Wednesday, August 17, 2011

Tak Tahu Apa Nak Buat

Semalam, losen tangan saya telah diambil oleh pelajar tanpa pengetahuan saya dan dibawa ke kelas mereka, ditaburkan di atas lantai, kemudian mereka meluncur dan bermain dengan seronoknya.

Pelajar semakin berani untuk mengambil barang-barang guru macam tu aje. Dahsyat betul, bukankah itu mencuri namanya? Kalau depa sapu kata tangan tak apa, ini ditaburkan atas lantai.

Masalahnya saya tidak mengajar kelas ini, satu kemungkinan yang terlintas dalam kotak minda ni, mungkin semalam dua orang pelajar perempuan saya masuk lewat ke kelas telah saya denda berdiri kat luar, tapi denda ini sudah lama saya praktikkan dan pelajar memamg dah masak dengan tindakan saya ini. oleh sebab itu, setiap kali waktu saya, mereka akan cepat-cepat masuk ke dalam kelas.

Saya musykil apa silap dan salah saya? adakah ini satu amaran yang cuba disampaikan oleh pelajar-pelajar ini bahawa mereka tidak puas hati?

Niat di hati untuk mendidik mereka menepati masa, tapi itu balasan yang diterima. Biasalah..........mungkin..........

No comments:

Post a Comment