Semalam, losen tangan saya telah diambil oleh pelajar tanpa pengetahuan saya dan dibawa ke kelas mereka, ditaburkan di atas lantai, kemudian mereka meluncur dan bermain dengan seronoknya.
Pelajar semakin berani untuk mengambil barang-barang guru macam tu aje. Dahsyat betul, bukankah itu mencuri namanya? Kalau depa sapu kata tangan tak apa, ini ditaburkan atas lantai.
Masalahnya saya tidak mengajar kelas ini, satu kemungkinan yang terlintas dalam kotak minda ni, mungkin semalam dua orang pelajar perempuan saya masuk lewat ke kelas telah saya denda berdiri kat luar, tapi denda ini sudah lama saya praktikkan dan pelajar memamg dah masak dengan tindakan saya ini. oleh sebab itu, setiap kali waktu saya, mereka akan cepat-cepat masuk ke dalam kelas.
Saya musykil apa silap dan salah saya? adakah ini satu amaran yang cuba disampaikan oleh pelajar-pelajar ini bahawa mereka tidak puas hati?
Niat di hati untuk mendidik mereka menepati masa, tapi itu balasan yang diterima. Biasalah..........mungkin..........
Showing posts with label Masalah. Show all posts
Showing posts with label Masalah. Show all posts
Wednesday, August 17, 2011
Friday, July 1, 2011
Keluhan Hari Ibu Bapa
Semalam merupakan Hari Ibu Bapa, tidak ramai ibu bapa yang hadir. Dua orang ibu bapa menyentuh perasaan saya. Yang pertama, ibunya menangis, anaknya menangis, gurunya hampir menangis juga. Keluhan rasa si ibu yang terpaksa menyara keluarga kerana si suami tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut atas sebab tertentu. Keletihan dan kekesalan si ibu diluahkan, mengharap anak sulungnya anak perempuannya mengerti isi hati seorang ibu yang merangkap tanggungjawab yang begitu meletihkannya setiap hari. Walaupun sibuk, si ibu tetap datang kerana anak-anaknya amat mengecewakannya. Intonasi si anak apabila bercakap dengan si ibu sungguh mengejutkan. Rasanya si anak dan si ibu mengalami tekanan. Si ibu bimbang anaknya diperangkap teman lekaki, sebab pernah 2 kali seorang lelaki datang ke sekolah mencari si anak dan kali kedua, dua orang lelaki berpakaian seperti mekanik kereta datang ke sekolah untuk berjumpa dengan si anak. Saya amat terkejut dan sejak itu memberi perhatian kepada si pelajar ini. Harap si ibu dan si anak dapat mencari jalan penyelesaian untuk merapatkan hubungan mereka yang regang dan tegang ini.
seorang ayah pula dengan dua orang anak lelakinya, seorang di tingkatan 4, seorang tingkatan 3, kedua-dua saya ajar. Si ayah ternyata amat kecewa akan sikap si anak sulung, hingga mengaku segala aduan dan komen guru terhadap anaknya tu. Di depan saya, si ayah terus terang mengatakan si anak ini sudah tiada harapan, pernah meminta anaknya berhenti sekolah, malah si ayah tidak pun memandang si anak ini. Jelas sangat si ayah hatinya sudah hancur luluh. Memandang keadaan ini, selepas perjumpaan, saya berjumpa dengan si anak sulung agar berusaha mendapatkan keputusan yang baik pada SPM, dan dengan keputusan itu meminta maaf daripada ayahnya, menebus segala kesilapannya dan mengembalikan kepercayaan si ayah terhadapnya. Adakah si anak akan melakukannya?

Saturday, July 17, 2010
Tuisyen VS Sekolah
Baru-baru ini, ada beberapa orang pelajar membawa bahan tuisyen ke sekolah dan meminta saya memberikan penjelasan dan penerangan kepadanya. Memang rasa gembira apabila pelajar ingin belajar, tetapi rasa dipergunakan sahaja. Sebab selepas pelajar mendapat penjelasan dan penerangan ayat-ayat demi daripada saya, keesokan hari dia ponteng kelas saya, kalau tidak ponteng, dia akan bersembang dengan rakannya. Tegur punya tegur, apalagi marah je lah. Mengapa bukan macam tu kat cikgu? Mereka nak belajar tapi hanya dari kelas tuisyen bukan di sekolah. Ingin mencari kesempatan untuk menanya budak-budak ini apa yang dipelajari di kelas tuisyen atau apa yang dikatakan oleh guru tuisyen mereka itu hinggakan mereka rasa tak perlu lagi menghadiri kelas saya? Saya difahamkan guru tuisyen itu bukan opsyen BM, guru seorang guru yang mengajar di mana-mana sekolah, mengapa pelajar begitu percayakan guru ini? Saya yang opsyen BM dan dah mengajar lebih daripada 10 tahun ini dipinggirkan? Aku mesti dapatkan jawapannya!
Tuesday, July 13, 2010
Ponteng Sekolah
Hari ini, seorang pelajar telah saya tangkap kerana ponteng sekolah. Apa yang menyebabkan saya berasa kecewa dan sedih ialah pelajar ini seorang pengawas sekolah. Ini kali kedua pelajar ini ponteng sekolah untuk ke CC melayari internet dan bermain permainan dalam internet. Bayangkan pelajar ini telah menghabiskan 5 jam lebih dalam CC, duduk 5 jam di dalam CC, membazirkan masa yang begitu berharga. Peperiksaan Percubaan SPM bakal menjelang tak sampai pun sebulan, tetapi pelajar masih dibuai mimpi. Cukup menyedihkan hari saya apabila tertangkap pelajar ini.
Sebenarnya, saya berasa bangga dan gembira kerana sepanjang minggu ini saya nampak terdapat sebilangan pelajar telah mula menunjukkan perubahan dengan membuat latihan dan kerja rumah yang saya berikan dengan bersungguh-sungguh. Dapat menyiapkan kerja yang diberi tanpa perlu ditegur, dimarahi atau diugut.

