada perkataan dalam kurungan.
- Encik Khoo ialah __pensyarah__(syarah) Sejarah di Universiti Malaya
- Daun tumbuhan itu boleh dijadikan _penawar_(tawar ) untuk penyakit kulit
- Hanya _penganut___(anut) agama Kristian dibenarkan menyertai pertubuhan itu
- David ialah_pemain__(main) guitar dalam kugiran itu
- Muhammad Ali ialah __petinju____(tinju) yang terkenal di dunia
- _Penghalang___(halang) kepda projek pembangunan itu ialah penduduk setinggan
- Kebanyakan _pesakit___(sakit) di hospital itu ialah penduduk tempatan
- Banyak __peniaga_____(niaga) tempatan menyertai ekspo perniagaan itu
- Dia mengupah _pengecàt___(cat) yang berpengalaman untuk mengecat rumahnya
- Siapakah _pengawal__(kawal) yang akan bertugas pada pagi esok?
D. Bubuh awalan mempeR- atau
dipeR- pada perkatan dalam kurungan
- Kerja-kerja _memperlebar___(lebar) jalan itu akan bermula petang ini
- Stadium itu _diperbesar___(besar) untuk memuatkan penonton yang lebih banyak
- Dia __memperoleh__(oleh) kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaannya
- Banyak orang __diperdaya__(daya) oleh penipu itu
- Taman rekreasi itu _dipercantik___(cantik) oleh majlis bandaran
- Puan Kalsom itu __memperhamba___(hamba) orang gajinya
- Pasukan penyelamat__memperhebat__(hebat) gerakan untuk mencari budak itu
- Ruang tamu itu sudah _diperkemas__(kemas) oleh Ema
- Usaha kerajaan itu _diperkecil___(kecil) oleh pihak pembangkang
- Hayati _memperalat___(alat) kawannya untuk memenagi pertandingan itu
E. Bubuh
akhiran -an, -i atau -kan pada perkataan yang bergaris
- "Hadiah (_kan____) cincin itu kepada isteri kaum,"kata Alina kepada Khairul
- Pemimpin negara yang paling saya hormat (__i_____) ialah Tun Abdul Razak
- Dugaan itu akan saya hadap(__i____) dengan tenang
- Tolong selesai(__kan_____) tugasan itu secepat mungkin
- Jus tembikai ialah minum(____an___) kegemaran Ani
- Apakah yang kamu kata (_kan____) kepada ibu kamu?
- Serang(_an____) pihak musuh dapat dikesan oleh tentera kerajaan
- Pengalaman yang saya alam(___i___) itu sangat indah
- Basah(_kan____)kain itu sebelu m menggunakannya
- Naik(__kan___) bendera itu dengan perlahan-lahan
Latihan 29: Pengukuhan Tatabahasa 20.12.12
A. Bubuh imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i pada perkataan dalam kurungan.
- Ibu saya (hadiah)__menghadiahi___saya sebuah novel
- Encik Selamat (hadiah)__menghadiahkan___sebuah biola kepada anaknya
- Puan Sim (beri)____memberi___anaknya dua ringgit.
- Cikgu Hamid (beri) _memberikan___buku itu kepada Ravamany
- Shamsul (naik)__menaikkan____bendera itu semasa perhimpunan sekolah
- Afiq(naik)_menaiki___tangga untuk pergi ke tingkat dua bangunan itu
- Hakimi (belanja)_membelanjai__kawannya makan sate di Kajang
- Kerajaan (belanja) _membelanjakan___RM 10 juta untuk membesarkan pelabuhan itu
- Pemain-pemain itu (jalan)_menjalani__latihan intensif di Indonesia
- Kita hendaklah (jalan)_menjalankan___tugas yang diamanahkan kepada kita dengan baik
B. Bubuh apitan meN-...-kan
atau meN-....-i pada perkataan di bawah, kemudian isikannya ke dalam ayat
beli kirim nasihat dalam lapor serta hadir kena hidang baik
beli kirim nasihat dalam lapor serta hadir kena hidang baik
- Kerja-kerja_mendalamkan___sungai itu akan dijalankan minggu ini
- Encik Tham akan _ menghadiri______seminar pendidikan di Hotel Hilton
- Pengetua __menasihati____para pelajar supaya menghargai masa
- Puan Zainab __menghidangkan_____nasi tomato untuk tetamunya
- Saya bercadang hendak__menyertai____ pertumbuhan sukarela itu
- Ayah __melaporkan____kemalangan itu kepada pihak polis
- Rosli __mengirimi___adiknya wang untuk membayar yuran sekolah
- Tembakan itu _mengenai__sasarannya
- Mereka__membaiki___balai raya itu secara gotong-royong
- Saya__membelikan____ibu saya dua kilogram udang kering
C.
