Friday, September 30, 2011

Ulangkaji Akhir Kelas 3U - Tatabahasa 5


Salah
Betul
Saya akan menghantar dengan segera laporan itu
Saya akan menghantar laporan itu dengan segera
Sila jemput naik ke rumah saya
Sila naik ke rumah saya/
Jemput naik ke
Letakkan buku ini di sini dan situ
Letakkan buku ini di sini dan di situ
Cili sos / bas stesen/ goreng pisang
Sos cili/ stesen bas/ pisang goreng
Anak-anak = anak
=anak patung
Anak-anaknya masih bersekolah
Dia menangis kerana anak-anaknya telah hilang


Salah
Betul
Bila loceng berbunyi, semua pelajar masuk ke kelas masing-masing
Apabila loceng berbunyi
Berapa pelajar telah dihukum
Beberapa orang pelajar telah dihukum
Jemput / undang
Dia menjemput anaknya di lapangan terbang

Dia mengundang kami ke majlis hari jadinya

Salah
Betul
mempercepatkan
mempercepat
Dia faham perasaan saya
Dia faham akan perasaan saya/ dia memahami perasaan saya
Air paip/ paip air
Air paip itu kotor
Paip air itu sudah rosak
Orang ramai / ramai orang
Orang ramai dinasihati
Ramai orang masih
Terpengaruh dengan
Terpengaruh oleh

Ulangkaji Akhir Kelas 3U - Tatabahasa 3


Salah
Betul
Hamid adalah seorang guru
Hamid ialah seorang guru
Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang maju
Malaysia merupakan / adalah sebuah negara yang maju
Susu itu ialah untuk kamu
Susu itu adalah untuk kamu
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa
Dengan ini dimaklumkan bahawa
‘boleh’=keizinan
‘dapat’=kemampuan
Dia tidak boleh keluar
Saya dapat mengangkat

Salah
Betul
Hana bukan datang hari ini
Hana tidak datang hari ini
Banyak =bilangan
ramai= keadaan
Banyak orang di pasar itu.
Masih ramai yang belum..
Jam tangan itu saya telah beli
Jam tangan itu telah saya beli
Kamu sudah sapukah sampah itu?
Sudah kamu sapukah sampah itu?
Lori kecil itu Encik Ali sudah beli
Lori kecil itu sudah diblei oleh Encik Ali

Ulangkaji Akhir Kelas 3U - Tatabahasa 2


Salah
Betul
Berpandukan dengan maklumat ini
Berpandukan maklumat ini
Ada seekor ulat meletak di baju Ali
Ada seekor ulat meletak pada baju Ali
Dia berasal dari keluarga yang kaya
Dia berasal daripada keluarga yang kaya
Bagi saya, perkara itu sulit
Pada saya, perkara itu sulit
Dia menyatakan yang dia tidak sihat
Dia menyatakan bahawa dia tidak sihat
Di antara yang hadir
Antara yang hadir

Salah
Betul
Oleh kerana kedegilannya, Kin telah didenda
Oleh sebab kedegilannya, Kin telah didenda
Kami menemui tiga pelajar
Kami menemui tiga orang pelajar
Para pelajar sekalian
Para pelajar
Berpuluh orang masih
Berpuluh-puluh orang masih
Dia tidak mampu menyekolahkan kedua anaknya
Diat tidak mampu menyekolahkan kedua-dua orang anaknya
Setiap orang pelajar
Setiap pelajar

Ulangkaji Akhir Kelas 3U - Tatabahasa 2


Salah
Betul
Harun berjaya memperbaiki radio itu
Harun berjaya membaiki radio itu
Mak Minah menghantarkan cucunya sekeping poskad
Mak Minah menghantari cucunya sekeping poskad
Saya masih membincangkan tentang masalah itu
Saya masih membincangkan masalah itu
Jamil mengembalikan semula bukunya
Jamil mengembalikan bukunya semula
Nasir berjumpa guru
Nasir berjumpa dengan guru