Saturday, October 10, 2009
Yang Berhormat?
Yang bergelar Yang Berhormat kini nampaknya sudah kurang dihormati oleh rakyat atau hanya segelintir daripada mereka yang mungkin bengang dengan perilaku Yang Berhormat mereka ini. Sesiappun boleh menjadi Yang Berhormat tak kira akal budinya, perilaku pertuturannya, personaliti, perwatakan. Kita boleh lihat bermacam-macam kerenah Yang Berhormat kita ini ketika bersidang di Parlimen. Masya Allah ( minta izin gunakan kata ini kerana tepat menggambarkan situasi yang ingin diperkatakan ini).Sekadar luahan perasaan apabila melihat bak poster diconteng. Yang Berhormat?Nampak Yang Tidak Dihormat.
Tuesday, August 25, 2009
Tunda & Tangguh Lagi
Pembentangan proposal kajian sampai saat ini masih tidak dapat dijalankan. Proposal sudah dihantar pada bulan Jun yang lepas. Sepatutnya 2 minggu selepas dihantar, pembentangan akan diadakan. Namun, tidak ada berita langsung daripada pihak berkenaan, sehingga bulan Julai, dengan beberapa pindahan tarikh, akhirnya ditetapkan pada 30 Julai.
Namun nasib tidak menyebelahi, jangkitan influenza H1N1 menyebabkan universiti diarahkan tutup seminggu untuk tujuan penyahkuman. Selepas itu, pesta konvokesyen menyebabkan tarikh pembentangan tidak dapat ditetapkan, sehinggalah pada minggu lepas, menerima telefon mengatakan pada 26 Ogos iaitu esok.
Namun nasib masih tidak menyebelahi, panel penilai yang terlibat perlu menghadiri mesyuarat penting, jadi pembentangan sekali lagi ditundakan mungkin minggu hadapan.

Thursday, August 20, 2009
Refleksi Kajian 2
Hari ini, tibalah kumpulan eksperimental dengan dua kelas bercampur, akibat bilangan yang banyak, saya tidak dapat mengesan pelajar yang tidak hadir ke bilik komputer. Apabila menyemak senarai nama pelajar, barulah saya mendapati bahawa banyak pelajar kelas 4U yang tidak membina blog. Mereka hadir kemudian keluar dari bilik komputer dengan pelbagai alasan dan tidak kembali. Oleh sebab ini kali pertama saya bertemu dengan mereka, jadi saya tidak dapat mengecam siapa mereka.
Hal ini disebabkan pada pagi ini terdapat perhimpunan, dan perhimpunan berlarutan ke waktu kedua. Waktu saya pula adalah pada waktu 1 dan 2. Kekangan masa menyebabkan saya terpaksa meminta membina blog dengan bilangan komputer yang terhad.
Esok terpaksa pergi ke sekolah lagi untuk berjumpa dengan pelajar yang tidak membina blog dan memberi maklumat yang tidak lengkap seperti yang diminta.
Memang susah untuk menjalankan kajian eksperimental di sekolah. Terlalu banyak gangguan dan cabaran.

Monday, June 22, 2009
Banjir Kilat
Petang tadi, dalam pukul 4 petang, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya di Ipoh. Dalam sekelip mata sahaja, air sudah melimpah ke jalan-jalan.
Fenomena ini jarang kita lihat pada masa dulu, walaupun hujan turun berjam-jam, tiada fenomena banjir atau air melimpah ke jalan.
Kebetulan hari ini, terpaksa keluar untuk mendapatkan tempahan yang telah dibuat. Apa mulanya agak keberatan untuk keluar kerana faham benar akan keadaan jalan yang akan dipenuhi air.
Agak bimbang akan sistem saliran di negara kita, apa sebenarnya punca mengapa hujan hanya selama setengah jam, jalan raya sudah dipenuhi air.
Adakah pihak bertanggungjawab tahu akan keadaan ini, apakah langkah yang patut diambil untuk menangani masalah ini. Nampak di mana-mana sahaja, banjir kilat boleh berlaku dalam sekelip mata.

Subscribe to:
Posts (Atom)