Tuesday, November 5, 2013

Selamat Menjawab Soalan BM SPM 2013

Kepada semua calon SPM,

Selamat menjawab kertas pertama iaitu Bahasa Melayu 1103/1 dan 1103/2. Semoga dapat menjawab dengan tenang.

Sunday, October 20, 2013

Tajuk 4 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri 2013

Tajuk 4 Karangan Umum Negeri-Negeri Lain

Johor
Peninggalan sejarah seperti Tembok Besar China di China, Taj Mahal di India dan Candi Borobudur di Indonesia sentiasa menjadi daya tarikan pelancong di seluruh dunia.
Bincangkan kepentingan peninggalan sejarah kepada sesebuah negara.

Kedah
Hubungan diplomatik  dengan negara-negara serantau dan antarabangsa amat penting. Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik

Kelantan *
Dunia telah dikejutkan dengan penularan beberapa jenis wabak yang berbahaya seperti SARS, Influenza A (H1N1)dan H1N7. Wabak ini boleh berjangkit dengan cepat dan mendatangkan maut dalam masa  yang singkat.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh negara di dunia pada hari ini untuk menangani wabak yang menakutkan ini.

Melaka
Teknologi satelit telah menjadikan masyarakat dunia lebih rapat sehingga merentasi sempadan. Ulaskan kepentingan dan peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan komunikasi masyarakat dunia.

MRSM
Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat antarabangsa dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.
Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan pertandingan itu.

Negeri Sembilan*
Kebanyakan negara di dunia telah menjalankan pelbagai program pertukaran pelajar.
Huraikan faedah-faedah menyertai program tersebut.
Pahang
Negara-negara dunia memberi keutamaan kepada industri pelancongan. Hal ini memandangkan industri pelancongan mampu meningkatkan pendapatan negara. Bincangkan peranan negara-negara dunia dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara mereka.
Perak
Krisis kekurangan makanan yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama antara negara serantau. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut.
Pulau Pinang
Kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah meninggalkan pelbagai kesan.
Jelaskan kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara tersebut. 
SBP
Ketidakstabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.
Bincangkan.
Selangor
Terdapat banyak negara di dunia kini sedang bergolak dengan pelbagai masalah.
Huraikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh negara-negara lain bagi membantu negara-negara tersebut.
Terengganu
Pergolakan dan peperangan yang berlaku di sesebuah negara bukan sahaja menjejaskan keamanan negara tersebut malaban turut menjejaskan negara-negara serantau. Ulaskan peranan yang bolej dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dan pertubuhan -pertubuhan di peringkat serantau dan dunia untuk menangani krisis ini.
Ulaskan.

Tajuk 3 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri 2013

Tajuk 3 Karangan Umum Negeri-Negeri Lain

Johor
Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan barangan buatan tempatan kepada pengguna.

Kedah
Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut.
Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan

Kelantan *
Malaysia berpotensi menjadi destinasi pelancongan utama di dunia.
Bincangkan sumbangan sektor pelancongan kepada negara Malaysia
Melaka
Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.

MRSM
Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Ulaskan pernyataan tersebut.

Negeri Sembilan*
Sebagai seorang pegawai di Jabatan Penerangan Daerah, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada warga sekolah di daerah anda.Tajuk ceramah itu ialah “Semangat Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera.”
Tulis ceramah anda itu selengkapnya.

Pahang
Pertanian ialah perniagaan. Bidang ini boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada mereka yang berbudi kepada tanah.
Jelaskan usaha-usaha kerajaan untuk menarik minat golongan siswazah terlibat aktif dalam sektor pertanian

Perak
Kerajaan mewajibkan Dasar 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah.
Tulis rencana tentang manfaat dasar tersebut kepada negara

Pulau Pinang
Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi pilihan masyarakat sekarang.
Ulaskan pernyataan tersebut.

SBP
Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan Hari Polis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama”.
Tulis esei anda selengkapnya.

Selangor
Kes jenayah kejam yang melibatkan kanak-kanak semakin menjadi-jadi di negara kita. Fenomena ini telah mencetuskan api kemarahan anggota masyarakat. Bagi mereka, kes-kes ini berlaku kerana kerakusan penjenayah dan kelalaian ibu bapa.
Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, berikan ulasan anda tentang fenomena ini.

