Saturday, September 17, 2011

KERTAS SOALAN PULAU PINANG 2011 NOVEL


Pernyataan Pengajaran

                Kita mestilah berani berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan




Berdasarkan satu daripada novel yang anda kaji huraikan 3 contoh peristiwa yang berkait dengan pernyataan pengajaran yang ditetapkan

JAWAPAN: KAPTEN HASSAN WIRA BANGSA
Contoh peristiwa
1.     Hassan menuntut ilmu kebatinan selepas peristiwa pembunuhan isteri dan mertuanya
2.     Hassan mendaftar diri sebagai anggota tentera darat di Port Dickson
3.     Hassan mengetuai operasi mencari bangkai kapal terbang yang terhempas di Gemas
4.     Hassan berani menentang komunis yang cuba menggagalkan usaha  menuntut kemerdekaan negara
5.     Hasaan berani masuk ke ladang getah Waterfall walaupun dihujani peluru untuk menentang Bintang Tiga
6.     Hassan berani berhadapan dengan Tok Janggut yang mempunyai ilmu kebal yang tinggi

 NOVEL MERDEKA MERDEKA
CONTOH PERISTIWA

1.     Pak Awang berani meneruskan perjuangan walaupun terpaksa berhenti kerja. Dia mahu aktif dalam Persatuan Pahlawan Kemerdekaan menentang British
2.     Pak Awang menyertai Pak Kasa dan berani masuk ke hutan untuk mencari Bustam. Namun Pak Awang tidak kembali dan dibunuh oleh komunis
3.     Kudin berani berpidato setelah ditiupkan semangat perjuangan oleh Dato’ Onn
4.     Peristiwa penduduk Kampung Teras Jernang yang berani menjaga keselamatan penduduk bagi memastikan mereka selamat daripada ancaman musuh
5.     Peristiwa keberanian Dato’ Onn memimpin orang Melayu menentang Inggeris dan mendesak Kemerdekaan Tanah Melayu

No comments:

Post a Comment