Bubuh imbuhan di-...-kan atau di-...-i pada perkataan dalam kurungan.
- Majlis itu _diadakan____(ada) untuk menyambut Hari Belia
- Permohonan itu hendaklah __disertakan__(serta) salinan surat beranak kamu
- Makan yang _disukai__(suka) oelh Dainel ialah rojak
- Dua buah kedai itu _dimasuki___(masuk) pencuri malam tadi
- Lampu stadium _dipadamkan__(padam) selepas persembahan itu tamat
- Laporan itu akan __diserahkan____(serah) kepada Encik Lam untuk tindakan selanjutnya
- Guru yang paling __dihormati____(hormat) Liza ialah Cikgu Lim Ah Huat
- Cincin yang hilang itu _ditemukan____(temu) olehnya di padang sekolah
- Siapakah yang harus_ditugaskan___(tugas) untuk membuat laporan itu?
- Tugasan itu __diselesaikan____(selesai) oleh Maria pagi tadi
D. Bubuh
Imbuhan beR-...-kan atau beR-...-i pada perkataan dalam kurungan
- Daun kering itu ___berterbangan___(terbang) apabla angin bertiup kencang
- Nasi yang _berkuahkan__(kuah)kari itu sangat sedap
- Encik Amir _berkenalan__(kenal) dengan peserta-peserta seminar itu
- Keris itu ___berhulukan_____(hulu) gading gajah
- Pertengkaran itu _berlarutan___(larut) hingga awal pagi
- Dengan _berdasarkan__(dasar) rangka ini, tulis suatu karangan yang lengkap
- Bangunan itu letaknya__berhampiran___(hampir) dengan stesen kereta api
- Adik tidur _berbantalkan_____ (bantal) lengan ibu
- Belon warna-warni _bergantungan_(gantung) di siling bilik itu
- Meja itu _beralaskan__(alas) kain satin
Latihan 30: Pengukuhan Tatabhasa 21.12.12
A. Kenal pasti perkataan yang perlu dibubuh apitan
peN-...-an
- Semua motosikal dikehendaki berhenti untuk periksa(pemeriksaan) polis
- Upacara rasmi (perasmian)sukan itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri
- Ambil (Pengambilan)lemak yang berlebihan membahayakan kesihatan
- Kerja-kerja dalam(pendalaman) sungai itu akan bermula pada minggu hadapan
- Peminat boling kecewa dengan capai (pencapaian)pasukan boling negara
- Hijrah (Penghijrahan)golongan profesional ke luar negara membimbangkan kerajaan
- Mesin baharu itu mempercepat proses bungkus (pembungkusan)barang-barang itu
- Peranan guru amat penting dalam bentuk (pembentukan)sahsiah para pelajar
B. Bubuh apitan pe-...-an atau
peR-...-an pada perkataan berikut, kemudian isikan ke dalam tempat kosong
niaga gunung kahwin karang dalam kembang tubuh tumbuh periksa tempat
niaga gunung kahwin karang dalam kembang tubuh tumbuh periksa tempat
- Kawasan ___pedalaman_____negeri Sarawak didiami oleh orang Penan
- _Perkembangan_________sektor pertanian di Malaysia amat pesat
- Majlis__perkahwinan____Zuraida akan diadakan pada hujung minggu ini
- Dalam _peperiksaan____hujung tahun, adik gagal dalam mata pelajaran Sains
- Malaysia dijangka mencatatkan_pertumbuhan____ekonomi yang baik pada tahun hadapan
- Di__perkarangan___rumahnya ada banyak pokok betik
- Dia menyertai_pertubuhan____sukarela untuk membantu mangsa peperangan
- Kawasan_pergunungan____letaknya di bahagian timur negara itu
- Mereka mendirikan_petempatan____di pinggir hutan itu
- Encik Ishak menjalankan _perniagaan____import dan eksport
Subscribe to:
Posts (Atom)