Terengganu
Gejala rasuah dalam masyarakat boleh membawa banyak kesan negatif seperti menafikan hak rakyat serta menjejaskan imej negara.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani gejala ini.

Tajuk 2 Karangan Umum Percubaan Negeri-Negeri Lain

Tajuk 2 Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini.
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.
Kedah
Teknologi siber kini telah maju. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet.
Berdasarkan penyataan di atas, huraikan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan internet pada masa ini
Kelantan *
Slogan” Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa budaya membaca akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan mendatangkan faedah yang besar kepada negara.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan keluarga mereka.
Melaka
Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini. Tuliskan wawancara itu selengkapnya
MRSM
Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Amalan Baik dalam Penjagaan Kesihatan' sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada masyarakat setempat.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
Negeri Sembilan*
Budaya membaca wadah berkesan dalam era pendidikan masa ini.
Jelaskan usaha-usaha ibu bapa bagi membudayakan amalan membaca kepada anak-anak.
Pahang
Masyarakat hari ini menyedari peranan penting koperasi sekolah dalam menerapkan ilmu keusahawanan kepada para pelajar.
Selaku ahli masyarakat yang menyokong perkembangan dan kemajuan koperasi sekoalh,anda akan menyampaikan sebuah ceramah. Tajuk ceramah ialah “Faedah-faedah menyertai Koperasi Sekolah
Perak
Belakangan ini, masyarakat sering digemparkan oleh berita yang melibatkan penculikan, dan pembunuhan kanank-kanak. Sehubungan dengan itu, keluarga memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.
Huraikan peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak.
Pulau Pinang
Kenaikan harga barangan keperluan harian telah menyebabkan ahli keluarga melakukan pelbagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan.
Huraikan usaha-usaha tersebut.
SBP
Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga.
Selangor
Sebagai pengguna, kita kadangkala tertipu oleh pelbagai helah peniaga sewaktu membeli barang.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu.
Terengganu
Ibu bapa menjaga anak~anak dengan penuh kasih sayang, namun apabila anak-anak meningkat remaja ada antara mereka yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial.
Jelaskan faktor-faktor yang mendorong berlakunya keadaan sedemikian


Tajuk 1 Karangan Umum Percubaan Negeri-negeri lain 2013

Tajuk 1 Karangan Umum Negeri-Negeri Lain
Johor
Semasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.
Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.
Kedah
Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang”.
Tulis ceramah anda selengkapnya.
Kelantan
Sekolah anda menganjurkan “ Minggu Kebersihan dan Keceriaan Sekolah”. Berikan pendapat anda tentang program-program yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut
Melaka
Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap anak mesti melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa. Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
MRSM
Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
Negeri Sembilan
Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini.
Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru.
Pahang
Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja. Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda
Perak
Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan seharian.
Sebagai pelajar, bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian
Pulau Pinang
Anda telah berpeluang bercuti bersama-sama dengan keluarga di tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat dillaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan di Malaysia lebih menarik.
SBP
Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila
menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa.
Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut
Selangor
Salah satu isu yang membimbangkan masyarakat kini ialah masalah golongan remaja yang tidak berminat dengan kebudayaan tradisional warisan nenek moyang mereka.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh remaja untuk memastikan pelestarian kebudayaan tersebut.
Terengganu
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Hari Kokurikulum yang diadakan di sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnya.


Tuesday, October 8, 2013

Koleksi Soalan Tatabahasa Percubaan SPM Bahasa Melayu 2013

Soalan Tatabahasa Percubaan SPM BM Negeri-Negeri lain 2013
Johor -2013
Pendapat – bersependapat
Prihatin –keprihatinan
Sejuk – kesejukan
 SBP-2013
Mengupas –mengelupas
Bercanggah – berceranggah
Menjajah - menjelajah

Kedah-2013
Menahan
Menuntut
Menarik
(setiap kata bina 2 ayat)                                                   
N9-2013
(i) ambil alih
(ii) daya usaha
(iii) campur tangan
(iv) lipat ganda
(v) ramah mesra
(vi) luar biasa
 Terengganu-2013
Tunjuk
Penunjuk
Petunjuk
Jelas
Menjelaskan
Penjelasan
MRSM-2013
(i) abadi
(ii) akhlak
(iii) iltizam
(iv) istirahat
(v) syumul
(vi) zuriat
Pulau Pinang-2013
Kehampaan
Kepincangan
Kemaslahatan
Kebejatan
Kesukaran
Kelalaian

