Saturday, September 22, 2012

4sc4: Latihan Peribahasa


Baca ayat-ayat dalam bawah dengan teliti dan kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut


1.       Azlan kini telah kembali berbaik-baik dengan keluarga, setelah bertahun-tahun tidak bertegur sapa, begitulah lumrahnya alam akhirnya elok semula
2.       Bandar Raya Kuala Lumpur telah terkenal sebagai pusat bandar yang padat penduduknya, semua orang dari segenap pelusuk negara suka ke sini untuk mencari rezeki
3.       Intan dan Siti begitu baik antara satu dengan lain, hubungan mereka amat akrab
4.       Latifah begitu gembira apabila mendapat tawaran belajar ke luar  kerana memang impiannya untuk belajar di negara orang
5.       Sejak Harjit dijaga oleh ibu tirinya, dia merasakan hidupnya begitu terkongkong
6.       Kam Seng hanya melakukan tugasnya dengan sempurna apabila disuruh oleh majikannya
7.       Ganesh tidak takut untuk melaporkan kejadian buli itu kepada pengetua kerana dia tahu bahawa dia pihak yang benar
8.       Salwa tekun menyiapkan latihan Matematik itu sehingga selesai walaupun hari telah lewat malam
9.       Walaupun dia lama tinggal di luar negara sehingga bergelar jutawan, tetapi dia tetap menganggap negara kelahirannya lebih baik
10.   Cikgu menyuruh kami menulis karangan yang agak panjang agar semasa peperiksaan kami akan biasa menulis dengan cara yang sama
11.   Orang yang berpangkat atau mempunyai kedudukan tidak akan hilang darjatnya jika bergaul dengan orang bawahan
12.   Barang yang bermutu memang mahal harganya, tetapi dapat dipakai dalam tempoh yang lama
13.   Orang yang ditimpa bencana dan nasib malang berturut-turut
14.   Saya menegur gadis itu kerana menyangka bahawa dia rakan sekelas saya oleh sebab wajahnya seiras teman saya itu
15.   Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak kecil kerana banyak masalah akan timbul jika hal itu dilakukan setelah mereka dewasa



Latihan 2: Nyatakan Simpulan Bahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberikan




 
Pertalian saudara yang jauh
Anak
Kehormatan diri
Lucu
Membuat sesuatu tanpa perhitungan/tanpa berfikir panjang
Memuji diri sendiri
Bersikap tidak menyebelahi mana-mana pihak
Perkara yang menjadi tajuk perbualan orang ramai
Mati dengan sia-sia sahaja
Berikhtiar dan berusaha untuk melakukan sesuatu
Orang yang suka menghasut
Bernasib baik
Makan sedikit hanya untuk menghilangkan rasa lapar
Degil
Sombong
Mengambil kembali apa yang telah diberikan kpd orang lain
Membuat kerja dengan cepat
Senyum mengejek
Terlalu tamak akan wang
Orang yang selalu mengikut
Tidak tahu malu
Pengalaman hidup
Bertengkar
Keuntungan besar yang didapati tanpa bersusah payah
Lelaki yang suka mengganggu perempuan
Pendapat atau pandangan
Membuat sesuatu tanpa diberitahu terlebih dahulu
Anak kandung
Orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
Merajuk
Orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam
Betul-betul pekak
Bawa ke muka pengadilan
Orang yang suka ponteng kerja/malas bekerja
Bankrap
Melakukan perbuatan jahat/ berfoya-foya
Menuduh tanpa usul periksa
Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
Lekas marah
Cerdik
Bekerja keras
Cabut lari
Hilang pertimbangan fikiran
Isteri
Orang asing yang merantau

Thursday, September 13, 2012

4s4 :- Latihan Hari Malaysia


Latihan 1: Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut
          
       Remaja sering menimbulkan masalah bukan sahaja kepada diri sendiri dan ibu bapa tetapi juga kepada masyarakat(1). Masalah remaja merupakan satu masalah sosial yang begitu rumit untuk ditangani(2)

