Tuesday, August 9, 2011

Drama T4: Cempaka Berdarah

Drama 3: Cempaka Berdarah

Drama bermula dengan Mak Jah menunggu kepulangan anaknya Zaman dari universiti di KL. Sudah lama mereka menunggu, tetapi Zaman masih tidak sampai-sampai. Cempaka mengatakan mungkin Zaman sudah tidak mahu balik kerana di KL ada macam-macam, Mak Jah tidak percaya anaknya akan melupakan mereka. Cempaka memberitahu Mak Jah mungkin Zaman sudah terpikat dengan gadis di KL, Mak Jah meminta Cempaka jarang buruk sangka, Mak Jah percaya bahawa Zaman tekun belajar, ada peperiksaan.
Tiba-tiba ada seorang orang putih menanyakan ada orang di rumah, adakah rumah itu rumah Mak Jah. Mak Jah meminta Cempaka masuk ke dalam dan jangan keluar sehingga orang putih itu pergi. Mak Jah tidak membenarkan orang putih itu masuk ke rumah kerana rumahnya tidak ada lelaki. Kemudian orang putih itu bertanyakan anak lelaki Mak Jah, Mak Jah memberitahu anaknya belum pulang, Mak Jah hairan mengapa orang putih itu tahu tentang anaknya. Orang putih baru memberitahu Mak Jah bahawa dia Profesor Peter, pensyarah Zaman, lalu Mak Jah memberitahu Prof Peter masuk ke rumahnya, Prof Peter memperkenalkan dirinya Prof Peter Brown, prof Antropologi dan Sosiologi dan kedatangannya adalah hendak menyiasat sejarah.
Mak Jah menceritakan bahawa memang benar Zaman itu keras kepala seperti bapanya yg meninggal dunia semasa zaman Jepun, sebab itu Mak Jah menamakan anaknya Mohamad Zaman, Prof Peter menanya mengapa Mak Jah tidak namakan anaknya Mohamad Jepun, Mak memberitahu bahawa dia tidak suka nama Jepun, nama itu jahat, orang Jepun ganas dan kejam, menerangkan bahawa nama orang Melayu banyak yg diambil drpd nama orang Islam. Mak Jah juga menyatakan orang putih merupakan penjajah negeri ini, tentu tidak sesuai orang Melayu menggunakan nama orang putih.
Prof Peter kagum dengan semangat nasionalisme Mak Jah. Kemudian Prof Peter terpesona memandang gambar Cempaka yg tergantung lalu bertanyakan Mak Jah siapa orang itu, Mak Jah memberitahu anaknya, adik Zaman. Prof Peter menanyakan nama gadis itu, Mak Jah memberitahu Cempaka dan Prof Peter bertanya lagi di mana Cempaka. Mak Jah mengatakan Cempaka tidak ada di rumah. Kemudian Prof Peter mula mencungkil maklumat tentang Cempaka, mengatakan Mak Jah tidak adil kerana tidak menyekolahkan Cempaka ke peringkat yg lebih tinggi. Mak Jah mengatakan bahawa dia miskin dan tak mampu, lagi pun Cempaka perempuan tidak pernah banyak belajar, setakat tahu membezakan alif dengan batang kelapa sudah cukup.
Kemudian Prof Peter pun meminta diri, Mak Jah menyuruh Cempaka keluar, Cempaka menanyakan tujuan orang Putih itu datang ke rumah mereka dan bahawa tajam betul bahasa orang putih itu dan mereka ragu-ragu sama ada orang putih itu guru Zaman.

Babak Kedua
Zaman dan Cempaka sedang mencari bunga dan akar kayu. Zaman memberitahu bahawa akar-akar kayu sangat laku di KL, bercerita tentang bonsai. Kemudian muncul Prof Peter dengan sepucuk senapang tersandang di bahunya. Zaman menanyakan sejak bila Prof ke kampung dan Prof pula menanyakan Zaman bila dia balik. Kemudian datang Malik, memberi salam, Zaman menanyakan sebab Malik berada di situ dan Malik sudah berubah pakaian segak macam koboi pula. Rupa-rupa Malik sudah berkenalan dengan Prof Peter. Mereka bertemu di Bukit Putih kerana di sana ada banyak rezeki, Malik mencari akar-akar kayu mati, akar kayu di tebing sungai, pokok jeliti untuk bonsai.
Prof Peter mengatakan Malik seorang yg ada vision walaupun tidak masuk universiti. Prof Peter meminta Zaman jangan memalukannya. Zaman meminta Malik jangan masuk campur dalam urusannya. Prof Peter mengajak Mlaik menembak burung-burung dan kera di atas bukit sana. Cempaka muncul membawa sebilah parang, dan nampak Malik dan Prof Peter. Cempaka mengatakan bahwa dia tidak suka akan Malik, kemudia meminta Zaman mengambil bunga kenanga untuknya. Sedang mereka bersembang, muncul Malik di belakang mereka, diikuti oleh Prof Peter di belakang.
Prof Peter mula menanyakan hal tentang Cempaka, mengapa rambut Cempaka perang. Zaman mengatakan Prof tidak ada hak mengambil tahu hal adiknya. Prof Peter mengatakan bahawa Cempaka bukan adik sebenarnya Zaman. Mak Jah muncul membawa tongkat, separuh takut, separuh marah, menanyakan sebab orang putih itu muncul lagi. Prof Peter menyuruh Mak Jah jangan berpura-pura lagi dan mengatakan bahwa dia tengah mencari adiknya yg ditinggalkan semasa Perang Jepun dulu. Prof Peter menyuruh Mak Jah jangan menipu lagi. Zaman mengingatkan Prof Peter jangan menimbulkan masalah dan Malik adalah tali barut Prof.
Prof mengatakan bahwa dia juga ada hak kerana dia rakyat di sini, Zaman memperli cara Prof mendapatkan kerakyatannya. Prof Peter memberitahu bahawa ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh ibu bapanya, dan Mak Jah yang menjumpainya dan mencurinya. Pada masa itu Peter dihantar belajar di England, dia pulang ke sini adalah untuk mencari adiknya. Walaupun Cempaka sudah menjadi orang Melayu beragama Islam tetapi darahnya masih keturunan Inggeris, rambutnya masih perang
Kemudian Prof Peter ingin menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka, Zaman sungguh marah lalu Zaman mengambil parang untuk berlawan dengan Prof Peter walaupun dihalang oleh ibunya.

No comments:

Post a Comment