Soalan 3b
Terengganu
Cakap Pindah ke Cakap Ajuk
Mashitah memberitahu Mauzah bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus pemiagaan yang dianjurkan oleh kerajaan pada bulan itu. Mauzah menyokong rancangan Mashitah itu. Seterusnya, Mauzah menyatakan bahawa" Mashitah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Mashitah meJahirkan hasratnya untuk menjadi peniaga yang terkenal pada suatu hari nanti. Mauzah menyatakan keyakinannya bahawa Mashitah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Mashitah mengucapkan terima kasih kepada Mauzab.

Pulau Pinang
Kenal pasti jenis ayat
(i) Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.
(ii) Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.
(iii) “Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu,” kata kakak kepada jirannya.
(iv) “Sila penuhkan tempat kosong di hadapan,” kata pengerusi majlis kepada para hadirin.
(v) Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.
(vi) Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.

SBP – bina ayat berdasarkan pola ayat
(i) FN + FK
(ii) FN + FA
(iii) FN + FS

Kedah –Ajuk ke Pindah
Aiman          :   Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong?
Kok Seong   :   Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.
Aiman          :   Kalau  begitu,  saya  cadangkan  awak  mengikut  saya pulang ke kampung saya                  
Kok Seong   :   Apakah yang menarik di kampung awak?
Aiman          :   Di  kampung  saya  ada  sungai,  kita  boleh  memancing di sana. 
                          Sekarang juga musim buah-buahan.

Johor –Ajuk ke Pindah
Cikgu Azlan: Rajesh, mengapakah awak lewat hari ini?
Rajesh: Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa menghantar adik saya ke sekolahnya dahulu. ( Dengan suara yang tersekat-sekat)
Cikgu Azlan: Mengapakah awak yang perlu menghantarkan adik awak ke sekolah?
Rajesh: Ayah saya kurang sihat, cikgu. Dia demam.
Cikgu Azlan: Oh, begitu! Cikgu faham masalah awak. (Sambil mengangguk- anggukkan kepalanya)
Rajesh: Saya cuba datang lebih awal pada hari esok, cikgu.

MRSM- kenal pasti subjek dan predikat dalam petikan
Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat. Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada memandu kenderaan lain. Cara pengendaliannya amatlah berbeza. Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan. Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada peIjalanan itu jauh atau dekat.

Selangor- Jenis ayat perintah
i.           Siapkan tugasan itu sekarang juga.
ii.         Usah dikenang lagi kisah yang lama
iii.        Sila datang ke rumah saya malam ini
iv.       Jagalah adik kamu dengan baik.
v.         Jemputlah makan kuih-muih yang dihidangkan itu.
vi.       Tolong buang sampah ini

N9- Ajuk ke Pindah
“Maria, tolong ambil bubur kacang di dapur,” pinta mak. “Bubur kacang, siapa buat mak?” tanya Maria. “Kakak kau masak tengah hari tadi,” balas mak. “Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita minum petang bersama ayah,” tambah mak lagi. “Baiklah mak, tentu sedap bubur kakak buat, Maria pun dah lapar ni,” jawab Maria. “Memang sedap tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli semalam,” terang mak. “Ayah, mak, marilah makan, Maria dah hidang di meja ni,” Maria memanggil ayah dan maknya minum petang.

Soalan 3C
Terengganu
(i) Penulis akan mendapat kepuasan dan keseronokan jika hasil tulisan mereka di hargai oleh masyarakat.
(ii) Penduduk Taman Haj; Paakan mengada kempen pencegahanjenayah untuk menggalakkan masyarakat bekerja sarna memerangi kegiatan jenayah.
(iii) Kandungan kolestrol yang tinggi menyebabkan pemimpin itu meuyerang penyakit jantung secara tiba-tiba.

Pulau Pinang
(i) Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat memberi sumbangan untuk mengubati penyakitnya.
(ii) Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem lagenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee untuk mengingati kepergiannya.
(iii) Pemakaian stokin yang berlainan warna telah jadi ikutan muda-mudi pada masa sekarang.

SBP
(i) Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia boleh bertutur dalam dwi bahasa.
(ii) Dia melemparkan perasaan was-was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh setelah pegawai itu membuktikan kesungguhannya untuk membangun dan memajukan syarikat.
(iii) Petani moden itu menghadkan penggunaan racun serangga perosak terhadap tanam-tanamannya demi kelestarian alam semulajadi.