1.      senaraikan ayat tunggal dalam petikan di atas
2.     cerakinkan rangkaian ayat (1) supaya menjadi dua ayat tunggal
3.     songsangkan rangkaian ayat (2)


Latihan 2: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian gabungkan ayat-ayat supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah susunan ayat dan maksud asalnya


            Taraf hidup masyarakat di negara ini semakin meningkat. Taraf hidup masyarakat di negara ini hampir setanding dengan taraf hidup rakyat di negara maju. Fenomena ini menimbulkan pelbagai jenis penyakit. Fenomena ini berpunca daripada amalan gaya hidup bebas dan moden. Penyakit itu tidak mempunyai rawatan khusus untuk mengubatinya. Penyakit itu tidak mempunyai penawar untuk mengubatinya



Latihan 3: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat perkataan yang tertinggal. Kenal pasti tempat-tempat yang perkataannya digugurkan dan lengkapkan dengan menambahkan perkataan yang sesuai. Tulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur ayat dan maksud asalnya


1.      Calon-calon peperiksaan diminta kerana kertas-kertas soalan dapat diedarkan
2.     Pengambilan pil  tidur yang telah menyebabkan dia pengsan tiba-tiba
3.     Mengenangkan detik-detik manis ketika bersama dengan adiknya itu kembali, mengalirlah air matanya



Latihan 4: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudiankan senaraikan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan tersebut

            Sejak mendengar berita itu, hatinya gundah-gulana. Dia tidak menyangka bahawa peristiwa malang itu akan menimpa keluarganya. Dia berharap agar mereka tabah menghadapi dugaan tersebut. Dia yakin kebenaran akan terserlah jua suatu hari nanti jika mereka berada di pihak yang benar. Walau bagaimanapun, dia tetap akan berusaha untuk membersihkan nama baik keluarganya. Dia tidak akan berdiam diri selagi dia masih belum mengetahui perkara yang sebenar.


Latihan 5: Kesalahan ejaan dan imbuhan


1.      Perbincangan dalam kertas kerja ini bertujuan untuk mengenengahkan fungsi penggunaan kamus dalam kalangan pelajar di bangku sekulah rendah
2.     Dalam sesuatu proses pengajaran tata bahasa, para pelajar hendaklah didedahkan kepada konsep ayat yang mempunyai struktur dan pola yang menentu
3.     Kajian yang dijalankan uleh sesetengah pihak menunjukkan bahawa kecapaian pelajar dalam peperiksaan awam kian meningkat
4.     Perpustakaan elektrunik ialah perpustakaan alternatif yang dapat menyedia maklumat dalam program pendidikan jarak jauh
5.     Encik Hilmi tidak mensiasiakan peluang keemasan yang ditawar oleh majikannya agar beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah lanjutan
6.    Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah dikenal pasti sebagai punca utama mencetusnya kerisis pencemaran sungai di negara ini.


Latihan 6: Kesalahan penggunaan kata /istilah dan kesalahan tatabahasa


1.      Penyebaran khabar angin akan melahirkan keresahan orang ramai dan menjejaskan ketenteraman awam sebuah negara
2.     Rakyat-rakyat negara ini wajar menghormati pelancong asing kerana kedatangan mereka memberikan sumbangan terhadap perkembangan kewangan negara
3.     Ada pihak beranggapan yang produk pelangsingan badan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah obsesi tanpa memikirkan risikonya
4.     Encik Shamsul Bahri berjanji akan memberi upahan yang setimpal sebagai insentif pada para pekerjanya dalam usaha meningkatkan  produktiviti syarikat
5.     Rungutan yang sering diluahkan oleh majikan swasta adalah kelemahan bakal pekerja dalam penguasaan bahasa Inggeris ketika sesi temu bual dijalankan
6.    Masalah yang dihadapi oleh para pelajar-pelajar haruslah kita basmi dengan segera