Kedah
 Pembangunan  pesat  di  ibu  kota  menyebabkan  kesesakkan  jalan raya berlaku.             Keadaan  ini  menjadi  semakin  terok  kerana  pembinaan  jalan  raya  tidak dirancang           dengan teliti.   Selain  itu, sikap pengguna yang  tidak berdisplin dan kekurangan polis trafik  menjadikan  masaalah  ini  semakin  rumit.    Pengguna  pula  sering  meletakan kenderaan sesuka hati sehingga menganggu kelancaran lalu lintas.

Johor
(i)Kementerian Pelajaran Malaysia permainkan peranan yang signifiken ke arah memperkasakan bidang Sains Angkasa agar setanding dengan negara maju.
(ii)Pengerusi mengumunkan bahawa mesyuarat agong akan mengadakan secara dwitahunan mulai tahun hadapan.
(iii)Kerajaan digalakkan kemasukan pelancung dari luar negara untuk menjanakan ekonomi negara.

MRSM
i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru ini.
ii)   Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.
iii) Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat penting untukjaminan keamanan negeri.

Selangor
i. Gulungan yang pendapat kurang daripada RM2 000 layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia.
ii. Suasana dalam perhimpunan itu menjadi kelang-kabut apabila dengan tiba-tiba terdengar bunyi berdentum yang kuat di kawasan berhampiran.
iii. Murid india itu memberikan sepenuh perhatian terhadap pemelajaran di dalam kelas.



N9
(i) Pihak sekolah mengundang ibu bapa untuk datang ke sekolah bagi menandatangankan rekod kemajuan murid sambil berbincang dengan guru-guru tentang prestasi akademi anak masing-masing.
(ii) Kerajaan digesa ambil tindakan terhadap laman web lucah yang semakin banyak seperti cendawan tumboh selepas hujan.
(iii) Kita perlu menggembeleng tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek penghidupan dengan mengekalkan budaya tempatan yang murni.


Soalan 3d
Terengganu
(i) Warna jambu merah merupakan warna yang menjadi terma majlis perkahwinan Asbaida.
(ii) Usaha gigih Puan Sukatini untuk menjadi seorang peniaga selama ini telah tertunai apabila dia membuka dua biji kedai runcit di Terengganu.
(iii) Para petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman getah secara moden dengan bimbingan dari RISDA.

Pulau Pinang
(i) Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
(ii) Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.
(iii) Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh isyarat lampu
merah kerana terlewat menghadiri temu janji.

SBP
(i) Walaupun ada label halal yang dicap di pembalut coklat itu, dia tetap tidak membelinya kerana berasa curiga.
(ii) Saya sering menziarahi nenek kerana jauh antara rumah saya dan rumahnya kira-kira 500 meter sahaja.
(iii) Rakyat jelata mematuhi titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk mereka bersiap siaga untuk menghadapi peperangan.

Kedah
i)     Kebanyakan pokok-pokok di tanah kepunyaan Pak Wan akan dipotong kerana     beliau bercadang untuk membina kandang kambing yang besar.
ii)   Syarikat  Mega Bintang mentafsirkan kerugian sebanyak dua ratus ribu ringgit    sebagai akibat kebakaran di kilang cili sos yang berlaku pada minggu lepas.
iii) Amalan saling ziarah-menziarahi merupakan antara cara untuk menepuk semangat kejiranan.

Johor
(i) Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk memastikan mereka bebas daripada pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.
(ii) Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas tambahan di masa cuti demi meninggikan bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan nanti.
(iii) Perdana Menteri Malaysia yang satu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj berperanan penting di dalam sejarah kemerdekaan tanah air tercinta.

MRSM
(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.
(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.

Selangor
i. Kebakaran yang berlaku pada petang semalam telah melenyapkan deretan kedai yang terletak dalam bangunan itu hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.
ii. Guru besar-guru besar yang hadir dalam majlis penyerahan anugerah cemerlang di dewan itu merupakan mereka yang terpilih dari sekolah luar bandar.
iii. Pengetua mengirimkan terima kasih untuk para penaja atas sumbangan berupa barangan mahupun wang ringgit bagi menjayakan acara sukaneka sekolah pada kali ini.